November 30, 2014

Liebster Award by yaya

Assalamualaikum


Sanah Helwah diucapkan kepada yaya sebab menyambut birthday yang ke 19 tahun ea. Muda lagi tu dan bro doakan semoga dipermudahkan segala urusan. Seterusnya, nak jawab tag daripada yaya nie sebab dia dah tag 5 hari lepas. Baru sekarang nak abiskan jawab. Kalau tidak duduk dalam draft sahajalah gamaknya. hehe

Jom jawab soalan daripada yaya ini. dup dap dup dap gamaknya. 

1. Apa maksud nama korang ?
- Kalau ikutkan dalam islam nama Azrin ini memang tak ad maksud. Cuma nak cerita kisah kenapa ayah dan ibu ayie pilih nama Azrin sebabnya kalau ikutkan nama ayie sebelum ini adalah Syafiq tetapi disebabkan cousin ayie lahir sehari awal daripada ayie dan family diorang namakan Syafiq. Jadinya, ayah dan ibu tukar nama Syafiq itu kepada Azrin.

2. Lebih rapat dengan mak , ayah atau dua2 sekali ?
- Kalau ayie lebih rapat dengan ibu sebab mungkin ibu ayie pun cikgu. Jadi bila ada masalah dekat sekolah about student memang bincang dengan ibu. Selain itu, ibu lebih caring sikit dan sentiasa tanya nak apa-apa ker kalau dia berjalan ker bandar. ecehhh Mungkin lagi satu sebab ayie anak sulung kot. hehe

3. Tengah kerja or study lagi ?
- Sekarang tengah menganggur sebab cuti sekolah kan. PPD tak call lah untuk panggil jadi cikgu ganti. Lagipun baru lepas tamatkan pengajian. Tengah tunggu posting KPM yang tak pasti bila. Mohon doa semoga dipermudahkan dan dapat posting awal.

4. Minat lagu apa ?
- Seriously memang minat lagu Fatin Shidqia (X Factor Indonesia) dan lagu Jai Waetford (top 3 X Factor Australia). Tak ada yang specific ye. hehe

5. Tengah single ke , taken ke , married ke , duda ke , janda ke , ? hehehe
- Sudah berpunya dan inshaAllah akan ke arah married. ASAP

6. Minat sukan apa ?
- Sudah semestinya badminton dan petanque.

7. Hadiah yang bermakna bagi korang ?
- Hadiah daripada my student masa praktikal di SMKSA dan SMKPN.

8. Ada tak adik beradik korang yang tengah sakit teruk sekarang ? kalau ada, yaya doakan moga Allah sembuh segala penyakit yang dihidapinya .Aamin
- Alhamdulilah tak ada yang sakit. Semuanya baik-baik.

 9. Kata kata semangat yang korang pegang sampai sekarang ?
- Pedulikan orang kata yang pasti buat yang terbaik.

10. Kalau korang jadi pemimpin negara, apa perubahan yang korang nak buat pada negara kita ni ?
- Kalau jadi pemimpin negara ea? No komen. hehe

11. Last sekali, satu atau banyak nasihat untuk yaya ni ? hihi
- Untuk yaya. All the best untuk kehidupan dan masih panjang lagi perjalanan. Jadikan setiap yang berlaku sebagai pengalaman untuk pada masa akan datang.


OK. Settle juga akhinya mengarang ayat dan sesuatu yang paling tak suka semasa di universiti adalah ketika ayie berada di semester 8, Dimana setiap kelas diminta untuk mengarang dan tak ada kira-kira.

Mudah tapi ingin melaksanakan kadang-kadang keberatan

Assalamualikum


Perkataan yang baik itu sedekah.

Langkah perjalanan ke masjid itu sedekah

dan

Membuang halangan dari jalan itu sedekah.

(HR Bukhari & Muslim)

credit to IKIM.FM

November 29, 2014

Kambing !!

Assalamualaikum

Ingin berkongsi satu fakta. Siapa yang tidak pernah tengok kambing? hehe Normally dekat kampung-kampung memang ada yang bela kambing dan dijadikan sebagai satu perusahaan. Sebagai contoh, Pak Long ayie sendiri membela kambing. Sebelum cerita lebi lanjut, better kita ketahui asal usul kambing ini.
NABI ADAM -  Bermulanya human civilization (tamadun manusia), Habil iaitu anak Nabi adam menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM - merupakan penternak kambing yang agung. Semasa zaman NABI IBRAHIM juga berlakuperistiwa sedekah (kambing) yang terbesardalam sejarah islam.

