December 22, 2011

pemberian Harian Metro secara percuma

السلام عليكم

alhamdulilah sudah selesai untuk event hari ini. bahagia sangat okay sebab dapat juga dapat pergi tempat itu walaupun pasa asalnyer kami semua mahu pergi ke tempat lain yang lebih syok dan have fun tapi tempat yang kami pergi tadi syok juga sebab dapat surat khabar percuma. 

by the way, korang boleh agak atau tidak ini ayie pergi mana? hehe

korang tidak boleh agak ea. apa kata korang tengok gambar dekat bawah ini dan harap korang semua tahu apa aktivti ayie pada hari ini. yang pasti bukan berdemontrasi okay. ada juga yang tanya ayie, adakah ayie kenal Adam Adli ataupun tidak. jawapannya sudah semestinya ayie kenal dengan Adam Adli dan yang pasti beliau adalah senior ayie yang ambik subjek TESL. ada juga bertanya adakah ayie menyokong Adam Adli? itu adalah personal, tidak perlu untuk dihuraikan lebih panjang.

apcal pula ayie cerita pasal Adam Adli ini. mahu tunjuk korang semua aktiviti ayie hari ini. cuma selingan sementara sahaja. hehe

*selingan hang, ada rasa nak kena tampaq tidak ayie. huhuhu 

hasil design Azrin Rahim

hari ini ayie pergi New Straight Time Paper dekat Bukit Jelutong. seriously sangat best sangat perjalanan hari ini cuma kami tidak dapat hendak pergi ke Shah Alam dimana tempat wartawan, editor, and ketua editor menjalankan kerja. kami hanya pergi tempat surat khabar itu dicetak sahaja. walaupun hanya mengambil masa dalam dua jam sahaja dekat kilang tersebut tapi banyak perkara juga yang ayie tahu.

*tahulah sangatkan. pergi sana semata-mata hendak berjalan sahajakan. hahaha

selain itu, sebelum balik rumah balik ke UPSI kami dapatlah sedikit cenderahati daripada pihak kilang. nak tahu tidak kami dapat apa? kami dapat layat and surat khabar Harian Metro secara percuma okay. haha dapatlah kurangkan perbelanjaan beli surat khabar walaupon sebenarnya ?

*biasa memang tak beli pun surat khabar sebab selalu baca free dekat library sahaja. haha

December 21, 2011

bila nak final exam ini

السلام عليكم

korang rindu tidak dekat ayie. haha 
from now, hari-hari nak update blog sebab sudah tidak mahu tinggalkan blog ayie lagi. huhu
yang penting hari-hari kena ada cerita walaupun cerita itu mengarut.
betol tidak tuan-tuan dan puan-puan.

*tampaq sat muka aku nie, lampi apa?
apa sebenarnya yang aku nak ceritakan ea?

okay-okay sebenarnya nak bagitahu alhamdulilah first paper arab telah selesai.
tinggal tunggu paper seterusnya pada 3,7,9 n 12 /1/ 2012 pula untuk menghadapi exam.
kenapa lama sangat ayie punya next paper?.
memanglah lama sebab sekarang baru minggu ke-14. ada lagi seminggu untuk study weeks and exam.

tapikan tadi pagi adalah waktu genting sebab add subjek untuk sem4 akan datang.
dan akhirnya hanya dapat add 11jam kredit daripada 19jam kredit.
korang faham tidak apa itu jam kredit? *perghh bajet macam hebatkan aku ini.
abaikan ea apa itu jam kredit, yang pasti penting add jam kredit untuk subject semester akan datang.

lepas ini kena pergi kampus untuk uruskan hal-hal berkaitan dengan aktiviti esok.
korang mahu tahu ayie pergi mana?
nantikan entry yang seterusnya berkaitan dengan perjalanan azrin rahim ke teettttt.
okaylah, puas sudah mengarut cuma nak cakap, love you all.

selamat menghayati keindahan alam

December 20, 2011

eh, muka budak ini sangat kiut

السلام عليكم

*ada rasa nak tampaq muka tak?

apa macam you all semua sekarang ini, adakah berada dalam keadaan sihat? huhu ayie, ada rasa macam nak tampaq muka hang tak? tak reti nak update blog ker? ataupun hang dah lupe yang hang ini memang ada blog. macam biasa sekarang ayie sudah berada di minggu ke empat belas kuliah and then next week adalah minggu study week and after that final. 

final wey, mean ada lagi 5 semester. haha *abaikan

berapa banyak kali "and" lah hang niekan ayie nak tulis, tapi realitynya memang banyak and pun yang aku tulis itu. hoho sebenarnya tak ada apa-apa pun nak cerita cuma nak merapu sahaja pagi-pagi ini sebelum bergerak ke kampus menjalankan tugas sebagai pelajar yang cemerlang. gituuuuu seriusly memang kejap lagi nak pergi kampus sebab nak jumpa DEKAN hantar surat permohonan tambah jam kredit and then terus lepak library selesaikan apa yang perlu diselesaikan.

one more thing, actually paper first ayie bermula pada esok hari iaitu bermula dengan paper arab komunikasi I. haha korang rasa pelik tidak? adakah korang tidak pening, budak major matematik, minor fizik and bahasa arab komunikasi I. okay memang tidak pelik, korang boleh abaikannya. yang pasti cuma nak sampaikan salam rindu sayang azrin rahim untuk korang semua. hehe

apa yang aku tulis ini ea?
rasa macam nak tampar sahaja laju-laju.
tapi sebelum itu, apa kata layan muka ayie yang paling cute-miut dekat bawah ini.
*perasan kejap okay.

kiut-miutkan. *abaikan

mood: dekat library layan buku arab kejap.

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014