Showing posts with label design full templete. Show all posts
Showing posts with label design full templete. Show all posts

December 4, 2014

Design #4: Header dan Profile Pict Instagram

Assalamualikum

Design #4: Header dan Profile Pict Instagram | dapat text dekt page and nak ayie tolong designkan header blog akk ini. Ayie ok sahaja tak ada masalah dan design header ini akk nie nak colourful. Akk ini siap bg design yang dia nak mcm mana. So, xadlh perah otak sangat nak fikir idea. hehe

About 1 jam lepas itu settle dan tunjuk design dekat akk tu. Lepas itu adalah sesi penambahan dan pembuangan part yang akak tu ase tak sesuai dan diubah dengan benda lain. Bagi ayie ok sahaja tak ada masalah sangat sebab itu akan jadi header blog akk tu.

Setelah bincang around 3.00 pm, settle juga design header tu dan akk tu pon dah buat pembayaran melalui maybank2u. Nak tengok header tu. Meh ayie tayangkan. Konsep header ini adalah colourful family. gitooooo


Ayie cuba menterjemahkan design yang akk tu nakkan dan ada sedikit perubahan demi perubahan dan hasilnya seperti diatas. Seterusnya, berbincang tentang Profile Picture Instagram dan akk tu pon dah bg idea yang dia nak. Ala-ala super mak gitoo.. hehe Maka terhasillah dua design ini,


Dua design telah aku hasilkan dan daripada design itu akak itu telah memilih seperti gambar dibawah ini dengan sedikit perubahan. Jom tengok design 1 or design 2 yang akk tu pilih.


Akk itu pon memilih design 1 dengan ada sedikit penambahan dan sedikit perubahan. Ayie tak dapat nak pamirkan lagi link blog akk tu sebab masih lgi dlm proses renovate. Bab renovate kawan akk tu yang tolong. Ayie hanya buat bab header dan Profile Pict Instagram.
Harga Header + Profile Picture Instagram
RM20.00
Kalau ada sesiapa nak tempah design dengan ayie. Boleh sahaja terus pm ayie dekat page Zarin Art [link]. InshaAllah akan dilayan dengan baik hati. ecehhh Nantikan next entry baju pula. hehe

December 1, 2014

Design #3: Blog Jendela Maya

Assalamualikum

Design #3: Blog Jendela Maya | This week ayie settlekan design blog Jendela Maya tapi ada masalah sikit dan tak dapat digunakan. Tetap nak tayang juga hasil design ini sebab seronok pula bila dah settle menghasilkannya. Menggunakan 3 warna asas iaitu biru, hijau dan cream. Itu adalah permintaan tuan blog. 

Ayie just ambik masa sehari lebih untuk design benda ini dan perkara biasa kalau ayie design akan hadapi dekat header. Tang header sahaja idea itu lari tak tahu kemana entah. haha Selalunya memang headerlah yang last sekali ayie akan settlekan. 

Walaupun, design ini tak dapat nak digunakan but it's oklah sebab templates tu ayie akan simpan dan kalau tuanya inginkan azrin akan bagi on the sport. Mungkin nak digunakan dekat blog lain ker kan. tapi apa pun jom layan sikit gambar editing tu.


Kalau nak tengok yang full view tengok dekat link bawah ini



Settle untuk design ini dan ada lagi satu design. Next entry pula yer. Happy sangat sebab dapat zahirkan apa yang berada diminda orang lain walaupun tak hampir 100%. hehe Kalau nak booking boleh sahaja terus inbox dekt page zarinart yer. TQ

By the way, jom sama-sama join segmen yang telah dijalankan oleh Cikgu Etuza [LINK]. Sangat bermanfaat ok. Dapat eratkan silaturrahim sesama blogger. Jangan lupe juga, hari nie last penyertaan. Jom sama-sama kita sertai segmen Cikgu Etuza ye. Yehaa Baru sempat nak mengonlinekan diri sebab baru bayar duit broadband dekt Digi Centre. hehe 

June 23, 2014

Tempahan Design Blog Dibuka

Berapa hari sahaja lagi hendak menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak dan sudah masuk tahun ketiga juga ayie tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dirumah bersama keluarga. Bukan langsung tak dapat nak melaksanakan ibadah puasa dekat rumah cuma sedikit waktu sahaja diperuntukkan berpuasa dirumah. Tahun ini berpuasa di bumi Tanjung Malim sebab ayie sudah start bekerja sebagai graphic designer dan pembantu kedai di Idaman Sis Ent.

Lupakan pasal bulan ramadhan seketika tetapi kita masuk pada agenda tajuk hari ini iaitu Tempahan Design Blog Dibuka. Habis sudah zaman degree dan sekarang alam pekerjaan dan bersyukur walaupun part time sebelum bergelar guru dapat juga mencari pekerjaan sesuai dengan minat dan hobi. Dengan masa yang terlapang ini juga, dapatlah ayie menerima tempahan design blog. 

Ayie buka tempahan untuk personal blog dan bisness blog. Sekiranya ada sesiapa yang ingin mengedit blog bagi cantik dan menepati selera anda, tetapi tidak berapa reti, bolehlah berhubung dengan ayie melalui FB atau EMAIL (cucuumie@gmail.com). Berkaitan dengan harga, Alhamdulilah InshaAllah semuanya mampu miliki blog yang simple dan cantik sesuai dengan citarasa dan selera tuan/puan. Ayie hanya membantu sahaja.

untuk maklumat lanjut boleh tengok bunting flask ini. Dengan rasminya Tempahan Design Blog Dibuka kepada tuan/puan blogger sekalian.

