Showing posts with label cerita teladan. Show all posts
Showing posts with label cerita teladan. Show all posts

May 3, 2011

petua imam al-Ghazali mengenai dosa!!

assalamuaalikum semua...

apa khabar semua malam nie. alhamdulilah setelah dua hari di rumah dapat juga ayie kuar jalan2 dekat bandar malam nie. huahu kuar pon sebb kat rumh susah nak dpt line internet. memang peritlah kalo nak dapatkan line internet tu.aduyai, kne bawak ke hulur dan ke hilir lah nampaknya. lala tpy sekrng nie, mcm biase rutin ayie kalau balik kg adalah lepak kedai mamak. haha kedai mamak mane ea? mcm biase kedai msamk dekat dengan pantai. 

dammmmm...haha dt rase suausana pantai dan ilang segala masalah sekrng nie. sowi ah kalau sebelum nie entry ayie just ambik daripada shbat-shbat dekat FACEBOOK. bukan xad niat nak menulis cuma perlu fham shjalah line internet tidak menentu. (alasan semata-mata).haha malam nie ea? herm, ayie tak thu nak cerita apa cuma nak mengarut boleh.lala jom dengar ayie mengarut pasal cerita ini. hayati bersama-sama ya.

sebelum ayie berceloteh, cuba shbat semua hayati ayat dekat bawah nie ea. jom3x


apa shbat semua terfikir apabila membaca membace mengenai petua imam al-Ghazali? kadang-kadangkan apabila ayie fikir balik tu, betol kot apa yang telah diperkatakan oleh imam Al-Ghazali. kita anggap shjalah yang non muslim itu mulia, kerana mereka tidak thu mengenai apa yang mereka lakukan. sedangkan kita orang islam tahu akan sesuatu yang kita lakukan sama ad kita lakukan itu mendapat pahala ataupun dosa. lagi satu, kita orang islam pasti tahu apa hukumnya apabila kita makan bab* @ anjingkan. herm, oleh itu, kita kena berhati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan kerana kita sendiri tahu apa yang kita lakukan sama ad salah ataupon tidak disisi syariat.

moral of the story: kita boleh merubah diri kita ini kearah kebaikan selagi kita tahu membezakan dimana halal haram, baik buruk apabila kita melakukan sesuatu itu. yakinlah dengan janji Allah iaitu Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orng yang berubah kearah kebaikan. incya-Allah.

sowi lah geng xad mood nak update panjang-panjang lagi pon mane ad orng nak bace.lala jumpa dilain entry dengan kisah yang lain pula.

p/s: sape boleh tolong send kat ayie contoh resume nak mohon cikgu sandaran kalau ad contoh send dekat email nie ea. cucuumie@gmail.com @ ayiez_frenz91@yahoo.com. please.


saya hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai ??

assalamualaikum semua..

apa khabar shbat semua malam nie? harap2 sihat semua. almaklumlah sekrng nie dok kt kg, so, mintk maaflah kalo ayie tak balas kunjungan shbat ea. hehe alhamdulilah, selama dok kt kg nie, hati berada nikmat shja sebb dapat merasa masakan umi dan berkumpul dgn adik beradik. satu nikmat yang memang terinadah bg diri aku nie yang duduk perantauan. (belajo kt perak jer).lala tadi sempat skype dengan member yang bakal peg UK. harap dia berjaya smbung degree dia dekat sne. sekarng tengah wat A-level gitu. good luck ya ASRI. huhu

apa ayie melalut nie? berbalik kepada tajun entry, malam nie tak xad apa-apa pon yang special cuma nak shbat semua renungkan apa yang ayie akan untaikan selepas nie. (tunggu jap, nak membebel). tapi tak thu nak membebel apa? huhu okay dah tak thu nak cakap apa, seblom ayie cakap lebih lanjut, cuba korang hayati tajuk nie ya.


Perkara Yang Menghairankan :-

shbat semua dah tengok kan tajuk cerita kali nie kan. jom sama-sama kita hayati setiap baik-baik ayat tersebut. selamat menghayati.

