December 30, 2012

Suasana Sehari Sebelum Exam

Assalamualaikum

petang-petang macam ini hujan pulak tapi seronok juga sebab layan si mamat poyo dekt KUO ini. haha macam biasa siapa nak tahu aktiviti kamu sehari sebelum exam, jom kita lihat dekat bawah ini. sangat berguna untuk dipraktikkan untuk masa hadapan yang penting always smile. :)

yang pasti ucap syukur dahulu sebab esok akan bermula exam bagi pelajar degree di Universiti Pendidikan Sultan Idris. mostly esok ada dua paper and one more thing ayie akan seat 5 paper for this semester. antara paper yang bakal ayie duduki ialah paper Thermodynamics, Complex Variable, Electromagnetism, Ordinary Differential Equation and Statitic and Probability

alamak dah mula melalut pula, sebenarnya nak tunjuk gambar ini sahaja dekt korang sebab korang boleh praktik kan bagi menghadapi examination kolej. jom layan gambar dekat bawah ini. hahaha

jeng
.
.
.
jeng
.
.
.


ok inilah aktiviti yang telah kami lakukan. mungkin boleh praktis untuk masa akan datang. jumpa dilain entry pula. 
saja nak post bagi hilangkan rasa bosan sehari sebelum menghadapi exam
apa-apa pun all the best untuk semua yang bakal menghadapi exam
wish all the best o all of you :)



December 23, 2012

Malam Demi Palestin di TV Al-Hijrah

assalamualikum

Alhamdulilah masa diberi nafas untuk menerukan rutin seharian sebagai manusia. tadi masa on9 dekat facebooj ternampak pula pasal Malam Demi Palestin. macam syok sahaja kalau dapat sampai kesana dan melihat kemeriahannya. ramai arti yang terlibat dengan aktiviti ini seperti Erma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi dan So on (itu je yang ayie ingt. hehe).

kenapa ayie tiba-tiba tertarik. lihat sahaja poster pasal Malam Demi Palestin ini tiba-tiba terus rasa seronoknya akalu ada bersama mereka juga. nak tahu bila akan berlangsungnya Malam Demi Palestinya. lihat detailnya dibawa ini:

 charity bazaar demi palestin pun ada juga.

rhearsal Malam Demi Palestin.

showcase Demi Palestin. 

korang teruja tidak?? hehe

November 16, 2012

SUKIPT 2012 game petanque

Assalamaualikum w.b.t

rasa masih lagi terkesan dengan game petanque masa SUKIPT 2012 walaupun acara petanque hanya sukan jemputan sahaja. insyaAllah tahun depanakan jadi acara wajib dekat MASUM and SUKIPT. insyaAllah semoga dipermudahkan untuk akan datang.

masa pergi game petanque dekat UIAM dapat kenal sahabat baru iaitu sab, afiz, jehan, kak intan n ag sorang lupalah nama akak tu. hehee mereka ini agak kelakarlah sebab masing-masing ada perangai masing dan ayng pasti game kali ini adalah berpasukan.

sudah semestinya ayie akan bermain triple bersama dengan sab and hafiz. double afif dan zul manakala single plak jehan. masing-masing ada kelebihan masing-masing. yang pasti alhamdulilah kami memang dua dri empat game. 

ayie gembira sikit sebb dari empat perlawanan dapat menang 3 and akan ingat score yang ayie, sab n afiz dapat iaitu kalah dengan UMP 1-13, menang dengan maskom 13-5, utm 13-2 n unimap 13-7. seronok-seronok sebab dapat belajar somthing. secara tidak langsung dapat lupakan seketika pasal kerja. hahaha

kami dah lakukan yang tebaik bermula daripada first day lagi

baju baru tempah xsempat nak sulam "pasukan petanque, UPSI"

selain daripada itu, waktu malam bila tak ada event kiteorang pergi berjalan-jalan ke SURIA KLCC, Selayang mall main bowling. haha yang penting ayie berada di kedudukan tengah-tengah. kenapa tah main tak menjadi malam itu. haha (poyo kejap) yang penting strike dapatlah sekali kan yg len banyak spare je. yeahhhhh.. yang pasti tak dapat aplikasikan men petanque ketika bermain bowling. haha
rindu mereka juga. yeahhhhh

November 15, 2012

salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum semua..

rindu sahabat-sahabat blogger semua setelah sekian lama ayie tak menonjolkan diri dalam berblogging. sebenarnya ayie sentiasa update blog cuma tak terpublish pada sahabat semua. maaf kalau ada yang rasa ayie dah berundur dari dunia blogging.

ayie rasa sangat gembira kerana Alhamdulilah tanpa disangka ayie diberikan keluarga baru di Kolej. mereka-mereka adalah orang yang sentiasa ada dekat hati ayie. bila berduka pasti mereka ada disini untuk hadapi bersama dan gembira juga bersama-sama. Uniknya mereka adalah masing-masing menpunyai perangai masing-masing.

adakalanya boleh membuatkan rasa geram, kelakar dan sebagainya. apapun mereka telah sebahagian daripada kehidupan ayie selepas keluarga ayie. 


