November 22, 2013

Pengalaman itu penting

Assalamualikum w.b.t

dua hari berada di alam pekerjaan walaupun sebenarnya sebelum ini dah merasa kerja. Hahaha saja tetap nak cerita juga. Best ke bekerja ini dan Alhamdulilah sgt seronok ok dan rasa lebih yakin dengan apa yang akan bakal dihadapi pada masa akan datang.

Kenapa nak kerja jauh daripada family sebab aku dah selesa dgn tawaran kerja yang diberikan dan gaji alhamdulilah aku terima tapi xadlh over 1000 per month ok. Cukuplah setakat makan. Selain itu, xad ker kerja yang dekat dengan rumah? ada shje cuma aku shje yg malas sebb xmint dan one more thing nak merasa hidup berdikara. Cewahh ayat nak poyo kan ~~~

yes aku kerja dekat kedai idaman sis ent. Aku sebgai grafik designer merangkap pembantu kedai. hahaha Selain itu aku kerja mengadap laptop dari pkul 10am until 8pm untuk settlekan kerja design selain daripada pening mencari fonts untuk baju yang enth2 apa-apa diminta oleh client.

kerja rilek tapi bila ada kerja perghhhh memang x menang tangan kne settlekn semua awal terutama kalau banner, bunting dan design baju. Setiap hasil yang aku hasilkan aku menghunakan AI sepenuhnya dan memang kena mcm gitu pun. Semakin lama aku semakin dapat meningktkan skill AI ak. Seronok abaq hang.

kalau ada rasa nak tempah baju dgn hamba pon boleh. Antara hasil design baju yang telah hamba settlekan adalah seperti berikut:

kerja semalam yang telah disettlekan. Ada banyak design melibatkan baju dan aku tunjukkan contoh design yang aku buat semalam.

kena design doodle untuk baju. leceh ok design doodle dan letak dekat baju sebab secara asasnya orang bg dalam AI tpy ayie kena trace balik one by one supaya dalam AI supaya senang nak printing. Printing baju kalau gamba mostly kena bagi dalam bentuk AI supaya senang nak buat blok.

yang ini pula keychain. Ayie kena design untuk seorang sebab dia nak bagi cenderahati seperti yang tertera diatas tu yer. saya hanya menjalankan kerja sahaja ok.

Alhamdulilah, berada dalam dunia design ini sangat seronok sebab banyak benda ayie belajar. Faham perasaan orang. gelagat orang dan yang paling penting sabar dalam setiap apa kerenah pelanggan sebab pelanggan always right but sometimes customers must respect owner gak. yuhuu

apa-apa pun selesai celoteh hari ini. InsyaAllah nanti ayie celoteh lagi mengenai pekerjaan ayie dan update yang last setiap design ayie. Kalau nak order boleh sahaja. PM ok. hehehe


November 15, 2013

TEMPAHAN KINI DIBUKA KEMBALI !!!

Assalamualaikum..

tempahan design kini dibuka dan alhamdulilah ayie juga menyediakan tempahan untuk design blog, banner, bunting, button badge, design baju dan so on. selain itu, kalau nak tempah dalam kuantiti yang banyak pun boleh sebab ayie memang sedang menjalankan bisnes online. ayie akan update dari semasa ke semasa mengenai aktiviti dan perniagaan ayie.

tempahan yang dibuat boleh melalui COD mahupun melalui pos. harga boleh runding mcm biasa. kalau nak ayie buat design shje pon boleh tidak ad masalah dan tempah dekat kedai yang berhampiran dengan anda. 

nak tengok hasil kerja ayie, insyaAllah ayie akan update dari semasa ke semasa. NANTIKAN. selain itu boleh lihat hasil kerja ayie di instagram juga. sebab ayie akan update dekat instagram kalau tidak di blog. tapi biasanya ayie akan update hasil kerja ayie di page ayie sendiri iaitu ZarinArt.

sebarang tempahan boleh dibuat melalui talian ini:

Whatsapp : 019-3008731
Facebook : Azrin Rahim
Email : cucuumie@gmail.com
Page : ZarinArt

November 4, 2013

sekolah part #2

Assalamualaikum...

minggu terakhir aku berada di SMK Sultan Alauddin. tempat dimana aku berpraktikal selama 4 bulan. banyak benda yang aku pelajari sehinggakan aku terfikir, Ya Allah sangat beruntung mereka yang berada di bangku sekolah. kalau diberi peluang dan ruang ingin sekali aku berada disekolah menghabiskan masa remaja aku dengan sebaik-baiknya.