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

saya hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,
tetapi masih melakukan dosa.

saya hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.

saya hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya.

wallahualam~~~~

-----------------------------------------------------------

apa shbat semua dapat daripada ayat tersebut? banyak kan manfaat yang kita perolehi daripada ayat tersebut. btw, sebelom tu nak bg kredit dekat member FACEBOOK atas perkongsian tersebut. ayat tersebut menyebabkan ayie tersentap akan apa yang telah  ayie lakukan. lagi-lagi baik yang terakhir itu. itulah yang sebenarnya ayie nak tekan kan. cuma bace balik baik yang terakhir tu. moga-moga dapat memberi pengajaran bersama untuk semua orng. hee jom hayati baik yang terakhir tu lagi sekali.

saya hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya.

moral of the story: mula daripada sekarang ni kita kena beringt akan sentiasa bahawa syaitan akan sentiasa berbisik diteliga kita untuk kita melakukan keslhan dan melanggar perinth Allah. oleh itu, jage hati dan iman kita supaya tidak mudah untuk kita dipengaruhi oleh syaitan-syaitan tersebut. 

selamat beramal dan jumpa dilain entry semua. 


January 28, 2011

ali, samad dan comot ? siapa pilihan geng ? sila like plizzzzz !!!

Assalamualaikum semua ..

Maaflah lama ayie xupdate blogkan disebbkan oleh urusan dunia sahja . sebelum cerita panjang nak taye geng-geng semua ? kamu semua sihat ker ? harap-harap sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah . incya-Allah . alhamdulilah, ad masa yang singkat ini ayie akan gunakan untuk update blog dan ziarah blog shbat semua ya . btw, tadi malam cik nur kasih sudah blik rumah dia . harap dia cepat2 sampai rumah dan selamat untuk bersama family tersayang . terasa sayu lah plak tadi masing ngn dia masa pkol 9pm. Tetiba shja dia nangis sebb ayie cakap ayie akan cakap smthng selepas 4tahun akan datang . maaf yer cik nur kasih tak boleh cakap sekarang, belom masa untuk ayie terangkan . rindu kamu sebb nak gaduh lagi dan dengar leteran kamu apabila ayie tak belajor asik main game shja. Haha 

Ayie, tak xad cerita best ker nak diceritakan ? lama kamu tak update blog, mesti bnyak ceritakan ?

Owh, geng sema nak cerita ker ? okaylah ayie nak cerita tentnag smthng nie . harap dapat member manfaat serta teladan bersama . incya-Allah .

Bila direnung dalam diri, banyak keajaiban yang tersembunyi. Menariknya manusia ini tatkala lahirnya, sama sahaja. Hujungnya pun sama. Kematian yang diratapi dengan tangisan. Cuma di tengah-tengahnya sahaja yang sedikit berbeza.

Hari ini kita berbicara tentang rahsia alam yang seterusnya. Tajuknya antara saya dan dia. Macam kisah cinta pula =)

Ada 10 barang di hadapan. Kerusi, meja, printer, scanner, lampu, cawan, mangkuk, buku, pensel, pemadam dan pen. Seorang kanak-kanak diminta untuk mengambil sebanyak mungkin barang yang boleh diangkutnya menggunakan tangan beliau. Hanya sekali angkutan sahaja dibenarkan.

Ali, kanak-kanak ceria berumur 7 tahun, memilih untuk mengambil buku, pensel, pemadam dan pen. Yang lain tidak perlu. Tidak boleh melukis katanya.

Samad, 10 tahun umurnya, memilih untuk mengambil meja. Di atas meja diletakkan printer, scanner, lampu, buku, pemadam, dan pen. Bijak. Memanfaatkan setiap ruang yang ada.

Comot, kanak-kanak comel berusia 1 tahun memilih untuk mengambil pensel, pen dan pemadam. Semestinya tidak mampu dijawab oleh Comot kenapa dia memilih 3 objek itu. Cuma yang pastinya, itulah objek yang dapat dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut beliau.

Tiga kanak-kanak yang berbeza dengan tiga hasil yang berbeza.

