April 30, 2017

Posting mana?

Assalamualaikum

Menjadi pendidik bukanlah suatu pekerjaan yang remeh tapi memegang amanah yang agak berat. Setelah dua tahun menunggu posting daripada KPM, 3.1.2017 den telah ditempatkan di Kolej Vokaisonal Segamat sebagai guru akademik dan mengajar subjek matematik.

What ar expect when u go to KV?
  1. Kenapalah aku yang terpilih ke KV?
  2. Kenapalah jauh daripada rumah walaupun masih satu negeri
Terlalu banyak WHY sehingakan sebenarnya aku merasa aku ini tidak bersyukur. Firstly, memang kena bersyukur sebab ditempatkan jauh daripada family. Merasalah erti berdikari dan susah seketika tetapi lama-lama okay balik.

Secondly, kenapa aku terpilih ke KV mungkin ada perancangan lain yang Allah telah sediakan untuk akukan. Seronok juga bila dah berada di KV ini walaupun pada awalnya aku merasakan kenapalah KV? kenapa tidak SBP, Sekolah Kluster or Sekolah Harian Biasa? tetapi tanggapan aku tentang KV silap and totally 100% out. hehehe

Setelah 4 bulan berada di KV, alhamdulilah banyak benda yang aku pelajari tentang vokasional ini dan realitinya mak ayah kena faham WHY KV diwujudkan. Nak tahu lebih lanjut tentang KV, waiting my next post. hehe


June 20, 2016

Masih Ada Harapan?

Assalamualaikum..

Masih tidak terlambat rasanya mengucapkan #SalamRamadhan buat yang tengah menjalani ibadah puasa diseluruh pelusuk dunia ini. Pagi-pagi ini apa kata kita refreshkan minda kita dengan kata-kata hikmah mahupun pujangga yang mampu meningkatkan keyakinan diri.

Sebelum nak gerak ke sekolah ini, ayie nak kongsi kata-kata ini. Semoga memberi manfaat buat sahabat semua. Jom kita hayati bersama-sama. Mula kembali semangat untuk berada di dunia blog. hehe


June 19, 2016

Nasi Ambeng Johor Bahru

Assalamualaikum

Apa juadah Tuan/Puan/Encik/Cik sekalian hari ini? Kalau ayie for surelah lidah jawa mesti mencari Nasi Ambengnya. Bila dapat Nasi Ambeng itu rasa nikmat dan memang tak sabarlah nak berbuka. hehe Nasi Ambeng ini memang favourite ayie ah lagi-lagi kalau bulan puasa in.

Kalau dekat Johor ini nak dapatkan Nasi Ambeng mudah sikit sebab memang itu adalah salah satu masakan tradisional di Negeri Johor. Normally, Nasi Ambeng ini boleh didapati bila adanya kenduri tahlil dirumah. For sure akan adanya Nasi Ambeng ini lagi-lagi kalau buat dekat rumah nenek waktu kenduru tahlil. Cucu dia sorang inilah yang akan cari tempe goreng dulu. hehe

Apa ayie melalut cerita pasal Nasi Ambeng inikan. Okay senang cerita kalau area Johor Bahru nie nak cari Nasi Ambeng time bulan Puasa ayie boleh rekomen satu tempat ini. Tempat ini dekat bazar ramadhan rea Bandar Baru Uda dekat dengan Uda Holding. Bukan bazar ramadhan dekat Masjid BBU ye tapi dekat dengan Sek Rendah Bandar Baru Uda 2.

Meh ayie bagi terliur sikit gambar Nasi Ambeng dekat bazar Ramadhan BBU. Dengan harga RM 6.00 anda akan dapat Nasi Ambeng Ayam Madu. Ayie boleh kat Nasi Ambeng dia memang terbaik. 



