Assalamualaikum...
minggu terakhir aku berada di SMK Sultan Alauddin. tempat dimana aku berpraktikal selama 4 bulan. banyak benda yang aku pelajari sehinggakan aku terfikir, Ya Allah sangat beruntung mereka yang berada di bangku sekolah. kalau diberi peluang dan ruang ingin sekali aku berada disekolah menghabiskan masa remaja aku dengan sebaik-baiknya.
tapi masa pantas berlalu tetapi Allah beri aku peluang untuk menjadi guru dan aku rasa sangat bersyukur Alhamdulilah walaupun aku hanya guru praktikal sahaja. aku belajar ap itu erti sebenar guru, cara mengajar dan memahami setiap kerenah pelajar dari kelas pandai sehinggalah lemah sebab aku dapat merasai 4 kelas. kelas 4ST1, 2A dan dua lagi kelas pemulihan matematik 3E.
masa berlalu dengan pantas dan aku rasakan sesuatu, niat utama masuk ingin melihat mereka berjaya tetapi apabila 2 minggu berlalu aku ubah niat aku kepada ingin mereka memahami setiap ilmu yang aku sampaikan dan kejayaan itu pasti akan susul kemudian. Yang pasti setiap ilmu yang disampaikan hendaklah mereka fahami, bukan hanya ingin kejar silibus dan abiskan awal dan pelajar terbiar begitu sahaja.
dan Alhamdulilah keputusan peperiksaan sudah pun keluar dan aku sendiri yang semak keputusan mereka. apa yang aku boleh katakan syukur Alhamdulilah. setiap dari mereka keputusan meningkat naik walaupun ada yang naik sikit tapi aku berbangga. nikmat yang sangat aku xdapat dimana-mana apabila masa aku tanda kertas mereka, mereka dapat buat apa yang soalan inginkan dan ada perubahan dari semasa ke semasa.
aku rasa TERIMA KASIH ya ALLAH kerana kau berikan aku anak murid seperti mereka dan terima kasih kepada GURU PEBIMBING aku yang rajin mendengar telatah dan kerenah aku yang suka sangat bertanya.
4 Sains Teknologi 1 (Fizik)
2 Arif (Matematik)
3Elit (Kelas Pemulihan Matematik)
Terima Kasih kerana tidak pernah jemu dan menerima Sir seadanya. Terima Kasih atas ilmu yang kamu berikan kepada Sir. Sama-sama belajar dan perbaiki diri untuk kebaikan masa hadapan. Allah Yutfah buat kalian. love you all so much.
2 comments:
Weehuuu . It's sains tulen sir bukan teknologi . K bai. Haha
@kamArul AziM
teacher syakirah said sains teknologi not sains tulen.. manakah yg btol.. huhuhu
Post a Comment