Kesimpulannya tidak ada seorang pun yang mampu untuk mengambil kesemua barangan di atas dalam satu masa. Hatta jika diminta mereka yang sudah berusia pun, tugas ini bukannya mudah.

apa macam? bnyak tak manfaat yang kita perolehi daripada cerita tersebut . ayie dapat cerita ni daripada seorang sahabat . sebenarnya bnyak manffat yang kita perolehi daripada cerita tersebut dan gunakanlah apa yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya . antara falsafah yang ingin disampaikan dalam cerita ini adalah :

Dalam hidup ini kita ada banyak benda yang hendak dibuat. Dan kebanyakan orang hendak buat semua benda dalam satu masa. Tetapi percayalah kita hanya mempunyai dua tangan kurniaan Tuhan. Maksudnya, kita ada had limit tersendiri. Maka dalam perjuangan, yang pertama kenallah diri kita sendiri.

Yang kedua, dalam kehidupan mesti ada pilihan. Dan dalam memilih, kita pastinya ingin memilih yang terbaik untuk kita. Pilih yang prioriti kata orang. Namun dalam meletakkan prioriti inilah kita berbeza pendapat. Sama ada kita meletakkan Islam sebagai pilihan pertama atau nafsu kita sebagai Raja.

Okaylah geng semua, sampai sini sahaja ayie nak brcerita . kita jumpa dilain entry dengan kisah yang lain pula. maaf ya kalo ayie tak ziarah shbat . sebb sekarang tengah running 3paper work untuk program ayie . alhamdulilah semua sudah siap . Cuma perlu sain pengesahaan sahja . incya-Allah .

p/s: doakan selamat sampai rumah ya petang nie . tak sabar nak balik rumah dan rasa peluk cium seorang umie dan abbie .


December 28, 2010

jadilah yang disukai, disayangi dan dicintai !

assalamualaikum semua ..


alhamdulilah, sekarang bumi KHAR sedang dibasahi dengan hujan . hujan merupakan rahmat Allah jugakan . kita kenalah bersyukur dengan rahmat Allah nie . ayie seronok sikitlah, walaupun tengah demam-demam nie sahabat ajak terun kebawah dan main hujan kejap . hehe best juga main hujan . terima kasih kepada yang benar, shamim, sidi, faez, khuldi dan mustaqim . you'll make me happy today . 


apcal terlebih riang nie , tak pernah main hujan ker ? hehe


bukan tak pernah main hujanlah, just enjoy sahaja dengan mereka nie . yelah, lepas main hujan, diorang dah basah-basah peg kesel dekat baju ayie nie . tahulah ayie deman, nak bagi demam lagi agaknya . hehe sebelum mandi tu, nak update sikit blog pasal sesuatu . korang nak tahu ker ?


ayie, tak perlu nak bagi orang suspens okay ? cerita sahajalah .


sabarlah, nak ceritalah nie . hehe okay ayie nak cerita tentang .. jen3x


JADILAH YANG DISUKAI, DISANYANGI DAN DICINTAI !

okaylah, sebelum nak cerita tu, ayie nak bagi tahu yang ayie dapat cerita nie daripada seorang sahabat ayie yang suruh share . incya-Allah dapat memberi manfaat bersama . bukan mahu copy paste, tapi adlah untuk perkongsian bersama . incya-Allah .

jom kita hayati bersama :

Tentu kita akan rasa gembira, seronok dan paling penting rasa dihargai apabila kita tahu bahawa ada seseorang menyukai dan menyayangi kita.

Perasaan kita rasa berbunga-bunga.Dan timbul sedikit rasa bangga. 
Bayangkan, kehadiran kita disenangi, dan orang lain merasai kehadiran kita. Kewujudan kita dihargai dan kita benar-benar rasa selesa dengan suasana sebegitu.



Itu fitrah dan naluri insan. Perasaan ini harus kita lorongkan ia pada suluhan syara’ yang sahih. InsyaAllah.

Apakah anda tidak berasa cemburu ada orang yang sentiasa disukai kawan dan lawan? Sedangkan anda sentiasa dijauhi kawan, apatah lagi lawan. Tiada siapa yang ingin menelefon atau mengantar SMS kepada anda.