NABI ISA - juga menternak kambing . Wujudnya bani israel-bangsa yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing.

NABI MUHAMMAD SAW - Baginda juga daripada kecil sudah terbiasa dengan mengembala kambing.
Apabila diulang kembali kisah pasal kewujudan kambing ini dapat dilihat memang sudah lama kambing-kambing ini wujud sejak daripada Nabi Adam lagi. Jadinya, Kambing antara haiwan yang paling lama di muka bumi ini. 

Kambing pun ada macam jenis kambing. Bukan satu jenis. Antara jenis-jenis kambing ialah kambing kampung, kambing biri-biri, kambing bla-bla. Dekat umah pakcik itu banyak sahaja kambing tapi tak ambik port sangat nak kenal jenis-jenis kambing.

Ditarik 3 perkara tapi dipulangkan 2 perkara sahaja. Apakah itu?

Assalamualaikum

Cer korang fahamkan ayat dekat bawah ini. Dapat daripada seorang member tadi dekat facebook. 


Ketika kita sakit, Allah tarik 3 perkara:
Allah tarik keceriaan wajah kita,
Allah tarik selera makan.
dan Allah tarik dosa kita.

Apabila sudah sembuh, Allah hantar 2 perkara:
Allah hantar balik keceriaan wajah kita
dan Allah hantar balik selera makan kita

TETAPI
Allah tidak hantar balik dosa-dosa kita. Betapa sayang Allah kepada kita.
Alhamdulilah

Inilah yang nak dikongsikan. 3 perkara yang ditarik tetapi 2 sahaja yang dikembalikan. Jadi bersyukur apabila kita dilanda musibah.

Cemburu biarlah bertempat

Assalamualikum..

Kesan cemburu | Eh nak cemburu dekat sapa ini ayie oi. hehe Tidak salah nak cemburu tetapi cemburu itu biarlah bertempat kata orang dan cemburu pun biarlah kepada perkara-perkara yang berfaedah. Kenapa tak salah cemburu sebab banyak faedah nya bila kita nie cemburu bertempat macam gambar dekat bawah ini cakap. Cer korang baca elok dan hayati dengan jayanya.


Cemburu pada kemewahan atau kejayaan orang lain

tidak akan memberikan kita tuah yang sama seperti mereka

tetapi jadikan ia sebagai satu pemangkin semangat

untuk kecapi kejayaan kita.

Sekarang, tak salah pun cemburu tapi jangan nak cemburu buta sebab awex ada skandal baru ker? ataupun tak dapat yang kini inginkan sedangkan orang yang terdekat dapat apa yang kita ingin. Kata orang tu, cemburu biarlah bertempat. ;) 
By the way, i cemburu tengok awak semua taw blogger. hehe Cemburu manja-manja gitu.

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

Assalamualikum

Men joinkan diri dengan menyertai giveaway kali ini. Kali ini Cikgu Etuza tag ayie. Jadinya ayie kena jawablah tag ini. Ada lagi satu tag masih lagi duduk dalam draf. InshaAllah esok aku jawab kot untuk tag yaya. hehe

Sapa-sapa nak join giveaway ini boleh sahaja. Dia punya syarat pun sangat simple ok dan inshaAllah ada hadiah menanti. Tak percaya cer ah klik banner dekat bawah ini.



Follow blog dah, like fanpage dah. Sekarang masanya untuk tag orang. dan mangsa-mangsa yang bertua ialah mereka-mereka yang berada dalam bloglist ayie. Semoga berjaya ye.

Settle 1 tag. menanti lagi satu tag yer. 

November 28, 2014

Penyelesaian akhirnya dijumpai

Assalamualaikum

Penyelesaian akhirnya dijumpai | Ya beda bedu. Akhirnya, Terima kasih kepada Fadzi Razak sebab bantu ayie dekat entry siapa boleh tolong. Kalau korang belum baca lagi sebab apa ayie mintak tolong boleh pergi dekt entry siapa boleh tolong. Sebenarnya memang buntu dah tak tahu kepada boleh jadi macam gitu dekat blog tersebut. Untuk Cikgu Etuzu, mungkin masalah cikgu boleh diselesaikan dengan benda ini. cer tengok betul-betul ye.


Korang tak nampak sangat. Ok ayie bagitahu balik yer kepada benda itu boleh terjadi. Benda itu terjadi disebabkan oleh ayie hanya boleh blog author sahaja dimana ayie hanya boleh mengakses ke "POST" dan "SETTING" sahaja. Mungkin disebabkan oleh bro etuzu sebelum ini ada salah tekan sebab itu blog tersebut tiba-tiba hanya boleh jadi author sahaja.

