July 11, 2014

Popiah Basah Paling Sedap

Popiah Basah Paling Sedap | Ayie baru sahaja diperkenalkan dengan popiah Basah yang makcik ini dan first word yang keluar daripada mulut ayie lepas raya Popiah basah ini ialah sangat Sedap. Serius sangat berbaloi ok dapat makan Popiah basah ini. Harga pun sangat berpatutuan.

Harga untuk satu Popiah Basah ialah Rm 0.60. Kenapa RM 0.60 sebab Popiah Basah yang makcik itu buat memang besar dan ayie makan 3 biji pun dah rasa kenyang. haha Nampak x yang ayie kelaparan dekat situ sebab itu makan 3 biji Popiah Basah yang makcik itu buat baru kenyang.

Mana nak dapatkan Popiah Basah ini? Korang boleh dapatkan dekat Bazar Ramadhan Hulu Bernam berhampiran dengan Stesen Minyak ESSO. Den jealous asik member tayang buffet Ramadhan nun jauh di KL or Selangor. Nak juga tayang makan yang paling sedap dekat area Tg. malim juga. hehe Korang jealous tak? haha

eh silap, bukan nak jealouskan orang cuma nak bagitahu sahaja kot-kot lah korang lalu Tanjong Malim dan nak rasa popiah Basah itu boleh singgah tapi jangan lewat sangt sebb biasanya pkul 5.30 Popiah Basah itu dah abis dah. 

5 hari straight ayie pergi beli Popiah Basah itu sebab terlampau sedap dan emang tak basi pun sebab masa makan waktu sahur, Popiah Basah itu masih lagi sedap ok. I like it. Nak tengok gambar Popiah Basah itu, mai ayie belanja tengok yer. hehe



*Sedap tidak? Mohon jealous. hehehe

Kepentingan Surah Al-Kahfi

Kepentingan Surah Al-Kahfi | Macam mana hari Jumaat korang pada hari ini? Harap-harap semuanya berjalan seperti biasa sahaja dan ayie macam merasakan sungguh pantas masa berlalu dan tutp-tup dah sampai hari Jumaatkan. Hari ini merupakan hari ke-13 Ramadhan.

So, dah baca Surah Al-Kahfi? Kalau belum jom kita baca sama-sama nak. Ambik masa dalam 20 minit sahaja InshaAllah untuk membacanya sebab Surah Al-Kahfi hanya mempunyai 110 ayat sahaja. Lagi elok kalau kita dapat menghafal Surah Al-Kahfi.

Sekarang ini zaman dah mudahkan, dalam handphone masing-masing pun sudah bleh install Al-Quran digital. Lagipun banyak Kepentingan Surah Al-Kahfi ini. Antara Kepentingan Surah Al-Kahfi adalah seperti gambar di bawah ini. 


Lepas Kita dah baca Surah Al-Kahfi ini, apa kata kita sambung sedikit baca Qunut Nazillah pula. Tembak doa laju-laju buat pejuang islam di Palestin. Sesungguhnya, mereka berjuang demi mempertahankan islam di Gaza.


Ramadhan Si Cilik

Ramadhan Si Cilik | Apabila mengimbau balik zaman kecik masa aku umur 6 hingga 12 tahun memang nak tergelak sorang-sorang pun ada juga sebab terlampau banyak kenangan sehingga tidak dapat untuk aku ungkapkan. Seriously, my dad memang sangat garang dengan anak lelaki dia sebab 3 orang bujang dia memang degil dan kami beza pun setahun jer.

Masa umur aku 6 tahun aku dah start puasa dan alhamdulilah aku dapat puasa penuh time tu sebab ayah aku kata satu hari puasa dapat seringgit. So, dengan gigihnya aku puasalah walaupun time rehat dekt tadika member-member dok layan makanan sedap-sedap.

selain itu, Aku mula start ikut terawih pun pada umur 6 tahun. Ayah aku jenis garang, kalau dia tahu sahaja aku men-men dekat belakang siaplah balik rumah. Rotan memang menantilah. Aku dah lalilah dengan rotan dan ketuk ketampi sebab ada sebab ayah aku buat macam gitu.

Kalau ayah aku tak buat macam gitu, aku mungkin tidak jadi seperti sekarang ini. Tq ayah. eh macam dah lari shaja, sebenarnya aku nak share sesuatu masa aku scroll dekat Facebook dan terpandang sesuatu dekat page Muslim Slow ala Malaysia. Dia mengingatkan aku sesuatu iaitu pasal adik-adik aku yang memang semangat nak berpuasa bila tiba ramadhan tapi bila sampai waktu, TERKANDAS. hehe 

Korang nak tahu tak apa yang aku maksudkan dengan TERKANDAS. Layan cerita gambar ini yang aku dapat daripada Muslim Show Ala Malaysian.


