Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts

July 8, 2014

Doa Rabitah (Doa Ikatan Hati)

Pertama kali aku diperkenalkan dengan Doa Rabitah adalah masa aku menjadi salah seorang Jawatankuasa Mahasiswa Koleh (JMK), KHAR sidang 2012/2013 ataupun dikenali dengan nama Inspirasi. First time dengar itu aku macam blur-blurlah jugakan but bila sampai maksud Doa Rabitah itu. Alhamdulilah, aku memahami kenapa Doa Rabitah ini dibaca.

Hampir setiap lepas meeting dengan geng-geng Inspirasi kiteorang akan baca Doa Rabitah sebagai penutup meeting. Aku bukan seorang yang suka mendalaminya tapi bila tiap kali aku baca Doa Rabitah ini, aku akan teringat mereka. Bagaimana kami bergerak kerja untuk memberi sesuatu impak yang positif kepada warga kolej. Kisah perjalanan sepanjang menjadi Inspirasi juga memang tidak mudah dilupakan.

Ketawa, menangis, suka, bermasam muka dan kandag-kadang ada yang terluka itu sudah menjadi lumrah terutama dekat akulah sebab kadang-kadang rasa tertekan perlu menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain but lastly, aku rasa wow sebab hasil kerja aku diterima.

Yes, memang tidak aku nafikan aku akan rindukan membaca Doa Rabitah bersama dengan geng Inspirasi. Tq sebab menjadi salah satu keluarga kecil yang biasa-biasa tetapi sebenarnya sangat luar biasa. To my bestie in Inspirasi, Bila kita boleh baca Doa Rabitah lagi ramai-ramai?. 

Doa Rabitah: 
Ya Allah engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mandaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

~Versi Nasyid Doa Rabitah – UNIC~



Akan aku dambakan saat doa rabitah bersama mereka. Apa-apa pun all the best buat mereka sebab kebanyakan geng-geng Inspirasi telah menamatkan zaman degree di UPSI. semoga dipermudahkan urusan kita untuk posting kelak. InshaAllah. 

untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Doa Rabitah boleh tahu disini Kelebihan Doa Rabitah

July 7, 2014

Ramadhan Malaysia VS Gaza

Ramadhan Malaysia VS Gaza | Bersyukur | Lepas Solat tadi ingat nak blogwalking tapi mata memang tak tahap sangat dan terus terlelap. Ini sekarang tersedar pula dan kalau nak lelap memang agak lambat sikitlah jawabnya. Apa-apapun kena tidur juga sebab kejap lagi nak bangun sahur. Maklumlah pola tidur dah tak sama macam zaman belajar dahulu, kena ubah sebab lah ini sudah bekerja. hehe

Pagi-pagi ini terasa terpanggil pula nak berkongsi satu gambar ini. Ayie dapat daripada Page Muslim Show Ala Malaysian. Gambar yang dikongsi Oleh Page ini sangat DEEP maknanya. Setiap kali page ini pos gambar jiwa kadang boleh terusik dan tanpa diduga mungkin juga jiwa rasa seperti Ya Allah adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang ini. 

Jom kita hayati seketika gambar ini:


bersyukurlah dengan apa yang kita telah perolehi pada hari ini. Bagaimana pula dengan rakan-rakan kita di Gaza sana. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk duduk di negara yang aman dan damai. Alhamdulilah diberi peluang kesihatan untuk terus mengupdikan diri kepadaNYA.

Walaupun sekadar lukisa, kadang-kadang boleh merobik jiwa dan lemah ini supaya sentiasa perlu untaikan kata Alhamdulilah, Alhamdulilah dan Alhamdulilah. Apa-apa pon banyakkan berdoa buat mereka. Allah ko permudahkanlah urusan setiap hambanya. Sebelum ayie tutup, korang tahu tidak pasal Mission Dawah yang telah berlangsung di seluruh dunia ni. Esok kita cerita pasal itu pula yer.

