January 1, 2014

Welcome 2014

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah cuaca sangat baik di bumi Tanjong Malim ini dan seperti biasa juga ayie akan bekerja. hehe Bukan kerja kerajaan okay yang sentiasa ada cuti sahaja tapi ini kerja kedai biasa sahaja lagipun kenalah ikut arahan bos. Kalau bos kata hari ini buka kedai makan kena buka kedailah jawabnya dan tidak ada istilah bantah-bantah okay. hahaha

#throwback 2013 banyak benda yang berlaku dalam kehidupan ayie dan in syaa Allah 2014 akan memberi banyak makna dan manfaat buat diri untuk mencari redha ilahinya. Tahun 2014 juga in syaa Allah ayie akan menamatkan zaman degree okay bukan zaman bujang. haha Sekarang ayie berada di last semester untuk tahun akhir. 4 tahun rupanya ayie sudah berada di bumi UPSI tapi still maintain mudan dan kecil cuma ada rasa macam tembam sedikit. hahaha

alhamdulilah 2014 juga akan menjadi titik tolak untuk ayie lebih serius dalam bidang design dengan ingin mencuba design pelbagai jenis blog mahupun web. setakat ini Alhamdulilah job sentiasa ada dalam design blog selain itu ayie jugakan kerja part-time sebagai designer dekat kedai ini jadi boleh tambah skill design dari semasa ke semasa. In Syaa Allah. 

secara tidak langsung juga ayie dah ad page sendiri dekat facebook dan boleh diakses dengan dengan mencari nama page ayie iaitu ZarinArt. semoga 2014 ini memberi banyak manfaat buat diri ini dan dapat berbakti buat keluarga terutama ibu dan ayah serta adik-beradik. Semoga segala urusan dapat dijalankan dengan baik dengan izin-Nya. 

Diri ini juga mengucapkan selamat menghadapi tahun 2014 budak 4ST1 (2013) dan now 2014 sudah bergelar 5ST1. ingat angka depan 5 itu bermaksud kamu sudah berada di fasa terakhir persekolahan dan bakal menghadapi SPM. All the best untuk adik-adik cikgu sekalian semoga adik-adik cikgu ini dapat buat yan terbaik dan terima result yang mantap dan boleh kalahkan result Sir. okay deh? miss you'll so much. In syaa Allah ada rezeki nanti Sir balik bumi Masjid Tanah untuk melihat perkembangan adik-adik cikgu ini.

no wishlight cuma ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan selesaikan segala hutang piutang yang telah aku lakukan semasa 2013. semoga tahun ini memberi seribu makna dalam diri ini untuk mengejar ilmu dan mengharap redhaNya. in syaa Allah.
like my page: ZarinArt

jom kita layan quote ini. daripada Imam Muda Hassan:
"JANGAN KITA LIHAT PERISTIWA, TETAPI LIHAT PADA PEMBERI PERISTIWA"

3 comments:

zacky786 said...

nice entry

Unknown said...

hopefully tahun 2014 merupakan tahun yg lebih baik lagi dan membawa 1001 makna buat kita.. selamat tahun baru. :)

lala yusof said...

SALAM 2014

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014