Jangan lepaskan peluang orang Johor Bahru. Kena try semua ini lagi-lagi bujang macam ayie ini. Memang tak sempat nak masaklah. hehe Dua kali dah meyinggah bazar ramadhan area BBU sebab nak beli Nasi Ambeng ini sahaja. hehe

December 14, 2014

Nuffnang December

Assalamualikum

Sudah menghampiri separuh bulan disember. Maknanya tinggal 17 hari untuk berada dalam tahun 2014. banyak kenangan dan suka duka untuk 2014 ini dan yang pasti ayie telah menamatkan first degree ayie.

Moga diberi kesempatan agar dapat meneruskan untuk ke next level for my studies. Seriously, kalau cakap pasal study ini memang ayie rindu sebab ayie sukakan suasana timbunan buku yang banyak dan konon dok mengadap baca buku tu, padahal bt bnda len. haha Kenangan dekt uni tu.

Apa-apa pun nak say TQ dekt nuffnang untuk rezeki bulan 12 ini. Still ada BE yang tgh on going since november sebab ayie pun baru aktif balik berblog. Moga akan ada terus BE yang nak on going dalam blog ini. hehe



BE yang still on going
Old Town White Coffee
Rakuten September Super
Maybank #ILove

By the way, ayie tengan panggang ayam tu. Kejap lagi mulalah meround mana yang sempat ye. Hari ini kita jadi bibik dekat rumah sebab ingin gunakan masa sebaiknya untuk family tersayang. hehe Love you mum and dad.

December 13, 2014

Ayie ko kat mana?

Assalamualaikum

Ayie ko dekat mana nie? lama juga larikan diri. Eh bukan larikan diri cuma ayie minggu ini memang agak pack sgt jadual (ala-ala budak buat busy) padahal tak lah pack sgt. Cuma banyak shje cerita yang nak dikongsikan sepanjang seminggu tak ada nie.

Gaji keje as Guru ganti di SMKPN telah diperolehi, interview untuk sekolah swasta pun dan settle dan result pun dan tahu. Tapi tak nak update lagi pasal result. Hurmmm mohon doa moga ada rezeki dan itu adalah jalan terbaik. Lepas itu i really rindu korang semua.

Yang paling penting bila tiada apa yang boleh dilakukan apabila intenet 8GB boleh habis dalam masa 10 hari sebab biasalah kalau ada adik-adik dekat umah diorang memang layan youtube. Abis quote hamba tak tak boleh tak mengonline sangat dan now pon dah tambah quote. Bolehlah blogwalking dan pecut satu-satu inshaAllah.

Sebelum itu layan sat gambar dekat bawah ini


Orang yang kerja ikhlas,

rezeki lebih dia syukur,

rezeki kurang dia syukur,

tapi memang selalunya akan dapat rezeki lebih

inshaAllah

Ayie sangat bersyukur dengan apa yang ayie ada sekarang dan inshaAllah akan kongsi kegembiraan itu dengan family dan sahabat semua. Ayie tak hilang ada sahaja ini. Ada yang rindu ayie tak? haha

December 8, 2014

Kenapa perlu Ego?

Assalamualaikum


Doktor yang sakit pun akan jumpa doktor.

Guru pun perlu berguru.

Apatah lagi kita yang tak berupaya apa-apa dalam hidup.

Kenapa perlu ego?

credit to Hafiz Hamidun

Memang kena setepak lah dekat muka ayiekan bila baca tweet bro Hafiz Hamidun ini. Benda yang biasa yang kita tak dapat nak elakkan lagi-lagi ego. Normal bagi lelaki tahap keegoan dia agak tinggi berbanding wanita. 

December 7, 2014

Pelajar minta tukar guru?

Assalamualikum

Nak share sikit pasal adalah hamba Allah ini nak suh pergi tukar cikgu mengajar yang ajar anak dia. Alamak, ada pula yer mcm begitu? Kalau nanti anak dia kate, Nak tukar bos dekat tempat keje. Boleh lah ayah dia anta surat kt majikan suh tukar bos. Lepas kang dah mak ayah dia tua sikit, anak dia cakap, ayah nak tukar mak ayah boleh? Ayah hang nak anta surat dekat sapa?.

