السلام عليكم
apa perasaan korang semua apabila difitnah oleh darah sendiri. maksud darah sendiri adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri. adakah korang malu jika ada salah seorang dalam ahli keluarga korang itu miskin ataupun kaya and son on. kenapa semua itu berlaku? ayie rase nowadays, macam kurang sahaja sifat antara ahli keluarga itu wujud.
firstly, bukan ayie mahu menuding jari kepada sesiapa and entry ini adalah bersifat universal. ayie dapat singkap sesuatu daripada pemikiran orang sekarang ini. kenapa susah nak tengok saudara sendiri berjaya? ada sahaja yang menyebabkan korang dengki sehingga boleh menyebabkan orang yang korang dengki itu lemah tidak bermaya.
second, kenapa perlu merasa diri itu hebat sehingga sanggup untuk mencaci maki mahupun menceritakan perkara yang diluar jangkaan tentang saudara sendiri. bukankah kamu juga yang akan dapat malu sebab menceritakan perihal saudara sendiri (kira macam membuka pekung didada). bukankah itu juga telah mengaibkan si pencerita.
bagi ayie, kita sesama saudara perlulah ignore perasaan hasad dengki ini untuk kebaikan bersama. actually,memang puas korang dapat menganayai sahabat sendiri tetap ingatlah bahawa apa yang korang akan dapat selepas korang melakukan perbuatan tersebut. masing-masing ada fikiran, boleh fikir sendiri.
jadi manusia yang bertamadun bukan manusia yang hanya fikirkan akan kepentingan sendiri. tidak salah untuk membantu sahabat sendiri and sama-sama berjaya kerana yang berjaya nanti kamu juga bukan. thinnk positive and buang segala yang negatif untuk kebahagian bersama.
" Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingati (menyebut)-Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatinya "(Ar-Rabi'bin Anas)