September 11, 2012

seronok apa Sambut Hari Raya dekat Kolej

Assalamualikum w.b.t

membuak-buak nak menaip walaupun sekarang ini ayie akan mula busy dengan kuliah. Alhamdulilah sesi kuliah untuk tahun 3 ini telah bermula dan ayie bergelar "SENIOR" wey sebab "SUPER SENIOR" tengah berpraktikum sekarang. hehe 

sebenarnya nak cerita Sambutan Hari Raya 2012, Kolej Harun Amnurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris @ SaHaRa '12. aku dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Persembahan untuk SaHaRa '12. mula-mula rasa macam idak yakin sahaja sebb sebelum ini langsung tidak pernah pegang handle persembahan. Alhamdulilah ayie ad partner iaitu kak asiah. thank you kak asiah sebab banyak bantu ayie and beri maklumat pasal macam mana nak handle persembahan.

persembahan yang berlangsung pada SaHaRa '12 ialah persembahan silat, keroncong, gambus, nyanyian (duet) dan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim. agak cuka jugalah masa rehearsal sebab cuaca petang itu seperti tidak mengizinkan tetapi rehearsel untuk persembahan tetap berlangsung. 

pada malamnya pula berlangsunglah SaHaRa '12 dan alhamdulilah setiap persembahan yang dilangsung berjalan dengan lancar. Sangat berpuas hati dengan setiap persembahan yang dilakukan oleh peserta persembahan. Paling ayie suka sekali adalah gambus dan keroncong sebab sangat best alunan muzik yang mereka mainkan pada malam tersebut.

walau apa-apa pun yang penting 4 orang gadis ini sangat banyak membantu dalam melancarkan setiap persembahan pada malam tersebut. siapakah empat orang gadis tersebut, jom kita layan kejap gambar dekat bawah ini. hehe 

rexco media dan kesenian

layan kepala mereka bertiga boleh jadi poning gak

haha buat muka comel budak-budak ini

inilah lelaki yang yang menjaga mereka. hahaha


yang tudung putih tulah Kak Asiah. thank you Kak Asiah 

mereka yang suka berposing

buat muka comel pula mereka ini. kahkah

eh2, kenapa tu nak bercium pula nampak. kehkeh
sangat seronok dengan mereka berempat. serius memang tak terlayan lah kalau lepak dengan 3 orang gadis tersebut + Kak Asiah. haha penat den nak melayan depa. kenangan kot dengan mereka ini. 

September 6, 2012

Pandanglah Sahabat Dengan ...

Assalamualikum w.b.t

berkata berkenaan sahabat pasti ramai orang akan kate, "saya ada ramai sahaja sahabat sejati" tetapi adakah mereka mengetahui makna sebenar nilai sebuah persahabatan itu. Persahabatan boleh diertikan sebagai dua orang manusia ataupun lebih yang bersahabat ketika susah dan senang serta persahabatan mereka semata-mata kerana Allah.

Melalui pengalaman kehidupan ayie, untuk mencari seorang sahabat sejati itu sangatlah susah walaupun jumpa kadang-kadang bersifat sementara. Kenapa ayie berfikiran bergitu ye? firstly sebab kadang-kadang dalam benak fikiran ayie terfikir, mereka berkawan dengan aku hanya semata-mata untuk harta duniawi.

Bukan hendak menilai sikap seseorang itu cuma kadang-kadang hati akan rasa terguris apabila mereka hanya ada dengan kita apabila mereka memerlukan diri ini sahaja tetapi apabila diri ini meminta tolong, susah untuk mereka menolong. tidak salah menolong sahabat yang didalam kesusahan.

yang pasti satu kata yang tidak ayie akan lupe adalah
pandanglah sahabat kamu dengan pandangan ahli syurga. Lihatlah akan kebaikan yang telah beliau lakukan bukan keburukan yang beliau lakukan.

July 28, 2012

terubat rindu ini

kadang-kadang ini rasa seperti ayie melakukan kerja lambat sangat sehinggakan banyak perkara yang boleh disiapkan cepat tertangguh. Kasihan sahabat yang lain sebab terpaksa sabar dengan telatah, kerenah serta ayie yang sangat lambat membuat kerja ini.

satu perkara yang ayie kadang-kadang perlu sedar bahawa kita perlu memaksa orang apabila kita tidak mahu diri ini dipersalahkan tetapi maksud disebaliknya kita juga akan dapat memudahkan kerja semua orang. Apabila setiap kerja dilaksanakan dengan arahan yang tepat pasti akan puas rasa diri ini.

belajar daripada pengalaman dan pengalaman. Setiap kehidupan ayie sekarang di kolej walaupun sepatutnya sudah berada dirumah bersama keluarga tersayang. menikmati waktu sahur dan berbuka bersama keluarga ayie korbankan dan Alhamdulilah keluarga ayie faham.