Sumber ganmbar : Muslim Slow Ala Malaysian

*Jom kongsikan cerita ramadhan korang masa kecik-kecik. Mesti seronokkan. hehe

sambil-sambil itu jangan lupe baca Doa Qunut Nazillah yer. #PrayForGaza


July 10, 2014

Cara Menderma Menggunakan SMS Untuk Palastin

Derma Menggunakan SMS Untuk Palastin | Sekarang semua zaman dihujung jari dan mudah untuk kita mendapatkan maklumat. Kalau ingin menderma untuk Palestin pun sudah mudah sekarang ini. Hanya menggunakan phone sahaja untuk menderma tabung aman palestin kalau malas sangat nak pergi bank untuk bank in duit. 

Semoga dengan kemudahan yang telah dipermudahkan ini dapatlah kita bantu seadanya untuk menderma. Sesiapa yang tengah online dan tidak tahu Cara Menderma Menggunakan SMS untuk Palestin boleh ikut cara ini. Kalau ingin mengetahui maklumat lanjut boleh sahaja ke website Aman Palestine.

Setakat ayie menggunakan perkhidmatan Maxis, alhamdulilah sudah diterima dan tidak pasti untuk perkhidmatan lain. Sama-samalah kita menderma walaupun sedikit. Sesungguhnya mereka berjuang demi mempertahankan Gaza tercinta. Jom sama-sama kita baca Qunut Nazillah.


kalau ingin derma lebih. Boleh sahaja bank in kan duit ker no. akaun berikut. 


Ayie sertakan Qunut Nazillah. Sambil BW boleh juga baca qunut Nazillah ini secara tidak langsung. InshaAllah. Doakan pejuang-pejuang islam disana. 


BE/CPUV Nuffnang | Oreo Transformers

BE/CPUV Nuffnang | Oreo Transformers | Rezeki 12 Ramadhan. Tengah berlegar-legar nampaknya Be dekat blog ayie ini. Terima Kasih Nuffnang sebab bagi BE dekat blog ayie ye. BE kali ini berkaitan dengan Oreo Transformers (promotion). Maklumlah sekarang inikan tengah musim Transformer 4. Den tidak kesampaian lagi nak tengok Transformer 4 walaupun masa awal ramadhan tu member ada ajak pergi.

Mungkin tunggu dekat tv sahaja sebab kekangan waktu dan juga masa. Maklumlah keje daripada pagi sampai malam dan rehat pun sebab solat dan juga berbuka puasa. Walaupun kadang-kadang rasa letih tapi berpuasa hati dengan apa yang telah diberikan. Maka kena senyum sahajalah. 



EH, melalutlah pula ayie ini. Kalo korang ingin tahu lebih lanjut berkaitan dengan Oreo Transformers (promotion) ini boleh ah tengok trailer ini.


Kalau korang nk lagi seronok, mungkin boleh masuk web site Oreo Better Together ini. Ada macam-macam aktiviti dan ada game juga tu. Jomlah kita pergi website Oreo Better Together ye. Kalau cakap pasal Oreo juga ini, ayie bukanlah peminat tegar tapi ayie suka makan oreo sebab sedap dan merupakan makanan ringan yang biasa ayie akan beli bila nak blik kg. Kira peneman kita diriku lapar di dalam bas. hehe

*sambung kerja design lagi. TQ costumers. Korang memang awesome.

Solat Sunat Awwabin | Pray For Gaza

Solat Sunat Awwabin | Pray for Gaza | Siapa yang belum tidur lagi pagi-pagi ini yer. Alhamdulilah sudah masuk pertengahan Ramadhan dan hari ini merupakan hari kedua belas Ramadhan. Ayie merasakan sangat cepat masa berlalu, mungkin sebab ayie bekerja dari pagi sampai ke malam. Itu yang tak rasa sangat waktu berlalu dengan pastas. 

Sebelum itu, ada geng-genga tahu apakah itu solat Sunat Awwabin ini. Ayie pun baru tahu tadi sebab terbaca post member dekat salah page dekat Facebook. Sebelum ini memang ayie tak tahu pun pasal solat sunat awwabin ini. Pagi ini tahu dan bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang untuk mengetahuinya.

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat yang dilakukan sementara menunggu waktu isyak masuk dan dilakukan selepas solat maghrib. antara fadhilat Solat Sunat Awwabin ialah:
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
Kalau korang ingat mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Solat Sunat Awwabin ini, korang boleh sahaja pergi dekat blog ini (link). Dia ada menerangkan secara detail berrkaitan dengan Solat Sunat Awwabin. Semoga kita sama-sama memperolehi manfaat. InshaAllah

Sebelum itu, Jom sama-sama kita doakan sahabat seislam kita di Palestine. Mereka sedang bertarung nyawa demi mempertahankan agama islam dan negara. Semoga, doa yang kita titipkan dalam bulan ramadhan ini diredhai Allah. InshaAllah.



