Showing posts with label Universiti Pendidikan Sultan Idris. Show all posts
Showing posts with label Universiti Pendidikan Sultan Idris. Show all posts

July 6, 2014

Request Surat Pengesahan Jangka Tamat Pengajian

Hari Ahad masing-masing mesti dekat rumahkan, tengah bersantai-santai bersama family dan disebabkan ayie bosan tak tahu nak buat apa duduk dekat dalam bilik. Jadinya, ayie buka kedai hari ini. hehe Sebelum nak berbuka ayie tutuplah balik kedai. Tenga-tengah jaga kedai ini bolehlah kot ayie nak berblogwalking daripada satu tempat ke tempat lain sebab tak abis lagi berblogwalking semalam daripada segmen Kak Mialiana

Dua ari lepas ayie ada update berkaitan dengan Surat Pengesahan Jangka Tamat Pengajian dan alhamdulilah disebabkan masih lagi berada di Tg. Malim, member yang kenal minta tolong ayie dapatkan Surat Pengesahan Jangka Tamat pengajian buat mereka juga.

Borang-borang mereka ayie dah proseskan dan ada yang telah dapat dan ada yang belum dapat lagi surat pengesahan. Harap member bersabar ye. hehe Contoh surat rasmi yang perlu dihantar kepada unit pengijazahan bagi memohon Surat Pengesahan Jangka Tamat pengajian. 

surat-surat yang direquest

Ini antara request daripada member. Ada lagi yang request dan ayie tak sempat nak print lagi. Lagpipun diorang request semalam dan baru tadi. Jadinya, xsempat nak print lagi surat-surat diorang. Tapi ada yang dah settle pon sebab diorang mintak awal lagi iaitu minggu lepas dan dua minggu lepas sebab mostly diorang nak further dekat uni lain. Ayie? InshaAllah UPSI sahaja kot. hehe

surat pengesahan yang telah diluluskan

inshaAllah esok semua surat yang diorang request dekat ayie, ayie akan hantar kepada unit pengijazahan dan mungkin selasa atau rabu korang akan dapat softcopy daripada ayie. ayie mintak maafnye kalau ada kekurangan masa tolong korang.

*Rindu geng Boboiboy JMKKHAR 12/13

July 4, 2014

Surat Pengesahan Jangka Tamat pengajian

Petang ini relax sekejap daripada keja. Lepas jumaat tadi ada keje sikit, kerja design yang perlu disettlekan dan adalah sikit buat kerja-kerja kedai. Ayie agak seronok sedikit sebab dapat banyak belajar tentang perniagaan dan lari daripada opsyen sikit iaitu pendidikan. Berkata mengenai opsyen ini, alhamdulilah ayie dah selesai menamatkan pengajian sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Apabila sudah tamat belajar ini mulalah mencari pekerjaan sebelum posting dan ada juga member ayie yang tengah apply sambung master. Jadinya apabila ingin sambung master dan bekerja tetapi tidak konvo lagi, Wajib untuk lampirkan surat pengesahan jangka tamat pengajian yang menunjukkan telah tamat belajar. 

Disebabkan ayie sorang sahaja yang masih berada di Tg. Malim, jadinya ayie lah yang kena pergi canselori bahagian pengijazahan untuk mintak surat pengesahan jangka tamat pengajian. Nasiblah ada member dia ini yang baik hatikan, jadinya ayielah berulang alik proses surat diorang dan akhirnya dapat juga surat seperti dibawah ini.

Surat Pengesahan Jangka Tamat Pengajian

ini adalah contoh surat pengesahan jangkaan tamat pengajian. Penting terutama sesiapa yang ingin sambung master tetapi belum dapat transkrip ataupun scroll. Selain itu, kalau nak mohon pekerjaan pun penting juga, diorang mesti ingin tahu sama ada dah tamat belajar ke belum sebab ingin berikan gaji setimpal dengan kelayakan kita. 

Apa-apa pun Allah Yutfah Alaikum untuk member ayie yang bakal menyambung pengajian ke peringkat master dan bekerja sebagai guru ganti. Buatlah apa pun bagi mengisi masa lapang sebelum anda dipostingkan dan mendidik anak-anak bangsa kelak. Alhamdulilah, habis belajar masa itu ayie terus disunting oleh syarikat Idaman Sis Ent. (poyo disunting, padahal memang dah lama pun bos tunggu suh masuk kerja). hahaha 

Den nak sambung belajar juga tapi tunggu bulan dua tahun depanlah. InshaAllah. Mohon doanya. Bekerja seketika supaya dapat meringankan sedikit beban ayah dan umi. 