Pelik bin ajaib betul lah. Masalah nie berlaku dekat MRSM dan den rasa nak berkongsi sikit dengan hangpa semua. Sebelum tu mai layan sikit surat rasmi yang dihantar untuk tukar guru.



Adik-adik sayang oi, den nak khabar sahaja dan benda ini berlaku dekat MRSM ok. Bukan Sekolah Harian biasa. Masalahnya sekolah budak-budak pandai abaq hang. Den bukan nak sebelah mana-mana cuma ayie rasa sejak dari dahulu kot cikgu kat sekolah ajar sikit sahaja yang lain kena belajar sendiri lagi-lagi ADD MATH adik syg oi. Tak kan dua puluh empat jam cikgu nak suap ko dik. hehe

Memang tak semua cikgu itu perfect dan menurut pembacaan abng long hang ni dekat comment-comment itu berkaitan dengan cikgu ini semua cakap elok sahaja dan ada yang dah bergelar PHd OK? Faham tak PHd tu apa? Doktor Falsafah yang mengajar dekat uni tu pon puji cara cikgu tu mengajar.

Sekarang ini sonoklah budak-budak sekarang. Tak boleh nak dimarah kalau dekat sekolah sebab kalau kena marah bagitahu mak ayah cikgu marah. Ok tak xad masalah nie sampai nak suh tukar cikgu sebab cikgu tak syok mengajar. Dik oi, disinilah ko pelajar erti sabar, mengkaji mana yang kurang dan independent. Jangan semua nak suh orang suap.

Lagi satu, pakai pistol air sebab lambat masuk kelas dan tak dapat jawab soalan pun jadi masalah ker? Adik oi abang ko nie masa sekolah terutama masa tuisyen ADD MATH gagal dapat 75% time tu sebab dalam kelas tuisyen itu kelas ini wajib dapat 75%.  abang ko nie dapatlah 74%, kena rotan abaq hang pakai rotan kayu tu. dua kali pulak tu dekat tangan. Ko rasa apa? Tak pula abang hang bagitahu mak ayah sebab bagi abang ko nie itu challenge supaya terus berusaha.

Memang tidak dinafikan mengajar ADD MATH bukan perkara mudah dan perlukan skill but ko knelah faham, cubalah ko peg jumpa cikgu tu kalau tak faham time waktu lapang. Kalau tak pun banyak cikgu add math kt MRSM tu ko peg jerlah jumpa. Cikgu tak akan marah dik oi. Ko makin buat cikgu tu kecik ati adalah dik. REDHA cikgu tu penting dik oi.



Bagi pendapat ayie, apa-apa pon hormatilah guru anda yang mengajar anda. Kalau tidak faham tak tidak suka cara cikgu itu bagitahu dengan cara yang profesional bukan cara begini mintak tukar cikgu. Itu bukan keputusan yang tepat dik. Kang cikgu tu murka satu masalah. Ilmu tu dik. 

Note untuk diri aku juga. 

peace :)

Kacang jer Exam tadi, Padahal?

Assalamualaikum


Semua orang pernah mengalami perkara ini dan apa yang boleh ayie katakan setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Seperti si A, dia dah struggle dan berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapai kejayaan dan pada akhirnya dia berjaya juga walaupun markah biasa2 shje pada paras sederhana.

Manakala si B pula, nie pelajar yg memang malas belajar dan langsung tidak mahu tumpukan perhatian masa diajar oleh guru. Mungkin terlebih confident dan nak tunjuk pandai dekat member-member yang lain tapi akhirnya apa yang diperolehi dari keegoannya. Kegagalan bukan. Jangan jadi seperti ini.

Dan yang terakhir si C. Ini biasa berlaku sebab memang sudah semulajadinya dia memang dilahirnya pandai dan mudah tangkap walaupun guru mengajar sikit sahaja didalam kelas. nampak sahaja dia tidak belajar diluarnya tapi sebenarnya didalam kelas golongan ini sgt tumpukan perhatian ataupun cara pembelajaran mereka berbeza. Ini adalah kurnian Allah kepada mereka.