Tiada yang sudi, meluahkan perasaan kepada kita
Tiada kiriman khabar menanyakan kita
Tiada pemberian hadiah di hari kegembiraan kita
Tiada teman berbicara di saat kelapangan
Tiada suasana ceria dan mengembirakan
Tiada insan yang selalu bertanya khabar
Tiada siapa,

Tiada dan tiada

Hidup tanpa kasih sayang

Hidup benar-benar sunyi, kesepian dan kita hidup bersendirian. Tiada teman berbicara dan bertukar-tukar perasaan. Dan, soal ini – saya ingin mengajak – untuk kita membina dan meluaskan empayar perkenalan, persaudaraan dan persahabatan.

Langkah yang paling utama untuk menjayakan – ialah kita perlu menyemai sifat untuk menyukai orang lain. Dan erti kata mudah kita perlu belajar untuk menyayangi semua orang disekitar kita.

Orang yang banyak memiliki sifat sayang dalam dirinya akan menarik orang agar sayang kepadanya. Semua orang – tidak kira muda, tua, lelaki, perempuan, orang besar, orang kecil- perlu disayangi dan dihargai, agar kita mudah dihormati.

Sifat kasih sayang adalah sifat yang sangat baik dan sangat-sangat dianjurkan dalam Islam. Islam adalah agama kasih sayang. Malah, Allah SWT mengiktiraf bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah pandangan kasih sayang dan berbaik sangka terhadap orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”(Riwayat Muslim)

Hati kita adalah milik Allah SWT. Yang memberikan kasih sayang ini adalah Allah SWT. Kita sama-sama berusaha untuk mewujudkan perasaan ini dikalangan kita. Dengan usaha, doa dan munajat kepadaNya, insyaAllah kita akan disukai, disayangi, dihargai, dihormati dan dicintai.

Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa disukai?

(1)Apabila berbicara, lahirkan ia dengan tutur kata yang sopan, manis dan tiada sifat kepura-puraan.

(2)Sentiasa tersenyum, dan cuba menjadikan senyuman yang menyenangkan itu sebagai imej kita.

(3)Berusaha untu menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan pembalasan.

(4)Menghindari sifat mementingkan diri sendiri. Mengutamakan kepentingan khalayak ramai.

(5)Menjaga aib orang dengan merahsiakannya. Sekiranya kita menjaganya, Allah akan memelihara aib kita.

(6)Selalulah memberikan hadiah penghargaan kepada individu yang dikenali walaupun hadiah itu murah dan simple. Yang penting adalah nilai penghargaan kepada insan.

(7) Berikan pujian, galakan dan penghargaan kepada orang lain dengan keikhlasan dan kejujuran.

(8)Membalas hadiah yang diberikan oleh sahabat dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.

(9) Selalu membelanja sahabat, kawan dan kenalan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.

(10) Sentiasa perbaharui niat persahabatan, perkenalan, dan persaudaraan kerana Allah SWT.

(11)Sentiasa bersihkan hati dengan amalan soleh seperti memelihara solat, membaca Al-Quran, dan sebagainya. Hati yang bersih, akan dicambak kasih sayang di dalam hati manusia lain untuk mengasihinya.

sahabat semua sudah bacakan, so, sekarang sahabat mahu melakukan apa ? bagi ayie, jom kita berkenalan, bersaudara, berukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah.

p/s: bermula dengan suka, perasaan kasih dan sayang akan tersemai kukuh di hati. Dari sinilah, perasaan cinta sesama insan akan melebar di kalangan manusia di sekitar kita. Saya yakin, dengan perasaan inilah kita akan menjadi kuat dan terus hidup dengan suasana yang harmoni, aman dan tenteram di dunia ini.

okaylah sahabat, jumpa di lain entry, dan malam nie ayie akan berhijrah ke blog sahabat semua pula ya . ukhwah fillah 

December 15, 2010

tawakal jalan akhir ..

