selamat pagi geng-geng cucu umie semua . okaylah, ayie nak bagi mantap lagi perbualan, ayie akan gunakan geng-geng cucu umie taw . haha apa mcm geng-geng cucu umie semua suka dengan nama baru nie ?
ayie, aku tak setuju .. tapi bolehlah, nampak masyuk juga . wakaka
okay, disebabkan ada shabat membenarkan penggunaan geng cucu umie . jom kita layan entry kali ini . hehe sahabat semua nak cerita apa ? korang boleh tolong bagi idea tak ? hehe
okaylah, tak nak banyak basa basi lagi, pagi nie ayie nak cerita tentang ANTARA CINTA DAN ILMU ? ayie macam tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh sahabat ayie yang mengalami delima sekarang . ayie rasa geng cucu umie pon begitu juga kan . hehe pasti merasakan benda yang sama .
ayie, apa nak dikesahkan . perkara yang kamu bakal bincangkan ini sudah biasa berlaku dalam kehidupan remajalah , perkara nie sudah normal .
baiklah geng cucu umie, mungkin perkara nie normal pada zaman millenium ni . tapi dalam entry kali nie, ayie nak focuskan kepada students di IPTA/IPTS . memang tidak dinafikan ayie juga mengalami benda yang sama seperti sahabat semua tapi perlu pandai untuk mnghadapinya .
ANTARA CINTA DAN ILMU ?
mana geng cucu umie akan pilih ?
bak kata pepatah. " tepuk dada tanya selera "
sebelum pergi jauh, cuba hayati ayat nie .
- USAH KELIRU...adakah hubungan sewaktu di kampus boleh berkekalan hingga ke jinjang pelamin?
- KEUTAMAAN...menuntut ilmu seharusnya menjadi perkara pertama kepada mahasiswa.
cuba geng cucu umie hayati balik, apa tujuan geng cucu umie masuk universiti , pasti dengan satu matlamat bukan ? iaitu ingin menuntut ilmu serta berjaya didunia dan akhirat . incya-allah . selain daripada itu, harapan seorang abbie dan umi yang ingin melihat anaknya berjaya mengengang segulung ijazah ? boleh geng cucu umie bayangkan perassan mereka takkala melihat anak mereka berjaya menggengam segulung ijazah dan mendapat anugerah DEKAN . masya-allah , ayie tidak dapat bayangkan perasaan seorang ayah dan ibu time itu . Allah sahaja yang mengetahui perassan mereka .
memang ayie tidak nafikan, seumur kita nie kita pati mempunyai perasaan terhadap mereka yang berlawanan jantina dengan kita ataupun lebih dikenali dengan nama gadis . tidak salah untuk bercinta selagi tahu menjaga tatasusila sebagai seorang yang beragama islam . (maaf ayie tidak dapat menghuraikan mengenai cinta nie menurut islam sebb takut tersalah tetapi kalau ad geng cucu umie boleh terangkan lebih lanjut silakan . dan buat satu entry untuk jadikan perkongsian bersama) . incya-Allah .
tapi ayie ingin nyatakan bahawa, kalau ingin bercinta sekalipun perlulah kamu mengutamakan pelajaran geng-geng sekalian . ayie nak ambik sebuah kisah tentang seorang insan yang genius tetapi kecundang apabila putus cinta .
ahmad nama diberi . merupakan pelajar terbaik sebuah negara dan memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran disebuah universiti terkemuka didunia iaitu di bumi anbia . dalam dia melanjutkan pelajaran, dia telah berkenalan dengan seorang insan yang bernama zakiah . zakiah merupakan peljar pintar juga yang mendapat tawran pengajian di universiti yang sama dengan ahmad . tanpa disangaka, ahmad mula menyukai zakiah kerana paras rupa, solehah dan sopan santunnya . sudah lama ahmad ingin mengungkapkan rasa cintanya terhadap zakiah dan akhrirnya ahmad berjaya mengungkapkan isi hatinya kepada zakiah . zakiah juga menerima lamaran ahmad dengan hati yang lapang . sejak daripada itu, mereka belajar bersama dan menghabiskan banyak masa bersama tetapi masih menjaga hubungan mereka sebgai seorang yang beragama islam .