September 2, 2013

sekolah part #1

Assalamualikum w.b.t

tugas hakiki menjadi seorang guru paktikal macam biasa kena bangun awallahkan pergi sekolah sebab kena jaga reputasi tapi kalo dekat uni selagi jam x pkul 8.00 am memang tak bangunlahkan. solat subuh tetap solat ye dan lepas subuh sambung tidur balik sebab malam dah stay up siapkan assigment padahal lepak dengan kawan-kawan. hahaha

alhamdulilah sudah masuk minggu ke-7 bergelar guru paktikal (minggu ke-7 baru nak update blog). haha maaf busy sikit sebab permulaan itu rasa kekoklah sebab diberi tugas mengajar kelas 2 Arif dan 4 sains tulen 1. Alhamdulilah kelas tidak ada masalah cuma kalau form 2 kena jadi garang ah sebab diorang dalam proses nak remaja jadi perangai malas dan rasa macam dewasa menguasai diri jadi memang kena jadi garang.

form 4 pula memang tak ada masalah sebab dah macam kawan dengan diorang cuma adakalanya kena bertegas dengan diorang supaya mereka tidak lemak dan malas nak faham tentang subjek physics. Yes, dekat sekolah SMK SULTAN ALAUDDIN, aku diberi tanggungjawab mengajar subjek matematik dan fizik.

selain itu, aku diberi tugas untuk mengajar form 3 kelas pemulihan. alhamdulilah sangat bertuah sebab walaupun kelas hujung tapi minat belajar diorang tinggi. aku menolong sekadar yang mampu supaya mereka berjaya seperti rakan-rakan yang lain. walaupun kelas pemulihan ini happening sebab semua lelaki, bagi aku tidak ada masalah sebab semua sempoi.

rasa susah menjadi guru pada mulanya tetapi lama-lama aku memang sudah jatuh cinta dengan mengajar sebab ingin melihat mereka terus berjaya dan berjaya cuba ada part dalam pendidikan yang mungkin tidak aku berapa suka. but itu masih boleh diperbaiki.

overall, alhamdulilah aku gembira bersama mereka. students yang superb aku perolehi. layan kepala mereka kadang-kadang boleh mereng dan masuk air juga. ada kisah cintalah yang aku dengar dan macan-macam lagi tapi itulah reality kehidupan student sekolah tak pernah lari daripada kisah cinta monyet.

aku tinggalkan dengan beberapa keping gambar semasa jamuan raya dengan student 3 elit.

cikgu dengan murid nak dekat sama sahaja.

farez yang malas datang kelas tambahan.

fizi oh fizi.
kelas 3 Elit ini majoriti adalah lelaki semua but kelas diorang memang sempoi abis ah.

June 14, 2013

Mee Udang Mak Jah: Kuala Spetang

Assalamualikum

perjalanan yang memenantkan semalam sebab seharian drive daripada Tanjong Malim > Taiping > Kuala Spetang > Tanjong Malim. Perjalanan yang mengambil masa 12 jam pergi dan balik dan seriously sangat seronok. terima kasih makcik sebab ajak saya suh teman pergi ke Taiping semalam dan dapat makan dekat Mee Udang Mak Jah buat kali ke-3. 

sape nak tengok Mee Udang Mak Jah ini. cuba tengok picture dekat bawah ini tapi jangan terliuh plak ok, memang terbaik ah.

Mee Udang Mak Jah, RM 8.00 (biasa)

gambar dekat atas tu lepas ayie dah makan suku, baru teringat nak ambik gambar. haha nampaklah mcm kurang menarik tapi abaikan yang penting rasa Mee Udang Mak Jah ini memang terbaik ah dan berbaloi. banyak udang pulak tukan. haha tpi orang tu xmakan udang, jadi dia makan nasi goreng kampung sahaja. 

perjalanan semalam berbaloi sebab dapat makan Mee Udang Mak Jah sambil pusing-pusing Taiping, walaupun kali kedua berada di bumi Taiping, aku rasa mcm dah tahu jalan semua dekat Taiping tu dan Alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh Allah untuk urusan semalam. (poyo kejap ayat)

siapa-siapa yang belum merasa lagi Mee Udang Mak Jah Kuala Spetang ini memang rugilah dan bila dah jalan ke Utara tu apakata singgah seketik dekat Kuala Spetang untuk merasakan keenakan dan nikmat Mee Udang Mak Jah ini. hehe kira berbaloi kalau korang semua jalan jauh-jauh dan berehat dengan makan Mee Udang dekat gerai Mak Jah.

harga dekat kedai Mak Jah ini boleh tahan murah juga sebab semalam makan lima orang just RM 37.50. korang tak percaya layan gambar resit dekat bawah ini. yuhuu

sudah percaya !!

apa tunggu lagi, jom kita pergi ke kedai Mak Jah dekat Kuala Spetang. arghh mengidam nak makan Mee Udang Mak Jah lagi.

