July 28, 2012

terubat rindu ini

kadang-kadang ini rasa seperti ayie melakukan kerja lambat sangat sehinggakan banyak perkara yang boleh disiapkan cepat tertangguh. Kasihan sahabat yang lain sebab terpaksa sabar dengan telatah, kerenah serta ayie yang sangat lambat membuat kerja ini.

satu perkara yang ayie kadang-kadang perlu sedar bahawa kita perlu memaksa orang apabila kita tidak mahu diri ini dipersalahkan tetapi maksud disebaliknya kita juga akan dapat memudahkan kerja semua orang. Apabila setiap kerja dilaksanakan dengan arahan yang tepat pasti akan puas rasa diri ini.

belajar daripada pengalaman dan pengalaman. Setiap kehidupan ayie sekarang di kolej walaupun sepatutnya sudah berada dirumah bersama keluarga tersayang. menikmati waktu sahur dan berbuka bersama keluarga ayie korbankan dan Alhamdulilah keluarga ayie faham.

Alhamdulilah juga, walaupun hidup di kolej kehidupan ayie gembira juga dengan adanya mereka yang sentiasa disisi ini taklaka kadang-kadang diri rasa kesunyian, kedukaan dan pelbagai perasaan lagi. walaupun kadang-kadang ada rasa terguris di hati, itu semua telah menjadi lumrah kehidupan.
kehidupan bersama mereka sebagai sahabat adalah nikmat yang terindah
JMK KHAR SESI 12/13

4 comments:

  1. kalau dapat kawan2 sekeliling yg best kira okay lah..
    segala tugasan dapat ditempuhi dengan tenang dan seadanya :)

    ReplyDelete
  2. syok le, ni je elah masanya nak berbuka dan bersahur bersama kawan2. dah habes blaja nti mmglah payah...

    ReplyDelete
  3. semua kenangan itu pasti menjadi pengalaman terindah dan salu terbyg2 waktu kita dah amek haluan sendiri kan.. hehe

    ReplyDelete

untaikan setiap kata walaupun satu ayat kerana bermanfaat untuk semua orang .. incya-Allah ..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014