September 6, 2012

Pandanglah Sahabat Dengan ...

Assalamualikum w.b.t

berkata berkenaan sahabat pasti ramai orang akan kate, "saya ada ramai sahaja sahabat sejati" tetapi adakah mereka mengetahui makna sebenar nilai sebuah persahabatan itu. Persahabatan boleh diertikan sebagai dua orang manusia ataupun lebih yang bersahabat ketika susah dan senang serta persahabatan mereka semata-mata kerana Allah.

Melalui pengalaman kehidupan ayie, untuk mencari seorang sahabat sejati itu sangatlah susah walaupun jumpa kadang-kadang bersifat sementara. Kenapa ayie berfikiran bergitu ye? firstly sebab kadang-kadang dalam benak fikiran ayie terfikir, mereka berkawan dengan aku hanya semata-mata untuk harta duniawi.

Bukan hendak menilai sikap seseorang itu cuma kadang-kadang hati akan rasa terguris apabila mereka hanya ada dengan kita apabila mereka memerlukan diri ini sahaja tetapi apabila diri ini meminta tolong, susah untuk mereka menolong. tidak salah menolong sahabat yang didalam kesusahan.

yang pasti satu kata yang tidak ayie akan lupe adalah
pandanglah sahabat kamu dengan pandangan ahli syurga. Lihatlah akan kebaikan yang telah beliau lakukan bukan keburukan yang beliau lakukan.

No comments:

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014