Popiah Basah Paling Sedap | Ayie baru sahaja diperkenalkan dengan popiah Basah yang makcik ini dan first word yang keluar daripada mulut ayie lepas raya Popiah basah ini ialah sangat Sedap. Serius sangat berbaloi ok dapat makan Popiah basah ini. Harga pun sangat berpatutuan.
Harga untuk satu Popiah Basah ialah Rm 0.60. Kenapa RM 0.60 sebab Popiah Basah yang makcik itu buat memang besar dan ayie makan 3 biji pun dah rasa kenyang. haha Nampak x yang ayie kelaparan dekat situ sebab itu makan 3 biji Popiah Basah yang makcik itu buat baru kenyang.
Mana nak dapatkan Popiah Basah ini? Korang boleh dapatkan dekat Bazar Ramadhan Hulu Bernam berhampiran dengan Stesen Minyak ESSO. Den jealous asik member tayang buffet Ramadhan nun jauh di KL or Selangor. Nak juga tayang makan yang paling sedap dekat area Tg. malim juga. hehe Korang jealous tak? haha
eh silap, bukan nak jealouskan orang cuma nak bagitahu sahaja kot-kot lah korang lalu Tanjong Malim dan nak rasa popiah Basah itu boleh singgah tapi jangan lewat sangt sebb biasanya pkul 5.30 Popiah Basah itu dah abis dah.
5 hari straight ayie pergi beli Popiah Basah itu sebab terlampau sedap dan emang tak basi pun sebab masa makan waktu sahur, Popiah Basah itu masih lagi sedap ok. I like it. Nak tengok gambar Popiah Basah itu, mai ayie belanja tengok yer. hehe