June 23, 2014

Tempahan Design Blog Dibuka

Berapa hari sahaja lagi hendak menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak dan sudah masuk tahun ketiga juga ayie tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dirumah bersama keluarga. Bukan langsung tak dapat nak melaksanakan ibadah puasa dekat rumah cuma sedikit waktu sahaja diperuntukkan berpuasa dirumah. Tahun ini berpuasa di bumi Tanjung Malim sebab ayie sudah start bekerja sebagai graphic designer dan pembantu kedai di Idaman Sis Ent.

Lupakan pasal bulan ramadhan seketika tetapi kita masuk pada agenda tajuk hari ini iaitu Tempahan Design Blog Dibuka. Habis sudah zaman degree dan sekarang alam pekerjaan dan bersyukur walaupun part time sebelum bergelar guru dapat juga mencari pekerjaan sesuai dengan minat dan hobi. Dengan masa yang terlapang ini juga, dapatlah ayie menerima tempahan design blog. 

Ayie buka tempahan untuk personal blog dan bisness blog. Sekiranya ada sesiapa yang ingin mengedit blog bagi cantik dan menepati selera anda, tetapi tidak berapa reti, bolehlah berhubung dengan ayie melalui FB atau EMAIL (cucuumie@gmail.com). Berkaitan dengan harga, Alhamdulilah InshaAllah semuanya mampu miliki blog yang simple dan cantik sesuai dengan citarasa dan selera tuan/puan. Ayie hanya membantu sahaja.

untuk maklumat lanjut boleh tengok bunting flask ini. Dengan rasminya Tempahan Design Blog Dibuka kepada tuan/puan blogger sekalian.

Maklumat lanjut: Click Here

Sesiapa yang perlukan khidmat ayie, just PM me ok. Sama-sama kita berblog dengan blog yang indah dan cantik supaya rasa nak sentiasa update sahaja dekat blog kita. Apa tunggu lagi, jomlah bermualamat dengan ayie dengan menempah design blog yang tuan/puan idamkan.

*Ready untuk menerima tempahan.
Jom like Page ZarinArt

June 11, 2014

#WordlessWednesday



P/S: my secong paper petang nanti. Alhamdulilah beginilah meja budak exam. Kononnya padahal tonggang-langgang. nantikan entry untuk cerita pasal gamba ini. Macam poyo jer meja budak lelaki study macam beginikan.hahah

June 9, 2014

Ragam Budak Lelaki Bila Menghadapi Exam

Pagi-pagi macam begini seronok buat apa sebab hari ini ayie tak ada peperiksaan walaupun peperiksaan bermula hari ini. First paper esok iaitu paper minor iaitu paper GGO. So far macam biasa budak lelaki, normal study last minute ini. hehe

pagi ini ayie tak cerita tentang ragam budak lelaki bila nak menghadapi peperiksaan pada esok hari. haha Hanya certain budak lelaki sahaja yang macam ini. cerita hanya rekaan dan tiada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar selingan diwaktu ayie tengah stress studykan. Seronok tengok member-member.

Kisahnya bermula begitu.....

kalau esok exam macam biasa pagi sebelum hari esok baru nak bukak buku dan kononnya buat nota. Nampak macam pro jerlah padahal entah nota dibuat pun tak tahukan. 


Petang sambung balik buat nota. Sepatutnya nak exam ini nota siap awal dah tapi ada excusekan budak lelaki. kuikui Belajar dalam sejam lebih tutup dah buku tu dan niat malam nanti sambung sampai esok pagi. Malam pun berlalu dan tepat jam 9 lebih nak dekat pukul 10 bukak nota yang telah dibuat and hadam lepas itu buat sikit latihan terutama bahagian pengiraan. 

Konon niat nak study sampai pagi tetapi tepat sahaja pukul 12 lebih tutup buku dan nota dan cakap tamat dan ready untuk esok. sekarang masa untuk ... (lihat gambar dibawah)
.
.
.
.
.
.


Normallah kan ragam budak lelaki di universiti.
Quote of the day
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah"
p/s: gambar hanya sekadar hiasan. Tiada kena-mengena dengan sesiapa. :)

June 8, 2014

Final Exam & Final Year di UPSI

Lamakan ayie tak update entry dan bersawang pulak blog ini. tapi masih sayang lagi akan blog ini. banyak kenangan dengan blog ini. hehe

Alhamdulilah waktu dan masa yang dinantikan oleh semua pelajar di universiti apabila berada di hujung semester selepas minggu ke-14 iaitu final exam. Alhamdulilah tahun ini iaitu tahun 2014 merupakan genap 4 tahun ayie di bumi murobbi iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan tanpa diduga juga bakal menamatkan zaman degree. Alhamdulilah, 4 tahun melalu zaman degree penuh suka dan duga.

Untuk final kali ini hanya tiga paper sahaja iaitu. lihat dekat bawah ini yer. hehe



Tiga paper sahaja yang ada final exam dan yang lain tiada final exam. Semasa berada di sem 8 ini agak mencabar juga sebab kena jadi budak BM kejap. Mostly assigment kena mengarang walaupun opsyen di UPSI ini adalah Matematik dan Fizik. Apabila budak matematik mula mengarang, faham-faham sahajalah tatabahasa itu memang tidak dinafikan memang teruk habislah. 

So far Alhamdulilah tinggal pecutan terakhir untuk ketiga-tiga paper dan semoga semuanya dipermudahkan untuk tahun akhir di UPSI. Kalau ada rezeki in sya Allah akan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di bumi murobbi. Kita nantikan entry seterusnya apa yang terjadi kepada kisah hidup bakal guru yang mereng ini yer. hehe
Selesaikanlah sesuatu masalah itu dengan hati yang tenang bukan dengan dicampur dengan emosi yang bergelora. Renung-renungkan dan selamat beramal
*p/s: Akhirnya blog bertukar wajah dan memilih tema biru & coklat sebagai tema kali ini. 

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014