Sama-samalah kita baca Doa Qunut Nazilah buat saudara kita di Gaza.


July 9, 2014

Doa Qunut Nazillah

Jom sama-sama kita baca Doa Qunut Nazillah buat sahabat-sahabat kita di Gaza. Doakan yang terbaik buat mereka. Semoga semuanya dipermudahkan. InshaAllah, di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, doa-doa yang kita pinta dimakbulkan oleh Allah. InshaAllah.


*Den update sahaja ini, xsempat lagi nak membalasnya. Adeh macam-macam pula yang pelanggan mintak untuk design diorang ini. den jadi pening pula nampaknya.

Wordless Wednesday: Jerman?

sumber: member group whatsapp Inspirasi

Besar-besar tepampang dekat depan situ tulis KAMPUNG PARIT JERMAN. Tak pasal-pasal Kampung Parit Jerman ini popularkan sebab Germany menang semi final tadi pagi menentang tuan rumah, Brazil. Walaupun den sokong Brazil, den terima dengan hati yang dukacita. haha xpoah, adat permainankan. 

Cuma nak bagitahu jer, Kampung Parit Jerman ini bersebelahan dengan kampung ayie. Kampung ayie Kampung Parit Sulaiman. Dekat Kampung Parit Jerman ini ini pun ada sedara-sedara ayie belah umi. Raya confirm kena pi kampung ini sebab sedara ada area kampung ini. Merasalah juga pergi Kampung Parit Jerman bukan Negara Germany yer. haha

*Nanti petang-petang sikit ayie BW tempat korang sekarang kena siapkan design. Ada 5 design bah kena settlekan sebelom pukul 5PM. Matilah den.

Wordless Wednesday

July 8, 2014

Page Rank 2

Macam mana berbuka hari ini? lauk apa sahaja yang korang semua melantak ea? hehe ayie macam biasa akk yang masakkan dan hari ini bermuka bee hun goreng, nasi putih dan ikan masak lemak cili api. Kenyang sudah melantak tadi and now sambung balik jaga kedai. hehe

Semalam, saja-saja nak check Page Rank Blog Azrin Rahim ini dan alhamdulilah page rank untuk blog ini dah naik kepada 2 (PR2). Kalo korang nak check page rank korang boleh check dekat sini tapi rank alexa ayie agak teruk sikitlah kan sebab dah lama tinggalkan blog. Jadinya kena usaha keraslah nak bagi rank alexa tu ok deh. Lagi elok kalau page rank tinggi dan rank alexa pon tinggi. Memang rating blog tu tinggilah gamkanya. hehe

Alhamdulilah rezeki bulan ramadhan katakan. Lagipun since ayie baru bergiat kembali aktif blog ini semangat itu adalah sikit untuk terus berblogging. ayie aktif berblog pada tahun 2010 dan 2011 tak aktif sangat sebab tumpukan sepenuhnya pada pelajaran (poyo jer lebih, padahal malas nak update entry). hahaha

Check Page Rank
Kenapa pentingnya Page Rank blog ini? boleh dapatkan info dekat Kenapa Page Rank Penting Untuk Blog? Sekarang ini masa untuk aktif kembali dan kekalkan page rank ini dan mungkin akan berusaha untuk tingkatkan lagi page rank ini. 


Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com

Malam ini den tak ada keje sangat jadinya jomlah kita sama-sama joinkan diri join segmen Salam Aidilfitri bersama Irriyyan.com. Sapa tidak mahu kad raya freekan. Semua orang pasti nak kan. Kalau nak, Jom kita join segmen ini yer.


kalau nak join, tekan jer banner tu xpon mai tekan link ini yer irrayyan.com



Doa Rabitah (Doa Ikatan Hati)

Pertama kali aku diperkenalkan dengan Doa Rabitah adalah masa aku menjadi salah seorang Jawatankuasa Mahasiswa Koleh (JMK), KHAR sidang 2012/2013 ataupun dikenali dengan nama Inspirasi. First time dengar itu aku macam blur-blurlah jugakan but bila sampai maksud Doa Rabitah itu. Alhamdulilah, aku memahami kenapa Doa Rabitah ini dibaca.

Hampir setiap lepas meeting dengan geng-geng Inspirasi kiteorang akan baca Doa Rabitah sebagai penutup meeting. Aku bukan seorang yang suka mendalaminya tapi bila tiap kali aku baca Doa Rabitah ini, aku akan teringat mereka. Bagaimana kami bergerak kerja untuk memberi sesuatu impak yang positif kepada warga kolej. Kisah perjalanan sepanjang menjadi Inspirasi juga memang tidak mudah dilupakan.

Ketawa, menangis, suka, bermasam muka dan kandag-kadang ada yang terluka itu sudah menjadi lumrah terutama dekat akulah sebab kadang-kadang rasa tertekan perlu menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain but lastly, aku rasa wow sebab hasil kerja aku diterima.

