November 30, 2010

OUR FIRST LUCKY DRAW



dalam ana menerawang alam BLOG .
tetiba ana terkesima melihat somthing dekat BLOG ni .
tanpa ana duga lagi .
ada contest lah dekat BLOG itu ini sana sini .
wow!!
macam best shja contest ni .
tanpa segan silu ana terus sahaja lah join contest ni .
bolehkan ana join??
owkylah sudah puas ana berceloteh 
saper-saper yang nak join sila klik dekat bawah ni .

jom dergar lagu ni .


"mari abang mari adik, 
kita sama-sama join contest,
contest cantik lagi bergaya,
memberi peluang kepada semua dapat hadiah.


mood:(apa ana merepek ni)


sape-sape nak join boleh tekan lain dekat atas 2 yang blinks2 .
hehehe, segala syarat sudah disertakan dalam tu .


so,


apa kawan-kawan jom kita same-same join .
menang ada hadiah .
good luck .

Al-Quran mendidik jiwa

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w ada bersabda :
"Sesungguhnya orang yang tiada di dalam hatinya sesuatu daripada al-Quran seperti rumah yang roboh."- Riwayat at-Tirmidzi
Alhamdulillah, beruntunglah bagi orang beriman yang menjadikan al-Quran itu sebagai isi hatinya,menjadi hiasan peribadinya dan undang-undang dalam kehidupannya.
Ketika menyebut hadis di atas, Dr. Radwan Jamal (seorang pensyarah UIAM) dalam sebuah kuliahnya telah mengutarakan soalan kepada kami tentang apa yang dimaksudkan dengan 'al-bait al-kharib' dan 'al-Jauf' di dalam hadis tersebut.
'Bait al-kharib 'ialah rumah yang roboh, ia diumpamakan juga seperti rumah yang ditinggalkan. Bayangkanlah apa yang menghuni di dalam rumah yang dibiarkan kosong?
Ya, sarang labah-labah, semak-samun, keadaan yang tidak terurus, kotor dan sebagainya. Berbeza bukan dengan rumah yang dihuni?
Adapun 'al-Jauf 'membawa maksud 'hati.'
Begitulah hati manusia. Hati yang kosong dengan al-Quran diibaratkan seperti rumah usang yang roboh. Tiada apa lagi yang mengukuhkan sebab atau untuk menggalakkannya terus hidup. Justeru tidak mustahil jika harapan kepada Allah dalam kehidupan juga telah hilang dimakan keusangan hati.
Dua Gelas Berbeza
Dr. Radwan Jamal juga ada memberikan contoh dua gelas yang berbeza. Satunya terisi dengan air dan satu lagi yang dibiarkan kosong.
Beliau bertanya, adakah gelas yang kosong itu akan berterusan kosong atau akan masuk ke dalamnya pelbagai unsur; sama ada unsur baik ataupun unsur yang buruk?
Begitulah ibaratnya keadaan dua hati manusia!
Hati manusia yang terisi dengan al-Quran seperti gelas yang terisi air. Sejuk hati dan tenang sentiasa. Bila diuji mudah sahaja kembali kepada Allah kerana tautan hatinya berdasarkan kalam Allah. Lantas keyakinannya hanya diletakkan kepada penciptanya.
Namun, hati yang tiada terisi dengan apa-apa akan terbiar dan dibiarkan kosong. Jika tidak terisi dengan mahmudah (sifat yang positif), yang terisi nanti hanyalah penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, dendam, benci dan sebagainya.
Alhamdulillah, begitulah beliau mengajar kami untuk mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran setiap kali mendapat ilmu baru. Sebagaimana beliau yang selalu mengingatkan kami untuk tidak lupa menjawab dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

antara saya dan dia

Bila direnung dalam diri, banyak keajaiban yang tersembunyi. Menariknya manusia ini tatkala lahirnya, sama sahaja. Hujungnya pun sama. Kematian yang diratapi dengan tangisan. Cuma di tengah-tengahnya sahaja yang sedikit berbeza.

Hari ini kita berbicara tentang rahsia alam yang seterusnya. Tajuknya antara saya dan dia. Macam kisah cinta pula =)

Ada 10 barang di hadapan. Kerusi, meja, printer, scanner, lampu, cawan, mangkuk, buku, pensel, pemadam dan pen. Seorang kanak-kanak diminta untuk mengambil sebanyak mungkin barang yang boleh diangkutnya menggunakan tangan beliau. Hanya sekali angkutan sahaja dibenarkan.

