December 31, 2010

indahnya ciptaanMu

assalamamualaikum semua ..


alhamdulilah sihat semua pagi nie . hehe tak ad apa-apa pun nak cerita pagi nie . just nak saya thankx kat geng-geng cucu umie tadi sebbnya kiteorang lepak dekat kedai mamak . haha best kot lepak kedai mamak nie . adoiiiii tak tido lagi ker ? wakaka


apa syok layan kedai mamak ayie ? saper jer peg ? hoho


syok apa layan kedai mamak dan dapat rasa roti canai dan milo suam . peh, gempak ah . haha oits, lupa nak perkenalkan pula siapa yang lepak kedai mamak tadikan . yang peg tadi 10 orang . ramai tak ? ramaikan . mereka adalah amin, wahyu, sidi, kuntum, wak, shamim, shahli, faez, adonis dan last sekali cucu umie . haha kenapa geng cucu umie jeles ker ? tak per nanti cucu umie bawak yer, cucu belanje semua . okay ?


apa cucu umie nak belanjer ker ? deal jer . haha


cucu umie boleh shja nak belanja, tapi korang bayarlah sendiri ya . wakaka . btw, bukan nak cerita benda nie, cucu nak cerita tentang layak ker cucu umie nak jadi photograper nie ? haha


oits, dah laam cucu umie teringin nak jadi benda nie, tapi baru sekarang baru fham nak setting cucu umienya kamera digital . haha adoi, terokkan cucu umie nie . baru sekarang nak tahu pasal kamera digital nie . okaylah . sebelum kita pergi lanjut, jom layan gambar-gambar yang cucu umie sempat ambik masa kt sungai samak .


kejap-kejap ? cucu peg mandi manda ker kat sungai samak ?


mestilah pergi mandi manda geng-geng cucu umie semua . apa ingat cucu umie nie tak pandai ker nak berenang ? haha poyo shja ayatkan . cucu pandai berenang okay . hauhau . jom lah kita layan gambar-gambar nie .

.. sungguh indah ciptaan Allah ..

gambar pemandangan 

air disebalik batu bata


arus air

tompakan batu

aliran air sungai yang tenang


pokok disekitar sungai

apa macam okay tak gambar yang ayie ambik ? boleh jadi photograper ker ? tetapi disebalik keindahan nie, dapat tak kamu semua bayabgkan tentang keindahan Allah yang telah diciptakan . sungguh indah bukan alam ciptaan Allah nie . kita sebagai insan didunia ini sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita . jangan pernah kita rosakkan nikmat yang Allah berikan kepada kita . peliharalah dunia ciptaan Allah nie dengan sebaik-baiknya . incya-Allah kita semua akan perolehi rahmatnya . sebagaimana firman Allah dalam surah ali imran ayat 191 yang berbunyi:


maksudnya: (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [ali imran:191] 

daripada ayat diatas ini kita dapat lihat bukan bhawa sungguh indah penciptaan langit dan bumi yang Allah telah ciptakan kepada umatnya . oleh itu, kita sebagai manusia dimuka bumi ini hendaklah menjaga alam semesta ini dengan sebaik-baiknya  . incya-Allah . jangan pernah kita mensia-siakan apa yang telah Allah ciptakan kepada kita .

okaylah sahabat, sampai sini dahulu entry ayie . kita jumpa dilain entry dengan lain kisah . salam ukhwah . ukhwah fillah . jom solat subuh .

December 30, 2010

antara cinta dan ilmu ?

assalamualaikum semua ..


selamat pagi geng-geng cucu umie semua . okaylah, ayie nak bagi mantap lagi perbualan, ayie akan gunakan geng-geng cucu umie taw . haha apa mcm geng-geng cucu umie semua suka dengan nama baru nie ?


ayie, aku tak setuju .. tapi bolehlah, nampak masyuk juga . wakaka


okay, disebabkan ada shabat membenarkan penggunaan geng cucu umie . jom kita layan entry kali ini . hehe sahabat semua nak cerita apa ? korang boleh tolong bagi idea tak ? hehe


okaylah, tak nak banyak basa basi lagi, pagi nie ayie nak cerita tentang ANTARA CINTA DAN ILMU ? ayie macam tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh sahabat ayie yang mengalami delima sekarang . ayie rasa geng cucu umie pon begitu juga kan . hehe pasti merasakan benda yang sama .


ayie, apa nak dikesahkan . perkara yang kamu bakal bincangkan ini sudah biasa berlaku dalam kehidupan remajalah , perkara nie sudah normal .


baiklah geng cucu umie, mungkin perkara nie normal pada zaman millenium ni . tapi dalam entry kali nie, ayie nak focuskan kepada students di IPTA/IPTS . memang tidak dinafikan ayie juga mengalami benda yang sama seperti sahabat semua tapi perlu pandai untuk mnghadapinya .