tapi masa pantas berlalu tetapi Allah beri aku peluang untuk menjadi guru dan aku rasa sangat bersyukur Alhamdulilah walaupun aku hanya guru praktikal sahaja. aku belajar ap itu erti sebenar guru, cara mengajar dan memahami setiap kerenah pelajar dari kelas pandai sehinggalah lemah sebab aku dapat merasai 4 kelas. kelas 4ST1, 2A dan dua lagi kelas pemulihan matematik 3E. 

masa berlalu dengan pantas dan aku rasakan sesuatu, niat utama masuk ingin melihat mereka berjaya tetapi apabila 2 minggu berlalu aku ubah niat aku kepada ingin mereka memahami setiap ilmu yang aku sampaikan dan kejayaan itu pasti akan susul kemudian. Yang pasti setiap ilmu yang disampaikan hendaklah mereka fahami, bukan hanya ingin kejar silibus dan abiskan awal dan pelajar terbiar begitu sahaja.

dan Alhamdulilah keputusan peperiksaan sudah pun keluar dan aku sendiri yang semak keputusan mereka. apa yang aku boleh katakan syukur Alhamdulilah. setiap dari mereka keputusan meningkat naik walaupun ada yang naik sikit tapi aku berbangga. nikmat yang sangat aku xdapat dimana-mana apabila masa aku tanda kertas mereka, mereka dapat buat apa yang soalan inginkan dan ada perubahan dari semasa ke semasa.

aku rasa TERIMA KASIH ya ALLAH kerana kau berikan aku anak murid seperti mereka dan terima kasih kepada GURU PEBIMBING aku yang rajin mendengar telatah dan kerenah aku yang suka sangat bertanya. 

4 Sains Teknologi 1 (Fizik)

2 Arif (Matematik)

3Elit (Kelas Pemulihan Matematik)
Terima Kasih kerana tidak pernah jemu dan menerima Sir seadanya. Terima Kasih atas ilmu yang kamu berikan kepada Sir. Sama-sama belajar dan perbaiki diri untuk kebaikan masa hadapan. Allah Yutfah buat kalian. love you all so much.

September 2, 2013

sekolah part #1

Assalamualikum w.b.t

tugas hakiki menjadi seorang guru paktikal macam biasa kena bangun awallahkan pergi sekolah sebab kena jaga reputasi tapi kalo dekat uni selagi jam x pkul 8.00 am memang tak bangunlahkan. solat subuh tetap solat ye dan lepas subuh sambung tidur balik sebab malam dah stay up siapkan assigment padahal lepak dengan kawan-kawan. hahaha

alhamdulilah sudah masuk minggu ke-7 bergelar guru paktikal (minggu ke-7 baru nak update blog). haha maaf busy sikit sebab permulaan itu rasa kekoklah sebab diberi tugas mengajar kelas 2 Arif dan 4 sains tulen 1. Alhamdulilah kelas tidak ada masalah cuma kalau form 2 kena jadi garang ah sebab diorang dalam proses nak remaja jadi perangai malas dan rasa macam dewasa menguasai diri jadi memang kena jadi garang.

form 4 pula memang tak ada masalah sebab dah macam kawan dengan diorang cuma adakalanya kena bertegas dengan diorang supaya mereka tidak lemak dan malas nak faham tentang subjek physics. Yes, dekat sekolah SMK SULTAN ALAUDDIN, aku diberi tanggungjawab mengajar subjek matematik dan fizik.

selain itu, aku diberi tugas untuk mengajar form 3 kelas pemulihan. alhamdulilah sangat bertuah sebab walaupun kelas hujung tapi minat belajar diorang tinggi. aku menolong sekadar yang mampu supaya mereka berjaya seperti rakan-rakan yang lain. walaupun kelas pemulihan ini happening sebab semua lelaki, bagi aku tidak ada masalah sebab semua sempoi.

rasa susah menjadi guru pada mulanya tetapi lama-lama aku memang sudah jatuh cinta dengan mengajar sebab ingin melihat mereka terus berjaya dan berjaya cuba ada part dalam pendidikan yang mungkin tidak aku berapa suka. but itu masih boleh diperbaiki.

overall, alhamdulilah aku gembira bersama mereka. students yang superb aku perolehi. layan kepala mereka kadang-kadang boleh mereng dan masuk air juga. ada kisah cintalah yang aku dengar dan macan-macam lagi tapi itulah reality kehidupan student sekolah tak pernah lari daripada kisah cinta monyet.

aku tinggalkan dengan beberapa keping gambar semasa jamuan raya dengan student 3 elit.

cikgu dengan murid nak dekat sama sahaja.

farez yang malas datang kelas tambahan.

fizi oh fizi.
kelas 3 Elit ini majoriti adalah lelaki semua but kelas diorang memang sempoi abis ah.

