Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

November 3, 2011

Jom Mewarna Doodle Fizgraphic

السلام عليكم

quick update daripada blog azrin rahim. sebenarnya ayie kena telah ditag akak kesayangan ayie ini tetapi yang pasti ayie nak mintak maaf sangat-sangat sebab tidak dapat nak menjelajah blog korang semua sebab ayie minggu ni agak busy dengan assigment kajian kes yang bertajuk "perokok tegar".

kalo korang mahu tahu apa sahaja yang telah ayie lakukan dalam kajian tersebut incya-Allah ayie akan cerita pada next entry. tapi malam ini nak selesaikan dulu satu perkara itu iaitu jom mewarna doodle fizgraphic. serius ayie rasa first time mewarna pakai adobe photoshop kot. hehehe walaupon tak cantik macam sis ai yu buat. ayie tetap nak tunjukkan juga hasilnya.

sebelum itu nak tunjuk dulu gambar asal doodle tersebut

(sebab dalam format PNG,so tidak nampak gambar asal tersebut)

sudah tengokkan? sekarang ayie mahu tunjukkan setelah apa yang ayie lakukan terhadap doodle tersebut. hehe maaf ye, biasa-biasa sahaja tetapi harap luar biasa. lala


ayie tidak pasti tema apa yang sesuai tapi rasenya tema yang paling sesuai untuk gambar doodle ayie adalah doodles sedang membuat pementasan.  kenapa pementasan? korang tengok sahajalah ea. haha kalau nak join rasa macam dah tidak sempat sebb kol 10.00pm (3/11/2011) dah nak tutup penyertaan dah.

1. Warnakan gambar doodle yang diberikan..SAVE gambar di atas dulu dalam komputer korang3. Buat Entry Jom Mewarna Doodle Fizgraphic..4. Letak Gambar doodle yang telah diwarna dan Tinggalkan Link Entry tersebut kat ruangan komen nie..5. Tak kisah guna photoshop,paint atau sebagainya..janji kreatif..6. Pemenang yang warna cantik n kreatif, apit akan lukis vector gambar free. Nak tag blogger lain pown tak jadi masalah..(tak sempat nak tag)

January 2, 2011

saper wat spoil mood cucu nie ?

assalamualaikum semua ..


alhamdulilah syukur kepada Allah kerana ayie masih diberikan peluang untuk menarik nafas di bumi Allah nie . memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Allah memang maha pemurah lagi maha mengasihani . cuma kita jadang-kadang sebagai manusia yang tidak tahu menghargainya .


malam nie sangt masyuk sekali sebb ayie dapat berkumpul lagi dengan housemate dahulu iaitu zul, bob, kamil, muaz n me . enjoy lah juga walaupun lembab sangt makanan sampai . semasa tunggu makanan tu kiteoran boraklah pasa result exam dan kelas untuk esok .


sebelum aku cerita pasal dinner kiteorang malam nie, aku nak cerita sikit tentng perbualan aku dengan seorang hamba Allah nie . aku hormatlah dia sebgai seorang abang dan senior tapi dia macam menjauhkan semangat aku terus perform semasa belajor dekat UPSI . macam gitu ker seorang senior . tidak mungkin bukan . bagi aku, seorang senior perlulah bagi semangat dekat junior supaya kekalkan pointer dan terus berusaha untuk terus berjaya .


entahlah, walaupun aku tak satu bilik dengan abang tu . abang tu just tumpag tido sahja kejap . bukan nak mengumpat, just nak korang yang senior tu janganlah lunturkan semangat kami yang junior . baru nak perforn giler-giler dekat Universiti nie supaya parents bangga . hermm 


korang nak tahu ker perbualan kami macam maner . okay kisah yer berlaku malam semalam . 


tempat : dalam bilik aku
masa   : rahsia 


abng tu: assalamualaikum . 
aku: waalaikumsalam .
abng tu: boleh tumpang tido sini tak malam nie .
aku: boleh shja . silakan . (lagipun time tu tengah malam, manerlh pejbt bukak nak daftar kolej)
abng tu: terima kasih .
aku: sama-sama .


selepas 5minit kemudian abng tu masuk bilik dengan bwak lappy .


abng tu: ambik course apa dan sem berapa ?
aku: semester 2 dan pendidikan matematik .
abng tu: daripada KZ ker ?
aku: taklah, duduk KHAR . ambilan julai 10/11 . 
abng tu: a'a ea . dah sem2 lah ea . adoi lupa pulak .


lepas nie yang berlaku perbualan yang agak mengcewakan aku tu .