January 5, 2013

Subjek Matematik?

Assalamualaikum

apa ada dengan 2013? permulaan yang sangat seronok disamping ayie sedang menghadapi peperiksaan bagi semester 5. Tanpa diduga sudah 2 tahun setengah ayie bergelar pelajar jurusan Pendidikan Matematik. Pasti ramai akan rasa ahhhhh kenapa Matematik?.

Matematik itu sebenarnya sangat indah okay apabila kita tahu teknik yang sebenarnya disamping tidak akan pernah  rasa bosan sebaliknya akan cuba dan terus mencuba untuk menyelesaikan setiap permasalahan Matematik . Oleh itu, dengan sedikit ilmu ayie ada ini ingin sangat berkongsi pembelajaran matematik dengan sahabat semua.

ibu bapa pun boleh gunakan method yang ayie kongsikan untuk memberi semangat kepada anak-anak supaya suka akan subjek Matematik. InsyaAllah subjek Fizik, Kimia dan Sains, ayie akan kongsikan berpandukan sahabat-sahabat ayie yang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.
kenapa terfikir akan perkara ini?
ayie bakal bergelar Cikgu kelak insyaAllah, kenapa tidak mulakan daripada sekarang dan memastikan pelajar-pelajar sekarang tidak memandang serong terhadap Matematik dan mengatakan Matematik itu susah. 
MATHEMATICS IS EASY.
JANGAN STRESS BILA BERHADAPAN DENGAN SUBJEK MATEMATIK.
ayie pun sudah dapat apa tujuan sebenarnya ayie berblog sekrang ini setelah hampir 3tahun berada didunia blog. kongsikan segala ilmu yang ayie ada berkaitan dengan Matematik dengan sahabat semua. korang nak tahu tidak kenapa ayie minat sangat subjek Matematik? nantikan kisah-kisah dan tips pasal subjek matematik daripada ayie.

nak rest-rest kejap petang sabtu ini disamping malin ini ada Program dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dekat Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jom penduduk sekitar Tanjong Malim kita pergi saksikan beramai-ramai. masuk free jer. hehe


September 11, 2012

seronok apa Sambut Hari Raya dekat Kolej

Assalamualikum w.b.t

membuak-buak nak menaip walaupun sekarang ini ayie akan mula busy dengan kuliah. Alhamdulilah sesi kuliah untuk tahun 3 ini telah bermula dan ayie bergelar "SENIOR" wey sebab "SUPER SENIOR" tengah berpraktikum sekarang. hehe 

sebenarnya nak cerita Sambutan Hari Raya 2012, Kolej Harun Amnurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris @ SaHaRa '12. aku dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Persembahan untuk SaHaRa '12. mula-mula rasa macam idak yakin sahaja sebb sebelum ini langsung tidak pernah pegang handle persembahan. Alhamdulilah ayie ad partner iaitu kak asiah. thank you kak asiah sebab banyak bantu ayie and beri maklumat pasal macam mana nak handle persembahan.

persembahan yang berlangsung pada SaHaRa '12 ialah persembahan silat, keroncong, gambus, nyanyian (duet) dan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim. agak cuka jugalah masa rehearsal sebab cuaca petang itu seperti tidak mengizinkan tetapi rehearsel untuk persembahan tetap berlangsung. 

pada malamnya pula berlangsunglah SaHaRa '12 dan alhamdulilah setiap persembahan yang dilangsung berjalan dengan lancar. Sangat berpuas hati dengan setiap persembahan yang dilakukan oleh peserta persembahan. Paling ayie suka sekali adalah gambus dan keroncong sebab sangat best alunan muzik yang mereka mainkan pada malam tersebut.

walau apa-apa pun yang penting 4 orang gadis ini sangat banyak membantu dalam melancarkan setiap persembahan pada malam tersebut. siapakah empat orang gadis tersebut, jom kita layan kejap gambar dekat bawah ini. hehe 

rexco media dan kesenian

layan kepala mereka bertiga boleh jadi poning gak

haha buat muka comel budak-budak ini

inilah lelaki yang yang menjaga mereka. hahaha


yang tudung putih tulah Kak Asiah. thank you Kak Asiah 

mereka yang suka berposing

buat muka comel pula mereka ini. kahkah

eh2, kenapa tu nak bercium pula nampak. kehkeh
sangat seronok dengan mereka berempat. serius memang tak terlayan lah kalau lepak dengan 3 orang gadis tersebut + Kak Asiah. haha penat den nak melayan depa. kenangan kot dengan mereka ini. 

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014