July 12, 2013

Tarikh yang dinantikan 15 Julai

Assalamualaikum..

Ramadhan ketiga sudah sekanrang ini dan tahun ini merupakan tahun ke-4 ayie menyambut ramadhan jauh daripada family. First masa zaman matrik, second time dekt universiti, third di universiti sebagai JMK KHAR and fourth now dekt Masjid Tanah as a guru praktikal. Wow, puasa yng indah insyaAllah sebab setiap kali di perantauan banyak kenangan yang diciptakan.

Cakap pasal puasa di bulan Ramadhan sahaja Alhamdulilah rasa rindu dan bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang untuk bertemu bulan yang indah ini. Dalam bulan ini syaitan tidak ada tetapi nafsu yang memainkan peranan penting. Kena jaga pandangan, tingkah laku, percakapan dan sebagainya lagi-lagi 15 Julai ini akan bergelar guru paktikal di SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah.

Seronok memang tidak terkata tetapi kadang-kadang dalam benak hati terukir kata, Adakah aku mampu untuk berhadapan dengan students? Adakah ilmu didada sudah mencukupi untuk mendidik anak bangsa? Adakah diri sudah bersedia? dan macam-macam lagi persoalan yang timbul...

TETAPI

kena yakin dengan diri sendiri walaupun ayie bertubuh kecil dan orang akan hairan dan bertanya kembali kepada ayie, awak mampukah menjadi guru? tubuh kecil molek dan bla bla bla... yang ingin ayie kata, InsyaAllah saya mampu melakukan. Inilah percaturan Allah, sesungguhnya indah sungguh percaturan Allah itu. Mungkin ada hikmah kenapa ayie menjadi pendidik.

akan ayie buktikan, budak yang bertubuh kecil ini yang tinggi 160 cm and berat 53 kg mampu menjadi guru yang disegani dan mampu membentuk anak bangsa sama seperti sahabat-sahabat ayie yang lain juga. Walaupun perangai seperti budak-budak tetapi fikiran perlulah seiring dengan umur dan peredaran masa dan sentiasa tersemat di minda AZRIN adalah CIKGU.

*debar abak hang menunggu tanggal 15 Julai 2013.

June 17, 2013

Design blog kak ayu & kak efa

assalamualikum

Alhamdulilah, settle untuk 2 tempahan blog, agk lama juga pending sebab ayie busy dengan FYP dan examination untuk semester 6 ni. kalau nak design ini kadang-kadang perlu mood kalau tidak kelaut lah engkau. haha (ayat poyo).

seharian lebih mengadap blog dan akhirnya settle juga dua blog ini, and thank you to kak efa dan kak ayu sebab memberi kepercayaan kepada ayie untuk design full templete blog kak berdua. seronok apabila mereka berpuas hati dengan hasil kerja ayie, Alhamdulilah.

1.Kak Efa (Full template)


2. Kak Ayu (Full templete)


sekarang tempahan untuk blog ayie buka kembali sebab alhamdulilah free seketika disamping paktikal mengajar bulan 7 nanti, jadi ada masa untuk mendesign blog orang. hehe sapa-sapa nak tempah boleh pergi link ini dan lihatlah syarat-syaratnya.

TEMPAH DESIGN

sekarang masa untuk siapkan majalah kolej pulak, nantikan hasilnya sebab ayie kena design untuk dua sidang. huhu, keep watching and waiting my new design. yeayyy ok bye masa untuk rehat 

June 14, 2013

Mee Udang Mak Jah: Kuala Spetang

Assalamualikum

perjalanan yang memenantkan semalam sebab seharian drive daripada Tanjong Malim > Taiping > Kuala Spetang > Tanjong Malim. Perjalanan yang mengambil masa 12 jam pergi dan balik dan seriously sangat seronok. terima kasih makcik sebab ajak saya suh teman pergi ke Taiping semalam dan dapat makan dekat Mee Udang Mak Jah buat kali ke-3. 

sape nak tengok Mee Udang Mak Jah ini. cuba tengok picture dekat bawah ini tapi jangan terliuh plak ok, memang terbaik ah.