ANTARA CINTA DAN ILMU ? 
mana geng cucu umie akan pilih ?

bak kata pepatah. " tepuk dada tanya selera "


sebelum pergi jauh, cuba hayati ayat nie .


  • USAH KELIRU...adakah hubungan sewaktu di kampus boleh berkekalan hingga ke jinjang pelamin?
  • KEUTAMAAN...menuntut ilmu seharusnya menjadi perkara pertama kepada mahasiswa.

cuba geng cucu umie hayati balik, apa tujuan geng cucu umie masuk universiti , pasti dengan satu matlamat bukan ? iaitu ingin menuntut ilmu serta berjaya didunia dan akhirat . incya-allah . selain daripada itu, harapan seorang abbie dan umi yang ingin melihat anaknya berjaya mengengang segulung ijazah ? boleh geng cucu umie bayangkan perassan mereka takkala melihat anak mereka berjaya menggengam segulung ijazah dan mendapat anugerah DEKAN . masya-allah , ayie tidak dapat bayangkan perasaan seorang ayah dan ibu time itu . Allah sahaja yang mengetahui perassan mereka . 

memang ayie tidak nafikan, seumur kita nie kita pati mempunyai perasaan terhadap mereka yang berlawanan jantina dengan kita ataupun lebih dikenali dengan nama gadis . tidak salah untuk bercinta selagi tahu menjaga tatasusila sebagai seorang yang beragama islam . (maaf ayie tidak dapat menghuraikan mengenai cinta nie menurut islam sebb takut tersalah tetapi kalau ad geng cucu umie boleh terangkan lebih lanjut silakan . dan buat satu entry untuk jadikan perkongsian bersama) . incya-Allah .

tapi ayie ingin nyatakan bahawa, kalau ingin bercinta sekalipun perlulah kamu mengutamakan pelajaran geng-geng sekalian . ayie nak ambik sebuah kisah tentang seorang insan yang genius tetapi kecundang apabila putus cinta .

ahmad nama diberi . merupakan pelajar terbaik sebuah negara dan memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran disebuah universiti terkemuka didunia iaitu di bumi anbia . dalam dia melanjutkan pelajaran, dia telah berkenalan dengan seorang insan yang bernama zakiah . zakiah merupakan peljar pintar juga yang mendapat tawran pengajian di universiti yang sama dengan ahmad . tanpa disangaka, ahmad mula menyukai zakiah kerana paras rupa, solehah dan sopan santunnya . sudah lama ahmad ingin mengungkapkan rasa cintanya terhadap zakiah dan akhrirnya ahmad berjaya mengungkapkan isi hatinya kepada zakiah . zakiah juga menerima lamaran ahmad dengan hati yang lapang . sejak daripada itu, mereka belajar bersama dan menghabiskan banyak masa bersama tetapi masih menjaga hubungan mereka sebgai seorang yang beragama islam . 

5tahun berlalu ...

tinggal setahun sahaja lagi, mereka berdua akan bergelar doktor . pada tahun 5 tersebut, ayah zakiah menyuruh zakiah pulang ke tanah air dan ahmad mengizinkan walaupun berat hati untuk mengtidakkan pemergiaan zakiah . setibanya zakiah di tanah air, alangkah terkejutnya apabila zakiah sudah ditunangkan dengan seorang lelaki pilihan keluarga . zakiah tidak sampai hati untuk memberitahu perkara tersebut kepada ahmad dan zakiah nikah juga dengan lelaki pilihan keluarganya tanpa pengetahuan ahmad . selain itu, zakiah juga telah menagguhkan pengajiannya selama setahun . 

3bulan berlalu setelah zakiah pulang ke tanah air ..

tiada khabar berita daripada zakiah juga menyebabkan ahmad mula risau dan menelefon ke tanah air untuk mencari maklumat mengenai zakiah . akhirnya, ahmad mendapat juga no talipon rumah zakiah dan terus menelefon rumah zakiah tetapi ahmad hanya dapat bercakap dengan ayahnya zakiah .

ahmad: assalamualaikum . nie rumah zakiah ker ?
ayah zakiah: waalaikumsalam . yah, nie rumah zakiah .. kenapa ?
ahmad: zakiah ada, saya ahmad teman zakiah di overseas .
ayah zakiah: owh, ahmad . mencari zakiah yah ? zakiah tidak ad . dia mengikuti suaminya untuk menerima ijazah di UK esok .