Assalamualaikum semua ..

pagi-pagi begini indah jika diri ini disinari dengan nur .
nur yang tidak biasa diperolehi oleh insan lain .
nur apa ? apa ayie merepek pagi-pagi nie .
aishh, nie grenti sudah mamaikan , kejap ea nak tengok jap pukul berapa ?

ting tong

ting tong

ting tong

jam sudah menunjukkan pukul 4.07 am . apa ayie nak cerita ea pagi-pagi nie . jom mari kitaa lihat dahuu gambar ni . biarkan gambar sebagai pembuka bicara .


what the picture say ?
tawakal right . (speaking english lah plak )

okaylah, straight to the point, pagi ni ayie nak cerita pasal tawakal, sebelum tu mari kita baca sedikit potongan ayat saripada surah [Al-ahzab:3]


Maksudnya : Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.


dalam kita menjalan segalan urusan didunia ni, banyak cubaan dan halangan yang berlaku tidak kira susah mahupun senang tetapi apabila kita yakin dengan Allah dan tawakal dengan apa yang telah kita lakukan incya-Allah semuanya akan berjalan lancar . 

hari ni ayie nak bawakkan satu kisah mengenai kesabaran dan tawakalnya membawa kepada kejayaan . jom kita hayati bersama .

ada sebuah keluarga yang tinggal ditepi kamung . keluarga tersebut bolehlah dikatakan sederhana pendapatannya .bak kata orang, "kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang ". keluarga pak cu nie ad 2 orang anak . seorang lelaki dan seorang perempuan . kedua-dua anaknya ni pandai dalam pelajaran dan rajin mencari ilmu disamping mereka rajin melakukan ibadah kepada Allah serta tidak tinggal membaca al-Quran selepas solat .

terlupa pulak nak perkenalkan nama anak pakcu tu . baiklah ayie kenalkan ya .

anak lelaki pakcu bernama amir dan yang perempuan bernama nisah . umur mereka 15 tahun dan 12 tahun . kira pada tahun tu mereka berdua akan menghadapi peperiksaan terbesar buat kedua-dua mereka apabila amir akan menduduki PMR dan nisah menduduki UPSR . semakin sibuklah mereka mengulangkaji pelajaran kerana tahun tu mereka berdua akan menghadapi peperiksaan besar .

7 bulan berlalu . 

awal bulan september, nisah menghadapi peperiksaan UPSR dan nisah merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah untuk membawa nama sekolah setanding dengan sekolah-sekolah lain . 3 hari berlalu dan akhirnya nisah berjaya menghabiskan exam UPSR . nisah berasa gembira dan memberitahu akan ayahnya bahawa dia teringin ingin mamsuki sekolah berasrama penuh . apabila amir mendengar, amir juga menyampaikan hasrat tersebut kepada ayahnya yang ingin juga ke asrama penuh kerana semasa tingkatan 1 dia dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM terpaksa terbatal disebabkan kesempetan duit .

pak cu hanya mendengar dan berkata, " incya-Allah kalau ad rezeki lebih dan diizinkan Allah kamu berdua akan ayah hantar ke asrama penuh ". gembira mereka mendengar apa yang dikatakan ayahnya . seraya pakcu berkata lagi, "tapi kamu jangan lupa doakan sama Allah mintak petunjuk supaya ayahhmu ni dimurahkan rezeki, incya-Allah". anak-anak berkata, " baiklah lah ayah . incya-Allah kami doaakn ". 

selang sebulan selepas itu, amir menghadapai PMR dan amir juga merupakan antara pelajar cemerlang sekolah tersebut . seminggu berlalu dan exam pun tamat . sekarang masa untuk mereka menunggu result masing-masing . dalam menanti debaran menunggu result keluar, anak-anka pakcu semakin rajin menabahkan amalan mereka dan pak cu serta juga berusaha untuk mencari rezeki bagi menghantar anak mereka ke asrama .

tanpa disangka sesi persekolahan mula berakhir dan hari last sekolah adalah hari penentuan esult UPSR nisah . alhamdulilah nisah memperolehi 5A disamping menjadi pelajar terbaik negeri beliau . sungguh gembira pak cu mendengar berita tersebut dan melakukan sujud syukur . hati nisah mula teringin meninjakan kaki ke sek berasrama dan selalu bertanya kepada ayahnya sama ada dia boleh ke sekolah asrama ker ? . ayahnya hanya berkata, " incya-Allah ". 