Yes, memang tidak aku nafikan aku akan rindukan membaca Doa Rabitah bersama dengan geng Inspirasi. Tq sebab menjadi salah satu keluarga kecil yang biasa-biasa tetapi sebenarnya sangat luar biasa. To my bestie in Inspirasi, Bila kita boleh baca Doa Rabitah lagi ramai-ramai?. 

Doa Rabitah: 
Ya Allah engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mandaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

~Versi Nasyid Doa Rabitah – UNIC~



Akan aku dambakan saat doa rabitah bersama mereka. Apa-apa pun all the best buat mereka sebab kebanyakan geng-geng Inspirasi telah menamatkan zaman degree di UPSI. semoga dipermudahkan urusan kita untuk posting kelak. InshaAllah. 

untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Doa Rabitah boleh tahu disini Kelebihan Doa Rabitah

I Miss You, Twins

Masa dekat kedai lagi tadi dah rasa macam geram sangat sebab tiba-tiba memory phone tak berfungsi means semua gambar dalam memori itu hilang tanpa dapat dikesan. Rasa macam nak nangis sahaja sebab dalam memory tu banyak gambar adik perempuan twins ayie. Gambar umi and ayah pun ada juga. 

Rasa Geram sangat mungkin sebb virus dekat PC tempat kerja yang menyebabkan benda ini corrupt. Pujuk hati balik supaya sabar dan anggaplah semua itu ada hikmahnya. Nasib baik ada beberapa gambar yang ayie telah transfer dalam laptop ayie ini terutama gambar twins.

Rindu sangat dekat twins sebab dah hampir 3 bulan rasanya tidak jumpa twins. Kalau balik kampung grenty asik bergaduh dengan twins pasal remote TV. Twins sanggup tak ikot umi dan ayah keluar semata-mata nak tengok cerita kartun dia dekat Astro Ceria. Den kadang-kadang geram juga tapi kadang-kadang seronok juga sebab perangai mereka buat ayie tergelak hati. hehe

Alhamdulilah, Kalau call umi, grenty twins ada sebelah dan mulalah macam-macam tanya soalan dan soalan biasa yang diorang akan tanya ialah "Bila along nak balik kampung?". Aku akan kata, alah nanti baliklah dan diorang siap request lagi baju raya. haha Padahal aku dah belikan dah baju raya diorang masa itu dekat Vietnam lagi masa aku pergi SAIGON, VIETNAM

By the way, sekarang twins dah umur 5 tahun pun dan alhamdulilah dah boleh menulis, membaca abc, 123 dan sikit-sikit buku. Hopefully, twins akan lebih berjaya daripada abg long dia ini. I miss You, Twins.


Mereka adalah adik bongsu ayie dan nama gelaran diorang adalah NONI dan NONA. Merekalah yang selalu buat kamu sekeluarga tertawa dengan perangai mereka. Siap request lagi dekat ayie kalau ayah ataupun umi tak belikan diorang terutama kasut. haha I Miss You, Twins.

July 7, 2014

Online Ticket Memudahkan Balik Kampung

Rehat kejap daripada design ini. hehe Maklumlah suka tangguh-tangguhkan kerjakan. Lagipun ada beberapa design yang memerlukan komitmen menggunakan otak pada tahap maksimum dan akhirnya aku kecundang daripada meneruskan melihat design tersebut.

OFF seketika about design dan ingin cerita tentang aku beli ticket bus sekarang menggunakan online sahaja. Alhamdulilah, dunia sekarangkan di hujung jari tinggal beli sahaja dan pastikan dekat bank ada duitlah. hehe Ayie biasa kalau balik Kg nun jauh di Penghujung Benua Asia aka Pontian lebih prefer untuk naik bus S & S International berbanding bus yang lain. 

Mungkin sebab dia ambik masa yang singkat dan tak singgah banyak tempat. Mula-mula ingat nak beli melalui e-ticketing TBS tapi service tengah down sekarang jadi menggunakan perkhidmatan laman web bus S & S International teruslah sekarang ini. Nanti pergi TBS tinggal tukar tiket yang memang dikeluarkan oleh TBS.

Slip Online Ticket

Ayie beli tiket awal sebab memang tidak sempat untuk ke Kuala Lumpur membelinya. Lagipun perjalanan nak pergi Kuala Lumpur pun mengambil masa satu jam lebih. itu baru pergi belum lagi nak balik ke Tg. Malim. Belum Masuk duit bus lagi. Better beli Online sahaja.

Ayie nak update tutorial beli bus dekat e-ticketing TBS online tu tapy tunggu server dia ok balik yer. Kang buat penat sahaja korang sign up bagai tapi system down. Tidak guna jugakan. Selain itu, kalau server down better gunakan laman web bus sahaja terus beli ticket secara online.

*tutorial tunggu nanti malam, Ingin siapkan kerja-kerja design dahulu. Jangan lupa solat zohor ye sahabat.