Alhamdulilah juga, walaupun hidup di kolej kehidupan ayie gembira juga dengan adanya mereka yang sentiasa disisi ini taklaka kadang-kadang diri rasa kesunyian, kedukaan dan pelbagai perasaan lagi. walaupun kadang-kadang ada rasa terguris di hati, itu semua telah menjadi lumrah kehidupan.
kehidupan bersama mereka sebagai sahabat adalah nikmat yang terindah
JMK KHAR SESI 12/13

July 19, 2012

Indah Sungguh Setiap Percaturan Allah Untuk Hambanya

Assalamualikum w.b.t

29 syaaban sudah hari ini dan alhamdulilah masih lagi diberikan nafas untuk hidup dimuka bumi Allah ini. (ayat skema plakkan). macam biasa sudah hampir sebulan lebih ayie tak update blog. bukan busy manapon lagipun sekarang ini tengah cuti semester tapi ayie masih lagi berada di kolej untuk selesaikan berapa-berapa perkara yang perlu diselesaikan.

back to topic, selama berada di kolej ini sejak cuti semester banyak masa ayie habiskan dengan laptop kesayangan ayie ini dan banyak kali juga ---- disebabkan oleh kerja-kerja yang terlampau banyak. walaupun kadang-kadang rasa seperti tidak larat mahupun tidak mampu untuk menyelesaikan sesuatu, terfikir sejenak akan kata-kata ini.
"Allah tidak akan menguji hambanya, sekiranya hambanya tidak mampu untuk menghadapinya"
selain itu, banyak perkara juga ayie belajar semasa pergi Baktisiswa di Kelantan. bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan dan itu adalah yang terbaik. tidak perlu mengeluh kenapa perlu kehidupan susah tepai yakinlah itu adalah yang terbaik buat diri ini.

Masa dekat kelantan ayie tinggal dengan keluarga yang bleh dikirakan susah tetapi anak-anak mereka sangat pandai. subhanAllah indah bukan percaturan yang telah Allah laksanakan untuk setiap hambanya. walaupun susah tetapi Allah datangkan kesenangan dengan benda yang lain pula. ayie juga ingin ungkapkan ayat ini dan sangat memberi kesan kepada diri ini. 
"Pandanglah Setiap Sahabat Kamu Dengan Pandangan Ahli Syurga"

May 16, 2012

Dedicated to My Mum & Teachers in the World


Alhamdulilah sekarang sudah menjejaki bulan 5 dalam tahun 2012 and today adalah hari paling indah sekali buat "MY MOTHER & All TEACHERS IN THE WORLD" because hari ini adalah hari paling special but mereka.
"SELAMAT HARI GURU"
ayie dibesarkan oleh seorang umi yang bergelar cikgu dan insya-Allah 2014 nanti ayie pula akan bergraduate dengan title IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK DENGAN KEPUJIAN daripada UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI). kehidupan dengan seorang umi yang bergelar guru yang sangat sempoi dan tidak mahu anaknya satu sekolah dengan umi kerana umi takut ada bias. so, umi lebih selesa menghantar ayie dan adik-adik ker sekolah yang lain.

apa-apa pun menjadi seorang guru adalah sangat mulia dan jagalah amanah yang diberikan oleh Allah itu dengan sebaik-baiknya kerana anak-anak yang bakal dididik itu adalah aset yang paling berharga. didiklah mereka dengan ilmu duniawi mahupun ukhrawi agar seimbang kehidupan mereka kelak. umi selalu berpesan, mengajar bukan untuk mendapat title mahupun disanjung tetapi menolong mereka yang memerlukan dan ilmu mesti dikongsi bersama.
SELAMAT HARI GURU BUAT UMI TERSAYANG & CIKGU_CIKGU YANG ADA DISELURUH DUNIA. 

March 31, 2012

sambung belajar dekat US?

السلام عليكم

masa berlalu dengan sangat pantas sekali sehinggakan ayie lupa apa yang telah berlaku. alhamdulilah bakal memasuki minggu ke-7 di universiti. sangat indah sekali kehidupan semester ini kerana Alhamdulilah more better daripada sem lepas dan ambil iktibar daripada semester lepas juga.

first of All nak ucap tahniah dekat empat orang sahabat ayie iaitu faez sam, muna, wada dan rafidah. serius sangat terkejut dengan mereka sebab dapat buat pengajian selama satu semester dekat overeseas. wey korang, buat gua rasa tercabar seketika. bilalah nak merasa udara United States (US) tukan. haha apa-apa pun jgn lupe niat utama korang pergi kesana adalah untuk menuntut ilmu, insya-Allah aku bakal menyusul kelak. cewahhh

yang pasti tidak dapat nak kenalkan muka depa sorang-sorang sebab takut depa malu sahaja nanti. cuma boleh ayie kepilkan sedekit info berkenaan dengan U yang bakal mereka pergi sahaja. jom layan gambar dekat bawah ini kejap.


apapun tahniah buat mereka berempat semoga mereka terus berjaya dan berjaya walaupun di negara orang. *jealous dengan depan. 

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014