Sepanjang belajar di sekolah, matrikulasi dan universiti. Ayie banyak jumpa golongan A dan juga C. Si B tak pernah jumpa lagi sebab even kami lelaki pun, belajar tetap diutamakan dan time nak exam baru nak study itu perkara noemal bagi lelaki. haha

Moral of the story, setiap orang dikurniakan dengan keunikan masing-masing. Ada yang memang dari azali pandai dan ada yg perlu struggle untuk berjaya. Tidak kisah kita pada tahap mana pun yg pasti, Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah.

peace :) 

December 6, 2014

I am 1 of 50 Blogger yang menang Giveaway Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum

Rezeki awal bulan disember ini sebab tersenarai dalam 50 blogger yang menang Giveaway Epyhra Skin Bar. Macam tak percaya jer den kan sebab sebelum ini masuk mana-mana giveaway tak pernah menang pun. Bila first time dapat tahu antara yang tersenarai, enjoy lah juga. Dapat benda freekan sapa tak nak. haha

Kalau bab produk ini normally ayie memang biasa guna Nivea for Men sebab memang dah serasi kot dengan diri ayie. Lepas ini kite try Epyhra pula. Kalau memberikan kesan positif dan ayie jadi terlebih handsome, maknanya kena bertukar produklah yer. hehehe


Semua maklumat yang diperlukan bagi urusan pengeposan ayie dah settlekan tadi dan sent dekat page kak mia. Sekarang tinggal duk tunggu hadiah sampai rumah. Boleh ker tidak macam gitu. hehe Kalau korang ada join dan belum semak terpilih ker tidak, korang boleh semak dekat sini [LINK]. kot-kot kurang pun menang jugakan. 

Oklah masa nak menyiapkan diri dengan segala fail-fail sebab esok ad IV dekat Sekolah Rendah Islam Johor Bharu. Doakan semoga dipermudahkan untuk ayie IV itu. Nervouslah juga sebab banyak benda tak prepare. 

Boys !!! be Gentle and Caring

Assalamualaikum


Just because they are boys

doesn't mean they can't be

gentle and caring....


December 5, 2014

Artis ini sangat humble

Assalamualikum

Artis ini memang sangat humble ah dan dia memang jarang sikit nampak dekat media sosial but lakonan dia memang superb. Ayie memang slut sekali masa dia solat dekat parking kereta. Aah Kalau cakap pasal isu ini mesti korang kenal kan siapa. Tentulah Zahiril Adzim. 

Menurut kenyataan daripada #Hlive, Zahiril Adzim ini tidak mahu aktif di media sosial sebab masalah tertentu. Tak kisah lah bro hang aktif ker tidak dekat media sosial, yang pasti lakonan hang memang terbaik ah. Ok-ok yang penting teruskan bergiat aktif dalam seni. yehaaa Belanja sikit gambo Zahiril Adzim ni untuk korang. 


Setiap artis itu ada sebab kenapa mereka nak aktif ataupun tidak dekat media sosial. As long benda itu terbaik untuk mereka dan baik untuk semua. Ok-ok sahaja. Yang pasti suka pula tengok artis wanita malaysia sekarang sebab ramai yang telah mendapat hidayah. Moga terus istiqamah artis-artis wanita yang telah mendapat hidayah. 

Dek Kerana Lidah

Assalamualaikum

Masa tengah duk scrol-scroll dekat facebook tadi terjumpa pula benda ini dan penting untuk disampaikan kepada geng-geng semua supaya dapat dijadikan renungan. Ayie nak kongsikan berkaitan dengan Lidah. BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.

BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.
Antara contoh2 dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungkar nangkir dah aku tgk. (jatuh kafir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiatkan? Macam best je.. (jatuh kafir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta"

- Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.


SYIRIK KECIL boleh jadi macam ni.

Situasi:

1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata,

"Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.

