August 28, 2011

ucapan khas dari blog azrin rahim

السلام عليكم

Allahu akhbar, tanpa kite duga incya-Allah esok adalah hari last kita berposa and then kita akan meyambut bulan syawal pula. pasti ada yang sedang meratapi pemergian bulan ramadhankan. incya-Allah segala apa yang telah kita lakukan pada bulan ramadhan ini apa kata kita teruskannye. incya-Allah sangat-sangat berguna tu untuk mendidik jiwa.

ayie ingin memohon maaf jika selama ayie bersahabat dengan kalian semua ada menyusahkan  and mana tahu ada koment yang ayie berikan sahabat semua tidak boleh terima. ayie mintak maafnya. tiada apa yang boleh ayie berikan kepada kalian semua cuma dekat bawah ini ada somthing untuk kalian semua.



p/s: first time buat banner pakai adobe photoshop. hehe
p/s: alhamdulilah ayie dah siap renovate satu blog. nak terjah tengok link ini. ada lagi 14 blog kena siapkan.
p/s: maaf zahir batin aku pinta jika dalam setiap perkenalan kita ada aku pernah melakukan kesalahan.

August 27, 2011

title cikgu atau abang ea??

السلام عليكم

lama juga gua tidak mengupdate apa yang patut dekat dalam blog ini tapi alhamdulilah dapat lagi menjengah mana-mana blog yang ayie sempat untuk jengah sebab masa sangat suntuk minggu ini. buat mereka yang bakal ayie renovate blog tu, incya-Allahayie akan selesaikan nanti. maaflah kalau tertunggu-tunggu yer. sesungguhnya saya juga seperti insan lain. jangan marah pula ye.

back to main topic, actually ayie semalam last megajar budak-budak tuisyen. serius sangat-sangat seronok melayan mereka untuk kelas yang terakhir + tak belajar pun sebab abang dia yang ensem ini ajak main-main. haha kalau dalam kelas diorang aku suh sahaja panggil cikgu no cikgu ayie but cikgu azrin. hahaha and kalau dekat luar panggil sahaja abang ayie. lalala

tengok gua, banyak songgelkan. haha actually bukan sangat suka yang formal-formal ini lagipun mengajar budak-budak sekolah rendah sahaja. so, aku rasa umur diorang sebaya adik-adik aku sebab tu suh panggil abang sahaja diluar waktu kelas. mereka pun sporting dengan gua + boleh ajak gua pergi rumah diorang nak kenalkan dekat akak diorang. perghhh gua memang handsomekan? haha (jgn termuntah).

apa gua melalut ini. cuma nak cakap disebabkan gua muda laki baru 19 ++. so, gua lebih selesa orang panggil gua abang daripada cikgu. lagipun perlu banyak lagi yang harus dipelajari supaya mereka tidak bosan dengan gua time gua mengajar nanti. one more thing, semalam last gua mengajar mereka. kelas semalam bertemakan main-main sebab gua dah tak mengajar lagi nanti. hehe

satu perkara yang gua dapat adalah bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang penyabar dan tabah. semua itu perlukan masa dan didikan diri ini supaya menjadi yang lebih baik dan baik untuk kemajuan anak murid mereka. seorang guru akan bahagia bila melihat anak murid yang didiknya berjaya didalam setiap bidang yang diceburi oleh anak muridnya.

p/s: buat anak murid gua. love you all semua. nanti sempat cikgu azrin pergi rumah hang ea? jangan lupa kasi duit raya lebih + kenal-knalkan ah dekat kak hang semua yang cantik tu. (ayat merah tu joke jer). hahah

August 21, 2011

blog ini bakal aku make over

السلام عليكم

alhamdulilah akhirnya ayie dapat juga siapkan ayie punye niat nak renovate 7blog tetapi apabila difikirkan balik ayie mahu renovate semua blog yang bagi link diorang dekat ayie itu. do, korang jangan risau incya-Allah one by one ayie akan bedah blog korang semua ea. korang mahu tahu ker senarainya. hehe mari check dekat bawah ini.
  1. http://adrinaqamarina.blogspot.com/
  2. http://dirahpunyerblog.blogspot.com/
  3. http://cytyfyfy.blogspot.com/
  4. http://blog2shout.blogspot.com/
  5. http://hansrollodepelicula.blogspot.com/
  6. http://letopkeypad.blogspot.com/
  7. http://ecahdenan.blogspot.com/
  8. http://www.darimi15.blogspot.com/
  9. http://aainaa4a.blogspot.com/
  10. http://ninasyahira.blogspot.com/
  11. http://secebismemorikehidupan.blogspot.com/
  12. http://islandgurlz88.blogspot.com/
  13. http://aziyati-saidin.blogspot.com/
  14. http://mnasriq.blogspot.com/
  15. http://topimagine.blogspot.com/
ini adalah blog yang bakal ayie make over. mungkin tidak banyak yang ayie akan ubah sebab ayie rasa background ad yang okay and ad fully yang ayie akan make over. lihat sahajalah nantiyer. harap-harap korang akan suka dengan hasil yang ayie lakukan nanti. by the way, ayie sudah letakkan link korang dekat bloglist baru ayie iaitu " design " (akan update apabila selesai, incya-Allah esok).

buat sis wanie andd sis mimi. blog korang ayie rase aye tidak akan sentuh buat masa ini tapi ayie akan buatkan banner untuk blog sis berdua. harap-harap sis berdua tidak kisahkan. hehe banner ayie buat simple and mungkin ambik sikit elemen yang ad dekat blog sis berdua. incya-Allah kalau lambat sikit tidak mengapakan. hehe

untuk yang blog bakal ayie bedah itu, sila isi butiran yang perlukan seperti dibawah ini yer dekat ruangan komen. untuk memudahkan urusan bedah blog and then untuk email and pasword blog korang tolong email dekat ayie boleh? tidak pun korang add sahaja FB ayie. senang sikit nak berurusan. ini FB ayie. AZRIN RAHIM.

ayie tidak mintak banyak-banyak cuma bagi apa yang ayie mintak dekat bawah ini sahaja.

