November 19, 2014

#DESIGN 1 – TURTLE IN TERENGGANU

Assalamualikum w.b.t

Untuk kali ini ayie telah mendesign satu logo khas untuk sahabat ayie yang berniaga baju di negeri TERENGGANU. Alhamdulilah design itu pun telah selamat sampai kepada beliau minggu lepas sebab member ayie tu nak guna urgent tapi sebenarnya design ni pon pending around 2 weeks disebabkan ayie xad intenet dekat rumah.

Walaubagaimanapun, apa bila orang telah percaya, kena usaha juga dan member ayie pon dia berpuas hati dengan hasilnya. Untuk design kali ini adalah berkaitan dengan TURTLE IN TERENGGANU. Something yang sgt interesting apabila dapat menghasilkan dan memuaskan hati si penempah.

Kalau mahu melihat hasilnya, cer tgok dekat bawah ini. Hehe


Terima Kasih daun keladi Sahli sebab menempah dengan Azrin. Maaf kalau ada kekurangan ye. InshaAllah kalau ada projek besar jangan lupa roger ayie. By the way, jangan lupe update terkini menggenai design yang sahli tempeh yang seterusnya. Stay tune wahai geng blogger.


Sesiapa yang ingin menempah design dengan ayie boleh dah sekarang sebab dekat rumah line internet dah ok tak macam sebelum ni. PM sahaja ayie dekt page facebook ayie or terus email yer. 

November 17, 2014

kisah si “Gadis Kecil di Pinggir Gaza”

Assalamualikum..

Lama sudah tangan tidak menaip dalam blog sendiri. Bukan tidak ada tetapi masa sentiasa mencemburui diri ini. Alhamdulilah telah menamatkan zaman degree dan sekarang sudah berada dalam alam pekerjaan walaupun hanya sementara. Rezeki Allah itu sangat luas.

Hari ini ayie nak berkongsi berkaitan dengan sebuah novel ini. Novel ini ayie beli masa on the way nak blik ke Tg Malim daripada Kuala Lumpur. Lama sudah beli novel ini tetapi masih tidak bekesempatan hendak menghabiskan novel ini. Masa rehat dekat sekolah, alhamdulilah dapat membaca sebab nak hilangkan rasa bosan dalam bilik guru yang tidak ada wifi. Hehe

Tajuk Novel ini ialah “Gadis Kecil di Pinggi Gaza”. Novel ini lebih mengisahkan bagaimana seorang kanak-kanak bernama PALESTINE yang mempunyai jiwa dan semangat juang menegakkan bumi Palestine yang sedang bergolak. Selain itu, semangat kanak-kanak ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk bertemu dengan ayahnya. Begitu kuat jiwa anak kecil PALESTINE ini. Ayie sangat kagum dengan kanak-kanak Palestine. Sesungguhnya ganjaran syurga menanti untuk mereka yang menegakkan ISLAM.

Selain itu, Novel “Gadis Kecil di Pinggir Gaza” ini juga mengetengahkan berkaitan dengan umat islam yang mempunyai semangat JIHAD yang tinggi untuk menjadi SUKARELAWAN untuk membantu negera Palestine. Tabik dengan semangat mereka yang sanggup bekorban apa sahaja demi memastikan Negara islam berada pada landasannya.

Novel “Gadis Kecil di Piggir Gaza” memberi banyak manfaat. Bila ayie dah abis baca, Ya Allah begitu kuat jiwa pejuang-pejuang yang sanggup lakukan apa sahaja demi Islam dan ingin mengetahui apakah yang berlaku kepada PALESTINE?. Bacalah novel “Gadis Kecil di Pinggi Kota” sampai habisnya. Hehe

inilah novelnya:
Novel ini buat aku rasa tenang

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014