Cara nak settlekannya senang sahaja iaitu menukar pasward "AUTHOR" kepada "ADMIN". Macam mana nak tukar "AUTHOR" kepada "ADMIN"?. First sekali korang pergi dekat Setting -- Basic -- cari perkataan "AUTHOR" tersebut dan tukar kepada "ADMIN". 

Korang kurang faham lagi ye?. Ok ayie tunjukkan menggunakan gambar pula. Cer tengok baik-baik kot-kot kelak korang jadi macam yang ayie tunjukkan dekat entry sebelum ni. Pening jadinyakan. hehe


Ikut step yang ayie tunjuk dekat atas itu. TQ so much dekat Fadzi Razak sebab bantu ayie selesaikan benda ini. Jangan lupe singgahlah dekat blog Fadzi Rzak, Banyak info ok. Cikguro Etuzu apa lagi cepat-cepat selesaikan benda ini yer.

Siapa Boleh tolong?

Assalamualikum

Sebenarnya ayie tengah pening ini sebab nak terima tempahan dan dah settle pon tempahan itu ayie design. Masalahnya sekarang dekat blog tempahan itu tak ada tempat nak editing templates. Pening ayie fikir dan tak tahu nak cari mana lagi jawapan? ada sesiapa boleh tolong kenapa jadi macam bawah ini.

 What Happen?

Sepatutnya

Cer korang tengok gambar first tu. Dekat tepi sidebar kiri yang ayie tunjuk anak panak tu, tak ada langsung kuar templates, layout or overview macam gambar dekat bawah tu. Ada sesiapa tahu sebab benda ini berlaku ea? URGENT sgt sebab benda ini dah pending 2 hari. Ayie tak temui jawapan. Adakah disebabkan oleh email yang dibagi itu bukan primary ker macam mane ea?

please help me. Tengah buntu sangat-sangat rasa macam apa nak buat ini. Kesian customers tu tertunggu-tunggu design dia. Semoga ada jalan penyelesaian.

November 27, 2014

Bentuk roti yang Superb

Assalamualikum

Bentuk roti yang Superb | Ada sesiapa tak tukang roti nak buat design roti dia macam ni. Memang rare dok. Ayie tengok pun perghhh kalau ad memang kreatiflah.  Kalau nak suh kak Ayu yang buat kak ayu nak x tak buatkan. hehe Pelase kak Ayu. Ayie nak request satu. 

Kalau ad tukang roti yang nak aplikasikan boleh juga ini. Trylah kot-kot lepas ini boleh pasarkan roti-roti ini. hehe Jom kita layan one by one.

Roti Pangkah

Roti Bunga

Roti Arnab

Roti Bakul

Aku tak tahu nama setiap roti-roti tu. Jadi aku men letak jerlah namanya tapi sangat kreatif ok dan ayie ase mcm xjadi nak makanlah pula sebab nak jadikan perhiasan dalam rumah sahajalah. Boleh ker idak. 

Siapa nak bertanggungjawab?

Assalamualaikum


Siapa nak bertanggungjawab? | Bukan bertanggunjawab jumpa tok kadi nak menikah. hehe Bertanggungjawab sebab atas kesalahan tersebutlah. Alhamdulilah setakat bawak kereta hari ini tak pernah lagi terjadi macam begini. Lagipun ayie lebih selesa naik motor daripada kereta sebab boleh cilok-cilok. kehkeh

Rindu awak berapa percent ea?

Assalamualikum

Rindu awak berapa percent ea? | Ayie ko rindu siapa ini. Tenghari ini boleh pula ko berangan. Berangan nak kahwin ker itu? perghhh ayat kawin ea? Mohon doa moga-moga dipermudahkan ke arah itu. Kalau lebih cepat lagi bagus. Tapi ada yang lagi penting dari rindu itu. Tak percaya, cer tengok dekat bawah ini. 

"Rindu kekasih sampai 200%"

"Harapnya rindu kepada kekasih Allah dan ilahi melebihi itu"

DEEP!!! 

Terkena sedas dudas tembakan dalam kepala otak ini. Berkongsi benda baik bukan menunjukkan diri ini baik just nak sharing apa yang baik. peace :)

credit to HAFIZ HAMIDUN

November 26, 2014

Kau aliran apa?

Assalamualikum

Kau aliran apa? | Eh-eh, jangan fikir yang bukan-bukan pula. Bukan mahu ceirta pasal aliran agama iye disini tetapi mahu cerita pasal aliran ini. Alah jangan buat tidak tahu pula aliran apa? Aliran inilah. Cer tengok dekat bawah ini.