  1. Nama Blog & URL Blog
  2. Jenis Blog (Peribadi, Blogshop, etc)
  3. Tema / Konsep Blog (Floral, Vintage, Grunge, etc.)
  4. Kombinasi Warna (Hitam, Putih, Purple, etc)
  5. Column Blog (2 / 3 sahaja)
  6. Design Header (gambar yang korang nak aku letak
  7. Design Footer (gambar yang korang nak aku letak
  8. Design Banner (gambar yang korang nak aku letak)
  9. Warna Post Entri & Sidebar
  10. Fungsi Tambahan (button shoutbox)
  11. email and pasword blog, sila emailkan dekat inbox FB ayie yer. that's all (apabila ayie mintak nanti baru bg email and pasword ye, sebab tidak mahu ada salah faham nanti. tunggu ayie minta)..

thanx semua yang datang blog ayie. ayie mengalami gangguan internet + kena pergi cari barang untuk persiapan raya. harap-harap korang semua faham. nanti balik ayie akan meroung blog korang semua. mintak maaf atas kelewatan ayie post entry malam ini.
mood: update dalam kereta . faham-faham kalau ad typo.
 

August 20, 2011

7 blog aku akan ubah !!

السلام عليكم

ini adalah sticky post. 
new entry ada dibawah.

incya-Allah, ayie nak make over 7blog dengan free. korang semua tidak perlu untuk buat entry just tinggalkan link dekat comment entry ini. incya-Allah kalau ramai ayie akan pilih berdasarkan kelayakan sesebuah blog itu. tidakpun ayie akan pakai random.org. kalau rasa mahu ayie make over. sila tinggalkan link di comment ini yer.

kalau mahu lihat blog yang pernah ayie make over boleh pergi dekat link ini. BLOG KAK AYU.
tarikh tutup: pukul 11.59 PM 20/8/2011 

segmen: blog gua berat tidak?

السلام عليكم

nasib tinggal berapa hari sahaja mahu menjejaki kaki ke UPSI balik. harap-harap dekat UPSI nty dapat blogwalking dengan jayanya. sekarnag nak blogwalking agak susah juga + tertekan sahaja. ishhhh. by the way, gua join segmenlah. huhu

korang kritik sat blog gua? berat ker tidak ea? 
mahu pergi cari orang nak tukar broadband sat. al-maklum duduk kampungkan. hehe

kad raya ker ini??

السلام عليكم

Alhamdulilah akhirnya ayie dapat juga untuk siapkan kad raya itu pagi semalam. first sekali nak ucapkan terima kasih dekat sis wanie sebab tolong berikan doodle dia yang comel + layan kerenah ayie dengan jayanya. (cerewet gakkan aku ini). huahau terima kasih juga dekat kecik sebab tambah-tambah idea bagi mencantikkan kad raya tersebut.

ad dua kad raya yang ayie buat. satu ayie buat sendiri pakai tangan and then lagi satu ayie buat pakai microsoft word. kalau ang tangan itu ayie malu nak tunjuk sebab bukan cantik sangat pun hasil tangan ayie ini. hehe by the way, jom tengok hasil kerja ayie dekat bawah ini.

luar

dalam

apa macam korang mahu ker? mane tahu nak bagi adik korang semua colour sendiri. huhu itu adalah hasil yang mampu ayie lakukan. ayie buat simple sahaja and alhamdulilah cikgu pon berpuas hati dengan hasil kerja ayie. huhu apa komen korang pula terhadap ayie punya hasil kerja ini. cepat-cepat sila comment yer. nak kutuk pun gua terima okay. adios

August 18, 2011

eh, apcal aku kena buat kad raya pula?

السلام عليكم

credit to sumber

jangan terliur pula tengok gambar dekat atas yer. tidak terlintas pun mahu buat korang semua terliur tetapi kalau terliur tidak mampu untuk kata apa-apalah. sorry ayie baru ad masa + curi masa sikit sebab tension buat kerja yang menunjukkan ayie memang tidak kreatif. hahaha

pagi-pagi masa sedap lena tido ada orang calling .. bunyilah lagi mengapa ko pergi, (disaat aku mula mencintai dirimu). terus angkat and tengok rupenya unknowns numbers. ingat macam nak reject sahaja tapi tidak jadi and terus berbual.

aku: assalamualikum.. sap ..

cikgu: waalikumsalam. ini cikgulah azrin . awak free tak sekarang?

aku: errr, cikgu. free cikgu? kenapa?

cikgu cikgu nak suh kamu buat kad raya yang hitam putih sahaja untuk budak-budak colour nanti.

aku: okay cikgu, ayie akan buat nanti. bila cikgu nak?

cikgu: malam ini selepas terawih boleh. email dekat cikgu ea?

aku: malam nie? (dalam hati: aduyai, baru nak pi berbuka dengan scandal (tipu sahaja)).
       (buka dengan member).

cikgu: boleh ker tidak?

aku: okaylah cikgu. nanti ayie siapkan before manghrib.

cikgu: bagus-bagus. assalamualikum.

aku: waalikumsalam.

hoihoihoihoi.. tension juga mahu buat kad raya inikan. mahu kena kreatif kot nak mendesign tu. takpelah nanti ayie try sahaja design apa yang patut and then kalau sudah  siap nanti ayie tunjukkan hasilnya disini yer. hehe tapi korang jangan mahu kutuk pula. by the way, nak mintak sis wanie boleh tidak? ayie nak doodle yang sis buat tu tapy dalam keadaan hitam putih tanpa warna. boleh tidak sis?

adios, enjoy your day. 

