Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

July 29, 2011

2-3 hari sebelum menjelangnya ..

السلام عليكم

alhamdulilah lagi berapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak. bagi memeriahkan lagi suasana bulan ramadhan ini. jom kita hayati hadis-hadis dibawah ini satu persatu .incya-Allah bermanfaat untuk perkongsian bersama.

sebelum tibanya bulan raamdhan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra berkata:
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan,kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa,maka baginya silakan berpuasa.
(Shahih Muslim.1812)
waktunya bila kita berpuasa

Hadits riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari). 

(Shahih Muslim No.1795)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari.
(Shahih Muslim No.1808)
apabila ramadhan berlangsung

Hadits riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu.

(Shahih Muslim No.1793)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya".
(Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
alhamdulilah kita dapat lihat sendiri tentang indahnya ketika kita berada di bulan ramadhan. incya-ALlah kita gunakan segala kelebihan yang ada dalam bulan ramdhan ini untuk kita perbaiki diri kita kepada Allah. kepada Allahlah kita mohon keberkatan. incya-Allah juga ramadhan kali ini akan membawa seribu makna bulan orang yang beragama islam. amin44x. tetapkan niat sesungguhnya aku berpuasa adalah semata-mata kerana Allah.

July 22, 2011

dua titisan dan dua kesan yang disukai Allah.

السلام عليكم

bertemu lagi dipagi jumaat yang indah dan berakah nie. alhamdulilah tidak berapa lagi kita akan menghadapi bulan ramadhankan. pasti bulan ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu kerana pada bulan ini, incya-Allah mari kita gunakan kelebihan bulan ini untuk kebaikan bersama. pagi ini ayie nak sampaikan sesuatu lah. sudah lama tidak meyampai sesuatu.

ayie dapat ayat ini daripada group di facebook and banyak yang boleh kita ambil pengajaran daripada hadis yang ayie akan sampaikan ini. hadis ini adalah berkaitan dengan dua titisan dan dua kesan yang disukai oleh Allah. bolehllah kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. jom kita hayati hadi dekat bawah nie ye.

“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

mungkin kita boleh mengambil kebaikan daripada hadis tersebut yang berkaitan dengan titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT. kebanyakan kita sekarangkan banyak menghabiskan air mata untuk meratapi sesuatu yg tidak berfaedah. apa kata kita ratapi dosa kita dan takut akan Allah SWT. bukankan itu lagi indah.
dalam kita cuba untuk melakukan kebaikan. pasti kita akan sering diberikan dugaan oleh Allah SWT tetapi jgn pernah mengeluh mahupon berputus asa yang penting perlu istiqomah dalam menjalankan ibadah tersebut. incya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah. 

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014