bertapa remuknya hatinya ahmad apabla mendengar perkataan suami zakiah . ahmad terus menamatkan perbualan disamping hanya menitipkan pesan kirim salam kepada zakiah . selepas kejadian tersebut, ahmad hilang arah, langsung tidak menghiraukan peljarannya . dia selalu membuat kesalahan dengan salah menberikan ubat kepada pesakitnya dan menyebabkan dia selalu dia marah oleh DR disitu . disebabkan terlalu tertekan, ahmad mengambil keputusan untuk membunuh diri . ahmad pun membunuh diri tanpa disedari oleh sahabatnya .
(rekaan semata-mata)

daripada cerita tersebut, apa yang geng cucu umie dapat ? geng semua dapat lihat bukan, disebabkan cinta . seseorang itu sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan . memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada sahbat mengatakan, " kalau ad awex boleh meningkatkan keyakinan untuk terus berjaya " . memang tidak boleh dinafikan, mungkin ada certain begitu tapi fikirlah semula, jika kamu melakukan perkara seperti ahmad itu, apa yang kamu perolehi, nothng hanya jasad yang diratapi tangisan . harapan seorang ayah dan ibu yang menginginkan anaknya pulang dengan ijazah bertukr dengan jasad yang tidak bernyawa . mintak dijauhkan insya-Allah . sekarang geng cucu umie boleh pilih, mana yang kalian inginkan cinta ataupun ilmu ? ingat tujuan kita menuntut ilmu ? keluarga ? dan orang sekekliling . tidak salah bercinta jika kita tahu untuk menbhagikn masa diantara dua benda tapi yang penting jangan pernah abaikan ilmu yang bakal kita perolehi .

ingatlah wahai geng cucu umie , cinta paling paling agung adalah cinta kita kepada Allah . sebagaiman firman Allah dalam surah ALI IMRAN ayat 31 :

maksudnya: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [ali imran:31]


okaylah sahabat, jumpa lain entry degan kisah yang lain pula . salam ukhwah .
jom solat subuh..

December 28, 2010

jadilah yang disukai, disayangi dan dicintai !

assalamualaikum semua ..


alhamdulilah, sekarang bumi KHAR sedang dibasahi dengan hujan . hujan merupakan rahmat Allah jugakan . kita kenalah bersyukur dengan rahmat Allah nie . ayie seronok sikitlah, walaupun tengah demam-demam nie sahabat ajak terun kebawah dan main hujan kejap . hehe best juga main hujan . terima kasih kepada yang benar, shamim, sidi, faez, khuldi dan mustaqim . you'll make me happy today . 


apcal terlebih riang nie , tak pernah main hujan ker ? hehe


bukan tak pernah main hujanlah, just enjoy sahaja dengan mereka nie . yelah, lepas main hujan, diorang dah basah-basah peg kesel dekat baju ayie nie . tahulah ayie deman, nak bagi demam lagi agaknya . hehe sebelum mandi tu, nak update sikit blog pasal sesuatu . korang nak tahu ker ?


ayie, tak perlu nak bagi orang suspens okay ? cerita sahajalah .


sabarlah, nak ceritalah nie . hehe okay ayie nak cerita tentang .. jen3x


JADILAH YANG DISUKAI, DISANYANGI DAN DICINTAI !

okaylah, sebelum nak cerita tu, ayie nak bagi tahu yang ayie dapat cerita nie daripada seorang sahabat ayie yang suruh share . incya-Allah dapat memberi manfaat bersama . bukan mahu copy paste, tapi adlah untuk perkongsian bersama . incya-Allah .

jom kita hayati bersama :

Tentu kita akan rasa gembira, seronok dan paling penting rasa dihargai apabila kita tahu bahawa ada seseorang menyukai dan menyayangi kita.

Perasaan kita rasa berbunga-bunga.Dan timbul sedikit rasa bangga. 
Bayangkan, kehadiran kita disenangi, dan orang lain merasai kehadiran kita. Kewujudan kita dihargai dan kita benar-benar rasa selesa dengan suasana sebegitu.



Itu fitrah dan naluri insan. Perasaan ini harus kita lorongkan ia pada suluhan syara’ yang sahih. InsyaAllah.

Apakah anda tidak berasa cemburu ada orang yang sentiasa disukai kawan dan lawan? Sedangkan anda sentiasa dijauhi kawan, apatah lagi lawan. Tiada siapa yang ingin menelefon atau mengantar SMS kepada anda.

Tiada yang sudi, meluahkan perasaan kepada kita
Tiada kiriman khabar menanyakan kita
Tiada pemberian hadiah di hari kegembiraan kita
Tiada teman berbicara di saat kelapangan
Tiada suasana ceria dan mengembirakan
Tiada insan yang selalu bertanya khabar
Tiada siapa,

Tiada dan tiada

Hidup tanpa kasih sayang

Hidup benar-benar sunyi, kesepian dan kita hidup bersendirian. Tiada teman berbicara dan bertukar-tukar perasaan. Dan, soal ini – saya ingin mengajak – untuk kita membina dan meluaskan empayar perkenalan, persaudaraan dan persahabatan.