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

Sebelum start enjin nak berblogging dan kerja yang menanti ini, ayie nak mulakan dengan join giveaway dulu. Yuhuu Pagi-pagi ini macam biasa still buka kedai tapi akk adah yang buka awai sebb dia yang masuk kol 9am. hehe Ayie kol 9am baru nak mandi. kuikui

Jom kita bersegmen yer pagi ini. hehe

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]


Ok. lepas dah settle ini korang jangan lupe yer follow pula Goggle+, FB page, Instragram dan twitter mereka. Jom kita bersegmen puas2 yer. Masyuk juga duit raya ini. hehe Kalau dapat rezeki. Alhamdulilah.

Ramadhan Malaysia VS Gaza

Ramadhan Malaysia VS Gaza | Bersyukur | Lepas Solat tadi ingat nak blogwalking tapi mata memang tak tahap sangat dan terus terlelap. Ini sekarang tersedar pula dan kalau nak lelap memang agak lambat sikitlah jawabnya. Apa-apapun kena tidur juga sebab kejap lagi nak bangun sahur. Maklumlah pola tidur dah tak sama macam zaman belajar dahulu, kena ubah sebab lah ini sudah bekerja. hehe

Pagi-pagi ini terasa terpanggil pula nak berkongsi satu gambar ini. Ayie dapat daripada Page Muslim Show Ala Malaysian. Gambar yang dikongsi Oleh Page ini sangat DEEP maknanya. Setiap kali page ini pos gambar jiwa kadang boleh terusik dan tanpa diduga mungkin juga jiwa rasa seperti Ya Allah adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang ini. 

Jom kita hayati seketika gambar ini:


bersyukurlah dengan apa yang kita telah perolehi pada hari ini. Bagaimana pula dengan rakan-rakan kita di Gaza sana. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk duduk di negara yang aman dan damai. Alhamdulilah diberi peluang kesihatan untuk terus mengupdikan diri kepadaNYA.

Walaupun sekadar lukisa, kadang-kadang boleh merobik jiwa dan lemah ini supaya sentiasa perlu untaikan kata Alhamdulilah, Alhamdulilah dan Alhamdulilah. Apa-apa pon banyakkan berdoa buat mereka. Allah ko permudahkanlah urusan setiap hambanya. Sebelum ayie tutup, korang tahu tidak pasal Mission Dawah yang telah berlangsung di seluruh dunia ni. Esok kita cerita pasal itu pula yer.

Sumber Picture: Muslim Show Ala Malaysian

July 6, 2014

Benda-Benda Yang Melayu/Muslim Sebut Bila Ramadan ala Mat Lutfi

Benda-Benda Yang Melayu/Muslim Sebut Bila Ramadhan | Mat Lutfi | Den memang peminat setia Mat Lutfi ini dan video ini memang thorbaiklah. haha Asyik tergelak sahaja tengok video ini. Aduyai, memang tidak dinafikan apa yang telah diperkatakan oleh Mat Lutfi dan rakan-rakan dalam video ini iatu Benda-Benda Yang Melayu/Muslim Sebut Bila Ramadhan sangat menyentap jiwa dan raga.

Yang aku paling terkesan ialah berkaitan dengan Done Terawih, Done Tadarus, Done so on dan terakhir sekali Done lakukan solat jenazah. hahaha Selain itu, Mat Lutfi juga menampilkan sesuatu yang berbeza dengan menggunakan rakan-rakan beliau.

Memang tidak dinafikan, setiap kali video yang Mat Lutfi buat pasti akan tercapai sasaran dan orang yang tengok pun akan rasa DEEP!!! Walaupun kita tengok gelak-gelak tapi cuba kita hayati disebalik video itu. memang Thorbaik. Normal semua benda yang dikatakan oleh Mat Lutfi adalah benar dan memang tipikal orang melayu memang begitu.

salah satu part dalam video tu

video benda-benda yang melayu/muslim sebut bila ramadhan

Apa kata anda pula selepas melihat video ini? Jom sama-sama kita hayati dan ayie boleh katakan DEEP!!!

source video: Mat Lutfi

Request Surat Pengesahan Jangka Tamat Pengajian

Hari Ahad masing-masing mesti dekat rumahkan, tengah bersantai-santai bersama family dan disebabkan ayie bosan tak tahu nak buat apa duduk dekat dalam bilik. Jadinya, ayie buka kedai hari ini. hehe Sebelum nak berbuka ayie tutuplah balik kedai. Tenga-tengah jaga kedai ini bolehlah kot ayie nak berblogwalking daripada satu tempat ke tempat lain sebab tak abis lagi berblogwalking semalam daripada segmen Kak Mialiana

Dua ari lepas ayie ada update berkaitan dengan Surat Pengesahan Jangka Tamat Pengajian dan alhamdulilah disebabkan masih lagi berada di Tg. Malim, member yang kenal minta tolong ayie dapatkan Surat Pengesahan Jangka Tamat pengajian buat mereka juga.