Mee Udang Mak Jah, RM 8.00 (biasa)

gambar dekat atas tu lepas ayie dah makan suku, baru teringat nak ambik gambar. haha nampaklah mcm kurang menarik tapi abaikan yang penting rasa Mee Udang Mak Jah ini memang terbaik ah dan berbaloi. banyak udang pulak tukan. haha tpi orang tu xmakan udang, jadi dia makan nasi goreng kampung sahaja. 

perjalanan semalam berbaloi sebab dapat makan Mee Udang Mak Jah sambil pusing-pusing Taiping, walaupun kali kedua berada di bumi Taiping, aku rasa mcm dah tahu jalan semua dekat Taiping tu dan Alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh Allah untuk urusan semalam. (poyo kejap ayat)

siapa-siapa yang belum merasa lagi Mee Udang Mak Jah Kuala Spetang ini memang rugilah dan bila dah jalan ke Utara tu apakata singgah seketik dekat Kuala Spetang untuk merasakan keenakan dan nikmat Mee Udang Mak Jah ini. hehe kira berbaloi kalau korang semua jalan jauh-jauh dan berehat dengan makan Mee Udang dekat gerai Mak Jah.

harga dekat kedai Mak Jah ini boleh tahan murah juga sebab semalam makan lima orang just RM 37.50. korang tak percaya layan gambar resit dekat bawah ini. yuhuu

sudah percaya !!

apa tunggu lagi, jom kita pergi ke kedai Mak Jah dekat Kuala Spetang. arghh mengidam nak makan Mee Udang Mak Jah lagi.

May 2, 2013

kenangan satu sidang insyaAllah sangat indah

Assalamualaikum W.B.T

satu sidang berada didalam dunia JMK KHAR 12/13, ya Allah banyak sungguh pengalaman yang aku perolehi dengan diri aku memegang title sebagai Exco Penerbitan dan Informasi. bila mendengar sahaja pasal PDI, orang akan lihat budak ini kerja paling banyak dibelakang tabir dan seriusly memang begitu. sepanjang sidang juga tidak pasti berapa kali ayie memgang jawatan sebagai unit media dan publisti.

ayie tidak keseorangan but ada partner yang memang hebat dalam bab design ini sebab an memang budak design but me hanya budak matematik yang tahu kira-kira but berbekalkan ilmu yg sedikit bolehlh untuk design mendesign ini. 

rasa indah dalam dunia JMK sebab kadang-kadang boleh rasa gembira, duka, menangis (ayie pernah nangis dok). haha but itu lumrah dalam kehidupan bila bersama mereka dan especially nak ucap TQ so much dekat my family sebab faham anak sulung dia ini kenapa tak balik rumah bukan sebab belajar dekat overseas tapy sebab nak tunaikan amanah yg telah dipertanggunjawabkan.

nak say TQ juga dekat my bestie yang sentiasa faham akan kedudukan ayie iaitu ijat, rahimi, faiz dan a few people. TQ so much sebab kadag-kadnag dalam satu group tu ayie terlari dari landasan korang tolong betolkan balik dan ingatkan akan setiap assigment yg ayie tertangguh. hehe walaupun kandang-kadang busy ayie pun masih sempat ingtkan korang bt assigment (cehh ayat puji diri sendiri).

kalau nak cerita dekat sini rasanya perlukan berapa ratus siri ye. hehe tapi apa-apapun kenangan terindah berada di UPSI adalah bersama keluarga JMK KHAR 12/13 dan NEVER say good bye to JMK KHAR 1213 sebab banyak sangat moment terindah. tugas seterusnya adalah mengajar adik-adik yang bakal baik dengan sebaik mungkin.
"tidak akan aku tinggalkan mereka terkontang-kanting tanpa ilmu secebis dalam diri mereka"
*lepas ini boleh update blog sentiasa, insyaAllah dan boleh design-design blog orang lagi. yeayy 

March 13, 2013

Gadget Pilihan Hati

Assalamualikum
Impian diri ingin mengumpul gadget sebanyak mungkin sebelum menjejakkan kaki ke sekolah sebagai guru paktikal pada bulan 6 nanti. InsyaAllah. Kenapa nak ada macam-macam gadget sebelum sampai ke sekolah nanti sebab untuk kesenangan diri sendiri tetapi yang penting KEPUASAN DIRI SENDIRI

2 minggu lepas terdetik dalam diri nak memiliki handphone android setelah dua tahun memakai Blacberry Bold dan berfikir nak try pakai samsung. setelah survey punya survey akhirnya terdetik dalam hati nak pakai samsung galaxy S2 tetapi tengok market samsung galaxy S2 dah xad dekat market sebab dah keluar samsung galaxy S3.

gigihkan diri juga sebab nak samsung galaxy S2 dah akhirnya jumpa buyer yang jual samsung galaxy S2 secara online. Duit dah ada dalam tangan tinggal nak call buyer itu untuk deal harga dan tiba-tiba rasa macam nak survey handphone dekat pekan tanjung malim pula.

