January 2, 2014

Malam Tahun 2014

Assalamualaikum w.b.t

2/1/2014 alhamdulilah masih lagi dapat bekerja macam biasa dan hari ini masuk awal sikit keje sebab bos datang awalkan jadi kena masuk keje awal walaupun biasa aku masuk keje dalam pukul 10 am. Nothing yang berubah cuma macam biasa pagi-pagi lagi dah kena settlekan keje design and now tinggal nak confirmation daripada clients before create outline. confirm saha terus anta kilang untuk cetak.

tapi pagi ini bukan nak cerita pasal apa yang ayie buat tapi nak cerita berkaitan dengan sambutan tahun baru 2014 yang ayie alami. seriously mmg tak sambut pun tahun baru sebab penat sangat keje. lepas keje bersihkan diri dan lakukan apa yang perlu dan terus tido.

tepat pkul 11.50 pm handphone berdering...
kringgggggg........ kringggggg..........

no yang tidak dikenali masuk dalam line phone dan dengan rasa malas ayie angkatlah fon rupa-rupanya akak master nak minta tolong macam maner nak anta assigment online dalam portal MyGuru UPSI. masa tu ayie mamai lagi and ajarlah tanpa tengok laptop. Akak tu macam blur-blur dan aku dengan gigih offkan phone seketika dan on laptop. lepas dan on internet semua dan terus call akk tu balik dan ajar step by step. Akhirnya berjaya juga akak tu anta assigment.

tanpa diduga terus dengar bunyi bunga api dekat luar. tengok jam owh ok dah pkul 12 AM means dah masuk tahun baru 2014 tapi bagi aku tetap hambar sebab dah memang ngantuk kan bangun pun sebab nak tolong akak master tu. Sian akak master dalam kesusahan, sebagai adik yang baik kenalah tolongkan. tak begitu deh. hahaha Yang pasti perkara yang sangat mengerikan adalah ayie rasakan percikan bungi api tu mcm orang tengah ketuk kedai dengan sangat kuat. Lepas dua 3 das percikan bunga api baru xshock and rasional balik yang itu bunyi bunga api. ahaa

tapi memang hambar pun sambutan dekat TG MALIM ini ker sebab ayie yang tak keluar tengok. apa-apapun umur dah mula meningkat ke angka 23 tahun ini. semoga semuanya berjalan lancar. tinggal algi 3 tahun bakal berglar bujang. in syaa Allah semoga di permudahkan ke arah itu. amin44x

Thank You to my bestie Wahyu Zaki dan Sahli Muda, you are good friend for me. TQ sebab ada dalam hidup ayie. in syaa Allah sahabat until Jannah. kami masing-masing ada ragam masing-masing dan kehebatan masing-masing tetapi mereka tetap yang terbaik dari ayie. saranghae guys...

but not least, quote for today,
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
don't forget to like my page (ZarinArt)

January 1, 2014

Welcome 2014

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah cuaca sangat baik di bumi Tanjong Malim ini dan seperti biasa juga ayie akan bekerja. hehe Bukan kerja kerajaan okay yang sentiasa ada cuti sahaja tapi ini kerja kedai biasa sahaja lagipun kenalah ikut arahan bos. Kalau bos kata hari ini buka kedai makan kena buka kedailah jawabnya dan tidak ada istilah bantah-bantah okay. hahaha

#throwback 2013 banyak benda yang berlaku dalam kehidupan ayie dan in syaa Allah 2014 akan memberi banyak makna dan manfaat buat diri untuk mencari redha ilahinya. Tahun 2014 juga in syaa Allah ayie akan menamatkan zaman degree okay bukan zaman bujang. haha Sekarang ayie berada di last semester untuk tahun akhir. 4 tahun rupanya ayie sudah berada di bumi UPSI tapi still maintain mudan dan kecil cuma ada rasa macam tembam sedikit. hahaha

alhamdulilah 2014 juga akan menjadi titik tolak untuk ayie lebih serius dalam bidang design dengan ingin mencuba design pelbagai jenis blog mahupun web. setakat ini Alhamdulilah job sentiasa ada dalam design blog selain itu ayie jugakan kerja part-time sebagai designer dekat kedai ini jadi boleh tambah skill design dari semasa ke semasa. In Syaa Allah. 

secara tidak langsung juga ayie dah ad page sendiri dekat facebook dan boleh diakses dengan dengan mencari nama page ayie iaitu ZarinArt. semoga 2014 ini memberi banyak manfaat buat diri ini dan dapat berbakti buat keluarga terutama ibu dan ayah serta adik-beradik. Semoga segala urusan dapat dijalankan dengan baik dengan izin-Nya. 

Diri ini juga mengucapkan selamat menghadapi tahun 2014 budak 4ST1 (2013) dan now 2014 sudah bergelar 5ST1. ingat angka depan 5 itu bermaksud kamu sudah berada di fasa terakhir persekolahan dan bakal menghadapi SPM. All the best untuk adik-adik cikgu sekalian semoga adik-adik cikgu ini dapat buat yan terbaik dan terima result yang mantap dan boleh kalahkan result Sir. okay deh? miss you'll so much. In syaa Allah ada rezeki nanti Sir balik bumi Masjid Tanah untuk melihat perkembangan adik-adik cikgu ini.

no wishlight cuma ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan selesaikan segala hutang piutang yang telah aku lakukan semasa 2013. semoga tahun ini memberi seribu makna dalam diri ini untuk mengejar ilmu dan mengharap redhaNya. in syaa Allah.
like my page: ZarinArt

jom kita layan quote ini. daripada Imam Muda Hassan:
"JANGAN KITA LIHAT PERISTIWA, TETAPI LIHAT PADA PEMBERI PERISTIWA"

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014