5tahun berlalu ...
tinggal setahun sahaja lagi, mereka berdua akan bergelar doktor . pada tahun 5 tersebut, ayah zakiah menyuruh zakiah pulang ke tanah air dan ahmad mengizinkan walaupun berat hati untuk mengtidakkan pemergiaan zakiah . setibanya zakiah di tanah air, alangkah terkejutnya apabila zakiah sudah ditunangkan dengan seorang lelaki pilihan keluarga . zakiah tidak sampai hati untuk memberitahu perkara tersebut kepada ahmad dan zakiah nikah juga dengan lelaki pilihan keluarganya tanpa pengetahuan ahmad . selain itu, zakiah juga telah menagguhkan pengajiannya selama setahun .
3bulan berlalu setelah zakiah pulang ke tanah air ..
tiada khabar berita daripada zakiah juga menyebabkan ahmad mula risau dan menelefon ke tanah air untuk mencari maklumat mengenai zakiah . akhirnya, ahmad mendapat juga no talipon rumah zakiah dan terus menelefon rumah zakiah tetapi ahmad hanya dapat bercakap dengan ayahnya zakiah .
ahmad: assalamualaikum . nie rumah zakiah ker ?
ayah zakiah: waalaikumsalam . yah, nie rumah zakiah .. kenapa ?
ahmad: zakiah ada, saya ahmad teman zakiah di overseas .
ayah zakiah: owh, ahmad . mencari zakiah yah ? zakiah tidak ad . dia mengikuti suaminya untuk menerima ijazah di UK esok .
bertapa remuknya hatinya ahmad apabla mendengar perkataan suami zakiah . ahmad terus menamatkan perbualan disamping hanya menitipkan pesan kirim salam kepada zakiah . selepas kejadian tersebut, ahmad hilang arah, langsung tidak menghiraukan peljarannya . dia selalu membuat kesalahan dengan salah menberikan ubat kepada pesakitnya dan menyebabkan dia selalu dia marah oleh DR disitu . disebabkan terlalu tertekan, ahmad mengambil keputusan untuk membunuh diri . ahmad pun membunuh diri tanpa disedari oleh sahabatnya .
(rekaan semata-mata)
daripada cerita tersebut, apa yang geng cucu umie dapat ? geng semua dapat lihat bukan, disebabkan cinta . seseorang itu sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan . memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada sahbat mengatakan, " kalau ad awex boleh meningkatkan keyakinan untuk terus berjaya " . memang tidak boleh dinafikan, mungkin ada certain begitu tapi fikirlah semula, jika kamu melakukan perkara seperti ahmad itu, apa yang kamu perolehi, nothng hanya jasad yang diratapi tangisan . harapan seorang ayah dan ibu yang menginginkan anaknya pulang dengan ijazah bertukr dengan jasad yang tidak bernyawa . mintak dijauhkan insya-Allah . sekarang geng cucu umie boleh pilih, mana yang kalian inginkan cinta ataupun ilmu ? ingat tujuan kita menuntut ilmu ? keluarga ? dan orang sekekliling . tidak salah bercinta jika kita tahu untuk menbhagikn masa diantara dua benda tapi yang penting jangan pernah abaikan ilmu yang bakal kita perolehi .
ingatlah wahai geng cucu umie , cinta paling paling agung adalah cinta kita kepada Allah . sebagaiman firman Allah dalam surah ALI IMRAN ayat 31 :
maksudnya: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [ali imran:31]
okaylah sahabat, jumpa lain entry degan kisah yang lain pula . salam ukhwah .
jom solat subuh..