Time pergi ini ajaklah seorang member teman pergi beli phone, sampai sahaja kedai yang memang ayie dah aim terus terjah kedai tu dan survey-survey harga dan tup-tup member ayie ini suh try ayie pakai xperia pula. Tauke kedai tu pun support gak phone xperia tu dan lebih ok daripada samsung galaxy S2.

Dengan rasa bahagianya melayang duit ayie rm xxxx.xx dekat kedai phone dan now ayie sangat satistified dengan fuction yang ada dalam phone tersebut. Bahagia gila dengan phone yang ayie ada sekarang serta gadget-gadget yang ada dalam collection ayie now.

So, now masih ada dua misi yang perlu diselesaikan sebelum tamat semester 8 di UPSI. Nak tahu phone apa yang ayie jum layan jap gambar dari en google ini. 

phone ayie berwarna pink.
Sony Xperia Acro S

January 9, 2013

Laos and Watermark

Assalamualikum

cuti sudah bermula tetapi masih lagi di bumi Tanjong Malim bagi menyelesaikan segala tugas yang telah diberikan. Thank a lot to my mum and dad because you know and trust me. #eh kejap terlari dari topik sebenarnya, cuma nak cerita ayie dapat souvenior daripada Laos dan kne selesaikan tempahan watermark.

First of all, mestilah nak tunjuk souvenior daripada Laos. ini pemberian kak zatul sebab masa tu kak zatul pergi AUG (Asean University Games) dekat Laos and ayie sangat bangga sebab kak zatul dapat sumbangkan dua pingkat gangsa untuk Malaysia

souvenior ini simple sahaja but sangat bermakna iaitu keychain + penyepit kuku sekali. haha sangat cantik ok dan rasa macam tidak mahu guna tapi nak jadikan perhiasan sahaja. apa-apa pun let see the keychain. 

sangat cantik ok, yang pasti ada ukiran apa tah nama bangunan tersebut.
nanti ayie google ea. hehe

and the second thing i want to show you all is about watermark. seriously, aku rasa kak izan dan tempah lama kot dari tahun lepas xsilap ayie masa bulan 6 lagi. tapi disebabkan masa dan ayie ingat kak izan dah lupe, jadinye ayie tak buatlah, tup-tup tadi mlam dekt twitter dia twet pasal watermark and ayie pon terus buatlah.

watermark ini kak izan tempah khas untuk setiap gambar yang dia ambil hasil daripada kek yang beliau hasilkan. seriously, korang akan rasa nak beli kek hasil tangan kak izan sekarang juga lepas tengok gambar-gambar dekat page Fb kak izan sebab pelbagai bentuk ada dan macam-macam perisa pula tu. haishhh ini buat ayie terliur ini pagi-pagi. apa-apa pon mari kita terjah facebook PUTRI FRESH BAKED kak izan.


sapa-sapa yang rasa dah nak tempoh, boleh lah like page PUTRI FRESH BAKED ini yer. insyaAllah korang tidak akan rasa rugi tempah dengan kak izan. oklah nak siapkan kerja media kejap.
i will be right back and cerita pasal 222 hari bergelar #JMKHAR1213.
nak tahu apa itu #JMKHAR1213, nantikan !!

January 6, 2013

Azrin Rahim ada kembar?