Borang-borang mereka ayie dah proseskan dan ada yang telah dapat dan ada yang belum dapat lagi surat pengesahan. Harap member bersabar ye. hehe Contoh surat rasmi yang perlu dihantar kepada unit pengijazahan bagi memohon Surat Pengesahan Jangka Tamat pengajian. 

surat-surat yang direquest

Ini antara request daripada member. Ada lagi yang request dan ayie tak sempat nak print lagi. Lagpipun diorang request semalam dan baru tadi. Jadinya, xsempat nak print lagi surat-surat diorang. Tapi ada yang dah settle pon sebab diorang mintak awal lagi iaitu minggu lepas dan dua minggu lepas sebab mostly diorang nak further dekat uni lain. Ayie? InshaAllah UPSI sahaja kot. hehe

surat pengesahan yang telah diluluskan

inshaAllah esok semua surat yang diorang request dekat ayie, ayie akan hantar kepada unit pengijazahan dan mungkin selasa atau rabu korang akan dapat softcopy daripada ayie. ayie mintak maafnye kalau ada kekurangan masa tolong korang.

*Rindu geng Boboiboy JMKKHAR 12/13

July 5, 2014

#Design 1

Orang pagi sabtu sibuk rehat dekat rumah, ayie ini masih lagi dekat tempat kerjakan. Nasib badanlah sebab memang dah lumrah bekerja dekat sini. Bila entah nak rehat ea? Normally, rehat hari Ahad dan kadang-kadang kalau ahad bosan ayie buka kedai sahaja. 

Ok pagi ini bukan hendak cerita berkaitan dengan kedai ke apa cuma nak cerita minggu lepas dapat tempahan design logo untuk satu page kecantikan ini. Akak ini alhamdulilah sampai sekarang masih lagi menggunakan khidmat ayie untuk design. Kali ini, ayie diberikan tugasan untuk design samothing logo berkaitan dengan muka.

Design logo tidaklah berapa susah cuma nak dapatkan idea itu agak makan masa jugalah sebab ingin somthing yang lain daripada yang lain. Ayie trylah buat beberapa design sebab tidak ada idea sangat dan akhirnya proceed tunjuk dekat customer. Customer kurang berpuas hati untuk kali pertama, jadi ayie rehat sekejap dalam sehari.

Esoknya, ayie buat design lain dan tunnjuk dekat customer. Still ada sedikit lagi perubahan dan ayie pon try ubah tetapi xad idea lagi. Tinggalkan design itu buat seketika. Selang dua hari, tiba-tiba idea itu datang dan ayie terus design dan buat ikut tema yang customer inginkan. Hantar sahaja, lepas itu customer feedback dia kate proceed.

Gembiranya dalam hati den time itu. Design logo latest yang diterima oleh customer ialah seperti dibawah ini. 

Ayie normally design logo menggunakan perisian Adobe Illustrator CC. Adobe Illustrator CC adalah yang paling latest version daripada Adobe. Kalau ada sesiapa yang inginkan design logo, just PM dekat page FB ayie sahaja. InshaAllah permintaan anda akan dilayan. selalunya, ayie akan lampirkan sekali dengan vector untuk memudahkan urusan customers untuk cetakan. 

*Kalau ada yang ingin ayie tracekan logo pun boleh. PM me dekat page FB sahaja. Harga inshaAllah berpatutuan. :)

July 4, 2014

Surat Pengesahan Jangka Tamat pengajian

Petang ini relax sekejap daripada keja. Lepas jumaat tadi ada keje sikit, kerja design yang perlu disettlekan dan adalah sikit buat kerja-kerja kedai. Ayie agak seronok sedikit sebab dapat banyak belajar tentang perniagaan dan lari daripada opsyen sikit iaitu pendidikan. Berkata mengenai opsyen ini, alhamdulilah ayie dah selesai menamatkan pengajian sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Apabila sudah tamat belajar ini mulalah mencari pekerjaan sebelum posting dan ada juga member ayie yang tengah apply sambung master. Jadinya apabila ingin sambung master dan bekerja tetapi tidak konvo lagi, Wajib untuk lampirkan surat pengesahan jangka tamat pengajian yang menunjukkan telah tamat belajar. 

Disebabkan ayie sorang sahaja yang masih berada di Tg. Malim, jadinya ayie lah yang kena pergi canselori bahagian pengijazahan untuk mintak surat pengesahan jangka tamat pengajian. Nasiblah ada member dia ini yang baik hatikan, jadinya ayielah berulang alik proses surat diorang dan akhirnya dapat juga surat seperti dibawah ini.