2) Azlie bertanya kpd Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam."

Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? So copypaste laa. Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli.

Sumber 'Usrah' tv 119 .
#ingat mengingati.
Semoga sama-sama kita dapat jaga percakapan kita. Moga kita sentiasa dalam lindungannya. InshaAllah

December 4, 2014

Design #4: Header dan Profile Pict Instagram

Assalamualikum

Design #4: Header dan Profile Pict Instagram | dapat text dekt page and nak ayie tolong designkan header blog akk ini. Ayie ok sahaja tak ada masalah dan design header ini akk nie nak colourful. Akk ini siap bg design yang dia nak mcm mana. So, xadlh perah otak sangat nak fikir idea. hehe

About 1 jam lepas itu settle dan tunjuk design dekat akk tu. Lepas itu adalah sesi penambahan dan pembuangan part yang akak tu ase tak sesuai dan diubah dengan benda lain. Bagi ayie ok sahaja tak ada masalah sangat sebab itu akan jadi header blog akk tu.

Setelah bincang around 3.00 pm, settle juga design header tu dan akk tu pon dah buat pembayaran melalui maybank2u. Nak tengok header tu. Meh ayie tayangkan. Konsep header ini adalah colourful family. gitooooo


Ayie cuba menterjemahkan design yang akk tu nakkan dan ada sedikit perubahan demi perubahan dan hasilnya seperti diatas. Seterusnya, berbincang tentang Profile Picture Instagram dan akk tu pon dah bg idea yang dia nak. Ala-ala super mak gitoo.. hehe Maka terhasillah dua design ini,


Dua design telah aku hasilkan dan daripada design itu akak itu telah memilih seperti gambar dibawah ini dengan sedikit perubahan. Jom tengok design 1 or design 2 yang akk tu pilih.


Akk itu pon memilih design 1 dengan ada sedikit penambahan dan sedikit perubahan. Ayie tak dapat nak pamirkan lagi link blog akk tu sebab masih lgi dlm proses renovate. Bab renovate kawan akk tu yang tolong. Ayie hanya buat bab header dan Profile Pict Instagram.
Harga Header + Profile Picture Instagram
RM20.00
Kalau ada sesiapa nak tempah design dengan ayie. Boleh sahaja terus pm ayie dekat page Zarin Art [link]. InshaAllah akan dilayan dengan baik hati. ecehhh Nantikan next entry baju pula. hehe

Jalan yang halal

Assalamualaikum


"Jika seseorang hamba ALLAH menahan keinginan daripada sesuatu yang haram

(kerana ALLAH), Maka ALLAH akan memberikan sesuatu yang diinginya

itu mengikut jalan yang halal..."

GIVEAWAY JOM SIHAT BERSAMA HAZAMIE SOUQ

Assalamualaikum



Saya inginkan kesihatan sepanjang hari supaya saya dapat bantu mak ayah saya dan menjadikan gaya hidup sihat adalah satu kepentingan dalam kehidupan. Sesungguhnya kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada saya ini adalah satu nikmat yang sangat ternilai. Doakan semoga saya sihat yer dan dapat melaksanakan rutin harian. 

Kalau geng-geng nak join. Tekan link dekat atas dan serius giveaway ini simple dimple senang ok. Jom ramai-ramai kita sertai. 

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

Assalamualaikum


Kalau geng-geng nak join segmen ini sangatlah simple ok. Just tekan sahaja gambar dekat atas tu or tekan link yang ayie bagi itu ok.

Tarikh tamat dia : 31 Disember 2014

December 3, 2014

China bekal tenaga pengajar

Assalamualikum


Hatiku luluh tanpa kata dan aku berdoa moga ada rezeki untuk ku. Apa fungsi kami yang belajar mengambil ISMP Matematik. Masih ramai lagi yang tidak posting lagi-lagi my senior. Susah juga graduan ISMP ini sebab nak mintak kerja lain semua sektor pertikaikan kelayakan ijazah kami sebab ada title "Pendidikan". 