abng tu: berapa pointer sem1 ?
aku: alhamdulilah DEKAN .
abng tu: biasalah sem1 meman DEKAN, nty sem2 n so on turunkah .
aku: incya-Allah akan kekalkan pointer .(peh, runtuh terus perassan aku time tu bila dia cakap macam tu , bukan bg semgt suh perform lagi)
abng tu: ala, macam abng juga nty .
aku: incya-Allah cuba yang terbaik untuk kekalkan pointer lagipun dalam usaha untuk mohon biasiswa KPM dan BTAR .


tammat


geng-geng semua perasan tak ayat yang cucu umie highlightkan warna merah tu . tulah perasaan cucu umie bila dengar pasal tu . tapi tak per, semangt cucu umie untuk terus perform macam seperti sem1 akan ayie kekalkan incya-Allah . yang penting ayie nak ingtkan kepada geng-geng semua, jangan pernah berputus asa dengan setiap kata-kata yang boleh melunturkan semangat kamu . 


ayie kenapa kamu tidak berputus asa ?


geng-geng semua nak tahu ker, tapi sebelum tu, jom kita hayati dahulu surah nie . surah yusof: 87 .


maksudnya:  Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".


geng semua dapat memahami ayat tersebut . Allah melarang kita berputas asa dengan rahmat Allah . begitu juga dengan kehidupan kita seharian . kita tidak boleh berputus asa, kita hendaklah yakin dekat setiap apa yang kita lakukan . btw, sekarang aku dah ignore pun apa yang abang tu cakap kat aku semalam, aku angap itu ujian untuk aku untuk terus berjaya kelak . incya-Allah . buat geng semua, ayie doakan kamu semua berjaya juga dan tidak mudah berputus asa . 






berbalik kepada dinner kami . ayie tak dapat merasakan nikmat makan sebab makanan yang ayie order tak dapat, dapat benda lain . so, nafsu makan tu hilang begitu sahaja .ayie order nasi goreng belacan, tapi dapat nasi goreng ikan masin . dammmmm tidak mungkin . sebb tulah tak xad selera nak makan . tapi takpeah, esok akan bermulanya kuliah pada jam 8am . hope, boleh bangun pagilah . haha 


P/s: kepada mereka yang tag ayie tu, sowi tak dapat nak jawab tag korang bersama award yang korang bg . incya-Allah nty ayie ambik award tu kt korang maybe esok malam kot time dah free nty sikit . hohoho 


UKHWAH FILLAH

December 3, 2010

tag tentang pendapat mengenai sifat manusia?

tajuk entry sahaja dah pelik .
lagi lah ana nak jawab tag ni .
tapi xper ana try jawab tag ni .
ana dapat tag ni daripada BLOG tentang-tengtang .
seriously ana jealous trngok blog dia .
walaupun baru sahaja join blog dah ramai followers .
apa ea rahsia . haha tak caye ana cakap ?? klik link bawah nie .

dah tengok kan ?? percya tak ??

okaylah nak tahu tag ni pasal apa jom kita terjah tajuk ni .
tajuknya adalah .
jeng3x .

jealous, cemburu, sakit hati, kedekut dan egois ?

saper ada 5 sifat ni daalm diri dia ??
lebih baik kamu mengaku ya sebelum orang lain tahu .


ana mulakan untuk menjawab tag ni 


jealous dan cemburu


pada pendapat ana, jealous dan cemburu adalah sama sahaja cuma yang membezakan adalah jealous dalam word english dan cemburu dalam perkataan melayu . maksud kedua-duanya still sama dan tiada perbedaan . kenapa perlu jealous dan cemburu ?? kebanyakan jealous @ cemburu di kalangan orang melayu adalah bersifat negatif dan tiada yang bersifat postif . kenapa ana berkata begitu ? baik ana mahu bagi analogi iatiu jika seorang sahabatnya maju dalam bisnes, mulalah sahabat yang lagi seorang mula cemburu dan melakukan sesuatu yang dilarang Allah . adakah bukan begitu ?? bukan maksud ana untuk menjatuhkan aib orang melayu, tetapi fenomenanya begitu masa kini dan susah untuk diubah kembali sifat tersebut . ana ingin kita lihat bangsa lain seperti cina mereka ada sifat jealous tetapi tidaklah sampai melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan sahabt mereka dengan sesuatu yang syirik . sebaliknya, mereka berusaha untuk sama-sama maju dan berdaya saing . so, jealous itu perlu dikikis seliranya manusia itu ingin terus maju dan berjaya . kalau jealous yang positif tidak apa seperti jealous kejayaan sahabat dan ingin mencapai lebih daripada mereka tetapi jealous yang menyesatkan, mintak dijauhkan .