August 17, 2011

jadikan renungan buat sahabat sekalian

السلام عليكم

credit to sumber

nothing to view just mintak maaf kalau ad lagi blog yang ayie belum terjah dalam 2hari ayie meninggal blog buat seketika. ayie cuma nak cerita tentang kisah ayie yang harap korang semua dapat ambik sikit pengajaran berkaitan dengan hafalan ayat al-quran.
AMARAN !
BACA ENTRY SAMAI HABIS DAHULU BARU TAHU AKAN ISI YANG DISAMPAIKAN
alhamdulilah semasa ayie belajar dahulu di sebuah sekolah agama area kelantan ayie ad juga dapat menghafal ayat al-quran sampai tahap ke-3 iaitu tahap dimana ayie mula menghafal daripada juzuk 1-juzuk 5. tahap ke-2 berkaitan dengan dengan hafalan surah yassin, waqiah, ar-rahman, sajjadah. tahap 1 adalah juzuk amma. alhamdulilah semasa di tingkatan dua ayie dah sampai tahap ke-3.

lepas keluar daripada asrama dan berpindah ke sekolah lain (form 4). cara pembelajran telah bertukar dan berbeza sedikit disekolah lama mungkin disebabkan sistem pendidikan yang berbeza dan daripada situ ayie mula lupa akan ayat hafazan yang pernah ayie hafal. perangai berubah dan serba serbi berubah sehinggalah sekarang ini untuk ayie mengingat ayat hafalan tersebut agak susah walaupun mencuba dan mencuba.

mungkin disebabkan kealpaan diri ini yang banyak melakukan kesalahan dan kesalahan. kepada mereka yang telah menghafal ayat al-quran tetapi melupakan + tidak mengamalkannya, better korang hafal kembali untuk kbaikan kalian juga. jika sahabat semua pernah menghafal ayat al-quran. teruskan hafalan tersebut jangan pernah untuk ditinggalkan. kalau tidak susah nanti seperti ayie ini.

ayat Allah memang mudah untuk dilupakan jika kita selalu mengamalkan dosa and perkara-perkara maksiat.
no tips that can i give. just untuk peringtn sahaja
p/s: bukan show off gua hebat tetapi ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku terhadap gua.

August 16, 2011

tidur dengan mulut, mana satu ini?

السلام عليكم

credit to sumber

macam biasa sudah semestinya petang-petang macam begini grenty yang ramai tidurkan sebab keletihan berpuasa begitu tetapi ayie bukan mahu cerita pasal tidur ini tetapi mulut takkala dibulan puasa. biasalah memang mulut manusia itu tidak dapat ditutup walaupun syaitan tidak ad dalam bulan pose ini tetapi faham-faham sahajalah.

tidak guna untuk mengata pasal orang lain. contohnya,"tengok si abu tu baru keluar kereta barulah". and ada orang sambut,"ala kerja kerani sahaja mahu pakai kereta baru bukan kerja kerajaan pun". (tapi kadang-kadang gua pun macam begitu). aishh, tidak kisahlah dia mahu pakai apa sekalipun yang penting dia tidak guna duit kalian-kalian dan kaliankan. kena faham konsep itu. kalau orang beli kereta itu cakap sahaja,"alhamdulilah bertambah rezeki orang itukan".. aishhh, muhasabah diri balik ini.

kadang-kadang kerena mulut ini boleh menjadi binasa sebab dok sampai dari satu mulut hingga ke satu mulut. harap-harap kita dapat ambil iktibar daripada apa yang ayie katekan.

p/s: terima kasih dekat dekat nuffnang sebab bagi BE pasal celcom channel X. kalau korang rajin nak bagi duit raya lebih klik ah dekt iklan-iklan tu. haha 

August 13, 2011

sesuai ker buku tersebut dengan kita?

السلام عليكم

credit to sumber
apabila bangun tidur, tanya pada diri sendiri?
"kenapa Allah mahu hidupkan aku pada hari ini?"
jawapan yang dicadangkan oleh Imam Al-Ghazali,
"kerana dosaku terlampau banyak, Allah masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat".
sudah mahu masuk tengah hari nampaknya. alhamdulilah sudah 13 hari kita menjalani ibadah bersamaan dengan 13 ramadhan.  hari ini ayie cuma ingin tidak rugi kita membaca apa sahaja buku yang boleh meningkatkan ilmu pngetahuan kita walaupun umur kita telah lanjut dek usia.

kadang-kadang dalam ayie membelek buku-buku dekat tempat jual buku member akan kata begini dekat ayie,"apa guna beli buku macam begitu? adakah memberi kamu ilmu?". kamu katekan berkaitan dengan ilmu?, bagi ayie banyak ilmu yang kita boleh perolehi sebagai contoh buku yang ayie review sbelum ini yang berkaitan dengan AKHIRNYA KUTEMUI CINTA-MU. serius banyak sangat perkara yang boleh diambil iktibar.

jangan disangka buku setebal 206 muka surat itu tidak membawa apa-apa makna kepada kehidupan kita kerana sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada kehidupan kita daripada yang seorang kurang pengetahuan agama kepada yang lebih berilmu. selain daripada itu juga, kita dapat mengambil sedikit iktibar daripada apa yang telah mereka lakukan.

bagi ayie, setiap buku itu ada kelebihannya and jangan pernah pandang rendah pada sesuautu buku and one more thing, jikailmu itu adalah baik dan sesuai untuk perkongsian bersama bagus untuk kita sebarkannya dan jika kurang baik, better luputkan daripada otak kita. selamat beramal
jangan pandang rendah terhadap sesuautu buku yang telah dihasilkan itu. baca dan teliti baru judge. 

August 12, 2011

second task done but ...

السلام عليكم

Alhamdulilah kerja yang diberikan dan diamanhakan oleh seorang hamba Allah ini telah ayie laksanakan sejak pagi tadi around pukul 7AM dan telah siap pada pukul 9.45 AM.ayie mengambil masa jugalah untuk menyelesaikan tugas tersebut. huhu hara-harap tuan blog suka dengan hasil kerja ayie.

korang mahu tahu kerja apa sahaja yang ayie lakukan. mai sat ayie tunjukkan dekat korang semua. apa korang tidak mahu lihat? tidak mahu sudak sebab ayie mahu korang lihat juga iaitu ayie lepas siapkan editing blog kak ayu ini. aku mahu yang simple and berwarna merah. so, ayie rasa kabungan warna ini menarik.

 bahagian atas
bahagian bawah

inilah hasil yang telah ayie sipkan after editing tapi sizenyer agak besar sedikitlah sebab itu ayie ingin bertanye pendapat korang semua? boleh tidak? kehkeh korang try masuk blog itu and then perhatikan same ad mase korang loading blog tersebut cepat @pun lambat. kalau lambat sila inform dekat ayie yer. incya-Allah akan perbaiki dripada semasa ke semasa. kalau ad cara nak kurangkan berat blog pun boleh bagitahu ayie. lagipun ayie sudah try krangkan size. huhu ini link yer.
http://ruhayurazali.blogspot.com/
and then kalau ada komen mengenai hasil kerja ayie itupon boleh bagi tahu. tidak kisah kritikan mahupun apa yang penting berguna untuk ayie tingkatkan lagi dlam penghalusan kerja-kerja editing ini. ayie mahu rehat sekejap.

