March 13, 2013

Gadget Pilihan Hati

Assalamualikum
Impian diri ingin mengumpul gadget sebanyak mungkin sebelum menjejakkan kaki ke sekolah sebagai guru paktikal pada bulan 6 nanti. InsyaAllah. Kenapa nak ada macam-macam gadget sebelum sampai ke sekolah nanti sebab untuk kesenangan diri sendiri tetapi yang penting KEPUASAN DIRI SENDIRI

2 minggu lepas terdetik dalam diri nak memiliki handphone android setelah dua tahun memakai Blacberry Bold dan berfikir nak try pakai samsung. setelah survey punya survey akhirnya terdetik dalam hati nak pakai samsung galaxy S2 tetapi tengok market samsung galaxy S2 dah xad dekat market sebab dah keluar samsung galaxy S3.

gigihkan diri juga sebab nak samsung galaxy S2 dah akhirnya jumpa buyer yang jual samsung galaxy S2 secara online. Duit dah ada dalam tangan tinggal nak call buyer itu untuk deal harga dan tiba-tiba rasa macam nak survey handphone dekat pekan tanjung malim pula.

Time pergi ini ajaklah seorang member teman pergi beli phone, sampai sahaja kedai yang memang ayie dah aim terus terjah kedai tu dan survey-survey harga dan tup-tup member ayie ini suh try ayie pakai xperia pula. Tauke kedai tu pun support gak phone xperia tu dan lebih ok daripada samsung galaxy S2.

Dengan rasa bahagianya melayang duit ayie rm xxxx.xx dekat kedai phone dan now ayie sangat satistified dengan fuction yang ada dalam phone tersebut. Bahagia gila dengan phone yang ayie ada sekarang serta gadget-gadget yang ada dalam collection ayie now.

So, now masih ada dua misi yang perlu diselesaikan sebelum tamat semester 8 di UPSI. Nak tahu phone apa yang ayie jum layan jap gambar dari en google ini. 

phone ayie berwarna pink.
Sony Xperia Acro S

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014