Assalamualaikum..
Ramadhan ketiga sudah sekanrang ini dan tahun ini merupakan tahun ke-4 ayie menyambut ramadhan jauh daripada family. First masa zaman matrik, second time dekt universiti, third di universiti sebagai JMK KHAR and fourth now dekt Masjid Tanah as a guru praktikal. Wow, puasa yng indah insyaAllah sebab setiap kali di perantauan banyak kenangan yang diciptakan.
Cakap pasal puasa di bulan Ramadhan sahaja Alhamdulilah rasa rindu dan bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang untuk bertemu bulan yang indah ini. Dalam bulan ini syaitan tidak ada tetapi nafsu yang memainkan peranan penting. Kena jaga pandangan, tingkah laku, percakapan dan sebagainya lagi-lagi 15 Julai ini akan bergelar guru paktikal di SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah.
Seronok memang tidak terkata tetapi kadang-kadang dalam benak hati terukir kata, Adakah aku mampu untuk berhadapan dengan students? Adakah ilmu didada sudah mencukupi untuk mendidik anak bangsa? Adakah diri sudah bersedia? dan macam-macam lagi persoalan yang timbul...
TETAPI
kena yakin dengan diri sendiri walaupun ayie bertubuh kecil dan orang akan hairan dan bertanya kembali kepada ayie, awak mampukah menjadi guru? tubuh kecil molek dan bla bla bla... yang ingin ayie kata, InsyaAllah saya mampu melakukan. Inilah percaturan Allah, sesungguhnya indah sungguh percaturan Allah itu. Mungkin ada hikmah kenapa ayie menjadi pendidik.
akan ayie buktikan, budak yang bertubuh kecil ini yang tinggi 160 cm and berat 53 kg mampu menjadi guru yang disegani dan mampu membentuk anak bangsa sama seperti sahabat-sahabat ayie yang lain juga. Walaupun perangai seperti budak-budak tetapi fikiran perlulah seiring dengan umur dan peredaran masa dan sentiasa tersemat di minda AZRIN adalah CIKGU.
*debar abak hang menunggu tanggal 15 Julai 2013.
4 comments:
tape dik, bersabar k :)
salam ramadhan al-mubarak :D
all the best
ramai je yg lagi kecik jd cikgu...
ayie berat 3 kilo dari anep laa. hehe
good luck k!
Post a Comment