September 2, 2013

sekolah part #1

Assalamualikum w.b.t

tugas hakiki menjadi seorang guru paktikal macam biasa kena bangun awallahkan pergi sekolah sebab kena jaga reputasi tapi kalo dekat uni selagi jam x pkul 8.00 am memang tak bangunlahkan. solat subuh tetap solat ye dan lepas subuh sambung tidur balik sebab malam dah stay up siapkan assigment padahal lepak dengan kawan-kawan. hahaha

alhamdulilah sudah masuk minggu ke-7 bergelar guru paktikal (minggu ke-7 baru nak update blog). haha maaf busy sikit sebab permulaan itu rasa kekoklah sebab diberi tugas mengajar kelas 2 Arif dan 4 sains tulen 1. Alhamdulilah kelas tidak ada masalah cuma kalau form 2 kena jadi garang ah sebab diorang dalam proses nak remaja jadi perangai malas dan rasa macam dewasa menguasai diri jadi memang kena jadi garang.

form 4 pula memang tak ada masalah sebab dah macam kawan dengan diorang cuma adakalanya kena bertegas dengan diorang supaya mereka tidak lemak dan malas nak faham tentang subjek physics. Yes, dekat sekolah SMK SULTAN ALAUDDIN, aku diberi tanggungjawab mengajar subjek matematik dan fizik.

selain itu, aku diberi tugas untuk mengajar form 3 kelas pemulihan. alhamdulilah sangat bertuah sebab walaupun kelas hujung tapi minat belajar diorang tinggi. aku menolong sekadar yang mampu supaya mereka berjaya seperti rakan-rakan yang lain. walaupun kelas pemulihan ini happening sebab semua lelaki, bagi aku tidak ada masalah sebab semua sempoi.

rasa susah menjadi guru pada mulanya tetapi lama-lama aku memang sudah jatuh cinta dengan mengajar sebab ingin melihat mereka terus berjaya dan berjaya cuba ada part dalam pendidikan yang mungkin tidak aku berapa suka. but itu masih boleh diperbaiki.

overall, alhamdulilah aku gembira bersama mereka. students yang superb aku perolehi. layan kepala mereka kadang-kadang boleh mereng dan masuk air juga. ada kisah cintalah yang aku dengar dan macan-macam lagi tapi itulah reality kehidupan student sekolah tak pernah lari daripada kisah cinta monyet.

aku tinggalkan dengan beberapa keping gambar semasa jamuan raya dengan student 3 elit.

cikgu dengan murid nak dekat sama sahaja.

farez yang malas datang kelas tambahan.

fizi oh fizi.
kelas 3 Elit ini majoriti adalah lelaki semua but kelas diorang memang sempoi abis ah.

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

all the best

munna said...

zaman kak munna dulu... klu yg girls dapat cikgu praktikal lelaki suka sgt

Azrin Rahim said...

@Nurzakiah Hanum
TQ, insyaAllah

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014