Langkah yang paling utama untuk menjayakan – ialah kita perlu menyemai sifat untuk menyukai orang lain. Dan erti kata mudah kita perlu belajar untuk menyayangi semua orang disekitar kita.

Orang yang banyak memiliki sifat sayang dalam dirinya akan menarik orang agar sayang kepadanya. Semua orang – tidak kira muda, tua, lelaki, perempuan, orang besar, orang kecil- perlu disayangi dan dihargai, agar kita mudah dihormati.

Sifat kasih sayang adalah sifat yang sangat baik dan sangat-sangat dianjurkan dalam Islam. Islam adalah agama kasih sayang. Malah, Allah SWT mengiktiraf bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah pandangan kasih sayang dan berbaik sangka terhadap orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”(Riwayat Muslim)

Hati kita adalah milik Allah SWT. Yang memberikan kasih sayang ini adalah Allah SWT. Kita sama-sama berusaha untuk mewujudkan perasaan ini dikalangan kita. Dengan usaha, doa dan munajat kepadaNya, insyaAllah kita akan disukai, disayangi, dihargai, dihormati dan dicintai.

Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa disukai?

(1)Apabila berbicara, lahirkan ia dengan tutur kata yang sopan, manis dan tiada sifat kepura-puraan.

(2)Sentiasa tersenyum, dan cuba menjadikan senyuman yang menyenangkan itu sebagai imej kita.

(3)Berusaha untu menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan pembalasan.

(4)Menghindari sifat mementingkan diri sendiri. Mengutamakan kepentingan khalayak ramai.

(5)Menjaga aib orang dengan merahsiakannya. Sekiranya kita menjaganya, Allah akan memelihara aib kita.

(6)Selalulah memberikan hadiah penghargaan kepada individu yang dikenali walaupun hadiah itu murah dan simple. Yang penting adalah nilai penghargaan kepada insan.

(7) Berikan pujian, galakan dan penghargaan kepada orang lain dengan keikhlasan dan kejujuran.

(8)Membalas hadiah yang diberikan oleh sahabat dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.

(9) Selalu membelanja sahabat, kawan dan kenalan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.

(10) Sentiasa perbaharui niat persahabatan, perkenalan, dan persaudaraan kerana Allah SWT.

(11)Sentiasa bersihkan hati dengan amalan soleh seperti memelihara solat, membaca Al-Quran, dan sebagainya. Hati yang bersih, akan dicambak kasih sayang di dalam hati manusia lain untuk mengasihinya.

sahabat semua sudah bacakan, so, sekarang sahabat mahu melakukan apa ? bagi ayie, jom kita berkenalan, bersaudara, berukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah.

p/s: bermula dengan suka, perasaan kasih dan sayang akan tersemai kukuh di hati. Dari sinilah, perasaan cinta sesama insan akan melebar di kalangan manusia di sekitar kita. Saya yakin, dengan perasaan inilah kita akan menjadi kuat dan terus hidup dengan suasana yang harmoni, aman dan tenteram di dunia ini.

okaylah sahabat, jumpa di lain entry, dan malam nie ayie akan berhijrah ke blog sahabat semua pula ya . ukhwah fillah 

December 27, 2010

2hari tanpa khabar ..

assalamualaikum semua ..


alhamdulilah, ad juga masa terluang untuk mencoret sesuatu di kamar blog nie . terasa bosan jika seharian tidak mengupdate blog walaupun satu entry, tetapi ayie terpaksa akur juga dengan alam kehidupan nie, yang mana kadang-kala terpaksa busy dengan perkara duniawi . sesungguhnya masa itu sangt masa . so, sahabat-sahabat gunakanlah masa yang terluang itu dengan baik . incya-Allah .


kemana menghilang kamu ayie dua hari ? semua tag mahupun apa sahaja yang sahabat berikan kepada ayie. kamu tidak jawab ea ?


wahai sahabatku, maaf ya . bukan tidak mahu menjawab tetapi ad perkara yang perlu diuruskan dalam kehidupan nie . incya-Allah petang nanti ayie jawab semua tag kamu . lagipun ayienya demam belum pulih sepenuhnya . nie mungkin disebbkan kedgilan aku yang tidak mahu makan ubat .hehe biasalah, siapa suka makan ubat ker ? saper suka makan ubat kat sini ? angkat kaki jap ? haha nak tengok muka orang yang suka makan ubat itu . hahaha


ingt kamu seorang sahaja tak suka makan ubat, aku pun tak suka ayie .. haha




huhu, ramai kot yang tidak suka makan ubat kan . ngeh3x, saperlah yang suka makan ubat tu, pelik lah perangai dia ? apa sahaja yang ada dalam ubat tu ? DOKTOR boleh tolong jelaskan . haha walaupn impian aku dulu seorang doktor tapi aku tak suka makan ubat juga . mungkin sebb tu aku tak layak nak jadi DOKTOR kot . hehe dah-dah apa ak mengarut nie . cerita lama, lupakan seketika .