dua bulan berlalu, dan semakin rajin pak cu mencari duit untuk anak-anak mereka disamping tidak putus-putus berdoa walaupun sedang bekerja supY dipermudahkan urusannya untuk meghantar anaknya ke sekolah berasrama . sekarang giliran amir untuk mengambil result . sehari sebelum result PMR keluar, amir telah di ajak oleh cikgu razik untuk ke kuala lumpur dan hanya memberitahu bahawa suruh menemaninya ke rumah sedara. cikgu razik ni memang baik dengan amir dan selalu menolong keluarga pak cu . walaupun amir menolak tetapi pak cu tetap menyuruh amir teman cikgu razik sedangkan esok amir akan menerima keputusan PMR . 

semasa di kuala lumpur, pagi-pagi lagi cikgu razik suruh amir memakai seragam sekolah yang diberikan olehnya untuk dipakai . tana diduga, sebenarnya amir telah bibawa ke KPM untuk menerima sijil sebagai pelajar terbaik PMR satu malaysia . amir mendapat keputusan 9A dan merupakan pelajar kedua terbaik satu malaysia . Allhu akhbar sungguh indah kebesaran Allah berikan kepada kedua beradik ni . dua-duanya berjaya . 

awal tahun bermula dan surat tawaran melanjutkan pelajran sampai di rumah, kedua-dua mereka diterima memasuki asrama penuh . dimana nisah dapat memasuki sekolah menegah sains MUAR dan amir dapat tawaran ke skolah menengah sains SEREMBAn . mereka sungguh gembira termasuk pakcu dan isteri seraya terus mereka berempat melakukan sujud syukur .

apabila malam menjelang, seperti biasa selepas solat isyak berjemaah pak cu akan mmeyampaikan sedikit tazkirah kepada anak-anak dan isterinya . malam itu, pak cu tidak menyampaikan tazkirah tetapi menyampaikan sesuatu mengenai pelajaran anaknya . pak cu berkata, " ayah tidak dapat menghantar kamu berdua ke sekolah bersama, cuma salah seorang sahaja ayah mampu hantar kamu berdua ke asrama . walaupun ayah telah berusaha bersungguh bersama ibu, ini sahajalah yang kami mampu ". berlinangan air mata pak cu semasa cakap . nisah dan amir hanya diam ssahaja tanpa berkata . "pikirlah diantara kamu siapa yang ingin pergi ke asama dan seorang tinggal dirumah bersama keluarga ". kata pakcu lagi .

semalam mereka memikirkan dan akhirnya mereka kepada ayahnya, " kami tidak mahu pergi ke asrama, kami mahu bersama ayah dan ibu ". berlinangan air mata pak cu selepas mendengar kata-kata anak mereka .
beberpa hari selepas itu cikgu razik datang kerumah mereka dan membawa khabar gembira . berkata cigu razik kepada pak cu dan isteri serta amir dan nisah . " amir dan nisah tidak perlu risau lagi untuk meyambung pelajaran ke asrama penuh kerana nama kamu berdua telah tersenarai untuk menerima biasiswa UTP" . kata cikgu razik . menangis kegembiraan mereka mendengar khabar itu seraya terus melakukan sujud syukur dan memeluk pak cu serta mak cu .


apa pandangan kalian mengenai cerita tersebut, disebabkan sifat tawakal menerima segala dugaan dan ujian Allah akhirnya nisah dan amir berjaya juga memasuki sekolah berasrama . ingatlah, setiap sesuatu yang telah kita lakukan kita hendaklah tawakal seperti selepas menjawab exam . kita hanya perlu tawakal dan berdoa kerana kita telah melakukan yang terbaik  . incya-Allah .


jum kita hayati kata-kata ni .


hayati dengan jiwa yang tenang .

begitu bnyak makna yang tersirat .

jadilah seperti kartun diatas ni .

sampai disini dahulu entry ayie, azan subuh sudah berkumandang .
cerita tersebut adalah rekaan sendiri, jika tidak menarik, maafkan ayie sebab tidak reti mereka cerita . yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan ayie sendiri . salam ukhwah .

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014