Showing posts with label JMKHAR1213. Show all posts
Showing posts with label JMKHAR1213. Show all posts

July 8, 2014

Doa Rabitah (Doa Ikatan Hati)

Pertama kali aku diperkenalkan dengan Doa Rabitah adalah masa aku menjadi salah seorang Jawatankuasa Mahasiswa Koleh (JMK), KHAR sidang 2012/2013 ataupun dikenali dengan nama Inspirasi. First time dengar itu aku macam blur-blurlah jugakan but bila sampai maksud Doa Rabitah itu. Alhamdulilah, aku memahami kenapa Doa Rabitah ini dibaca.

Hampir setiap lepas meeting dengan geng-geng Inspirasi kiteorang akan baca Doa Rabitah sebagai penutup meeting. Aku bukan seorang yang suka mendalaminya tapi bila tiap kali aku baca Doa Rabitah ini, aku akan teringat mereka. Bagaimana kami bergerak kerja untuk memberi sesuatu impak yang positif kepada warga kolej. Kisah perjalanan sepanjang menjadi Inspirasi juga memang tidak mudah dilupakan.

Ketawa, menangis, suka, bermasam muka dan kandag-kadang ada yang terluka itu sudah menjadi lumrah terutama dekat akulah sebab kadang-kadang rasa tertekan perlu menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain but lastly, aku rasa wow sebab hasil kerja aku diterima.

Yes, memang tidak aku nafikan aku akan rindukan membaca Doa Rabitah bersama dengan geng Inspirasi. Tq sebab menjadi salah satu keluarga kecil yang biasa-biasa tetapi sebenarnya sangat luar biasa. To my bestie in Inspirasi, Bila kita boleh baca Doa Rabitah lagi ramai-ramai?. 

Doa Rabitah: 
Ya Allah engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mandaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

~Versi Nasyid Doa Rabitah – UNIC~



Akan aku dambakan saat doa rabitah bersama mereka. Apa-apa pun all the best buat mereka sebab kebanyakan geng-geng Inspirasi telah menamatkan zaman degree di UPSI. semoga dipermudahkan urusan kita untuk posting kelak. InshaAllah. 

untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Doa Rabitah boleh tahu disini Kelebihan Doa Rabitah

July 12, 2013

Tarikh yang dinantikan 15 Julai

Assalamualaikum..

Ramadhan ketiga sudah sekanrang ini dan tahun ini merupakan tahun ke-4 ayie menyambut ramadhan jauh daripada family. First masa zaman matrik, second time dekt universiti, third di universiti sebagai JMK KHAR and fourth now dekt Masjid Tanah as a guru praktikal. Wow, puasa yng indah insyaAllah sebab setiap kali di perantauan banyak kenangan yang diciptakan.

Cakap pasal puasa di bulan Ramadhan sahaja Alhamdulilah rasa rindu dan bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang untuk bertemu bulan yang indah ini. Dalam bulan ini syaitan tidak ada tetapi nafsu yang memainkan peranan penting. Kena jaga pandangan, tingkah laku, percakapan dan sebagainya lagi-lagi 15 Julai ini akan bergelar guru paktikal di SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah.

Seronok memang tidak terkata tetapi kadang-kadang dalam benak hati terukir kata, Adakah aku mampu untuk berhadapan dengan students? Adakah ilmu didada sudah mencukupi untuk mendidik anak bangsa? Adakah diri sudah bersedia? dan macam-macam lagi persoalan yang timbul...

TETAPI

kena yakin dengan diri sendiri walaupun ayie bertubuh kecil dan orang akan hairan dan bertanya kembali kepada ayie, awak mampukah menjadi guru? tubuh kecil molek dan bla bla bla... yang ingin ayie kata, InsyaAllah saya mampu melakukan. Inilah percaturan Allah, sesungguhnya indah sungguh percaturan Allah itu. Mungkin ada hikmah kenapa ayie menjadi pendidik.

akan ayie buktikan, budak yang bertubuh kecil ini yang tinggi 160 cm and berat 53 kg mampu menjadi guru yang disegani dan mampu membentuk anak bangsa sama seperti sahabat-sahabat ayie yang lain juga. Walaupun perangai seperti budak-budak tetapi fikiran perlulah seiring dengan umur dan peredaran masa dan sentiasa tersemat di minda AZRIN adalah CIKGU.

*debar abak hang menunggu tanggal 15 Julai 2013.

January 6, 2013

Azrin Rahim ada kembar?

Assalamualikum

indahnya hari ahad ini sebab esok last paper iaitu Theory of Statistic and Probability. haishh ayie ini berapa kali nak dok cerita pasal exam sahajakan. grenty sampai korang semua muak sebab asik dok baca pasal exam sahaja bila bukak post ayie. 

tidak ada apa pun ayie nak cerita cuma nak cakap yang ayie ada kembar. semalam member #JMKHAR1213 ada post dekat ayie dan cakap ini kembar ayie. apa korang idak percaya, mai sat tengok tweet dia. hehe


korang nampak tidak apa yang kawan ayie tweet dekat ayie tu. dia bagi gambar kawan dia yang sejibik jugalah macam ayie. apa-apa pun maaf una post gambar dia kt blog ayie, teruja jer lagipun bila tunjuk gambar kawan ini, member cakap kembar ayie ker. hehe

sekarang korang tengok muka kawan husna ini betul-betul and then compare dengan gambar ayie dekat bawah. hehe kami serupa ker tidak?

kawan husna yang pakai spek tu

it's me

so, kiteroang sama ker tidak? konklusinya boleh lah dikatakan kembarkan. indah ok ciptaan Allah sebab dekat dunia ini akan 7 orang yg muka mereka seiras. walaupun realitinya bukan kembar boleh lah kami dikatakan kembar, lain ayah and ibu. haha still sedara seislam. 

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014