Ali, kanak-kanak ceria berumur 7 tahun, memilih untuk mengambil buku, pensel, pemadam dan pen. Yang lain tidak perlu. Tidak boleh melukis katanya.

Samad, 10 tahun umurnya, memilih untuk mengambil meja. Di atas meja diletakkan printer, scanner, lampu, buku, pemadam, dan pen. Bijak. Memanfaatkan setiap ruang yang ada.

Comot, kanak-kanak comel berusia 1 tahun memilih untuk mengambil pensel, pen dan pemadam. Semestinya tidak mampu dijawab oleh Comot kenapa dia memilih 3 objek itu. Cuma yang pastinya, itulah objek yang dapat dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut beliau.

Tiga kanak-kanak yang berbeza dengan tiga hasil yang berbeza.

Kesimpulannya tidak ada seorang pun yang mampu untuk mengambil kesemua barangan di atas dalam satu masa. Hatta jika diminta mereka yang sudah berusia pun, tugas ini bukannya mudah.

Demikian cerita disampaikan oleh Mr. X tempoh hari. Ada falsafah yang ingin diterangkan. Mudah dan ringkas.

Dalam hidup ini kita ada banyak benda yang hendak dibuat. Dan kebanyakan orang hendak buat semua benda dalam satu masa. Tetapi percayalah kita hanya mempunyai dua tangan kurniaan Tuhan. Maksudnya, kita ada had limit tersendiri. Maka dalam perjuangan, yang pertama kenallah diri kita sendiri.

Yang kedua, dalam kehidupan mesti ada pilihan. Dan dalam memilih, kita pastinya ingin memilih yang terbaik untuk kita. Pilih yang prioriti kata orang. Namun dalam meletakkan prioriti inilah kita berbeza pendapat. Sama ada kita meletakkan Islam sebagai pilihan pertama atau nafsu kita sebagai Raja.

"Aku kena check facebook sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kalo tak, tak tenteram hidup aku. Ni kira masa untuk diri aku sendirilah. Orang lain kena faham la beb."

Mungkin contoh yang tidak ekstrim tapi saya kira senang difahami maksudnya. Ramai orang meletakkan kepentingan diri mendahului kepentingan Ilahi. Hingga kita lupa sebenarnya kita adalah hamba Allah s.w.t.

Apakah menjadi satu kebiasaan untuk seorang hamba membuat kerja ikut suka hati?

Kita tamatkan cerita ini di sini. Pesan Mr. X lagi, ilmu itu untuk dinikmati. Baca sahaja tidak terasa manisnya, kena buat baru mengerti maksudnya. ^_^

header untuk adik bucuk

dari malam kemarin sempailah sekarang ni, aku tak tido lagi .
bagi memberi penghargaan kepada adik ku amyto 
abg ayie ada buatkan kamu header loh .
kalo kamu suka .
kamu gunalah heder ni .
kalau tak suka simpan sahaja lah yer .

nak tengok macam mane header nya .
jom sama-sama kita terjah .
walaupun mata ana sudah mula kuyu minta tido .
ana gagahkan diri untuk adik amyto ana ni .

nie header untuk kamu .

sorilah kalau tak canti yer adik amyto .
ini sahaja yang abang ayie boleh buatkan untuk kamu .





 nie yang berlatanr belakang putih

hehe
abang sudah ngantok dan mahu tido dahulu .
salam ukhwah .

header baru

selamat pagi semua
ayie tak tido lagi loh disebabkan memperbelajari benda baharu .
hehe nak tengok tak apa yang ayie belajar .
ayie belajar nak buat header cuit loh .
hehe tapi ayie belom puas lagi loh sebab ada backgroung putih untuk heder 2 .
tak per, ayie akan cari jalan juga untuk hilangkan warna putih tu .
saper-saper yang dah tahu tolong tunjuk ea .
hehehe

nak tengok tak header yang ayie buat .
ayie buat dua header taw .
tapi biase-biasa sahaja
jom terjah:


ni header blog ayie yang first .
ayie tak puas ati sangat sebab tengok orang boleh buat lagi cantik .
so, ayie try buat lagi .
nak tengok .
tengok lah yang second nie .


cantik tak??
love-love gitu .
baru menceritakan diri ayie yang sebenarmya
i like that.. cantik sangat .


after that, ayie dapat panduan ag .
dan akhirnya hilang warna putih tu .
hehe
tengok gambo ni .




akhirnya jadi .
haha ni sahaja yang ayie mampu buat .
k lah masa untuk tido .
salam ukhwah .