August 11, 2011

AKHIRNYA KUTEMUI CINTA-MU

السلام عليكم

credit to sumber

tanpaku duga mengapa begini rupaya sudah 11ramadhan. ecehhh, awal  lagikan mahu menyambut hari kemenangan kita. harap-harap semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik and sentiasa berada dalam lindungan Allah. incya-Allah.

pagi ini tidak mahu bawa isu cuma nak cakap ayie bakal jadi model haha (okay sila gelak). gua  sahaja nak bagi korang rasa cemburu. betul tidak? huahau sebenarnya ayie cuma nak review sebuah buku ini sahaja iaitu buku AKHIRNYA KUTEMUI CINTA-MU. alhamdulilah setakat pembacaan ayie hampir separuh ayie rasa kagum dengan mereka yang memperolehi hidayah.

serius kalau korang baca buku tersebut akan terlibat rasa sesuatu yang sangat amazing and you all mungkin akan kurang percaya tetapi realitinya memang benar. sebagai contoh ada yang mengisahkan mengenai bagaimana seorang yang bencikan agama islam tetapi selepas 7tahun, dia memperolehi hidayah dan menjadi seorang pendakwah di Eropah.

serius memang sangat nice cerita ini serta banyak pengajaran yag boleh diperolehi. korang mahu tahu buku apa. jom kita terjah buku tersebut.


see? itulah bukunya and harganya around RM12.90. kalau untuk koleksi alhamdulilah ayie ad sahaja and nak pinjam pu boleh tapi give me time. why? sebab gua tak abis lagi baca buku ini. hehe

August 10, 2011

setiap orang ada kelebihan and kekurangan

السلام عليكم

credit to sumber

macam biasa sekarang berada dekat kedai mamak tengah dok lepak makan rojak mee. tadi sudah pelawa si saleh and alif tapi nampaknya mereka tidak berminat. jadi aku bedallah sorang rojak mee nie. kalau korang ada pon aku tolong orderkan and then korang bayar untuk aku sekali. haha

abaikan sebenarnya nak cerita jangan pernah bandingkan diri orang lain dengan orang lain sebab setiap orang ad kelebihan dan kekurangan. sebgai contoh macam begini. karakter dibawah hanyalah rekaan semata-mata okay. tidak ad kaitan dengan hidup @pon mati.

  • along apcal duduk maahad tak nak pergi SBP macam kasim tu.
  • apcal straight stady malaysia shaja, tengok kasim tu study dekat overseas.
  • azrin( bukn tuan blog) apcal pergi matrik tak sambung dekat MESIR, macam leman tu.
  • saleh kenapa masuk U tu, tengok alif pergi UM.
  • freaky apcal lepas SPM kerja, tak sambung belajar macam khairul.
  • sakdi adik hang straight A, hang straight apa?
stop it ! you knows why. semua orang ada kelebihan and kekurangan masing-masing + masing-masing tahu hala tuju mereka. many reason kenapa mereka tidak mahu terima sesuatu itu and terima tawaran yang lain. lagipun setia ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. 

kadang-kdang jangan mahu duk bergosip tentang anak orang ini dengan orang ini. perlu juga tahu akan diri anak sendiri. (opppsssssss) bukan untuk menghentam, tapi begitulah realitinya manusia sekarang ingin sahaja tahu pasal orang lain. tidak salah untuk tahu tapi perlu untuk jag sensitiviti orang lain juga.

August 9, 2011

tutorial: show/hide button for content

السلام عليكم

credit to sumber

Alhamdulilah ayie masih lagi boleh menaip entry and singgah blog kroang tak berapa sempat lagi disebabkan kerja-kerja di rumah plus ad sedikit kerja-kerja dikedai yang mesti diuruskan. incya-Allah lepas terawih nanti ayie singgah blog korang semua. mintak maaf yer. incya-Allah ayie akan terjah one by one.

entry kali ini cuma mahu tunjukkan satu tutorial berkitan dengan show/hide button for content macam dekat blog ayie itu. apa korang tidak perasan. mai sat tengok dekat bawah ini and korang tengok dekat mana ad button itu area blog ayie ini. hehe tutorial ini telah di request oleh kak diana.


sudah lihat. jom maisat ayie ajar macam mana mahu buat button tersebut supaya blog kroang semua nampak lebih kemas dan menarik gitu. 

  • logn in blogger ---> dashboard ---> design ---> page element

  • and then cari html/javascript.

  • kalau sudah jumpa korang masukkan code dekat bawah ini ke dalam html/javascrit tersebut.
<center><div><div style="margin: 5px;">
<div style="margin-bottom: 2px;" class="bigfont"><input style="margin: 0px; padding: 0px; width: 120px; " value="TEKAN SINI" onclick="if (this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display != &#39;&#39;) { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display = &#39;&#39;; this.innerText = &#39;&#39;; this.value = &#39;Tutup&#39;; } else { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[1].getElementsByTagName(&#39;div&#39;)[0].style.display = &#39;none&#39;; this.innerText = &#39;&#39;; this.value = &#39;TEKAN SINI&#39;; }" type="button" />
</div>
<div style="border: 0px inset ; margin: 0px; padding: 6px;" class="alt2">
<div style="display: none;">
  • (korang nampakkan perkataan yang ayie boldkan warna MERAH itu, korang boleh tukar ayat tersebut ikut suka korang).

  • masukkan code yang korang na letak seperti shoutbox, ping blog @ backlinks.