apa kamu mengarut nie ayie ? hoho


sorilah mengarut petang-petang macam nie . hehe actually tengah menghabiskan bacaan novel ayie yang bertajuk sinergi . saper peminat novel ? mesti sudah aca cerita nie kan . hehe btw, i like novel okay yang pntg novel tu best dan ada corak-corak islam sikit mcm novel sinergi . best sangt . hehe


ko nie macam perempuanlah, suka novel plak ?


mana ad perempuan sahaja suka novel, lelaki pun suka novel aw . tak percaya try taye dekat lelaki yang dekat luar tu . mesti 3/10 mengatakan mereka minat novel . buat survey sendiri lah pulak . hehe tapi nak buat macam manekan kalau dah minat novel . haha 


semalam juga kan mengingtkan ayie mula-mula masa mendaftar di KHAR, UPSI . agak klakar lah, masa daftar dulu bwak beg, fail n so on . tapi sebenarnya tak penting pun semua tu . haha yang penting surat tawaran dan check list borang sahaja . kalau diingatkan waktu itu, masya-Allah tuhan sahajalah yang tahu . betapa sengit nya aku nie . haha kelakorkan kalau meningat masa lampau tapi bahagia apabila kita dapat refresh balik dan memperbaiki kelemahan kita supaya tidak melakukan benda yang sama . 


dan now nak say tahniah dekat mereka-mereka yang dapat masuk ke UPSI . korang semua memang gempak-gempak ah dan jangan pernah menyesal apabila berada di bumi UPSI . menuntutlah ilmu itu semata-mata kerana Allah dan mencari redha Allah . incya-Allah . okay . sampai sini sahaja entry untuk petang nie . ad masa kita jumpa dilain entry dan incya-Allah nanti malam ayie update ya . assalamualaikum . ukhwah fillah .

December 25, 2010

yahooooo .. alhamdulilah syukur .

assalamualaikum semua ..


apa khabar malam nie . hari nie ayie demam tapi gembira sekali . kenapa ea ? haha akhirnya penantian untuk tahu result final semester 1 terunkai sangat . alhamdulilah aku berpuas hati dengan result yang aku perolehi . walaupun ad certain subject diluar jangkaan dan ad juga yang melesset . btw, i happy now .


okay-okay . tengok status nie kejap ea ?




nie status yang aku tulis dekat FB tadi . result yang aku dapat nie, memang untuk abbie dan ummie aku . walaupun ad dua paper buat aku kecewa seketika tapi masyuk sangt . terima kasih Allah . alhamdulilah, begitu gembira rasanya diriku ini . akan aku teruskan untuk still perform incya-Allah . 


tahniah juga buat sahabat-sahabat aku AT14 yang dapat dekan dan list dekan . korang semua memang gempak sangt-sangt . gerun aku dengan korang . kita perform ea untuk sem-sem akan datang supaya senang KPM nak terus bagi kat kita kerja . haha bak kata pepatah, " dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan".


terima kasih tidak terhingga kepada abbie dan umie aw atas doanya . walaupun kena marah sikit tadi . hehe sebb tak dapat full, alhamdulilah, umie berbangga juga dengan aku . nak beat ngn kak long susah sangt sebb dia memang sentiasa full every semester . kak long, adikmu nie pun teror aw walaupon tak peg overseas . haha aku nak hadiah mahal aw daripada moscow sane . haha kalau boleh hantar as soon as possible ea ? ngeh3x 


btw, jom layan komen-komen aku yang gembira dengan result mereka .


jom layan komen mereka ..



maccam-macam ragam mereka nie


haha, tengok apa berlaku dekat rumah jeddah


nie JMK KAB merangkap kira senior akulah 


nie md rafiz said . haha


pelajar cemerlang mula berkata-kata


wish untuk 3course dibawah fakulti sains dan matematik


suka selesai selesai menerima result . hehe

actually ada bnyak lagi . btw, tahniah untuk semua students UPSI yang menerima result hari nie iaitu 24/12/2010 . sebelum bergembira itu ingatlah akan Allah kerana mermudahkan kita untuk menunutut ilmu dan dimudahkan untuk menjawab exam . bersyukur dengan apa yang kita perolehi . kepada yang berjaya, terus untuk kekalkan pointer dan yang biasa-biasa, jangan pernah menyerah kalah, teruskan usaha untuk terus berjaya . setiap yang berlaku tu pasti ad hikmahnya . okaylah, sampai sini sahaja berceloteh, jumpa dilain masa .