November 29, 2010

wish GOOD luck KT junior

Assalamualaikum w.b.t

dengan izin mohor-mohor besar kerajaan budak-nakal (azrin rahim ) .
ana ingin memgucapkan sesuatu kepada JUNIOR ana yang menuntut di MATRIKULASI KPM yang akan memperolehi keputusan PSPM beberapa jam sahaja lagi .
ana selaku mengantara antara kamu semua mengharapkan kamu semua bersabarnya dan harap bertenang .

daripada statistik yang di keluarkan oleh bahagian pendidikan menunujukkan PSPM tahun ni mengalami kejetun yang amat dasyat .
hahaha
so, kalian semua diminta untuk bersabar dan mrnghadapi segalanya dengan tenang .
kihkihkih

dengan ni ana mengistiharkan RESULT PSPM ditunda pada minggu hadapan . 
hahaha

majlis tammat dan kita akhiri dengan surah Al-as dan tasbih kifarah .

majlis bersurai
------------------------------------------------------

p/s: hanya sekadar rekaan untuk mencemaskan lagi keadaan bagi JUNIOR_JUNIOR ana yang bakal mengambil RESULT PSPM pada esok hari . hahaha Sudah setahun rasanya ana meninggalkan dunia matrikulasi bersama sahabat-sahabat ana yang lain . tetapi memory kami bersama tidak akan dapat dilupakan, kami masih still berkawan sehingga sekarang .

sebenarnya nak ucap dekat junior macam ni
jom terjah :

untuk JUNIOR ana sekalian, semoga kamu memperolehi keputusan yang cemerlan dalam PSPM1, sesungguhnya kamu semua telah melakukan yang terbaik untuk PSPM1. sekarang kamu semua tinggal melihat hasilnya bukan..? jangan pernah kamu merasa cemas dengan result yang kamu bakal perolehi tetapi ingat kebali apa kegunaan result untuk masa hadapan kamu semua . selain itu, jika kamu memperolehi pointer 3.5 and above, jangan pernah kamu berbangga dengan result tersebut sebaliknya adikan result tersebut sebagai pemangkin untuk terus berjaya di sem2 dan jika sebaliknya yang kamu perolehi untuk pointer sem1, jangan lah kamu berduka pula, jadikan ianya semangat untuk terus maju searah dengan sahbat kamu yang lain . ana mahu lihat kamu semua berjaya di dunia dan akhirat . incya-Allah . bak kata pepatah, "berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" .

4FLAT BAKAL MENANTI ANA PADA HARI ESOK
incya-Allah

JUNIOR ana adalah
jeng3x, siapa mereka ni
jom terjah gambar mereka

hairani hamid

azim abidin

azri fathurrahman

aishah ekhram

firman omar

syazwani

------------------------------------------------------------------

p/s: ada ramai lagi ana nak letak gambo tapi berkesempatan sebab ni ambik gambo diaorang dekat FB . maafkan abang azrin ya.. hehe sekadar hendak memberi gambaran yang kamu semua bakal memperolehi 4 FLAT incya-Allah . jangan saman abang azrin pulak ambik gambo kamu semua ya.. semoga berjaya.. sampai disini dahulu entry ana, kita berjumpa di entry yang lain lagi.. maal salamah . ukhwah fillah .

raise your hand, stop child abuse


jom sama-sama kita STOP child abuse


hari ni tergerak pulak nak STOP CHILD ABUSE .
kesihan dekat kanak-kanak tu .
apa salah mereka sehingga diperlakukan begitu .
ana berasa sangat kasihan apa yang terjadi kepada mereka .
adakah kita tidak mempunyai  rasa prikemanusiaan terhadap mereka .
anak tukan merupakan anugerah Allah kepada setia hambanya .
kenapa perlu kita sia-siakan mereka .
ana juga dapat merasakan bagaimana perasaan seorang anak yang terlibat dengan CHILD ABUSE .
setiap hari kita boleh melihat ada sahja berlaku terhadap penderaan kanak- kanak seperti gambat dibawah .


jom kita terjah:


kanak-kanak tersebut berada dalam ketakutan


menutup muka kerana takut didera


kanak-kanak ni takot menghadapi hari mengdatang


kita sebagai manusia perlu ada semangat kesedaran yang tinngi untuk membanteras CHILD ABUSE .
lita juga pernah melalui zaman kanak-kanak seperti mereka . 
apa perasaan kamu jika diri kamu jadi seperti mereka .
pasti kamu juga akan merasa traumakan .
so, jom kita ramai-ramai STOP CHILD ABUSE .
dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan .


klik line dekat atas untuk terus ke line CHILD ABUSE MALAYSIA .
kita support STOP CHILD ABUSE .
jom join ana yer sekarang .
masa untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa kanak-kanak bukan untuk diseksa .


p/s: owkylah sampai sini sahaja entry ana memgenai STOP CHILD ABUSE. ad masa kita umpa di lain entry yer.. jom sama-sama kita join khidmat masyarakat ni .