  • lepas masukkan code yang korang mahu letakkan tadi. korang masukkan code dibawah ini pula sebgai penutup.
</div></div></div></div></center>

lepas sudah siap korang bolehlah save and then lihat hasilnya. jika ada pertayaan sila tanya kepada ayie di kotak komen ini yae. incya-Allah ini sahaja yang ayie dapat bantu. selamat mencuba.

credit to sumber

selamat berbuka + menunaikan ibadah puasa. 

jangan kedekut doa buat mereka juga

السلام عليكم

credit to sumber

pagi-pagi pukul 3.45AM alhamdulilah sedar juga diri ini and terus layan cerita 500 days of summers. tengok berapa lemaunya gua baru mahu tengok cerita itu sedangkan orang lain semua sudah berkurun kot tengok cerita itu. haha kelakarlah gua inikan. (cakap dekat diri sendiri kelakar). huahau

alhamdulilah pagi ini incya-ALlah ayie akan keluar dengan umi and kawan umi untuk cari barang-barang like songkok and tudung untuk anak-anak yatim dekat sekolah umi. actually, ini adalah memang acara tahuan yang wajib dilakukan oleh pihak sekolah umi bagi anak-anak yatim tersebut supaya merasa sedikit bahang kegembiraan di pagi raya nanti.

ada lagi 21 days to celebrate raya but sekolh umi memang siapkan awal and macam biasa gua pun dengan rela hati menjoinkan diri plus umi cakap adalah sedikit sumbangan dekat anak-anak yatim itu walaupun dengan hanya tolong umi carikan barang. aishh, pagi-pagi umi dah buat syahdu dekat guakan. haha

serius kalau kita berbuat kepada orang, incya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah juga tetapi tidak tahu dalam bentuk apa. yang penting kita menolong orang semata-mata kerana Allah. by the way, apa kata jom kita meriahkan mereka dengan korang doakan anak-anak yatim dekat malaysia ini berada dalam lindungan Allah. incya-Allah.

mood: dalam perjalanan mahu pergi ke bandar mencari barang-barang untuk anak-anak yatim sekolah umi.

August 8, 2011

musuh itu jiran ayie

السلام عليكم

credit to sumber

Alhamdulilah dapat lagi kita bersua disamping menjalani ibadah puasa pada hari ke-8 ini. harap-harap kita penuhi hari kita dengan nikmat iman serta syukur kepada Allah. panjang gilakan mukadimah gua. better straight to the point. sebenarnya nak perkenalkan jiran baru ayie iaitu ceritakaudanaku.

Alhamdulilah dapat bersua dengan that girl. incya-Allah lepas ini akan lebih baik sebagai jiran dialam maya. thankx sergeant keroro sebab buat segmen tersebut. buat jiran ayie, incya-Allah kita saling bantu-membantu apa yang perlunya. btw, kalau tak silap ayie jiran ayie ini newbie. kalau pembaca blog ayie yang budiman. jom ramai-ramai kita pi singgah blog dia and follow + dapat tambah kawan barukan.

okay ah, mahu pergi jalan-jalan sat. incya-Allah nanti kita mesra-mesra lagi.


kembali ketujuan asal berblog

السلام عليكم

credit to sumber

alhamdulilah bila difikirkan balik ayie harus kembali kepada tujuan asal ayie berblog iaitu hanya sekadar ingin berkongsi tentang twins and perkara-perkara yang bermanfaat. incya-Allah aku akan kembali mencari diri aku kembli setelah 10bulan masa aku ambil untuk mencari dimana aku sebenarnya.

bukan diriku sehebat mereka untuk berkata-kata tetapi dengan ilmu yang aku ada patut untuk aku sampaikan supaya setiap perkongsian aku itu memberi barakah dan manfaat bersama. incya-Allah. berfikir aku mencari dimana silapnya selama ini, mungkin disebabkan diri aku yang terlampau fikiran duniawi semata-mata. masya-Allah.

buat sahabatku sekalian, maaf jika dalam entry-entry aku sebelum ini membuatkan kalian rasa seperti tersentap mahupun entry ayie tidak menbawa apa-apa faedah untuk perkongsian bersama. incya-Allah, niat aku akan kembali seperti mula aku memulakan langkah sebagai seorang blogger dengan satu tujuan semata-mata untuk perkongsian ilmu.
p/s: give me pendapat korang tentang wajah baru blog ayie ini. adakah berat masa korang bukak blog ayie. kalau lambat sila bgtahu yer. incya-Allah akan diperbaiki daripada semasa ke semasa. incya-Allah.

August 6, 2011

time-time macam begini sesuai kerjakan mereka

السلام عليكم

Alhamdulilah macam biasa ayie kurang mengadap orang sekeliling sangat sebab best duk lauan design-design yg dihasilkan oleh cik bulat and alieff.com. serius ayie pun baru sahaja mahu berada dalam bidang ini so, kenali belajar-belajar daripada blogger yag pandai decorate ini. curi sedikit ilmu + idea. huhu (jahatnya).

malam ini macam biasa nak cerita pasal kenakan budak. haha ayie suka kenakan adik ayie yang mahu ambik exam PMR and cakap senang sahaja dengan dia," ko nak examkan, berani ko tipu, fail exam ko". serius kalo budak-budak macam begitu ayie selesa untuk gertak mereka sahaja.

lagi-lagi next weeks kot kalau tidak silap ayie grenty dia nak ambik trial PMR. harap-harap trial dia lebih bagus dripada ayie. haha sebab ayah cakap kalau dapat lebih daripada abang long ko duit raya up sikit daripada yang lain. huahau tapi kalo ikotkan memang dia sentiasa up pun.sob3x. gua xpandai arab tu yg exam setiap kali dapat B walaupon trial A. benggongkan. huahau

apa gua membebel ini. sebenarnya cuma mahu cakap, selalu budak-budak yang nak ambil exam ini semua perangai baik-baikkan and tidak berani mahu lawan sebab takut orang tidak doakan supaya dapat buat yang terbaik masa exam. so, time inilah mahu gunakan mereka. ecehhhhh, jahat gilakan gua ini asik duk kerjakan adik sahaja. huhu

teringat dikala kecik buat aku ketawa

السلام عليكم

macam biasa selalu pergi solat terawih memang ada budak-budak yang ikut parents diorang pergi solat dekat masjid. dalam hati aku berkata, "perghhh, sejuk hati mak ayah kalo tengok diorang besar nanti sebab kecik-kecik sudah diajar pergi solat terawih dekat masjid. alhamdulilah". biasa ayie sampai dekat masjid dalam area pukul 8.30pm orang baru nak azam isyak. hoh

tengok betapa malasnya guakan mahu datang awal-awal dekat masjid and sanggup datang lambat tu serta sudah semestinya datang menaiki kereta ayahlah. berlagak hotlah konon kecik-kecik macam ayie sudah ada kereta sendiri sedangkan kereta ayah . haha berbalik pada tajuk entry tidak mahu melalut.

