September 11, 2012

seronok apa Sambut Hari Raya dekat Kolej

Assalamualikum w.b.t

membuak-buak nak menaip walaupun sekarang ini ayie akan mula busy dengan kuliah. Alhamdulilah sesi kuliah untuk tahun 3 ini telah bermula dan ayie bergelar "SENIOR" wey sebab "SUPER SENIOR" tengah berpraktikum sekarang. hehe 

sebenarnya nak cerita Sambutan Hari Raya 2012, Kolej Harun Amnurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris @ SaHaRa '12. aku dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Persembahan untuk SaHaRa '12. mula-mula rasa macam idak yakin sahaja sebb sebelum ini langsung tidak pernah pegang handle persembahan. Alhamdulilah ayie ad partner iaitu kak asiah. thank you kak asiah sebab banyak bantu ayie and beri maklumat pasal macam mana nak handle persembahan.

persembahan yang berlangsung pada SaHaRa '12 ialah persembahan silat, keroncong, gambus, nyanyian (duet) dan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim. agak cuka jugalah masa rehearsal sebab cuaca petang itu seperti tidak mengizinkan tetapi rehearsel untuk persembahan tetap berlangsung. 

pada malamnya pula berlangsunglah SaHaRa '12 dan alhamdulilah setiap persembahan yang dilangsung berjalan dengan lancar. Sangat berpuas hati dengan setiap persembahan yang dilakukan oleh peserta persembahan. Paling ayie suka sekali adalah gambus dan keroncong sebab sangat best alunan muzik yang mereka mainkan pada malam tersebut.

walau apa-apa pun yang penting 4 orang gadis ini sangat banyak membantu dalam melancarkan setiap persembahan pada malam tersebut. siapakah empat orang gadis tersebut, jom kita layan kejap gambar dekat bawah ini. hehe 

rexco media dan kesenian

layan kepala mereka bertiga boleh jadi poning gak

haha buat muka comel budak-budak ini

inilah lelaki yang yang menjaga mereka. hahaha


yang tudung putih tulah Kak Asiah. thank you Kak Asiah 

mereka yang suka berposing

buat muka comel pula mereka ini. kahkah

eh2, kenapa tu nak bercium pula nampak. kehkeh
sangat seronok dengan mereka berempat. serius memang tak terlayan lah kalau lepak dengan 3 orang gadis tersebut + Kak Asiah. haha penat den nak melayan depa. kenangan kot dengan mereka ini. 

3 comments:

Rozuan Ismail said...

amboi, tak habis2 beraya ye

Cikgu Fikri said...

lama gler tak dtg sini...
sakan beraya yer.. :)

Cik Jannah said...

hahahaah. ehem2.

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014