"Jom Terjah Blog AnakDaraDen"


pagi-pagi macam ni xthu pulak nak buat apa??
sedang meround and follow BLOG orang
terjumpa pulak BLOG ni and ad pertandingan pulak tu
jom ramai2x kita join contest lucky draw ni

..macam lagu ni..
mari adik, mari abang kita sama-sama join contest ni
bawa pulang hadiah lumayan
(pandai shja ana dok mgubah lagu..hehe)

jom join ramai-ramai
tak percaya cakap ana??

jom kita terjah BLOG anak dara den

dah percayakan!! semua syarat sudah tentera
so, sekarang ana nak tag sahabat ana pulak
orang yang bertuah adalah:
jeng3x

DR zarina BFF ana
adik bucuk amyto

aktiviti berfaedah


apcal lah masuk entry ana kali ni terus nampak gambo ana.. haha tak per, ana faham.. gambo ana sudah sememangnya kiut miut lagi hensem gitu.. haha ( azrin perasan yang teramat sangat, susah kalau jadi orang perasan ni azrin.. haha )

ana mulakan majlis dengan kata-kata



pagi-pagi macam ni ana nak berceloteh sikit pasal kenapa ana pilih header ni.. hehe buruk shja kan muka ana, haha penat ana mengedit dalam masa 20minit dan hasinnya diatas.. ana tak tahulah kenapa ana boleh ter fikir nak guna gamba ni.. nak tengok gamba asalnya mcm maner.. saksikan ya


erkkk.. silap pulak.. give me five minute to upload the real picture..  salah gambo plak.. hehe maafkan ana, ana tahu ana artis.. jgan marah ana ya..


hensem tak ana.. grrr perasananya ana ni.. haha 

ikuti perbualan ana dengan cik nur kasih tentang gambo ni

ana: assalamualaikum cik nur kasih..

cik nur kasih: waalaikumsalan MR ayie.. ada apa malam-malam nie??

ana: malu lah nak habaq...! 
mood: (ngade-ngade)

cik nur kasih: dah jagan nak malu-malu cakap sudah..!!!
mood: (marah)

ana: owkylah.. nak manja-manja pun xboleh..huhu nak letak gambo kt atas dekat header blog boleh x??
mood: (merajok)

cik nue kasih: gambo maner?? owh, gambo tu ker.. boleh, tapi smart lah jugak.. haha
(ketawa kecik)

ana: thankx you cik nur kasih... :):):)
mood: (gembira)

*perbualan semata-mata.. tidak ada kna mengena diantara yang hidup dan mati.. just rekaan yang dibuat.. hehe

-------------------------------------------------------

ana teruskan cerita, ana tak tahu pulak macam maner terpandang gambo header ni sebab gambo header ni diambil mada birthday party cik adila nur awex kepada MD RAFIZ dan sahabat baik MARIAH ULFA.. lepas dah pilih, ana pun cepat-cepatlah dok fikiq macam mane nak cantikkan gambo ni.. yelah.. ana kan low sikit pasal IT ni.. but kalau bab kira-kira boleh dan siap ada dua kalkulator lagi dalam bilik ana ni.. hehe kalkulator ana sendiri loh.. satu beli time masok matrik dan lagi satu kat UPSI dengan DR zul.. kira ana ada 2 jenis calculator lah.. hehe apa ana merepek pasal kalkulator pulak ni..

balik kepada topik asal about header.. ana baru teringat ana ada adobe photoshop.. apa gne ada adobe tapi tak reti nak gunakan.. hehe macam lah pandai sgt guna adobe tu.. haha lepas dok mengedit dalam masa 20 minit..

