Showing posts with label perkara yang disukai Allah. Show all posts
Showing posts with label perkara yang disukai Allah. Show all posts

July 3, 2014

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri

5 ramadhan dah hari ini dan inshaAllah hari ini juga Rania aka Felixia Yeap akan mengucap syahadah (klik sini). Cuma terkilan sedikit sebab tidak ada liputan media berkaitan dengan pengislaman Rania. Tapi apa-apa pun ayie respect dengan Rania sebb nak bagi adil dan tidak ada pihak media yang terasa kalau tidak dapat buat liputan pula. apa-apapun Welcome Srikandi Islam.

Tidak mahu basa basi lagi ayie cuma nak bagitahu berkaitan dengan Kadar Bayran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri. Sila perhatikan betul-betul ya sebab mana tahu dah boleh prepare duit untuk bayar zakat tahun ini. hehe 

Kadar Byaran Zakat Fitrah 2014 Setia Negeri

Sebelum itu jom layan cerita ini kejap. Penting!!!

Masa ayie ikut kursus kawin tahun inilah area bulan 3 macam gitu, masa dengar ceramah itu ustaz ada tanya, umur kamu ini kira lingkungan pelajar siapa yang byarkan zakat. Kamu yang bayar zakat sendiri ataupun masih mak ayah yang bayarkan zakat?

Masing-masing cakap mak ayah yang bayarkan zakat dan ustaz bagitahu balik, kamu sepatutnya malu dengan diri sendiri. Seumur kamu ini sepatutunya yang bayar zakat adalah kamu sendiri sebab kamu dah baligh dan boleh berfikir. Bukan mak ayah lagi yang perlu bayar zakat. Agak tersentap jugalah juga dengan kata-kata ustaz itu dan InshaAllah tahun ini ayie akan bermula membayar zakat sendiri sebab dah bekerja walaupun biasa-biasa sahaja. Lagipun baru sahaja menamatkan zaman degree.

So, sekarang kita boleh berfikir kan? dah baligh dah tapi mak ayah masih bayarkan zakat kita, apakata kita ambik iniseatif sendiri dan bayar zakat sendiri. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Jom sama-sama kita bayar zakat. ayiekan dah lampirkan juga Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 setiap negeri. Jadi jangan mengelak nak pergi negeri lain yang murah pula ya. hehe 

Salam 5 Ramadhan.

July 2, 2014

#WordlessWednesday (Rania nama Islam Felixia Yeap)


Alhamdulilah, esok 5 ramadhan 1435H bersamaan dengan 3 Julai 2014 adalah hari bersejarah dalam islam dimana bakal tambah lagi seorang muslimah yang bakal menggunakan nama Rania (Felixia Yeap). Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki.

Den berdebar-debar ini nak tahu nama sebenar Felixia Yeap sebb beliau ada mengatakan bakal menggunakan dua nama dan salah satu namanya ialah Rania. Nama yang indah dan tanpa diduga nama itu diperolehi ketika sedang tidur. 

Ayie doakan semoganya semuanya berjalan lancar. request somethinglah? Ada tidak live felixia yeap (Rania) mengucap dua kalimah syahadah? hehehe 
Maksud nama Rania:
"Pemimpin Raja Yang Mempersona"

July 22, 2011

dua titisan dan dua kesan yang disukai Allah.

السلام عليكم

bertemu lagi dipagi jumaat yang indah dan berakah nie. alhamdulilah tidak berapa lagi kita akan menghadapi bulan ramadhankan. pasti bulan ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu kerana pada bulan ini, incya-Allah mari kita gunakan kelebihan bulan ini untuk kebaikan bersama. pagi ini ayie nak sampaikan sesuatu lah. sudah lama tidak meyampai sesuatu.

ayie dapat ayat ini daripada group di facebook and banyak yang boleh kita ambil pengajaran daripada hadis yang ayie akan sampaikan ini. hadis ini adalah berkaitan dengan dua titisan dan dua kesan yang disukai oleh Allah. bolehllah kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. jom kita hayati hadi dekat bawah nie ye.

“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

mungkin kita boleh mengambil kebaikan daripada hadis tersebut yang berkaitan dengan titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT. kebanyakan kita sekarangkan banyak menghabiskan air mata untuk meratapi sesuatu yg tidak berfaedah. apa kata kita ratapi dosa kita dan takut akan Allah SWT. bukankan itu lagi indah.
dalam kita cuba untuk melakukan kebaikan. pasti kita akan sering diberikan dugaan oleh Allah SWT tetapi jgn pernah mengeluh mahupon berputus asa yang penting perlu istiqomah dalam menjalankan ibadah tersebut. incya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah. 

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014