Sumber Picture: Muslim Show Ala Malaysian

June 23, 2014

Tempahan Design Blog Dibuka

Berapa hari sahaja lagi hendak menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak dan sudah masuk tahun ketiga juga ayie tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dirumah bersama keluarga. Bukan langsung tak dapat nak melaksanakan ibadah puasa dekat rumah cuma sedikit waktu sahaja diperuntukkan berpuasa dirumah. Tahun ini berpuasa di bumi Tanjung Malim sebab ayie sudah start bekerja sebagai graphic designer dan pembantu kedai di Idaman Sis Ent.

Lupakan pasal bulan ramadhan seketika tetapi kita masuk pada agenda tajuk hari ini iaitu Tempahan Design Blog Dibuka. Habis sudah zaman degree dan sekarang alam pekerjaan dan bersyukur walaupun part time sebelum bergelar guru dapat juga mencari pekerjaan sesuai dengan minat dan hobi. Dengan masa yang terlapang ini juga, dapatlah ayie menerima tempahan design blog. 

Ayie buka tempahan untuk personal blog dan bisness blog. Sekiranya ada sesiapa yang ingin mengedit blog bagi cantik dan menepati selera anda, tetapi tidak berapa reti, bolehlah berhubung dengan ayie melalui FB atau EMAIL (cucuumie@gmail.com). Berkaitan dengan harga, Alhamdulilah InshaAllah semuanya mampu miliki blog yang simple dan cantik sesuai dengan citarasa dan selera tuan/puan. Ayie hanya membantu sahaja.

untuk maklumat lanjut boleh tengok bunting flask ini. Dengan rasminya Tempahan Design Blog Dibuka kepada tuan/puan blogger sekalian.

Maklumat lanjut: Click Here

Sesiapa yang perlukan khidmat ayie, just PM me ok. Sama-sama kita berblog dengan blog yang indah dan cantik supaya rasa nak sentiasa update sahaja dekat blog kita. Apa tunggu lagi, jomlah bermualamat dengan ayie dengan menempah design blog yang tuan/puan idamkan.

*Ready untuk menerima tempahan.
Jom like Page ZarinArt

July 12, 2013

Tarikh yang dinantikan 15 Julai

Assalamualaikum..

Ramadhan ketiga sudah sekanrang ini dan tahun ini merupakan tahun ke-4 ayie menyambut ramadhan jauh daripada family. First masa zaman matrik, second time dekt universiti, third di universiti sebagai JMK KHAR and fourth now dekt Masjid Tanah as a guru praktikal. Wow, puasa yng indah insyaAllah sebab setiap kali di perantauan banyak kenangan yang diciptakan.

Cakap pasal puasa di bulan Ramadhan sahaja Alhamdulilah rasa rindu dan bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang untuk bertemu bulan yang indah ini. Dalam bulan ini syaitan tidak ada tetapi nafsu yang memainkan peranan penting. Kena jaga pandangan, tingkah laku, percakapan dan sebagainya lagi-lagi 15 Julai ini akan bergelar guru paktikal di SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah.

Seronok memang tidak terkata tetapi kadang-kadang dalam benak hati terukir kata, Adakah aku mampu untuk berhadapan dengan students? Adakah ilmu didada sudah mencukupi untuk mendidik anak bangsa? Adakah diri sudah bersedia? dan macam-macam lagi persoalan yang timbul...

TETAPI

kena yakin dengan diri sendiri walaupun ayie bertubuh kecil dan orang akan hairan dan bertanya kembali kepada ayie, awak mampukah menjadi guru? tubuh kecil molek dan bla bla bla... yang ingin ayie kata, InsyaAllah saya mampu melakukan. Inilah percaturan Allah, sesungguhnya indah sungguh percaturan Allah itu. Mungkin ada hikmah kenapa ayie menjadi pendidik.

akan ayie buktikan, budak yang bertubuh kecil ini yang tinggi 160 cm and berat 53 kg mampu menjadi guru yang disegani dan mampu membentuk anak bangsa sama seperti sahabat-sahabat ayie yang lain juga. Walaupun perangai seperti budak-budak tetapi fikiran perlulah seiring dengan umur dan peredaran masa dan sentiasa tersemat di minda AZRIN adalah CIKGU.