1minit berlalu

5minit berlalu

10minit berlalu

15minit berlalu

20 minit berlalu


bommmmmmmmmm, terhasil lah header 2..
nie anak tunuk lagi.. haha macam cantik pulak nak tunjuk-tunjuk..

ea?? silap lagi..bukan yang ni.. apa lah ko nie salah masokkan..
ishhh

haaaaa.. yang ni baru betol.. smart tak?? haha
poyo jerkan muka

.
.
.

owkay dah cukup ana rehat.. ana sambung balik.. 
lepas dah siap tu apa lagi ana terus masokkan dekat ananya BLOG..
dan hasinya seperti sekarang.. tapi sebelum tu.. banyak kali ana kena edit megapixel bagi nampak sekata dengan tempelete ana ni.. tempelete ayie budak nakal 2 + simple + sempoi.. haha lagi-lagi ayat nak poyo kan.. tapi hakikatnya memang macam tu.. xboleh nak lari pun.. kihkihkihkihkih puas dah ana ketawa ni..tapi korang mesti tak ketawakan sebab BLOG ana pun tak ketawa.. haha mereng lah ko ni ayie.. 

okay lah sampai sini sahajalah ana nak cerita pasal header yang ana pilih
ana akhiri majlis yang tak sesempurna ni
semoga kita dapat berjumpa lagi di lain entry ya
miss you'll.. ukhwah fillah

lawan hawa nafsu


DALAM ANA MERENUNG MASA HADAPAN SAMBIL MEMBACA ENTRY BLOG LAIN, ANA SEPERTI TERPANGIL UNTUK MENCERITAKAN TAJUK INI MENGENAI BAHAYANYA NAFSU.. MEMANG BUKAN KARANGAN ANA, TAPI ANA RASA BERGUNA UNTUK KITA BERSAMA KONGSI DAN MEMBERI MANFAAT BERSAMA..INCYA-ALLAH
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau?
Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau.
Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat?
Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu.
Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.
Kuasai Nafsu, Kuasai Dunia
"Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia," demikian kata cerdik pandai.
Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia.
Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah 'hamba' yang baik tetapi 'tuan' yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya.
Firman Allah: "Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya." (Surah al-An'am 6: 32)
Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, "siapa kamu?"
Petani yang soleh itu menjawab, "aku seorang raja."
Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, "raja kerajaan mana?"
Petani menjawab, "raja untuk kerajaan diriku."
Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, "adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?"
Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.
Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.
Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu.
Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.
Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita.
Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia.
Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf; cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.
Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya.
Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:
"Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?"
Manusia Dan Mujahadah
Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.
Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:
1. Telah menyerah kalah.
Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: "Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah al-Jatsiyah: 23)
2. Sedang dan sentiasa berperang.
Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: "Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu."
3. Orang yang telah menang.
Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.
Erti Mujahadah dan Kepentingannya
Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah.
Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, "tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib." 
Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah:
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya" (Surah al-Naziat: 40-41)
Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. 
Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya:
"Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa." Baginda juga bersabda: "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."
Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
Istilah "mujahadah" berasal daripada kata "al-jihad" iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul.
Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali: "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin."
Selain itu ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.
Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya, kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja.
Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya."
Prinsip Asas Dalam Melawan Hawa Nafsu
Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:
1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).
Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.
Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.
Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.
2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat.
Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk 'menyeksa' nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.
Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid).
Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan.
Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.
3. Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.
Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.
Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).
Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:
"Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini:
"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu."
Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah:
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."
Langkah-Langkah Jalan Mujahadah
Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:
1. Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib.
Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.
2. Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh?
Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.
3. Mempraktikkan ilmu.
Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting.
Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.
Semua itu kerana mereka belum 'mahu', dan baru sekadar 'tahu'.
Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu 'tahu' tempat letakkannya di akal tetapi 'mahu' itu letaknya di hati.
4. Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran.
Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.
Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap.
Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit."
"Alah bisa, tegal biasa," begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan.
Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya.
Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.
Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan.
Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerak kepada pembangunan ummah.
Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.
Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah.
Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).
Jangan menoleh ke belakang... tempuhlah jalan mujahadah.
Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah.
Tidak ada jalan pintas!

------------------------------------------------------------------------
P/S: Dalam kehidupan seharian kita, memang tidak ada jalan pintas untuk kita menahan nafsu kita daripada terus mencuba sesuatu yang tidak masuk di akal.. tetapi kita kena percaya diri dan yakin dengan Allah dan setiap sesuatu yang kita lakukan.. jangan mempercayai setiap hasutan nafsu kerana melalui nafsu boleh membawa kita kepada neraka jahaman.. masya-Allah.. mintak dijauhkan, incya-Allah.. mari kita renungkan kisah tersebut dan selamat beramal..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014