Surat Pengesahan Jangka Tamat Pengajian

ini adalah contoh surat pengesahan jangkaan tamat pengajian. Penting terutama sesiapa yang ingin sambung master tetapi belum dapat transkrip ataupun scroll. Selain itu, kalau nak mohon pekerjaan pun penting juga, diorang mesti ingin tahu sama ada dah tamat belajar ke belum sebab ingin berikan gaji setimpal dengan kelayakan kita. 

Apa-apa pun Allah Yutfah Alaikum untuk member ayie yang bakal menyambung pengajian ke peringkat master dan bekerja sebagai guru ganti. Buatlah apa pun bagi mengisi masa lapang sebelum anda dipostingkan dan mendidik anak-anak bangsa kelak. Alhamdulilah, habis belajar masa itu ayie terus disunting oleh syarikat Idaman Sis Ent. (poyo disunting, padahal memang dah lama pun bos tunggu suh masuk kerja). hahaha 

Den nak sambung belajar juga tapi tunggu bulan dua tahun depanlah. InshaAllah. Mohon doanya. Bekerja seketika supaya dapat meringankan sedikit beban ayah dan umi. 

Segmen "Jom Kenal Blogger sambil Blogwalking"


Alhamdulilah sudah 4 Julai 2014 bersaam dengan 6 Ramadhan 1435 H. Skema jap ayat kan. Apa-apa pun kena bersyukur sebab masih lagi diberi kesempatan pada bulan ramadhan. Pagi-pagi ini sebelum strt enjin kerata berblogwalking eloklah kiranya ayie join mana-mana segmenkan. hehe Lagipun lama dah tak join mana-mana segmen ini. Step 1 dan Step 2 DONE!!! now kite bergerak ke step 3 pula.

Nama:
Lebih selesa untuk orang gelarkan diri ini ayie or zarin or azrin.

Status:
Insha Allah ada rezeki tahu ini bakal ... haha yang penting Single but not avaible.

Warna & Makanan Kegemaran:
Suka warna yang agak blocking and yg penting warna yang agak light dan makanan biasalah nasi ayam.

Twitter:
@brother_bobs 

WeChat:
Jarang guna

Hobi:
Design using Illustrator, Blogging, Surfing and learn something new like software or anything else.

Cerita tentang apa-apa pasal diri:
anak sulung daripada enam orang adik beradik dan lahir pada bulan september. Suakan sesuatu yang mencabar terutama berkaitan dengan software and belajar sesuatu yang baharu. Selain itu, suka akan mengajar subjek matematik, add math dan fizik.

Tarikh tutup 7 Julai 2014

July 3, 2014

Felixia Yeap Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Alhamdulilah, ayie ini daripada semalam lagi ternanti-nantikan bila dan pukul berapa Felixia Yeap mengucap dua kalimah syahadah dan akhirnya penantian itu dapat juga ayie perolehi melalui akaun rasmi Felixia Yeap. Semoga srikandi Islam ini tabah menghadapi segala dugaan yang bakal tiba. Yakin dan percayalah bahawa Allah itu maha penyayang lagi maha mengasihani. 

ini yang telah dipaparkan di page Felixia Yeap

gambar diperolehi daripada FB Felixia Yeap

buat Felixia Yeap semoga terus istiqomah dengan pengislaman yang telah dilakukan. Yakinlah sesungguhnya jalan yang kamu pilih ini adalah jalan yang terbaik dan semua muslimah yang telah bergelar islam mungkin boleh mengambil ikthibar daripada kisah-kisah Felixia Yeap. Ayie memang sentiasa update sikit dengan cerita Felixia Yeap ini. hehe

Akhirnya, Felixia Yeap mengucap Dua Kalimah Syahadah juga. Sesunggunya Allah itu mengetahui setiap yang tersembunyi dilangit mahupun dibumi. Semoga Felixia Yeap terus Istiqomah. tak sabar nak tunggu nama yang bakal digunakan oleh Felixia Yeap. dup dap dup dap. haha

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri

5 ramadhan dah hari ini dan inshaAllah hari ini juga Rania aka Felixia Yeap akan mengucap syahadah (klik sini). Cuma terkilan sedikit sebab tidak ada liputan media berkaitan dengan pengislaman Rania. Tapi apa-apa pun ayie respect dengan Rania sebb nak bagi adil dan tidak ada pihak media yang terasa kalau tidak dapat buat liputan pula. apa-apapun Welcome Srikandi Islam.

Tidak mahu basa basi lagi ayie cuma nak bagitahu berkaitan dengan Kadar Bayran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri. Sila perhatikan betul-betul ya sebab mana tahu dah boleh prepare duit untuk bayar zakat tahun ini. hehe 

Kadar Byaran Zakat Fitrah 2014 Setia Negeri

Sebelum itu jom layan cerita ini kejap. Penting!!!

Masa ayie ikut kursus kawin tahun inilah area bulan 3 macam gitu, masa dengar ceramah itu ustaz ada tanya, umur kamu ini kira lingkungan pelajar siapa yang byarkan zakat. Kamu yang bayar zakat sendiri ataupun masih mak ayah yang bayarkan zakat?