sakit hati


pada pendapat ayie, sakit hati ni lebih kepada orang yang yang dikenakan mahupun putus cinta . kenapa ana kata putus cinta, pertelingkahan disebabkab sesuatu benda dan sakit hati dengan perangai seseorang ?? banyak sebab yang boleh kita ringkaskan . yang first mengenai ea putus cinta . jika dua insan bercinta dan akhirnya mereka clash disebabksn kurang persefahamaan dan sebagainya pasti akan meninbulkan rasa sakit hati . ana sendiri penah sakit hati disebabkan cinta . sebabnya ana rasa tidak puas hati, kenapa dia perlu pilih mamat itu berbanding ana ?? apa hebat sangat mamat tu ?? poyo pulak ayat . seterusnya, pertelingkahan disebabkan sesuatu benda . ni sering berlaku kepada hubungan kekeluargaan . kenapa ana berkata begitu, sebabnya kurangnya rasa puas hati terhadap sesuatu perkara seperti pemberian harta . almaklumlah, selalunya anak sulung mendapat prioriti yang lebih @ anak lelaki mendapat bahagian yang lebih dalam pembahagian seterusnya mengenai hubungan anak tiri dan anak kandung . ini juga sering berlaku kerana mungkin disebabkan kurangnya kasih sayang yang diberikan kepada anak tiri mahupun tidak adil dalam urusan seharian terhadap anak-anak tersebut . ana rasa pasti semua orang pernah merasa sakit hatikan dalam kehidupan seharian  ?? tepuk dada tanya selera lah .




kedekut


saper kedekut dekat sini ?? haha ana rasa tidak semua orang kedekut tetapi mau oi ada juga yang kedekut tahap gaban walaupun time tu kita susah, dia masih tidak mahu tolong lagi . kalau ada manusia spesis ni ana, tak tahulah nak cakap apa, memang tak boleh buat sahabat lah . alhamdulilah, setakat ni sahabat-sahabat ana tidak kedekut untuk menolong ana sekiranya ana dalam kesusuahan . gembira bersama sahabat ana . apa yng korang kena buat dekat orang yang kedekut ?? ana rasa korang bagi nasihatlah dekat dia cakap kedekut tak berguna lagi-lagi berkaa=itan dengan ilmu . sesungguhnya sesiapa yang kedekut dengan iilmu yang mereka ada dantidak mengajarkan pada orang lain, mereka adalah orang yang rugi didunia ni . harap kita tidak tergolong dalam golongan tersebut lah . kedekut hanya membawa bencana sahaja kepada diri dan orang akan cop kita sebagai haki bakhil .


tengok kartun ni tulis apa . macam nilah sifat orang kedekut .


egois


egois ni memang ana seseorang itu tidak boleh kikis dalam diri mereka loh especially lelaki .  kenapa lelaki bukan wanita ?? ego ni bermaksud bagga diri dengan talent mereka . jangan lupa bila-bila sahaj Allah boleh tarik kejayaan @ kekayaan yag kita ada tu bila-bilam asa sahaja. tidak semua lelaki ego dan tidak semua wanita tidak mempunyai sifat ego cuma, ego mereka itu kadang-kadang tidak bertempat seperti mahu tunjuk hebat sihadapan awex mereka dan tidak mahu meminta maaf, sedangkan mereka memang yang melakukan kesalahan tersebut . ish, please lah jauhkan sifat ego ni dalam kehidupan seharian kerana tidak memberi manfaat pun untuk kehidupan di masa akan datang dan akan menyebabkab oran mwluat sahaja untuk bergauk dengan kamu . macam lah ana tidak egokan ?? ana ad certainnya ego, depend pada sesuatu perkara tersebut . tapi jangan lah semua perkara nak ego . 




p/s: so, sekarang korang rasa benda ni ada tidak dalam kehidupan korang . kalau ada, marilah kita sama-sama untuk menjauhi benda tersebut dan mulakan benda baharu untuk terus dapat menjadi seorang yang sederhana . ni adalah karangan ana sendiri tidak ada copy mana-mana dan setiap sesuatu yang ana perkatakan adalah melalui hati ana sendiri .

so, sape-sape yang ada idea nak jawab tag ni, ambiklah dan jawab . jawab dengan ikhlas dan jujur . salam ukhwah daripada ana , ukhwah fillah . renung-renungkan dan selamat beramal .

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014