Assalamualikum

indahnya hari ahad ini sebab esok last paper iaitu Theory of Statistic and Probability. haishh ayie ini berapa kali nak dok cerita pasal exam sahajakan. grenty sampai korang semua muak sebab asik dok baca pasal exam sahaja bila bukak post ayie. 

tidak ada apa pun ayie nak cerita cuma nak cakap yang ayie ada kembar. semalam member #JMKHAR1213 ada post dekat ayie dan cakap ini kembar ayie. apa korang idak percaya, mai sat tengok tweet dia. hehe


korang nampak tidak apa yang kawan ayie tweet dekat ayie tu. dia bagi gambar kawan dia yang sejibik jugalah macam ayie. apa-apa pun maaf una post gambar dia kt blog ayie, teruja jer lagipun bila tunjuk gambar kawan ini, member cakap kembar ayie ker. hehe

sekarang korang tengok muka kawan husna ini betul-betul and then compare dengan gambar ayie dekat bawah. hehe kami serupa ker tidak?

kawan husna yang pakai spek tu

it's me

so, kiteroang sama ker tidak? konklusinya boleh lah dikatakan kembarkan. indah ok ciptaan Allah sebab dekat dunia ini akan 7 orang yg muka mereka seiras. walaupun realitinya bukan kembar boleh lah kami dikatakan kembar, lain ayah and ibu. haha still sedara seislam. 

January 5, 2013

Subjek Matematik?

Assalamualaikum

apa ada dengan 2013? permulaan yang sangat seronok disamping ayie sedang menghadapi peperiksaan bagi semester 5. Tanpa diduga sudah 2 tahun setengah ayie bergelar pelajar jurusan Pendidikan Matematik. Pasti ramai akan rasa ahhhhh kenapa Matematik?.

Matematik itu sebenarnya sangat indah okay apabila kita tahu teknik yang sebenarnya disamping tidak akan pernah  rasa bosan sebaliknya akan cuba dan terus mencuba untuk menyelesaikan setiap permasalahan Matematik . Oleh itu, dengan sedikit ilmu ayie ada ini ingin sangat berkongsi pembelajaran matematik dengan sahabat semua.

ibu bapa pun boleh gunakan method yang ayie kongsikan untuk memberi semangat kepada anak-anak supaya suka akan subjek Matematik. InsyaAllah subjek Fizik, Kimia dan Sains, ayie akan kongsikan berpandukan sahabat-sahabat ayie yang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.
kenapa terfikir akan perkara ini?
ayie bakal bergelar Cikgu kelak insyaAllah, kenapa tidak mulakan daripada sekarang dan memastikan pelajar-pelajar sekarang tidak memandang serong terhadap Matematik dan mengatakan Matematik itu susah. 
MATHEMATICS IS EASY.
JANGAN STRESS BILA BERHADAPAN DENGAN SUBJEK MATEMATIK.
ayie pun sudah dapat apa tujuan sebenarnya ayie berblog sekrang ini setelah hampir 3tahun berada didunia blog. kongsikan segala ilmu yang ayie ada berkaitan dengan Matematik dengan sahabat semua. korang nak tahu tidak kenapa ayie minat sangat subjek Matematik? nantikan kisah-kisah dan tips pasal subjek matematik daripada ayie.

nak rest-rest kejap petang sabtu ini disamping malin ini ada Program dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dekat Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jom penduduk sekitar Tanjong Malim kita pergi saksikan beramai-ramai. masuk free jer. hehe


January 3, 2013

Permulaan Tahun 2013 yang Osem

Assalamualaikum

apa khabar sahabat semua pagi-pagi ini. pasti ada yang tengah ready nak pergi dewan exam and ada yang tengah siap-siap nak pergi kerjakan. hehe seronok pagi ini sebab pagi-pagi dah kne prank dengan si sahli suh cari dekat mana kasut sedangkan nak knekan ada hantu.
tetapi maaf prank anda tidak menjadi Sahli Muda
hari ini ayie exam tidak? alhamdulilah esok ada paper ODE and isnin depan last paper iaitu Theory of Statistic and Probability. sebenarnya pagi ini cuma nak cerita pasal design blog yang ayie buat sebelum 2013 menjelang. hehe sebenarnya akak ini dah hantar tempahan design blog seminggu lebih tetapi disebabkan study week jadi terpaksa lewatkan siapkan design akk ini.

apa-apa pun akak ini mintak yang simple sahaja design blog iaitu sweet and simple. 

kalau nak tengok lebih lanjut mai lah pergi blog akak ini.
boleh follow sekali.

wish me for 2013, insyaAllah hidup kena ceria-ceria selalu dan ukirlah senyuman walau dimana kita berada and buat sesiapa yang rasa ayie menjengkelkan, maaf sangat-sangat ye. saya hanya insan biasa sahaja. wish everyone in the world always happy and smile

dengan senyuman dapat mengubat segala duka didalam hati ini. senyuman juga mampu menyembunyikan seribu persoalan yang berada didalam minda dan yang paling penting dengan senyuman mampu menbuat orang lain tersenyum juga. konklusinya, senyumlah ;)

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014