July 19, 2012

Indah Sungguh Setiap Percaturan Allah Untuk Hambanya

Assalamualikum w.b.t

29 syaaban sudah hari ini dan alhamdulilah masih lagi diberikan nafas untuk hidup dimuka bumi Allah ini. (ayat skema plakkan). macam biasa sudah hampir sebulan lebih ayie tak update blog. bukan busy manapon lagipun sekarang ini tengah cuti semester tapi ayie masih lagi berada di kolej untuk selesaikan berapa-berapa perkara yang perlu diselesaikan.

back to topic, selama berada di kolej ini sejak cuti semester banyak masa ayie habiskan dengan laptop kesayangan ayie ini dan banyak kali juga ---- disebabkan oleh kerja-kerja yang terlampau banyak. walaupun kadang-kadang rasa seperti tidak larat mahupun tidak mampu untuk menyelesaikan sesuatu, terfikir sejenak akan kata-kata ini.
"Allah tidak akan menguji hambanya, sekiranya hambanya tidak mampu untuk menghadapinya"
selain itu, banyak perkara juga ayie belajar semasa pergi Baktisiswa di Kelantan. bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan dan itu adalah yang terbaik. tidak perlu mengeluh kenapa perlu kehidupan susah tepai yakinlah itu adalah yang terbaik buat diri ini.

Masa dekat kelantan ayie tinggal dengan keluarga yang bleh dikirakan susah tetapi anak-anak mereka sangat pandai. subhanAllah indah bukan percaturan yang telah Allah laksanakan untuk setiap hambanya. walaupun susah tetapi Allah datangkan kesenangan dengan benda yang lain pula. ayie juga ingin ungkapkan ayat ini dan sangat memberi kesan kepada diri ini. 
"Pandanglah Setiap Sahabat Kamu Dengan Pandangan Ahli Syurga"

6 comments:

Anum said...

nice

Aishah Jahirah said...

lama tu ayie senyap..hehee..hanya Dia yg tahu apa yg terbaik utk hamba2Nya...terkurang kat sini,terlebih kat sana..

anif abdullah| AA said...

dah abis exam kan? selamat berpuase ayie .huhu :)

anif abdullah| AA said...

dah abis exam kan? selamat berpuase ayie .huhu :)

diana said...

Allah maha Adil:)

alif haris said...

lihatlah bagaimana Allah itu membahagi-bahagikan nikmat setiap hambanya :)

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014