January 5, 2013

Subjek Matematik?

Assalamualaikum

apa ada dengan 2013? permulaan yang sangat seronok disamping ayie sedang menghadapi peperiksaan bagi semester 5. Tanpa diduga sudah 2 tahun setengah ayie bergelar pelajar jurusan Pendidikan Matematik. Pasti ramai akan rasa ahhhhh kenapa Matematik?.

Matematik itu sebenarnya sangat indah okay apabila kita tahu teknik yang sebenarnya disamping tidak akan pernah  rasa bosan sebaliknya akan cuba dan terus mencuba untuk menyelesaikan setiap permasalahan Matematik . Oleh itu, dengan sedikit ilmu ayie ada ini ingin sangat berkongsi pembelajaran matematik dengan sahabat semua.

ibu bapa pun boleh gunakan method yang ayie kongsikan untuk memberi semangat kepada anak-anak supaya suka akan subjek Matematik. InsyaAllah subjek Fizik, Kimia dan Sains, ayie akan kongsikan berpandukan sahabat-sahabat ayie yang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.
kenapa terfikir akan perkara ini?
ayie bakal bergelar Cikgu kelak insyaAllah, kenapa tidak mulakan daripada sekarang dan memastikan pelajar-pelajar sekarang tidak memandang serong terhadap Matematik dan mengatakan Matematik itu susah. 
MATHEMATICS IS EASY.
JANGAN STRESS BILA BERHADAPAN DENGAN SUBJEK MATEMATIK.
ayie pun sudah dapat apa tujuan sebenarnya ayie berblog sekrang ini setelah hampir 3tahun berada didunia blog. kongsikan segala ilmu yang ayie ada berkaitan dengan Matematik dengan sahabat semua. korang nak tahu tidak kenapa ayie minat sangat subjek Matematik? nantikan kisah-kisah dan tips pasal subjek matematik daripada ayie.

nak rest-rest kejap petang sabtu ini disamping malin ini ada Program dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dekat Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jom penduduk sekitar Tanjong Malim kita pergi saksikan beramai-ramai. masuk free jer. hehe


4 comments:

Alif Haris said...

semua benda dalam dunia kalau takde matematik knfem stuck. huhu. ye dak.

Unknown said...

@Alif Haris

hehe..agaklah for subjek sains shjelah.. kalau bhsa xad kena mengena.. hehe

sea_lavender said...

kita suka matematik~ tapi ble da masuk u len plak jadinya ~ hee byk courses membaca jadi matematik dah tinggal.. pe2 pn matematik ada dalam kehidupan kte seharian kte.. ckgu kte sekolah dlu salu pesan jgn tak ske matematik, nti susah hari2 awk~ hee :D selamat bergelar ckgu :)

misspurple said...

:) Mathematic? nisa neh tiap2 sem,awal2 sem confirm failed ! xde chemistry lsung dgn math ! tapi pgg pd prisip,tiap mslah ad pnyelesaian kan. nak tanak hadap la jgak soklan2 math tuh even x suka !! haha btw,all de bes yerk bkal cikgu math ! nak2 lak kalo dpt studnt yg byk ragam mcm nisa nt. sabo jela >.< hehe

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014