December 24, 2010

aku benci kau !!

tidak mungkin demam ??


assalamualaikum semua ..


apa khabar semua pagi nie . sihat ker tidak ? sidah breakfast . hehe soalan nie jer asik aku taye dekat sahabat semuakan ? almaklumlah, orang dekat sini tak berapa nak sihat . ermm, dari semalam rasa nak demam tu wujud dan now, demam dah bermula . huhula 


sowi sahabat , tak dapat nak tulis entry untuk tadi malam . ayie dah muntah-muntah, sakit gigi dan badan pon seram sejuk . alhamdulilah, malam tadi gak umie ad call, mybe umie rasa tak sedap aty ko sebb anak dia tak call petang tu . kuat tu instinct seorang itu terhadap anak dia tu . hehe


thankx umie sebb teringt nak call along . adeh, nie demam pun agaknya sebb rindu deka family kot . hoho btw, aku nak ucap terima kasih dekat someone nie siap belikan aku ubat sakit gig, sakit kepala dan so on .


yer jer ko nie ayie ad orang belikan ko ubat ? ker engko perasan sahaja ?


erm, ko niekan, asik nak boikot aku sahaja, mestilah ad, tak percaya tengok gambar dekat bawah nie . hehe


nampak tak ? sape bagi ea ?

terima kasih dekat sahabat yang anta ubat nie dekat ayie . sayang juga mereka dekat ayie . haha sowi aw, time nie blom makan ubat ag sebb tak makan nasi lagi . nak say thankx juga dekat abg bob . abg bob ker ? huhu boleh lah panggik bng sebb umo dah 22tahun kan sebb tolong belikan nasi dekat kedai azizan tu cuma kuah sup dia bnyak ajinamoto . peh, memang merasa lah nampaknya makan ajinamoto . hoho boleh botak aw . haha

alhamdulilah, bagun pagi tadi ad kurang sikit, harap semuanya akan okay-okay sahaja dan tak lagi rasa demam terus . teruk tu kalau rasa demam, nanti satu kerja tak boleh nak disiapkan . hehe btw, ad kerja ker ? hehe faham-faham sudahlh . hehe 

one more thing nak taye semua ? saper ad petua supaya kalau sakit teruslh makan ubat . haha ayie nie jenis orang yang tak suka makan ubat selagi tak teruk aw . ngeh3x . maaflah bukan takot ubat cuma ubat tu sahaja takot nak masuk mulut ayie takot termuntah balik . 

ayie-ayie nak taye ? kamu semalam muntah ker ? haha

mestilah muntah dok, adeh, aku pun tak tahu ah . nak kata makan banyak sangt, makan waktu tengahari sahaja, waktu lain aku jarang makan kot . erm, sahabat semua makan kena ikot time aw . jangan ikot perangai ayie nie . ngeh3x .

kamu sakit gig sebb apa pula ?

aku sakit gig ? hehe segan i u nak beritahu sebb yer . okaylah bagitahu juga . sebb sakit gigi adalah terlampau makan banyak sangt coklat . hehe sampai ad 3pekat coklat dalam bilik nie, tinggal ag satu paket sahaja belum abis dan dalam masa 2hari abis 2 pekat . lepas tu coklat jenama yoss ye aw . hehe

macam aku boleh percaya dekat engko nie ?

ko tak percaya sudah . aku tak ambik gambar ah . sowi aw . hehe tak boleh nak tunjuk kat korang yang selalu tak percaya dekat aku nie . hoho . maaf ya sahaabt semua . hopefully petang nie ayie sihat sepeti sedia kala dan dapat menjalankan tugas balik . ad keje petang nie dekat kolej anta surat . hehe

p/s: maaf yer dekat sahabat semua . semalam kelitahan dan tido awl lh . huhu time untuk rehat sekarang .

December 23, 2010

memori terindah .. love you ..

assalamualaikum semua ..


alhamdulilah syukur masih diberikan nafas untuk melaksanakan taggungjwab sebagai seorang umat islam . sahabat semua sedang buat apa sekarang ini . sihat ka ? 


almaklumlah, anak-anak murid dah nak naik sekolah dan sesi persekolahan untuk 2011 akan bermula lagi seminggu sahaja lagi . aish, tak sabar pula nak pegi sekolah . hehe dan layan perangai diorang yang gila-gila macam aku nie . aha, rindu zaman tersebut .


ehhh, kejap tadi ayie peg layan FB jap . terjumpa pulak pics nie dekat pics adik-adik yang pernah attend kem mahasiswa bersama pengawas SMK seri jengka . rindu sama mereka . walaupun 3hari sahaja . banyak giler pengalaman . waktu pendaftaran tu diorang kena bahasakan kami nie dengan panggilan CIKGU . yelah sebab berada di UPSI kan . gelran CIKGU diberikan kepada semua incya-Allah kami graduan UPSI akan bergelar CIKGU . incya-Allah .