Aliran inilah yang ayie nak ceritakan. Sebenarnya tidak ada perbezaan pun antara budak yang ambik aliran sains mahupun aliran sastera. Ayie masih ingat lagi mase sekolah dulu, ayie antara budak melayu yang ambik aliran sains. Bayangkanlah just ada 6 orang budak melayu dalam kelas itu dan majoriti pelajar cina. hehe

Sampailah result SPM keluar dan masing-masing dapat result. Rezeki ayie dapat meneruskan pengajian ke matrikulasi setahun dan member yang lain menyambung ke tingkatan 6. Nak dijadikan cerita, member-member ayie yang masuk form 6 semua ambik aliran sastera. Setelah setahun lebih belajar dan diorang mengambil STPM dan rata-rata member ayie mendapat 4 FLAT ataupun kalau kategori universiti dapat First Class. Sekarang mereka masuk universiti juga.

Dekat situ sahaja kita dah boleh lihat. Rezeki itu Allah yang tentukan dan tidak semestinya masuk aliran sains akan dapat keje yang elok. Buat adik-adik dekat luar sana, satu sahaja pesanan ayie. Belajar ikut kemampuan bukan kehendak dan membangga diri dengan aliran apa yang kita ambil. tidak kira aliran sains mahupan sastera ada kelebihan sendiri.

Gaji tetap sama sahaja ok tak kira orang ambik aliran sastera or sains sebab semuanya kena bermula daripada bawah. Tak akan mati pun kalau ambik aliran sastera sebab orang sastera hebat-hebat taw. 

Quote of The Day #3

Assalamualikum


Adakala orang yang memiliki masa silam paling buruk

akan jadi paling baik di masa hadapan.

(saidina Umar Al-Khattab RA)

Renung-renungkan 

Handsome nampak, nak jumpa siapa?

Assalamualikum


"Handsome sangat ini, baju cantik-cantik, sharp line seterika

nak ke mana? Jumpa Buah hati ker?"

"Nak pergi Masjid. Zohor jap lagi"

Credit to Hafiz Hamidun.

DEEP!!!

November 25, 2014

Teaching English Communication

Assalamualikum

Teaching English Communication | Masa dihabiskan dengan menghadap laptop everyday since balik rumah ni sampaikan salah seorang orang indonesia yang duduk menumpang dekat belakang rumah ayie ini cakap, "along ini tak reti kenal dunia ke apa sebab always duduk dalam bilik. Tak tengok matahari ker?" ayat dia lebih kurang macam begitulah. Padahal aku pergi jer bandar dan always setiap malam merayap pergi bandar melepak dekat mamak. hehe

Sebenarnya dua tiga hari ini ayie lebih selesa duduk rumah kalu siang sebab tengah buat research sikit pasal Teaching English Coomunication nie. Since cuti ini, ada sorang member bagi number dan dia cakap mengajar english. Ayie ingat mengajar english budak sekolah rendah tapi silap. Ayie kena mengajar english communication untuk orang dewasa yang telah bekerja.

Dalam hati, WHAT!!! macam tak berani jugalah sebab ayie pon bukan hebat english. Kalau speaking pun grenty broken english sahajalah yang keluar. haha Maklumlah cikgu suh belajar english dulu peg buat kerja matematik. Nasib badanlah gamaknya. hehe 

Akak tu bagi sikit kata-kata motivasi suh ayie mengajar dan try around 1month or 2 month. Kalau serasi go on kalau tak boleh dismiss class. Ayie tak berani nak lagi nak bagi keputusan dan ayie mintak tempoh dalam sehari dua ini untuk bagi kata putus.

Hopefully ayie dapat berfikir dengan tenang dan bagi keputusan yang dapat mengembirakan hati kedua-dua pihak. Sapa tidak mahu mengajarkan lagi-lagi ayie pun dapat tambah pengalaman dan improve my english. Tengoklah esok macam mana esok or lusa sebab ,asih lagi mencari bahan dan membuat pembacaan. Penting oh even akhirnya tak jadi mengajar ker. 
Mahu mengajar ataupun tidak? Poning den memikirkannya
--------------------------------------------------------------
Tapi sebelum itu ayie nak berkongsi sedikit tips. Kot-kot dapat bantu sesiapa yang ingin improve english masing-masingkan.

