July 4, 2014

Surat Pengesahan Jangka Tamat pengajian

Petang ini relax sekejap daripada keja. Lepas jumaat tadi ada keje sikit, kerja design yang perlu disettlekan dan adalah sikit buat kerja-kerja kedai. Ayie agak seronok sedikit sebab dapat banyak belajar tentang perniagaan dan lari daripada opsyen sikit iaitu pendidikan. Berkata mengenai opsyen ini, alhamdulilah ayie dah selesai menamatkan pengajian sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Apabila sudah tamat belajar ini mulalah mencari pekerjaan sebelum posting dan ada juga member ayie yang tengah apply sambung master. Jadinya apabila ingin sambung master dan bekerja tetapi tidak konvo lagi, Wajib untuk lampirkan surat pengesahan jangka tamat pengajian yang menunjukkan telah tamat belajar. 

Disebabkan ayie sorang sahaja yang masih berada di Tg. Malim, jadinya ayie lah yang kena pergi canselori bahagian pengijazahan untuk mintak surat pengesahan jangka tamat pengajian. Nasiblah ada member dia ini yang baik hatikan, jadinya ayielah berulang alik proses surat diorang dan akhirnya dapat juga surat seperti dibawah ini.

Surat Pengesahan Jangka Tamat Pengajian

ini adalah contoh surat pengesahan jangkaan tamat pengajian. Penting terutama sesiapa yang ingin sambung master tetapi belum dapat transkrip ataupun scroll. Selain itu, kalau nak mohon pekerjaan pun penting juga, diorang mesti ingin tahu sama ada dah tamat belajar ke belum sebab ingin berikan gaji setimpal dengan kelayakan kita. 

Apa-apa pun Allah Yutfah Alaikum untuk member ayie yang bakal menyambung pengajian ke peringkat master dan bekerja sebagai guru ganti. Buatlah apa pun bagi mengisi masa lapang sebelum anda dipostingkan dan mendidik anak-anak bangsa kelak. Alhamdulilah, habis belajar masa itu ayie terus disunting oleh syarikat Idaman Sis Ent. (poyo disunting, padahal memang dah lama pun bos tunggu suh masuk kerja). hahaha 

Den nak sambung belajar juga tapi tunggu bulan dua tahun depanlah. InshaAllah. Mohon doanya. Bekerja seketika supaya dapat meringankan sedikit beban ayah dan umi. 

5 comments:

Nilam suhana said...

insyaAllah ada rezeki untuk ayie sambung master... tak susah pon nak apply... tambah-tambah kat UPSi... asalkan dokumen lengkap dan syarat cukup... hantar tepat pada masa... yang mencabar bila sudah berada dalam semester pengajian... perlu tabah untuk terus berjuang hingga titisan terakhir... :)

Scha Nazri said...

Ayie dah kerjaaa? Bila nak belanja aku ni? Soeul Garden Seremban jomm! :p

nur husna said...

singgah dan follow sini dari blog mialiana :)

Lya Akif Imtiyaz said...

All the best ayie...

Ismi Ana said...

^_^ dah abis study la ni? Cepat2 save duit dn boleh kawin sebelum gst. Hehe

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014