berbalik kepada tajuk . aku lebih suka bahasakan diri aku abg . peh tak nak kalah ayat sebab akukan muda lagi baru 19tahun . mcm tua sangt sahaja panggil CIKGU . haha so, diorang panggil aku "abg ayie" . bestlah juga dapat title tu . btw, aku uruskan 3 slot untuk mereka . ice breaking, kunang-kunang malam dan jelajah ilmu . nak tengok tak diorang nie macam mana ? jom saksikan gambar ?




actually mereka nie ramai . adalah dalam 40 orang . giler baik-baik aw mereka . best gilekan kalau dapat mengajar murid-murud macam nie . senang keje aku . haha


ayie, kalau nak senang tak payah nak jadi cikgu . hang pe balik rumah tanam anggur ? berat aw tugas guru nie .


kamu nie, kacau line lah , yelah memang berat tugas guru tu .tapi kat malaysia nie boleh tanam anggur ker ? hehe berbalik kepada cerita . jom layan gambar lagi nak ?


smart x tak ayie tanpa pkai spec ?

aish, macam maner aku tak rindu dekat diorang nie . baik sangt .

group kami aw . geng sepah . haha

kesian cik elis, tak nampak pulak . haha

dah tengok kan semua . terasa indah pula apabila diberikan tugas untuk melaksanakan aktiviti dan dapat melaksanakan dengan baik . alhamdulilah, aktiviti yang dijalankan berjalan lancar walaupon ad sikit cacat cela . incya-Allah dapat ditapis . huhuhu 

tengok mereka nie semua gila gambar . haha

inilah kami barisan pimpinan bitara .

kami lagi ..

last day dengan cikgu SMK seri jengka . giler best lh..

alhamdulilah, sudah sampai sini sahaja ayie bercoleteh nie . panjang lebar kot ayie cerita dengan gambar . korang boleh fahamkan situasinya mcm maner . best sangt . sayang diorang lh . hohoho

p/s: sakit gigi nie . apa ea ubatnya . terlampau sakit sangt dan nak taye ? saper nak join segmen ? kalo ad ayie buatlah .. incya-Allah .. huhu

i hate U !!

assalamualaikum semua ..


oits, jangan terkesima dengan tajuk tu . sajer jer nak tremark korang semua . btw, sebenarnya baru bali daripada potong rambut nie, disebbkan oleh rambut yang terlalu panjang . huhu tapi sedih juga sebb tengok rambut jatuh berguguran . ngeh3x . 


selain daripda itu, aku kelakar juga sebb rambut aku lain daripada yang lain . terima kasih dekat india tu sebb dah berjaya mengubah rambut aku nie . haha sayang dekat rambut yang lama . hehe so, sekrang nak buat apa ?


join segmen abg ben ?


dah terlambat pun sebb peg pekan gunting rambut tadi . lagipun tengok kat dashboard dah ad 5orang yang anta jwapan, semua sama sahaja 5lima jawapan tersebut . good luck yer untuk sahabat yang join segmen tu . berusahalah yer, grenty korang berjaya . incya-Allah . okay, petang nie nak melalut apa ea ?
cakap yang aku hate kedai gunting rambut tu dah sebb mahal gak ah, kat pontian baru rm5 sahaja gunting rambut, kat sini rm6-rm7 . hah !! seperti tidak alu dugakan, hehe



baiklah, sebelum terlambat nak say congatulations dekat sepupu yang ambik result PMR hari nie . ko memang gempak ah . nak tengok gambar dia ker, jap ea cari dekat FB . hehe




smartkan budak sorang nie . haha faiz2 . maaf yer gambar kamu aku ambik sebagai cover . huahau kepada junior-junior SMKTK yang dapat straight A's tu taniah yer . tk ada apa nak bagi kat korang sebb tak jadi cikgu lagi . haha 


satu sahaja nasihat aku, kepada sesiapa yang perform tu, teruskan kecemerlangan kamu dan jangan berbangga dengan yang kamu perolehi tetapi bersyukurlah . kamu semua kena ucap terima kasih kepada cikgu, sebb dia guru yang memberikan ilmu kamu berjaya kini dan kepada yang kurang berjaya tu, jangan pernah berputus asa, teruskan usaha kamu untuk menjadi yang lebih baik . setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya . 


okaylah cukup aku membebel untuk hari nie . jumpa dilain masa dengan lain cerita . sayang korang semua . muah3x .. salam ukhwah ..

sayalah blogger itu


assalamualaikum semua ..
pagi nie nak join segmen abg ben lagi ..
huhu, tak tahulah sempat ker tidak nie, hope sempatkah yer ..


