June 17, 2013

Design blog kak ayu & kak efa

assalamualikum

Alhamdulilah, settle untuk 2 tempahan blog, agk lama juga pending sebab ayie busy dengan FYP dan examination untuk semester 6 ni. kalau nak design ini kadang-kadang perlu mood kalau tidak kelaut lah engkau. haha (ayat poyo).

seharian lebih mengadap blog dan akhirnya settle juga dua blog ini, and thank you to kak efa dan kak ayu sebab memberi kepercayaan kepada ayie untuk design full templete blog kak berdua. seronok apabila mereka berpuas hati dengan hasil kerja ayie, Alhamdulilah.

1.Kak Efa (Full template)


2. Kak Ayu (Full templete)


sekarang tempahan untuk blog ayie buka kembali sebab alhamdulilah free seketika disamping paktikal mengajar bulan 7 nanti, jadi ada masa untuk mendesign blog orang. hehe sapa-sapa nak tempah boleh pergi link ini dan lihatlah syarat-syaratnya.

TEMPAH DESIGN

sekarang masa untuk siapkan majalah kolej pulak, nantikan hasilnya sebab ayie kena design untuk dua sidang. huhu, keep watching and waiting my new design. yeayyy ok bye masa untuk rehat 

June 14, 2013

Mee Udang Mak Jah: Kuala Spetang

Assalamualikum

perjalanan yang memenantkan semalam sebab seharian drive daripada Tanjong Malim > Taiping > Kuala Spetang > Tanjong Malim. Perjalanan yang mengambil masa 12 jam pergi dan balik dan seriously sangat seronok. terima kasih makcik sebab ajak saya suh teman pergi ke Taiping semalam dan dapat makan dekat Mee Udang Mak Jah buat kali ke-3. 

sape nak tengok Mee Udang Mak Jah ini. cuba tengok picture dekat bawah ini tapi jangan terliuh plak ok, memang terbaik ah.

Mee Udang Mak Jah, RM 8.00 (biasa)

gambar dekat atas tu lepas ayie dah makan suku, baru teringat nak ambik gambar. haha nampaklah mcm kurang menarik tapi abaikan yang penting rasa Mee Udang Mak Jah ini memang terbaik ah dan berbaloi. banyak udang pulak tukan. haha tpi orang tu xmakan udang, jadi dia makan nasi goreng kampung sahaja. 

perjalanan semalam berbaloi sebab dapat makan Mee Udang Mak Jah sambil pusing-pusing Taiping, walaupun kali kedua berada di bumi Taiping, aku rasa mcm dah tahu jalan semua dekat Taiping tu dan Alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh Allah untuk urusan semalam. (poyo kejap ayat)

siapa-siapa yang belum merasa lagi Mee Udang Mak Jah Kuala Spetang ini memang rugilah dan bila dah jalan ke Utara tu apakata singgah seketik dekat Kuala Spetang untuk merasakan keenakan dan nikmat Mee Udang Mak Jah ini. hehe kira berbaloi kalau korang semua jalan jauh-jauh dan berehat dengan makan Mee Udang dekat gerai Mak Jah.

harga dekat kedai Mak Jah ini boleh tahan murah juga sebab semalam makan lima orang just RM 37.50. korang tak percaya layan gambar resit dekat bawah ini. yuhuu

sudah percaya !!

apa tunggu lagi, jom kita pergi ke kedai Mak Jah dekat Kuala Spetang. arghh mengidam nak makan Mee Udang Mak Jah lagi.

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014