Masing-masing cakap mak ayah yang bayarkan zakat dan ustaz bagitahu balik, kamu sepatutnya malu dengan diri sendiri. Seumur kamu ini sepatutunya yang bayar zakat adalah kamu sendiri sebab kamu dah baligh dan boleh berfikir. Bukan mak ayah lagi yang perlu bayar zakat. Agak tersentap jugalah juga dengan kata-kata ustaz itu dan InshaAllah tahun ini ayie akan bermula membayar zakat sendiri sebab dah bekerja walaupun biasa-biasa sahaja. Lagipun baru sahaja menamatkan zaman degree.

So, sekarang kita boleh berfikir kan? dah baligh dah tapi mak ayah masih bayarkan zakat kita, apakata kita ambik iniseatif sendiri dan bayar zakat sendiri. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Jom sama-sama kita bayar zakat. ayiekan dah lampirkan juga Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 setiap negeri. Jadi jangan mengelak nak pergi negeri lain yang murah pula ya. hehe 

Salam 5 Ramadhan.

Giveaway Duit Raya Gempak 2014 by Ainaa Roseberry


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

*Lagipun lama dah x join giveaway bagai ini sejak tingglkan dunia blog. Mari kita join deh. hehe

July 2, 2014

#WordlessWednesday (Rania nama Islam Felixia Yeap)


Alhamdulilah, esok 5 ramadhan 1435H bersamaan dengan 3 Julai 2014 adalah hari bersejarah dalam islam dimana bakal tambah lagi seorang muslimah yang bakal menggunakan nama Rania (Felixia Yeap). Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki.

Den berdebar-debar ini nak tahu nama sebenar Felixia Yeap sebb beliau ada mengatakan bakal menggunakan dua nama dan salah satu namanya ialah Rania. Nama yang indah dan tanpa diduga nama itu diperolehi ketika sedang tidur. 

Ayie doakan semoganya semuanya berjalan lancar. request somethinglah? Ada tidak live felixia yeap (Rania) mengucap dua kalimah syahadah? hehehe 
Maksud nama Rania:
"Pemimpin Raja Yang Mempersona"

July 1, 2014

Ramadhan di Perantauan

Alhamdulilah buat sekian kalinya pada umur menjejaki 23 tahun ayie dapat lagi merasa kemanisan bulan ramadhan. Alhamdulilah indah sungguh nikmat yang Allah beri itu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan nikmat yang tidak terhingga. 

Tahun ini merupakan tahun ketiga ayie berpuasa di perantauan. Kadang-kadang rasa macam Allah rasa seperti tidak bermaya apabila tidak dapat berpuasa dengan family tetapi berpuasa di perantau bersendirian. Walaupun diperantauan, ayie rasa gembira sebab tahun pertama berpuasa di perantauan adalah bersama keluarga JMK KHAR 12/13 iaitu di bumi UPSI. Masak bersama-sama mereka, pergi pasar dan masak bersama-sama. Persahabatan yang tidak dapat dinilai ataupun aku lebih mengenali mereka dengan #37Wonders. 

Tahun kedua berpuasa di perautaan adalah tahun lepas semasa aku menjalani latihan mengajar di SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka. Ketika itu aku duduk serumah dengan faiz dan apai. Alhamdulilah tidak rasa seperti keseorangan kerana apabila bersahur kami masak sama-sama dan apabila berbuka kami masak sama-sama juga. Kadang-kadang ada juga jiran sebelah rumah bagi makanan dan kami dengan malunya pulangkan pinggan tapi bukan dengan pinggan kosong. adalah juga makanan hasil masakan budak bujang. Bulan ramadhan berlalu dengan alhamdulilah semasa di melaka. Perlabagai rakam dan gelagat juga semasa berpuasa dengan mereka tetapi ayie seronok sahaja. 

Sekarang ini aku masih lagi berpuasa diperantauan iaitu di bumi Tg Malim lagi tetapi bukan dengan #37Wonders tetapi sebaliknya bersama keluar bos tempat aku kerja. Allahu nikamat yang tidak terhingga dapat berpuasa bersama mereka. Selain itu aku dapat juga belajar ilmu berniaga. mukan mudah untuk menjadi mudah, perlukan banyak pengorbanan. Terima Kasih akk dan abg atas ilmu yang diberikan. siap berikan bilik dan makan minum dijaga. Majikan yang Osem.

Walaupun bukan menyambut ramadhan di overseas, nikmat ramadhan itu tetap dirasai sebab tidak dapat menyambut lebih 3/4 ramadhan bersama keluarga tercinta. Selain itu, sempat juga aku buat part time sebab memang minat aku dengan design. Apa-apapun nantikan update daripada ayie tentang design yang latest. Yahoo

Salam Ramadhan Kareem

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014