January 28, 2011

ali, samad dan comot ? siapa pilihan geng ? sila like plizzzzz !!!

Assalamualaikum semua ..

Maaflah lama ayie xupdate blogkan disebbkan oleh urusan dunia sahja . sebelum cerita panjang nak taye geng-geng semua ? kamu semua sihat ker ? harap-harap sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah . incya-Allah . alhamdulilah, ad masa yang singkat ini ayie akan gunakan untuk update blog dan ziarah blog shbat semua ya . btw, tadi malam cik nur kasih sudah blik rumah dia . harap dia cepat2 sampai rumah dan selamat untuk bersama family tersayang . terasa sayu lah plak tadi masing ngn dia masa pkol 9pm. Tetiba shja dia nangis sebb ayie cakap ayie akan cakap smthng selepas 4tahun akan datang . maaf yer cik nur kasih tak boleh cakap sekarang, belom masa untuk ayie terangkan . rindu kamu sebb nak gaduh lagi dan dengar leteran kamu apabila ayie tak belajor asik main game shja. Haha 

Ayie, tak xad cerita best ker nak diceritakan ? lama kamu tak update blog, mesti bnyak ceritakan ?

Owh, geng sema nak cerita ker ? okaylah ayie nak cerita tentnag smthng nie . harap dapat member manfaat serta teladan bersama . incya-Allah .

Bila direnung dalam diri, banyak keajaiban yang tersembunyi. Menariknya manusia ini tatkala lahirnya, sama sahaja. Hujungnya pun sama. Kematian yang diratapi dengan tangisan. Cuma di tengah-tengahnya sahaja yang sedikit berbeza.

Hari ini kita berbicara tentang rahsia alam yang seterusnya. Tajuknya antara saya dan dia. Macam kisah cinta pula =)

Ada 10 barang di hadapan. Kerusi, meja, printer, scanner, lampu, cawan, mangkuk, buku, pensel, pemadam dan pen. Seorang kanak-kanak diminta untuk mengambil sebanyak mungkin barang yang boleh diangkutnya menggunakan tangan beliau. Hanya sekali angkutan sahaja dibenarkan.

Ali, kanak-kanak ceria berumur 7 tahun, memilih untuk mengambil buku, pensel, pemadam dan pen. Yang lain tidak perlu. Tidak boleh melukis katanya.

Samad, 10 tahun umurnya, memilih untuk mengambil meja. Di atas meja diletakkan printer, scanner, lampu, buku, pemadam, dan pen. Bijak. Memanfaatkan setiap ruang yang ada.

Comot, kanak-kanak comel berusia 1 tahun memilih untuk mengambil pensel, pen dan pemadam. Semestinya tidak mampu dijawab oleh Comot kenapa dia memilih 3 objek itu. Cuma yang pastinya, itulah objek yang dapat dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut beliau.

Tiga kanak-kanak yang berbeza dengan tiga hasil yang berbeza.

Kesimpulannya tidak ada seorang pun yang mampu untuk mengambil kesemua barangan di atas dalam satu masa. Hatta jika diminta mereka yang sudah berusia pun, tugas ini bukannya mudah.

apa macam? bnyak tak manfaat yang kita perolehi daripada cerita tersebut . ayie dapat cerita ni daripada seorang sahabat . sebenarnya bnyak manffat yang kita perolehi daripada cerita tersebut dan gunakanlah apa yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya . antara falsafah yang ingin disampaikan dalam cerita ini adalah :

Dalam hidup ini kita ada banyak benda yang hendak dibuat. Dan kebanyakan orang hendak buat semua benda dalam satu masa. Tetapi percayalah kita hanya mempunyai dua tangan kurniaan Tuhan. Maksudnya, kita ada had limit tersendiri. Maka dalam perjuangan, yang pertama kenallah diri kita sendiri.

Yang kedua, dalam kehidupan mesti ada pilihan. Dan dalam memilih, kita pastinya ingin memilih yang terbaik untuk kita. Pilih yang prioriti kata orang. Namun dalam meletakkan prioriti inilah kita berbeza pendapat. Sama ada kita meletakkan Islam sebagai pilihan pertama atau nafsu kita sebagai Raja.

Okaylah geng semua, sampai sini sahaja ayie nak brcerita . kita jumpa dilain entry dengan kisah yang lain pula. maaf ya kalo ayie tak ziarah shbat . sebb sekarang tengah running 3paper work untuk program ayie . alhamdulilah semua sudah siap . Cuma perlu sain pengesahaan sahja . incya-Allah .

p/s: doakan selamat sampai rumah ya petang nie . tak sabar nak balik rumah dan rasa peluk cium seorang umie dan abbie .


16 comments:

Solihin Zubir said...

wahh.. menarik la cerita tu..
masing2 ada cara mereka berfikir kan..
nk ambil yg mana satu..
walaupon kita ada 2 tangan, tp manfaatkanlah ia semaksimum mungkin..

Unknown said...

solihin zubir:

betol tu, gunakanlah segala nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin dan gunakanlah ke arah yg berfaedah semoga mendapat manfaat bersama..

ABSOLUTE said...

sngat best lagu blog ni. kudos :)

IMANSHAH said...

take care, semoga berbahagia bersama ayah ibu

Unknown said...

asybedazzle:

terima kasih..biasa2 shja lagu blog nie...

Unknown said...

imanshah:

thnkx you... incya-Allah enjoy ngn family..

lieyna ibrahim said...

nur kasih???? arap2 jwpn 4thun akan datang dapat memberi kebahagian kepada nur kasih k.....=)

cik inaz_luqluq said...

alooo sweet...nur kasih yer...haha..

Unknown said...

lieyna ibrahim:

incya-Allah.. harap2 begitu..haha

Unknown said...

luqluq:

knaper? jealous ker??
wakaka

Unknown said...

akak pilih printer je sebab printer tak de..
baru nak beli..
yang lain semua dah ada..
hehhe

Unknown said...

diana:

printer yer kak..hehe boly shja kalo nak ?? bru rm99

Mohamadazhan.com said...

kisah menarik, gambarkan cara berfikir dan memandang yang berbeza :)

Unknown said...

mohamadadazhan hj desa:

terima kasih..biasa2 shja...

IMANSHAH said...

menarik cerita tu..

Anonymous said...

Для одних отдых на Канарских островах — мечта,
для других — прекрасная альтернатива отпуску в африканских
странах-соседях, а для кого-то — просто вредная привычка.
Чем же для вас является отдых на чудесных островах, которые,
согласно старинному преданию, некогда были частью легендарной
Атлантиды? На этот вопрос вы сможете ответить только тогда,
когда сами познаете загадочные и удивительные Канары…
http://www.tenerife-excursions.ru/arenda-avto-tenerife

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014