bila tengok budak-budak itu kelakar sebab grenty masa kecik-kecik dulu aku macam mereka. biasalah dekat masjid tidak biasa dengan orang lagi asik duduk berhimpit sahaja dengan ayah and then bila ditegur malu-malu + asik mahu menyorok sahaja dekat belakang ayah. bila gua tengok budak-budak itu teringat masa zaman kecik-kecik.
masa kecik-kecik gua macam begitu dok sebab malu punya pasalkan, gua dok belakang ayah gua sahaja masa sekolah tadika sampai darjah 4 + guakan comel. (sila muntah okay). itu sahaja pagi-pagi macam begini mahu mengarut. huhu

tutorial: open link in new tab

السلام عليكم

pergh nampak sangat gua sekarang ini sedang bergiat mahu buat tutorialkan. rasenya setiap hari mahu tidak 1 tutorial @ 2tutorial. harap-harap korang tidak bosanlah sebab hanya selingan untuk setiap entry ayie kot. kehkeh disamping sahaja mahu berkongsi apa yang ayie ada. macam biasa hari ini mahu kongsi pasal tutorial open link to new tab terus.

means that, bila korang telak link terus di akan terus pergi ke new tab. kalau tidak silap ayie ad dua cara tutorial ini. so, ayie akan tunjukkan dua-dua okay.

tutorial 1
  • log in blogger ---> dashboard ---> design

  • cari edit HTML ---> thick expand widget 

  • tekan ctrl + F secara serentak.

  • firstly, korang try cari kod dekat bawah ini.
<head>
  • selepas jumpa pasti kode dekat bawah ini dibawah code <head>
<base target='_blank' />
  • after that terus tekan save templetes and siap. 
tutorial 2.
tutorial ini menggunakan java script and mybe dia akan tambah berat loading di blog. tapi just kongsikan juga + ayie dapat tutorial ini di blog sahabat kita.

  • logn in blogger ---> dashboard ---> design

  • tekan add gadget ---> HTML/javascript

  • masukkan kode dekat bawah ini and then save.
<!-- code for turning all non-blog links to new page links -->
<script type="text/javascript" language="javascript">
var arr = document.getElementsByTagName("a"); //get all links in the page
for(var i = 0; i < arr.length; i++)
{
if(arr[i].href.indexOf("Your URL") < 0 //not links that are 'inside' blog
&& arr[i].href.indexOf("javascript:") < 0) //not javascript links
arr[i].target = "_blank";
}
</script>
tutorial 2: credit to sumber

kalau ayie lebih suggest yang first sebab senang untuk korang lakukan disamping bila korang gunakan tutorial yang first itu tidak akan tmbah berat loading blog. bila gunakan tutorial yang second mean thats, korang telah tmbh berat blog dengan code html. selamat mencuba.

August 5, 2011

kenapa sanggup beli barang mahal tapi benda tuttt tak sanggup pula .

السلام عليكم

apa macam kenyang tidak korang berbuka hari ini. harap-harap korang berbuka alar kadar sahaja disamping jangan pula terlebih-lebih sehingga tidak boleh mahu pergi solat terwaih bagi yang lelaki. kalau perempuan mahu join sekalipun it's okay sebab diharuskan bukan. hehe

lupekan pasal makanana, ayie cuma nak cerita pasal semalam yang ayie dengar dekat radio IKIM FM. ini berkaitan dengan perempuan sahaja sebab ayie tidak berapa dengar sangat sebab duk khusyuk masak semalam. haha korang mahu tahu tidak diorang cakap apa?. kalau nak dengar cuma korang hayati ayat dekat bawah ini dengan baik-baiknya,
kenapa perempaun kalau tudung yang harga RM 19.90 sanggup untuk dibeli, lagi-lagi kalau  dekat puasa ini tetapi buku untuk santapan rohani ini yang hanya berharga RM ... mereka tidak sanggup beli. 
masa ayie dengar ayat itu terus gluppppp and cakap dengan mak ngah pasal ustaz itu cakap and then terus mak ngah respon. perempuan ini rambang mata sikit dekat pakaian and benda-benda yang menarik berbanding dengan buku-buku ini.

bukan ayie mahu menghentam perempuan tetapi lelaki still sama juga termasuk ayie kadang-kadang buku ilmiah yang harganya adalah murah sahaja tetapi tidak mahu beli. barang-barang pakaian @pun gadget handphone grenty sanggup belikan bagi lelaki and bagi perempuan pula kalo barang pakaian mahupun alat-alat make up mahal grenty sanggup beli. haha

so, jom sama-sama kita ambil iktibar sedikit. walaupun zaman sekarang memang ad internet and semuanya dihujung jari tetapi kadang-kadang kita tidak tahu sangat akan kesahihannya berbanding dengan buku. kalau buku, kita tahu akan siapa penulis yang mengupas perkara tersebut. bagi ayie buku-buku agama memang wajib dibeli dripada dicari di internet.

mood: dalam perjalnan mahu pergi ke masjid. semoga dapat mamfaat bersama ad renungkan.

tutorial: cara letak nota kaki di bawah entry

السلام عليكم

Alhamdulilah mood nak buat tutorial kembali lagi. kenapa ayie mahu buat tutorial ini. ini sebab ad request daripada seorang sahabat ayie iaitu sergeant keroro yang bertanya macam man nak buat nota kaki dibawah setiap entry. sebelum itu ad yang tidak tahu apa yang ayie mahu ceritakan. tengok gambar dekat bawah ini.

benda inilah yang ayie mahu cerita. kalau korang mahu tahu macam mana ayie buat. jom ikut step yang ayie ajar ini one by one okay. kalo ada yang tidak faham sila bagitahu.

  • korang try pergi dekat login blog ----> dashboard ----> design ----> edit html.

  • korang tick [ expand widget templete ].

  • tekan control serentak dengan F.

  • korang try cari coding code ni, 
<data:post.body/>
  • kalau korang telah jumpa. korang masukkan pula coding dibawah ini dibawah coding <data:post.body/>.
<hr/><center><b>AYAT KEGEMARAN</b></center><hr/>
  • korang try preview dahulu and then kalo tidak ad error save templetes. before that jangan lupe isi AYAT KEGEMARAN tersebut.
credit to sumber ciktom
selamat mencuba. adios.

kalau ad persoalan and minta ayie bantu tentang editing blog. korang boleh sahaja inbox dekat facebook ayie yer. incya-Allah ayie akan membantu mana yang ayie mampu sahaja.

twins: kejap puasa, kejap tak?