Maklumat lanjut: Click Here

Sesiapa yang perlukan khidmat ayie, just PM me ok. Sama-sama kita berblog dengan blog yang indah dan cantik supaya rasa nak sentiasa update sahaja dekat blog kita. Apa tunggu lagi, jomlah bermualamat dengan ayie dengan menempah design blog yang tuan/puan idamkan.

*Ready untuk menerima tempahan.
Jom like Page ZarinArt. 

November 22, 2013

Pengalaman itu penting

Assalamualikum w.b.t

dua hari berada di alam pekerjaan walaupun sebenarnya sebelum ini dah merasa kerja. Hahaha saja tetap nak cerita juga. Best ke bekerja ini dan Alhamdulilah sgt seronok ok dan rasa lebih yakin dengan apa yang akan bakal dihadapi pada masa akan datang.

Kenapa nak kerja jauh daripada family sebab aku dah selesa dgn tawaran kerja yang diberikan dan gaji alhamdulilah aku terima tapi xadlh over 1000 per month ok. Cukuplah setakat makan. Selain itu, xad ker kerja yang dekat dengan rumah? ada shje cuma aku shje yg malas sebb xmint dan one more thing nak merasa hidup berdikara. Cewahh ayat nak poyo kan ~~~

yes aku kerja dekat kedai idaman sis ent. Aku sebgai grafik designer merangkap pembantu kedai. hahaha Selain itu aku kerja mengadap laptop dari pkul 10am until 8pm untuk settlekan kerja design selain daripada pening mencari fonts untuk baju yang enth2 apa-apa diminta oleh client.

kerja rilek tapi bila ada kerja perghhhh memang x menang tangan kne settlekn semua awal terutama kalau banner, bunting dan design baju. Setiap hasil yang aku hasilkan aku menghunakan AI sepenuhnya dan memang kena mcm gitu pun. Semakin lama aku semakin dapat meningktkan skill AI ak. Seronok abaq hang.

kalau ada rasa nak tempah baju dgn hamba pon boleh. Antara hasil design baju yang telah hamba settlekan adalah seperti berikut:

kerja semalam yang telah disettlekan. Ada banyak design melibatkan baju dan aku tunjukkan contoh design yang aku buat semalam.

kena design doodle untuk baju. leceh ok design doodle dan letak dekat baju sebab secara asasnya orang bg dalam AI tpy ayie kena trace balik one by one supaya dalam AI supaya senang nak printing. Printing baju kalau gamba mostly kena bagi dalam bentuk AI supaya senang nak buat blok.

yang ini pula keychain. Ayie kena design untuk seorang sebab dia nak bagi cenderahati seperti yang tertera diatas tu yer. saya hanya menjalankan kerja sahaja ok.

Alhamdulilah, berada dalam dunia design ini sangat seronok sebab banyak benda ayie belajar. Faham perasaan orang. gelagat orang dan yang paling penting sabar dalam setiap apa kerenah pelanggan sebab pelanggan always right but sometimes customers must respect owner gak. yuhuu

apa-apa pun selesai celoteh hari ini. InsyaAllah nanti ayie celoteh lagi mengenai pekerjaan ayie dan update yang last setiap design ayie. Kalau nak order boleh sahaja. PM ok. hehehe


November 15, 2013

TEMPAHAN KINI DIBUKA KEMBALI !!!

Assalamualaikum..

tempahan design kini dibuka dan alhamdulilah ayie juga menyediakan tempahan untuk design blog, banner, bunting, button badge, design baju dan so on. selain itu, kalau nak tempah dalam kuantiti yang banyak pun boleh sebab ayie memang sedang menjalankan bisnes online. ayie akan update dari semasa ke semasa mengenai aktiviti dan perniagaan ayie.

tempahan yang dibuat boleh melalui COD mahupun melalui pos. harga boleh runding mcm biasa. kalau nak ayie buat design shje pon boleh tidak ad masalah dan tempah dekat kedai yang berhampiran dengan anda. 

nak tengok hasil kerja ayie, insyaAllah ayie akan update dari semasa ke semasa. NANTIKAN. selain itu boleh lihat hasil kerja ayie di instagram juga. sebab ayie akan update dekat instagram kalau tidak di blog. tapi biasanya ayie akan update hasil kerja ayie di page ayie sendiri iaitu ZarinArt.

sebarang tempahan boleh dibuat melalui talian ini:

Whatsapp : 019-3008731
Facebook : Azrin Rahim
Email : cucuumie@gmail.com
Page : ZarinArt

June 17, 2013

Design blog kak ayu & kak efa

assalamualikum

Alhamdulilah, settle untuk 2 tempahan blog, agk lama juga pending sebab ayie busy dengan FYP dan examination untuk semester 6 ni. kalau nak design ini kadang-kadang perlu mood kalau tidak kelaut lah engkau. haha (ayat poyo).

seharian lebih mengadap blog dan akhirnya settle juga dua blog ini, and thank you to kak efa dan kak ayu sebab memberi kepercayaan kepada ayie untuk design full templete blog kak berdua. seronok apabila mereka berpuas hati dengan hasil kerja ayie, Alhamdulilah.

1.Kak Efa (Full template)


2. Kak Ayu (Full templete)


sekarang tempahan untuk blog ayie buka kembali sebab alhamdulilah free seketika disamping paktikal mengajar bulan 7 nanti, jadi ada masa untuk mendesign blog orang. hehe sapa-sapa nak tempah boleh pergi link ini dan lihatlah syarat-syaratnya.

TEMPAH DESIGN

sekarang masa untuk siapkan majalah kolej pulak, nantikan hasilnya sebab ayie kena design untuk dua sidang. huhu, keep watching and waiting my new design. yeayyy ok bye masa untuk rehat 

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014