  1. coretan kehidupan si cucu umie
  2. coretan kehidupan si cucu umie
  3. coretan kehidupan si cucu umie
  4. coretan kehidupan si cucu umie
  5. coretan kehidupan si cucu umie
  6. coretan kehidupan si cucu umie
  7. coretan kehidupan si cucu umie
  8. coretan kehidupan si cucu umie
  9. coretan kehidupan si cucu umie
  10. coretan kehidupan si cucu umie
okay syarat telah dipenuhi.. done .. jom join

soseh pagi lagi !!

assalamualaikum semua ..


alhamdulilah, pagi-pagi yang indah berginikan best kalau dapat diisikan dengan masa lapang . dapat berehat bersama insan-insan yang tersayang . kadang-kadang ingin merasakan sesuatu yang tak tercapai dek akal, tapi ingatlah wahai manusia, bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi . jangan merasa diri kita lemah ataupun sebaliknya, tetapi yakin dengan kemampuan diri .


okaylah, sikit sahaja mukaddimah daripada ayie untuk pagi nie . nak santai-santai depan lappy dan jalan-jalan blog sahabat jp lagi . btw, hari nie semua memebr ayie yang pergi baktisiswa SRN balik ke KHAR . rindunya sama mereka . 


ayie doakan korang selamat sampai aw, tengok korang tulis dekat status FB macam jealous lah pulak aku nie, erm, yelh korang dapat pergi kem baktisiswa tu, aku lepak-lepak dekat KHAR sahaja . hehe lepak-lepak besakan badankan . tapi aku memang dah kecik, nak buat macam mane . huhu .


chopsss !! sebelum aku pergi jauh, nak tolong mintk sahabat semua boleh . tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk ummie sahabat memebr ayie nie, ummie bng long yng meninggal semalam petang . alhamdulilah, abg long pun dah gerak balik ke terengganu untuk melihat pengkebumian ummienya . mudah-mudahan ang long tabahnya menghadapi dugaan nie . sebab yang hidup itu pasti akan menemui ajalnya, tidak kira cepat ataupun lambat, kita pasti akan kembali kepankuannnya dalam pelbagai keadaan sekalipun . jangan pernah kamu takut untuk mati kerana itu akan dapat mendekatkan diri kamu kepada Allah . incya-Allah .


kembali kepada cerita sebenarnya ..


actually semalam member-member ayie budak AT-14 dok mentag orang sahaja dekat blog . ad dua contest yang diorang suh join tapi seganlah, huhu bukan hensem mane pun nak tayang gambar nie . tapi tak bermakna, aku tak join contest aku sombong ea . kadang-kadang benda tu privacy jugakan . huhu walaupun contestnya hanya mengangkat dua jari untuk buat peace . kepada penunggu hujan yang memang menunggukan gambar hensem pakwe dia nie . sorilah syang seganlah i . haha ayat poyo kejap . tpy serius aw, dia sorng sahaja yang suruh aku snap gambar tu cepat . tahulah u sayang kat I . haha


okay-okay, kita tak yah cerita pasal benda yang tak mungkin tu . aku dengan penunggu hujan aka nadiatul farah hanya sahabat okay . jangan nak buat gosip baru pula . kawan sejati . incya-Allah huhu tapi bagi tidak menghambakan member ayie nie . terimalah gambar yang tidak seberapa nie . bukan untuk contest aw . untuk korang .





okay cik nadiatul farah . dua gambar nie khas untuk kamu sahaja aw. huhu btw, since before this, aku tak pernah sekali pun ambik gambar peace nie sebb ad maksud kot . erm, nie yang first dan last aku ambik untuk sahabat-sahabat aku semua . lepas nie tak ad lagi aw wahai sahaabtku sekalian . maafkan daku, bukan aku sombong . huhu saja tak nak tunjuk sahaja gambar aku smart nie .hoho ala, poyolah pulak, okaylah sampai sini sahaja entry kali nie, jumpa dilain entry .

syukur Alhamdulilah ..

assalamualaikum semua ..


syukur alhamdulilah .


alhamdulilah pencarian kepantasan mata blogger akhirnya sampai kepenghujung .. dan syukur alhamdulilah, blog aku tersenarai tu tempat ketiga . terima kasih abg ben . dan sahabat semua thankx ya . tanpa kalian semua tak ada ayie dalam dunia blog nie . 


macam ya jer ko menag nie ayie ? tunjuk bukti sikit ?


kome tak percaya lagi . tengoklah gambar nie . biar gambar yang menceritakan segalnaya .




agak terkejut juga ya . alhamdulilah akhirnya dapat no.3 juga .hehe thankx kat sahabat ayie bagi pinjam lappy dia. ayie guna sampai dua lappy kot.. huhu btw, nak say thankx sangt kat bng ben sebb buat segmen macam nie, dapat rapatkan hubungan dan eratkan silaturrahim dengan blogger lagi . to all blogger, nice to meet you'll ..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014