First of all,uols must be brave to speak with others. Jangan takut macam ayie nie dan tak kisah kita speaking broken english pun yang penting speak. Second, perbanyakkan vocabulary dalam otak kita ini dan cara untuk bertutur english dengan baik. haha

Itu adalah tips or info yang ayie boleh bagi. Selain itu, paling senang nak belajar english ini tengok citer english yang ada subtitles english and novel english serta dictionary mesti berada disebelah kanan mahupun kiri anda supaya kalau tak faham terus tengok dictionary. Pastikan dictionary pun yang english-english bukan english-malay taw. hehe baru improve english korang.

Ayie sekarang ini pun tengah belajar english balik terutama berkaitan dengan reading and writing. How to spell and write word correctly. All the best dan sama-sama kita tambahkan ilmu pasal english.


Quote of the Day #2

Assalamualaikum


Usah bertanya mengapa ia terlalu sukar.

Sebaliknya...

Belajarlah untuk menghadapinya.

Kerana...

Segala yang payah itulah yang akan membuatkanmu
bertambah kuat.

SEGMEN BLOGWALKING by Sakura

Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

 Follow blog sakura :)
 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)


Fi Hifzillah,
Wassalam.



Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

November 24, 2014

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 2UM SMKPN 2014

Assalamualikum

Rasa beruntung aku ini sebab diberi kepercayaan oleh PPD Pontian untuk mengajar subjek Sains di SMK Pekan Nanas. Aku telah menggantikan Cikgu Yahya yang telah berpindah ke sekolah hospital di Johor Bharu. Aku diberikan tugas untuk mengajar 5 buah kelas iaitu 4 buah kelas mengajar subjek sains dan sebuah kelas PSK.

Ayie juga menjadi guru tingkatan 2UM dan kelas ini terdiri daripada 31 orang pelajar. Mengajar mereka selama 31 hari adalah pengalaman yang menyeronokkan. Ayie jenis yang tak boleh nak marah budak bila tengok muka diorang, walaupun dalam hati ini bergelora nak marah sebab biasalah budak kan kadang-kadang bukan nak dengar cakap.

Itu kenangan yang biasa selain dapat involve dengan setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Seronok jugalah sebab aku dapat asah skill aku selama ini yang entah dah karat kot sebab dah lama tak berprogram. 

Ok, cerita lebih-lebih pula pasal program. Jumaat lepas pada pukul 9 lebih jamuan kelas 2UM telah berlangsung dan ayie rasa alhamdulilah sebab dapat laksanakan dan habiskan duit diorang sebab ayie tidak mahu aku terhutang apa-apa dengan mereka. Makanan semua ayie yang selesaikan termasuk beli barang dan hadiah untuk student. Perghh berdidikasi tak cikgu ini. Siap settlekan semua perkara. Padahal cikgu Yahya dah amanahkan dekat aku, Jadi ayie kena buat juga dengan sebaik-baiknya.

Masa Jamuan itu pun cikgu yahya datang. Gembira aku tengok diorang sebab cikgu Yahya merupakan guru kelas diorang sebelum aku ambil alih. Ok cakap pasal makanan, Makanan untuk jamuan adalah nasi ayam, buah-buahan, aiskirim, snek makanan ringan dan kek chocolate indulgence secret recipe. Request budak-budak. Ayie follow sahaja sebab duit mereka. Cuma terkilan sikit tak dapat nak tunaikan hajat diorang nak makan satay. Ganti dengan aiskrim tang satay tu.

Sebelum berakhirnya Jamuan around 10 lebih, sempatlah kami ambil gambar walaupun ada segelintir yang dah balik rumah. TQ 2UM 2014 SMKPN atas kenangan yang telah korang berikan. Semoga berjaya didunia dan akhirat. 

 2UM bersama Cikgu Yahya

2UM bersama Sir Azrin

Quote of the Day #1

Assalamualikum


Apabila berkata mengenai masa memang tidak dapat dinafikan kita sentiasa kalah dengan masa sekarang ini. Jadi gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dengan benda-benda yang memberi faedah kepada diri sendiri. 

Membazir masa itu lebih bahaya daripada mati

kerana mati memisahkanmu dengan dunia

tetapi masa memisahkanmu dengan Allah

(Ibn Qayyim Al-Jauzi)

Segmen Bloglist Disember DJH 2014

Assalamualaikum

What time now? Dah balik jogging belum? Ayie jogging juga dalam bilik tengah update entry ini. hehe Jangan marah yer. Lately memang malas sikit nak berjogging sebab duduk rumahkan. Nafsu nak berjogging itu hilanglah tapi diet makan dah start 2 hari lepas. Sebab apa diet nanti ayie citer. 

