Damai sahaja apabila melihat muka mereka, muka yang suci dan bersih dari segala noda. setiap insan yang memandang mereka pasti akan merasa satu kedamaian. Pertama kali aku menjejakkan kaki aku ke BAITUL MAHABAH ( RUMAH ANAK-ANAK YATIM ) hati aku mula gembira. Mula-mula masuk terus jumpa tuan rumah yang menjaga BAITUL MAHABAH. Daripada informasi yang diberikan oleh tuan rumah itu, kami mengetahui bahawa ada 7 orang penghuni dirumah itu yang terdiri daripada lelaki semuanya dan berumur antara 7 tahun - 12 tahun. Pertama kali bersua dengan mereka, hati aku terusik sangat, sebab walaupun mereka kecil lagi tetapi mereka sudah berjauhan dengan keluarga sedangkan aku umur 13 tahun baru berjauhan dengan keluarga. Begitu cekal mereka dalam menjalani kehidupan dan berjauhan dengan keluarga. Kalau aku mungkin tidak sanggup kalau berjauhan dari keluarga seumur mereka.
inilah mereka:
....comel-comel kan diorang ini....
aku sambung cerita lagi. Diaorang ini agak pemalu dengan kakak-kakak yang join aktiviti ini, mungkin sebab belum biasa lagi agaknya dengan kita orang. Lepas itu, aku dan sahabat-sahabat lelaki yang lain pun mengalihkan perhatian dekat mereka dan ajak mereka belajar (belajar..huhuh aku ajar sikit jer) kerana aku difahamkan oleh pihak tuan rumah, ada 3 orang daripada mereka akan meghadapi UPSR. Alhamdulilah mereka dapat menjalani UPSR dengan baik dan tenang. Abang ayie doakan korang semua dapat straight A..amin44x.. lepas kiteorang ajar mereka, kami semua berkumpul dan buat energizer. Memang agak kelakar tetapi have fun because semua adik-adik itu dapat release tension. Kelakar tengok gelagat diaorang. Masa energizer itu, satu kumpulan sahaja dapat buat dengan betul. Nk thu saper??
...TENGOK GAMBAR INI...
...inilah zahid yang dapat buat betol energizer abg mus...
Lama jugak aku kt rumah BAITUL MAHABAH, hehe.. Best sangat, inilah moment aku tidak boleh lupa kerana melalui aktiviti ini aku dapat sesuatu yang berbeza sangat melalui kehidupan seharian mereka. Aku begitu insaf sekali. Aku perlu bersyukur dengan apa yang telah aku perolehi dan jangan sesekali mengharap sesuatu yang tidak mungkin wujud. Aku ingin jadi seperti kura-kura walaupun lambat dalam berjalan tapi akhirnya berjaya jugak dengan adanya usaha dan tidak mahu jadi seperti kancil kerana walaupun pintar tetapi selalu meremehkan orang lain. Melalui aktiviti ini juga aku dapat mendekatkan diri aku dengan mereka, mungkin sebelum ini aku rasa diri aku tidak layak untuk bergaul dengan sesiapa tetapi sekarang aku mesti yakin bahawa dengan sesiapapun aku berhadapan aku mesti pandai berkomunikasi dan tidak boleh anggap diri ini tidak berguna. Aku rasa bahagia sangat kerana melalui mereka aku belajar banyak benda, betul kata orang kerana melalui kanak-kanak kita boleh mengubah diri kita.
..I LOVE YOU ADIK-ADIK BAITUL MAHABAH...
No comments:
Post a Comment