Berdoa dan terus berdoa. Moga ada sinar untuk terus berada dalam dunia pendidikan. InshaAllah doakan aku wahai sahabat. Pray for me. Mungkin mereka nak anta kami mengajar dekt overseas kot sebab dekat sana perlukan cikgu berbangsa Melayu untuk mengajar bahasa melayu. think positive

Peace:) still boleh tersenyum lagi

Wordless Wednesday: Tips Memilih Pasangan Hidup

Assalamualaikum

Tips Memilih PAsangan Hidup | Sesiapa yan tak halal lagi tu dan memcuba untuk menghalalkannya, cer fahamkan ayat dekat bawah ini betul. :) Pagi-pagi ini mood jiwang sikit padahal tahan mengntok. Nak tidur balik boleh idok. hehe


Tips memilih pasangan hidup:

Jangan tanya kelebihan, tanya kekurangan. 

Supaya kita boleh menlengkapkan kekurangan tersebut.

Credit to Hafiz Hamidun

Blood Type Sleeping Styles

Assalamualaikum

Blood Type Sleeping Styles | Nak kongsi benda ini dan masa mula-mula ayie tengok benda ini pun tergelak sorang-sorang abaq hang. Adehhh ada juga ea Gaya Tidur mengikut Jenis Darah. Ok kalau ayie jenis darah B, jadinya ayie akan tidur melentang abaq hang macam tengah bersantai dekat kolam renang. Tapi ada betullah juga. 

Apa kata korang tengok pula. Ada tak jenis darah korang mempengaruhi gaya korang tidur. haha Kalau ada memang betullah gambar dekat bawah ini Check it out


Korang dah tengok? Ok sekarang sama ker tidak? Ayie paling tak boleh belah gaya tidur untuk orang yang berdarah AB tu. iye2 sahaja begitu. Ker memang ad benarnya orang berdarah AB ini kalau tidur dia akan bersembunyi tutup muka bagai. Kiranya dia berselubung gitu. hehe

Jom kongsi darah korang jenis apa? dan betul ker gambar dekat atas itu cakap pasal gaya tidur korang berdasarkan jenis darah korang.

December 2, 2014

Nak ambil guru dari mana pula ni?

Assalamualaikum

Nak ambil guru dari mana pula ni?  | Satu isu yang hangat diperkatakan dalam pendidikan sekarang ini dimana ingin mengambil guru matematik dan mandirin daripada negara china. Korang tak percaya? Meh baca dekat bawah ini yer.


Isu Pendidikan. 

Adakah relevan mengambil 30,000 orang guru daripada China untuk menampung keperluan guru di Malaysia sedangkan Malaysia mempunya lebih 2,000 orang graduan pendidikan menganggur? 

Langkah pertama yang perlu KPM lakukan ialah menawarkan peluang kepada semua guru berbangsa Cina sedia ada untuk bertukar opsyen. 

Langkah kedua ialah KPM menyerap masuk 2,000 orang graduan pendidikan setiap tahun menggantikan tempat guru berbangsa Cina. 

Sekaligus KPM akan berjaya menyelesaikan masalah pengangguran dan memberi keistimewaan kepada guru yang sememangnya RAKYAT MALAYSIA. 

Anda ada cadangan lain yang boleh membantu KPM? Nyatakan untuk KiPM ketengahkan. 

#PendidikGenerasiBaharu
Kalau korang nak baca isu ini lebih lanjut korang boleh lah pergi link ni [LINK]. Apa yang mampu ayie katakan, Doakan semoga ayie dapat posting awai walaupun kerajaan nak ambik guru matematik daripada Negara China. muahahahaha ada rezeki pasti ada jalannya. Yang pasti sekarang mampu berdoa dan mohon sahaja.

Tapi ayie agak susah sikit nak mohon kerja lain selain bidang pendidikan. Sebab ap? ok nantikan cerita seterusnya dalam entry lagi satu.

Peace. Masih mampu tersenyum

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014