Pagi ini kita mulakan entry dengan join segmen daripada Blog Diari Jejaka Hangat. Angah buat segmen bloglish untuk bulan disember nanti. Hopefuly, ayie adalah salah seorang yang tersenarailahkan. hehe 



Pencarian bloglist bagi bulan Disember 2014 di Diari Jejaka Hangat bermula pada hari ini, 24 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 November 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Disember DJH 2014   
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah kan?

Mereka yang bertuah akan dipilih untuk masuk dalam bloglist DJH untuk bulan Disember dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Diari Jejaka Hangat  ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada. 1 Disember 2014.
Kalau ada yang berkelapangan. Jangan lupa join segmen ini sekali. Kot-kotlah ada rezeki masing-masingkan. Tiada sesiapa yang dapat duga. Jom kita sambung jogging lagi dengan berblogwalking. hehe

Si Kembar Belajar ABC dan 123

Assalamualikum

Lama sudah tidak bercerita pasal adik perempuan ayie yang kembar dan sekarang diorang dah berumur 5 tahun. Masa diorang lahir sampailah bulan 9 2014 masa tu ayie memang jarang bersama mereka dan sekarang boleh dikatakan 24 hour dengan diorang dekat rumah ini. Gambar dekat bawah ini masa si kembar 2 tahun tak silap ayie.


Sekarang ini setiap hari duk ajar diorang tulis ABC dan 123. Diorang dapat buat dengan baik dan tak ada masalah sangat. Tinggal nak ajar diorang kenal huruf ABC dan 123 pula supaya diorang masa PraSekolah tahun depan tak ketinggalan dengan kawan-kawan yang lain. 

Dua-dua tidak ada masalah untuk mengira 123 dengan tangan dan siap boleh tunjuk lagi but kadang-kadang tu lupa juga. Biasalah budak-budakkan. Cuma matlamat ayie dalam sebulan ini disebabkan cuti sekolah dah bermula dan ayie pun tak start mengajar tuisyen lagi jadi masa dihabiskan dengan mengajar si kembar ini untuk kenal ABC.

Pembelajaran bermula daripada rumah. Jadinya apalah guna ada abang dia ini kat rumah kalau tak mahu mengajar adik dia yang kecik inikan. Masa inilah nak bermanja dengan diorang sebab tak tahu lagi tahu depan kot-kotlah posting dan dihantar ke SABAH or SARAWAK? tak dapatlah nak mengajar diorang lagi.
Kata orang tua, melentur buluh biar dari rebung dan belajar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

#Design 2: Blog Azrin Rahim

Assalamualaikum

Semalam seharian tak mengupdate blog bukan sebab ayie busy tapi sibuk ubah design blog sendiri. Sebenarnya nak ubah sikit sahaja tapi dah terlajak ubah tu, terus ayie ubah semua tapi masih menggunakan konsep dan warna yang tak jauh beza dengan sebelum ini. 

Kali ini tema still sama iaitu warna biru dan hijau. Tidak pasti kenapa tetapi apabila dua warna ini digabungkan akan menghasilkan yang sesuatu yang berbeza macam dalam blog ayie ini. Tapi itu hanya pendapat ayie sahajakan. hehe Kot-kot korang ada padanan warna yang berbeza ayie tidak pastilah dan semestinya blog lelaki kan warna dia agak keterlaluan dan tak berapa nak soft sangat. hehe 

Oklah malas banyak cerita mai ayie tayang satu gambar tentang keseluruhan blog ini dengan one shor picture yang menunjukkan perubahan yang ayie ubah. 


Settle men design blog sendiri. Sesiapa nak tempah mai-mai pakat PM ayie dekat page zarin art ye. InshaAllah design yang dihasilkan anda mampu untuk memilikinya. hehe Masa untuk ziarah blog geng lain plak sebab semalam seharian tak BW pon. 

November 21, 2014

Permohonan Jawatan Guru DG41 untuk MRSM 2015

Assalamualikum..

Alhamdulilah semua sihatkan petang-petang macam begini. Mesti tengah rehat bagi yang lelaki lepas balik solat dan yang perempuan tengah sibuk hidangkan makanan untuk makan-makan. Jamuan pagi tadi dah settle dan inshaAllah malam kang ayie update perjalanan majlis. Petang ini pun nak attend majlis jamuan juga. 

Berita gembira untuk semua lepasan ISMP di seluruh universiti di Malaysia Permohonan Jawatan Guru DG41 untuk MRSM 2015 telah dibuka. Jom kita mohon sama-sama sebelum tarikh tutup. Kalau tak silap ayie tarikh tutup untuk mohon adalah pada 30 NOVEMBER 2014, Ayie pun belum sempat nak mengisi sebab kena attend majlis. Maklumlah banyak jamuan sekolah akhir-akhir tahun ini. hehe

Kalau nak tahu lebih lanjut mungkin boleh masuk dekat website ini. Ayie bagi link dekat bawah ini yer.


