June 8, 2014

Final Exam & Final Year di UPSI

Lamakan ayie tak update entry dan bersawang pulak blog ini. tapi masih sayang lagi akan blog ini. banyak kenangan dengan blog ini. hehe

Alhamdulilah waktu dan masa yang dinantikan oleh semua pelajar di universiti apabila berada di hujung semester selepas minggu ke-14 iaitu final exam. Alhamdulilah tahun ini iaitu tahun 2014 merupakan genap 4 tahun ayie di bumi murobbi iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan tanpa diduga juga bakal menamatkan zaman degree. Alhamdulilah, 4 tahun melalu zaman degree penuh suka dan duga.

Untuk final kali ini hanya tiga paper sahaja iaitu. lihat dekat bawah ini yer. hehe



Tiga paper sahaja yang ada final exam dan yang lain tiada final exam. Semasa berada di sem 8 ini agak mencabar juga sebab kena jadi budak BM kejap. Mostly assigment kena mengarang walaupun opsyen di UPSI ini adalah Matematik dan Fizik. Apabila budak matematik mula mengarang, faham-faham sahajalah tatabahasa itu memang tidak dinafikan memang teruk habislah. 

So far Alhamdulilah tinggal pecutan terakhir untuk ketiga-tiga paper dan semoga semuanya dipermudahkan untuk tahun akhir di UPSI. Kalau ada rezeki in sya Allah akan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di bumi murobbi. Kita nantikan entry seterusnya apa yang terjadi kepada kisah hidup bakal guru yang mereng ini yer. hehe
Selesaikanlah sesuatu masalah itu dengan hati yang tenang bukan dengan dicampur dengan emosi yang bergelora. Renung-renungkan dan selamat beramal
*p/s: Akhirnya blog bertukar wajah dan memilih tema biru & coklat sebagai tema kali ini. 

2 comments:

Anonymous said...

My brother recommended I might like this web site. He
was entirely right. This post actually made my day.
You can not imagine simply how much time I had spent for this
info! Thanks!

Here is my web site: booking golf course and package in bali

Lya Akif Imtiyaz said...

Alhamdulillah moga dipermudahkan segalanya..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014