السلام عليكم

macam biase jom kita layan cerita twins kali ini. haha sahaja nak layan korang dengan telatah twins yang sangat-sangat tidak mencuit hati langsung tapi buat orang geram adalah. lagi-lagi inikan bulan puasa semakin enjadilah perangai mereka. tengahari sahaja mulalah nak cucu and makan. haha sapa yang melayan mereka? yang penting bukan ayie.

twins: ayong nak nenen and nacik.

along: wey tak puasa ker?

twins: puasalah.

along: apcal pula nak mintak makan and nenen.

twins: diam sahaja.
          merengek mahu makan juga sambil bt mula kesian.

umi: along ko ni memang tak reti langsung. mai umi masakkan.

along: ala, manjakan sangat mereka itu.
         (dalam hati, tapi mereka kecik lagikan). haha
agaknyakan masa dulu kecik-kecik aku pon macam begitukan. haha nak buat macam mana, terima sahajalah adik aku macam begitu. budak kecik kot. hehe
konklusinya, mereka dikira puasa separuh hari sahaja tapi time sahur merekalah orang paling utama untuk duduk depan meja makan itu sama juga macam berbuka. kalau makan tu mcm orang tua, mahu makan sendiri tak nak disuap. grenty gua miss gila moments puasa kali ini tengok telatah mereka. hehe

August 4, 2011

apcal tak pakai benda tu !!

السلام عليكم

masih lagi rajin untuk menulis disamping ada masa ini sebelum busy dengan melakukan kerja-kerja harian. hehe sudah semestinya hari ini saja nak bawak cerita pasal tuan tanah blog ini. sebelum cerita lebih lanjut siapa yang disini sudah semestinya memakai spec sila baca dengan teliti ya sebab banyak memberi manfaat ini. haha

sejak bulan ramadhan ini ayie serius jarang pakai spec and umi boleh tegur pula and cakap," abang long apcal umi tak nampak abang long pakai spec?, rabuh abg long kan sudah mencecah 300++ boleh nak buta. hahahaha". umi dok gelak bila sampai cakap pasal buta. aishh, ayie balas ah," mahu sangat ker tgok anak bujang yang  handsome ini buta. kalau nak boleh sahaja". ecehhh konon gua merajuk dengan umi.

umi cakap lagi. kalau nak merasa buta sangat. pergi sahajalah butakan. haha umi gelak-gelak. lepas tu aku cakap ah kenapa aku tak pkai spec," saja nak elakkan maksiat dibulan ramadhan ini. lagi-lagi maksiat mata. kang senang nak nampak anak dara macam kerengga tu. haha lepas itu umi cakap," untunglah ad anak bujang mcm gini. geli sahaja dengar". haa

itu hanya perbualan ayie dengan umi. lagipun serius ayie malas nak pkai spec dah sekarang ini sebb rasa macam rimas begitu tapi conclusinya, ayie memang kena pakai spec kalo tidak grenty power ayie akan bertmbah dan susah nak drive. sape-sape yang pakai spec tu teruskan shjelah pakai spec jgn malu-malu yer. hehe

Lelaki yg BAIK---> lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ~
Lelaki yg COMEL---> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid ~
Lelaki yg SWEET---> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah ~
Lelaki yg ROMANTIK--> lelaki yg menhadiahkan sebuah doa setiap hari ~
Lelaki yg CHARMING--> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ~

"Jom Cari Musuh"

السلام عليكم

sebelum ayie siap-siap nak pergi ke masjid apa kata kita ramai-ramai join segmen sorang mamat ini. mungkin dia datang daripada palnet pluto kot. so, bro daripada planet pluto ini harus dihargai. jom sama-sama kita cari mush daripada planet beliau. haha (maaf sergeant).


klik sini.

mood: jom kita mengimarahkan masjid-masjid dekat sekitar malysia ini. selamat berterawih.

kenapa dah macam kerengga sekarang ..

السلام عليكم

nampaknya ayie lepas bangun tidur ini. hehe lepas balik terawih sahaja terus tidur and tidak fikir lain disebabkan badanpun tidak berana nak sihat memang terpaksa tidurlah nampaknya. lagipun laptop adik-adik guna tadi ayie biarkan sahaja. kenapa dengan kepala ini agaknya sebab tiba-tiba pula asik berpinar sahaja. 

sebenarnya ayie nak cerita ini, alhamdulilah 3ramadhan sudahkan grenty ramai yang pengi bazar ramadhan sebab nak cari makanankan? ayie biase dekat rumah sahaja tidak pergi bazar lagi cari makanan. huhu kalau korang pergi bazar nampak tidak apa-apa yang lain. ala-ala yang macam kerengga itu. hoho (ini entry universal).

member ayie dok cakap dengan ayie, dia sudah tiga hari pi bazar ramadhan and tiga harilah dia nampak orng perempuan ini sekarang kalau pakai baju sudah macam kerengga. korang fahamkan kerengge tu macam mane. sudah bulan ramadhan tapi perangai semakin menjadi pula. ala, perempuan kenapa kalian begitu yer.

tidak boleh pakai yang labuh sikit supaya nampak manis + ayu begitu. lagipun akan menjadikan nafsu lelaki naik sahaja bukan mahu beli makanan. and lastly, apa salahnya korang pakai baju yang cantik sikit untuk dilihat lagi-lagi yang berniaga dekat pasar tu. rezeki-rezeki juga abag akak, jangan tiba-tiba dok dapat dosa juga.