Bukak sahaja link yang ayie bagi itu, first-first yang akan keluar adalah gambar dekat bawah ini. Jadinya, Jomlah sama-sama kita mohonya. Kalau ada sahabat-sahabat yang bukan dari ISMP pon boleh try juga. Mana tahu rezeki kan. Boleh jadi guru di MRSM. Rezeki itu kita tidak dapat duga sebab semuanya adalah ketentuan Allah.

Apa-apapun doakan mudah-mudahan ayie dapat isi permohonan dengan cepat dan dapat IV kalau ada rezeki. hehe 

Tengah siap-siap nak attend Jamuan Akhir Tahun Guru 2014 Sekolah Menengah Pekan Nanas dan tema untuk jamuan kali ini adalah timur tengah. Nantikan pakaian yang ayie akan gayakan tapi macam xad pun ciri-ciri timur tengah. haha 

Segment Blog Review by Syukurnya Sihat. Com

Assalamualaikum 

Sebelum ayie nak pergi jamuan dan settlekan benda-benda penting, ayie join segmen ini kejap. Jom ramai-ramai join jom. senang sahaja syarat dia.


Kalau geng semua nak join. Just klik sahaja banner dekat atas tu yer. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 November 2014 pukul 11.59pm

Bye geng. Nak siap-siap pergi Jamuan ini. 

November 20, 2014

Jawatan Kosong UTHM Holdings

Assalamualaikum w.b.t

Settle juga mencari barang untuk jamuan esok cuba terkilan sedikit sebab tidak ada peniaga satay yang nak terima order ayie. Mungkin sebab event tu pagi jadi susah untuk diorang menerima tempahan kot. Tidak mengapalah sebab ayie dah usahakan yang terbaik mungkin belum rezeki lagi diorang nak makan satay gamaknya. Nasib sebab fikir dish lagi bagi menggantikan satay.

Stop tentang Jamuan Kelas 2UM cuma ayie nak war-warkan tentang Jawatan kosong di UTHM, Batu Pahat, Johor. Kalau ada yang berminat bolehlah mohon kan. Syarat-syarat dia ada dekat bawah ini ayie lampirkan dan kalau nak tahu lanjut mungkin boleh terus pergi website yang akan ayie link kan sakali nanti dibawah ini.
KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT :
•  Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 ke atas daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Lembaga Akredetasi Malaysia (MQA); dan •  Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya setahun (1 tahun) di peringkat pengajian tinggi / sekolah menengah adalah diberi keutamaan ; atau, •  Mereka yang berkelayakan dalam bidang Matematik, Sains Kejuruteraan (Fizik & Kimia), Bahasa Inggeris, Teknologi Maklumat (IT). •  Kredit  Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. •  Permohonan adalah terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia.
untuk mengetahui lebih lanjut boleh tengok link dekat bawah ini. yang ayie papar itu adalah kelayakan dan syarat-syarat untuk menjadi tenaga pengajar. hehe semoga dapat memberi manfaat buat semua.


Tq kawan ayie yang bagi link dekat FACEBOOK berkaitan iklan ini. Ayie sebenarnya ingin mencari link STAB UTHM yang berkaitan dengan sambung master bawah UTHM dan terus ikat kontrak after selesaikan master. Masih tercari-cari link tersebut.

Ayie pon mohon juga untuk job ini. Mohon doa sahabat semoga ada rezeki dapatlah keje walaupun kontrak. Jangan lupe sebab tarikh tutup adalah 25 NOVEMBER 2014.



Kontrak Telah Tamat

Assalamualikum

Alhamdulilah 2 bulan ayie berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian, Johor. Menggangtikan cikgu Yahya yang berpindah ke Sekolah Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu. Di sekolah ini, ayie telah diamanahkan untuk mengajar subjek Sains. Masih lagi dalam bidang ayie aitu matematik dan sains.

Kalau ikutkan hari berkhidmat, ayie telah berkhidmat selama 31 hari dan mengajar 5 buah kelas iaitu Kelas 2UM, 2UPSI, 3UTM, 3USM & 5UKM. Anak-anak murid yang sangat osem dan mereka yang faham akan kekurangan cikgu dia ini. TQ my students.

Selain mengajar Sains juga, ayie telah diamanahkan untuk menjadi guru kelas bagi Tingkatan 2UM iaitu kelas pertama dalam Tingkatan 2UM. Sungguh besar amanah yang telah diberikan dan Alhamdulilah syukur sebab ayie telah buat semampu yang boleh untuk menjadi guru kelas mereka.