*debar abak hang menunggu tanggal 15 Julai 2013.

July 29, 2011

2-3 hari sebelum menjelangnya ..

السلام عليكم

alhamdulilah lagi berapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak. bagi memeriahkan lagi suasana bulan ramadhan ini. jom kita hayati hadis-hadis dibawah ini satu persatu .incya-Allah bermanfaat untuk perkongsian bersama.

sebelum tibanya bulan raamdhan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra berkata:
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan,kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa,maka baginya silakan berpuasa.
(Shahih Muslim.1812)
waktunya bila kita berpuasa

Hadits riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari). 

(Shahih Muslim No.1795)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari.
(Shahih Muslim No.1808)
apabila ramadhan berlangsung

Hadits riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu.

(Shahih Muslim No.1793)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya".
(Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
alhamdulilah kita dapat lihat sendiri tentang indahnya ketika kita berada di bulan ramadhan. incya-ALlah kita gunakan segala kelebihan yang ada dalam bulan ramdhan ini untuk kita perbaiki diri kita kepada Allah. kepada Allahlah kita mohon keberkatan. incya-Allah juga ramadhan kali ini akan membawa seribu makna bulan orang yang beragama islam. amin44x. tetapkan niat sesungguhnya aku berpuasa adalah semata-mata kerana Allah.

July 22, 2011

segmen: puasa sudah dekat ni !!

السلام عليكم


alhamdulilah ayie curi sedikit mase yang terbusy ini untuk menjoinkan diri segmen ala-ala abg ben yang dianjurkan oleh kak mimi. apa korang memang dah kenal. kalo dah kenal alhamdulilah lah. korang nak join sekali pon boleh just ceritakan pasal apa yang berlaku pasal bulan ramdhan tahun lepas.

alhamdulilah kalo ikot kalender masihi lagi 9 hari untuk kita menyambut bulan ramadhan. kenapa lagi 9hari ? korang cuba i tgok kalender hijrah. hari nie berapa syabban yer? 20 syabban 1432 hijrah kan. so, gunakanlah bulan ramadhan yang mendatang ini dengan sebaik-baiknye. incya-Allah kita dapat menunaikannyer dengan jayanya.

bulan ramadhan yang terindah bagi ayie adalah last year. kenapa last year? sebab last year ayie first time berpuasa di universiti bukan hostel okay! seriuosly indah sangt ah sebab balik kuliah sahaja rase sudah mahu berbuka and then ada sekali kuliah tu kiteorang balik hampir-hampir mahu buka pose. gaga memang seronok ah sebab kalang kabut nak beli maknan.

seterusnya mase dekat U jugalah ayie tamak nak makan buah kurma. kenapa tamak sebab time tu seriously kenapa entah ayie minat giler dengan buah kurma. kalo beli sekilo tu rasenyer 2hari dah habis kot sebab lepas buka sambung lagi makan buah kurma tapi nasib baik tak silap ayie buak kurma time tu murah kot dalam rm15 sekilo. kalo tak silap ah.

ayie rase tahun lepas adalah tahun terakhir ayie berpuasa dekat universti. kenapakah begitu? sebabnya this year sudah semestinyer ayie akan berpuase dirumah and then ayie dah tengok juga schelude untuk jadual tahun ke-2 di UPSI. puasa dan raya juga untuk tahun 2012 adalah dirumah juga. so, seriously itu adalah moment terindah ayie pada bulan ramadhan (buat setakat inilah). hohoh
tapi mahu tanya korang? kalo time puasekan? apakah perkara yang akan korang lakukan. yang ayie pasti korang grenty tidokan lagi-lagi time tengah hari. gaga betol ker tidak? jangan nak berdalih. korang bagitahu naty ayie bagthu jawapannyer. gaga
mood: dapat job untuk siapkan ABM untuk budak-budak sekolah darjah satu. pening jugakan buat ABM.gaga tapi enjoy juga.

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014