Showing posts with label Muslim Show Ala Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Muslim Show Ala Malaysia. Show all posts

July 11, 2014

Ramadhan Si Cilik

Ramadhan Si Cilik | Apabila mengimbau balik zaman kecik masa aku umur 6 hingga 12 tahun memang nak tergelak sorang-sorang pun ada juga sebab terlampau banyak kenangan sehingga tidak dapat untuk aku ungkapkan. Seriously, my dad memang sangat garang dengan anak lelaki dia sebab 3 orang bujang dia memang degil dan kami beza pun setahun jer.

Masa umur aku 6 tahun aku dah start puasa dan alhamdulilah aku dapat puasa penuh time tu sebab ayah aku kata satu hari puasa dapat seringgit. So, dengan gigihnya aku puasalah walaupun time rehat dekt tadika member-member dok layan makanan sedap-sedap.

selain itu, Aku mula start ikut terawih pun pada umur 6 tahun. Ayah aku jenis garang, kalau dia tahu sahaja aku men-men dekat belakang siaplah balik rumah. Rotan memang menantilah. Aku dah lalilah dengan rotan dan ketuk ketampi sebab ada sebab ayah aku buat macam gitu.

Kalau ayah aku tak buat macam gitu, aku mungkin tidak jadi seperti sekarang ini. Tq ayah. eh macam dah lari shaja, sebenarnya aku nak share sesuatu masa aku scroll dekat Facebook dan terpandang sesuatu dekat page Muslim Slow ala Malaysia. Dia mengingatkan aku sesuatu iaitu pasal adik-adik aku yang memang semangat nak berpuasa bila tiba ramadhan tapi bila sampai waktu, TERKANDAS. hehe 

Korang nak tahu tak apa yang aku maksudkan dengan TERKANDAS. Layan cerita gambar ini yang aku dapat daripada Muslim Show Ala Malaysian.


Sumber ganmbar : Muslim Slow Ala Malaysian

*Jom kongsikan cerita ramadhan korang masa kecik-kecik. Mesti seronokkan. hehe

sambil-sambil itu jangan lupe baca Doa Qunut Nazillah yer. #PrayForGaza


Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014