Esok ada jamuan pelajar 2UM dan jamuan guru. So, esok ayie memang akan kekenyanganlah dan jom tengok teaser tentang jamuan untuk budak-budak 2UM. Belikan barang berdasarkan duit kelas mereka. 


inilah budak-budak 2UM yang memang baik sangat. haha


Antara hadiah untuk Jamuan esok. Nantikan update plak untuk makanan jamuan 2UM esok.

November 19, 2014

Segmen Blogwalking By DJH

Assalamualikum w.b.t

dalam kebosanan ini lepak baik ayie join segmen ye. Boleh blogwalking juga bila join segmen ini. Jom geng sama-sama kita join segmen ini.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59 pm, 22 November 2014.

#DESIGN 1 – TURTLE IN TERENGGANU

Assalamualikum w.b.t

Untuk kali ini ayie telah mendesign satu logo khas untuk sahabat ayie yang berniaga baju di negeri TERENGGANU. Alhamdulilah design itu pun telah selamat sampai kepada beliau minggu lepas sebab member ayie tu nak guna urgent tapi sebenarnya design ni pon pending around 2 weeks disebabkan ayie xad intenet dekat rumah.

Walaubagaimanapun, apa bila orang telah percaya, kena usaha juga dan member ayie pon dia berpuas hati dengan hasilnya. Untuk design kali ini adalah berkaitan dengan TURTLE IN TERENGGANU. Something yang sgt interesting apabila dapat menghasilkan dan memuaskan hati si penempah.

Kalau mahu melihat hasilnya, cer tgok dekat bawah ini. Hehe


Terima Kasih daun keladi Sahli sebab menempah dengan Azrin. Maaf kalau ada kekurangan ye. InshaAllah kalau ada projek besar jangan lupa roger ayie. By the way, jangan lupe update terkini menggenai design yang sahli tempeh yang seterusnya. Stay tune wahai geng blogger.


Sesiapa yang ingin menempah design dengan ayie boleh dah sekarang sebab dekat rumah line internet dah ok tak macam sebelum ni. PM sahaja ayie dekt page facebook ayie or terus email yer. 

November 17, 2014

kisah si “Gadis Kecil di Pinggir Gaza”

Assalamualikum..

Lama sudah tangan tidak menaip dalam blog sendiri. Bukan tidak ada tetapi masa sentiasa mencemburui diri ini. Alhamdulilah telah menamatkan zaman degree dan sekarang sudah berada dalam alam pekerjaan walaupun hanya sementara. Rezeki Allah itu sangat luas.

Hari ini ayie nak berkongsi berkaitan dengan sebuah novel ini. Novel ini ayie beli masa on the way nak blik ke Tg Malim daripada Kuala Lumpur. Lama sudah beli novel ini tetapi masih tidak bekesempatan hendak menghabiskan novel ini. Masa rehat dekat sekolah, alhamdulilah dapat membaca sebab nak hilangkan rasa bosan dalam bilik guru yang tidak ada wifi. Hehe

Tajuk Novel ini ialah “Gadis Kecil di Pinggi Gaza”. Novel ini lebih mengisahkan bagaimana seorang kanak-kanak bernama PALESTINE yang mempunyai jiwa dan semangat juang menegakkan bumi Palestine yang sedang bergolak. Selain itu, semangat kanak-kanak ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk bertemu dengan ayahnya. Begitu kuat jiwa anak kecil PALESTINE ini. Ayie sangat kagum dengan kanak-kanak Palestine. Sesungguhnya ganjaran syurga menanti untuk mereka yang menegakkan ISLAM.

Selain itu, Novel “Gadis Kecil di Pinggir Gaza” ini juga mengetengahkan berkaitan dengan umat islam yang mempunyai semangat JIHAD yang tinggi untuk menjadi SUKARELAWAN untuk membantu negera Palestine. Tabik dengan semangat mereka yang sanggup bekorban apa sahaja demi memastikan Negara islam berada pada landasannya.

Novel “Gadis Kecil di Piggir Gaza” memberi banyak manfaat. Bila ayie dah abis baca, Ya Allah begitu kuat jiwa pejuang-pejuang yang sanggup lakukan apa sahaja demi Islam dan ingin mengetahui apakah yang berlaku kepada PALESTINE?. Bacalah novel “Gadis Kecil di Pinggi Kota” sampai habisnya. Hehe

inilah novelnya:
Novel ini buat aku rasa tenang

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014