Showing posts with label Doa Qunut Nazillah. Show all posts
Showing posts with label Doa Qunut Nazillah. Show all posts

July 11, 2014

Kepentingan Surah Al-Kahfi

Kepentingan Surah Al-Kahfi | Macam mana hari Jumaat korang pada hari ini? Harap-harap semuanya berjalan seperti biasa sahaja dan ayie macam merasakan sungguh pantas masa berlalu dan tutp-tup dah sampai hari Jumaatkan. Hari ini merupakan hari ke-13 Ramadhan.

So, dah baca Surah Al-Kahfi? Kalau belum jom kita baca sama-sama nak. Ambik masa dalam 20 minit sahaja InshaAllah untuk membacanya sebab Surah Al-Kahfi hanya mempunyai 110 ayat sahaja. Lagi elok kalau kita dapat menghafal Surah Al-Kahfi.

Sekarang ini zaman dah mudahkan, dalam handphone masing-masing pun sudah bleh install Al-Quran digital. Lagipun banyak Kepentingan Surah Al-Kahfi ini. Antara Kepentingan Surah Al-Kahfi adalah seperti gambar di bawah ini. 


Lepas Kita dah baca Surah Al-Kahfi ini, apa kata kita sambung sedikit baca Qunut Nazillah pula. Tembak doa laju-laju buat pejuang islam di Palestin. Sesungguhnya, mereka berjuang demi mempertahankan islam di Gaza.


Ramadhan Si Cilik

Ramadhan Si Cilik | Apabila mengimbau balik zaman kecik masa aku umur 6 hingga 12 tahun memang nak tergelak sorang-sorang pun ada juga sebab terlampau banyak kenangan sehingga tidak dapat untuk aku ungkapkan. Seriously, my dad memang sangat garang dengan anak lelaki dia sebab 3 orang bujang dia memang degil dan kami beza pun setahun jer.

Masa umur aku 6 tahun aku dah start puasa dan alhamdulilah aku dapat puasa penuh time tu sebab ayah aku kata satu hari puasa dapat seringgit. So, dengan gigihnya aku puasalah walaupun time rehat dekt tadika member-member dok layan makanan sedap-sedap.

selain itu, Aku mula start ikut terawih pun pada umur 6 tahun. Ayah aku jenis garang, kalau dia tahu sahaja aku men-men dekat belakang siaplah balik rumah. Rotan memang menantilah. Aku dah lalilah dengan rotan dan ketuk ketampi sebab ada sebab ayah aku buat macam gitu.

Kalau ayah aku tak buat macam gitu, aku mungkin tidak jadi seperti sekarang ini. Tq ayah. eh macam dah lari shaja, sebenarnya aku nak share sesuatu masa aku scroll dekat Facebook dan terpandang sesuatu dekat page Muslim Slow ala Malaysia. Dia mengingatkan aku sesuatu iaitu pasal adik-adik aku yang memang semangat nak berpuasa bila tiba ramadhan tapi bila sampai waktu, TERKANDAS. hehe 

Korang nak tahu tak apa yang aku maksudkan dengan TERKANDAS. Layan cerita gambar ini yang aku dapat daripada Muslim Show Ala Malaysian.


Sumber ganmbar : Muslim Slow Ala Malaysian

*Jom kongsikan cerita ramadhan korang masa kecik-kecik. Mesti seronokkan. hehe

sambil-sambil itu jangan lupe baca Doa Qunut Nazillah yer. #PrayForGaza


July 10, 2014

Solat Sunat Awwabin | Pray For Gaza

Solat Sunat Awwabin | Pray for Gaza | Siapa yang belum tidur lagi pagi-pagi ini yer. Alhamdulilah sudah masuk pertengahan Ramadhan dan hari ini merupakan hari kedua belas Ramadhan. Ayie merasakan sangat cepat masa berlalu, mungkin sebab ayie bekerja dari pagi sampai ke malam. Itu yang tak rasa sangat waktu berlalu dengan pastas. 

Sebelum itu, ada geng-genga tahu apakah itu solat Sunat Awwabin ini. Ayie pun baru tahu tadi sebab terbaca post member dekat salah page dekat Facebook. Sebelum ini memang ayie tak tahu pun pasal solat sunat awwabin ini. Pagi ini tahu dan bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang untuk mengetahuinya.

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat yang dilakukan sementara menunggu waktu isyak masuk dan dilakukan selepas solat maghrib. antara fadhilat Solat Sunat Awwabin ialah:
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
Kalau korang ingat mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Solat Sunat Awwabin ini, korang boleh sahaja pergi dekat blog ini (link). Dia ada menerangkan secara detail berrkaitan dengan Solat Sunat Awwabin. Semoga kita sama-sama memperolehi manfaat. InshaAllah

Sebelum itu, Jom sama-sama kita doakan sahabat seislam kita di Palestine. Mereka sedang bertarung nyawa demi mempertahankan agama islam dan negara. Semoga, doa yang kita titipkan dalam bulan ramadhan ini diredhai Allah. InshaAllah.



Sama-samalah kita baca Doa Qunut Nazilah buat saudara kita di Gaza.


Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014