August 3, 2011

fully handmade tuuuuuuu

السلام عليكم

alhamduliah kerja-kerja yang telah diamanhkan kepada ayie, ayie telah langsaikan malam tadi juga. harap-harap abg imanshah berpuas hati dengan hasil kerja ayie. entry hari ini ayie hanya mahu cerita tentang hasil kerja and kerja-kerja yang telah diberikan kepada ayie. seriuosly ayie buat simple-simple yang penting nice apabila dilihat. kali ini ayie fully buat sendiri.

firstly kalo nak buat background blog biasenya ayie akan draf dahulu supaya nampak secara kasar design macam mana and supaya tidak lari daripada yang sepatutnya. okay jom kita layan draf yang telah ayie siapkan. tapi tngn tak reti lukis so, buruk sikitlah. haah


anggap sahajalah draf tu tak wujud sebab gambarpun hancuskan. haha so, lepas dah siap buat draf tu maka bermulalah sesi ayie untuk membuat backgroud templetes plak. background templetes ini abg iman nak yang bercorak ilmiah.so, ayie gabungkan dengan lencana + buku sekolah and tulisan KELAB DEBAT STAR dekat bawah sekali. 


macam yang dekat gmbar atas itu. itu adlah backgriund transparent sebab background belakang ayie sudah letakkan dengan warna biru muda suapay nampak cerah sedikit. huhu lagipun biar contra dengan warna sidebar blog tersebut. hehe and lastly adalah header. serius ayie buat simple sahaja header sebb nak kenakan dengan background templetes. 


by the jom tgok fully yang belah atas and belah bawah pula supaya nampak keseluruhannya. hehe


belah atas
belah bawah
KDBM STAR
itu sahajalah yang ayie dapat siapkan. kalau korang nak tengok yang fully punya korang boleh terjah link dekat atas ini and then bagi sedikit komen tentang ayie punya kerja. mana tahu boleh lagi diperbaiki untuk masa-masa akan datang. incya-Allah lepas ini nak buatkan tempeltes untuk citarasa riduan pula pemilik blog iaitu kak ayu. harap-harap nanti kak ayue boleh bagi gambar kedai kak ayu and then tema warna apa yang kak ayu mahukan beserta dengan jenis background yang macam mana. itu sahaja.

August 2, 2011

ayie pemain bola sepak Malysia !!

السلام عليكم

hari ini sahaja awal pula ayie buat entrykan. (awallah sangat) sudah pukul 12.37pm kot. kejap lagi mahu mengambil adik ayie yang si aina daripada sekolah and then abbie pun mungkin dah nak ready pergi jual air tebu and umi eady untuk pergi sekolah mengajar. nampaknya hari ini ayie yang sediakan juadah berbuka. haha (sebenarnya umi dah siap semuanya tinggal goreng sahaja).

korang nampak tidak kelainana blog ayie yang baru ini. haha lagipun tidak adpun yang baru cuma ayie tukar header baru sahaja. header baru itu ayie menggunakan doodle yang diberikan oleh sis wanie walaupun sebenarnya ayie bukanlah komen yang paling pantas cuma atas dasar sis wanie pernah janji nak bagi ayie doodle sahaja. hehe by the way thankx sis wanie. ini adalah doodlenya.

ini adalah doodles daripada sis wanie. ayie bagaikan pemain bola sepak Malaysia tapi ayie tak minat sangat bola sebab reti futsal sahaja. nampak sgt ayie bukan kaki bangku okay. huhu pemain bola sepakpun jadilah and daripada doodles ini ayie dapat siapkan header ayie dalam masa 15 minit. haha ayie suka simple suh header pun simple. 
apa macam okay tidak header baru ayie ini, simple + nicekan kombinasi warna dia.incya-Allah nanti nak renovate blog lagi after siapkan tempahan templetes daripada abg imanshah. sorry abg imanshah ayie baru nak start buat blog kelab debat abg imanshah. sorry. incya-Allah kalau tidak ada aral melintang esok pagi siap kot. ayie buat malam nanti yer. hehe

August 1, 2011

buat simple-simple sudah

السلام عليكم


alhamdulilah macam biasa ayie sahaja nak bangkitkan isu-isu zaman sekarang inikan. ini adalah berkaitan dengan dengan isu pertunangan. ala, mungkin ada yang certain orang akan ambik serius pasal benda ini event hanya bertunang and siap pasang khemah and tempah pelamin bagai.

full stop, sebelum korang jadi (syaitan), mean that suka membazir baik korang buat yang simple-simple and tidak merumitkan mana-mana pihak. bukan diri ayie untuk menghentam sesiapa cuma fikirkan ayie sahaja and try hayati kata-kata dibawah ini. semoga dapat renungan bersama,
“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad)

 sekarang sahabat semua sudah faham, bagi ayie tidak perlu untuk bermegah untuk grand-grand bagai kerana menunjuk itu tidak baik disamping kalau terjadu yang buka-bukan nanti, grenty akan malu punya keluargakan. buat simple tapi membawa seribu makna. bukan populariti yang kita cari tetapi hanya rahmat diatas perjalnan majlis tersebut.

rezeki di bulan ramadhan

السلام عليكم

Alhamdulilah hari ini satu ramadhankan bersamaan dengan satu 1 ogos 2011 bersamaan juga dengan 10 bulan ayie berada dalam dunia blog ini. firstly, nak ucap terima kasih kepada semua yang follow ayie and nice berjumpa dengan korang. banyak juga perkara yang ayie dapat daripada cerita and tips yang korang berikan bolehlah sedikit ambil pengajaran.

abaikan 10 bulan itu, mungkin aktiviti ayie berblogging and singgah blog korang untuk bulan ramadhan ini agak limit sedikit sebab ayie terpaksa tumpukan pada pernigaan family. alhamdulilah untuk ramadhan kali ini ayie dapat bantu ayah dekat kedai air tepi and tolong umi berniga kerepek pisang.

terima kasih kepada Allah kerana memberi peluang untuk ayie merasa bagaimana seseorang itu bersusah payah, bertungkus lumus untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. incya-Allah juga nanti ayie akan selitkan sedikit aktiviti ayie di bulan ramadhan berkenaan dengan air tebu and proses membuat kerepek pisang.

korang jangan terliur pula bila ayie cakap air tebu and buka ini terus nak pergi cari air tebu. lagi-lagi si syrupmasin tu cakap dia nak buka air laici hari ini. betol ker tidak? hehe okay ayie malas mahu membebel. mintak maaf juga kalau ayie tidak dapat balas kunjungan sahabat semua sebab ada perkara yang membatas.
sambutlah ramadhan ini dengan penuh senyuman sebab syaitan telah diikit tetapi perlu perhatikan akan nafsu kalian semua sebab sekarang nafsulah yang boleh menyebabkan kalian melakukan kesalahan. tahan nafsu untuk kebaikan bersama. renungkan.

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014