July 8, 2014

Doa Rabitah (Doa Ikatan Hati)

Pertama kali aku diperkenalkan dengan Doa Rabitah adalah masa aku menjadi salah seorang Jawatankuasa Mahasiswa Koleh (JMK), KHAR sidang 2012/2013 ataupun dikenali dengan nama Inspirasi. First time dengar itu aku macam blur-blurlah jugakan but bila sampai maksud Doa Rabitah itu. Alhamdulilah, aku memahami kenapa Doa Rabitah ini dibaca.

Hampir setiap lepas meeting dengan geng-geng Inspirasi kiteorang akan baca Doa Rabitah sebagai penutup meeting. Aku bukan seorang yang suka mendalaminya tapi bila tiap kali aku baca Doa Rabitah ini, aku akan teringat mereka. Bagaimana kami bergerak kerja untuk memberi sesuatu impak yang positif kepada warga kolej. Kisah perjalanan sepanjang menjadi Inspirasi juga memang tidak mudah dilupakan.

Ketawa, menangis, suka, bermasam muka dan kandag-kadang ada yang terluka itu sudah menjadi lumrah terutama dekat akulah sebab kadang-kadang rasa tertekan perlu menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain but lastly, aku rasa wow sebab hasil kerja aku diterima.

Yes, memang tidak aku nafikan aku akan rindukan membaca Doa Rabitah bersama dengan geng Inspirasi. Tq sebab menjadi salah satu keluarga kecil yang biasa-biasa tetapi sebenarnya sangat luar biasa. To my bestie in Inspirasi, Bila kita boleh baca Doa Rabitah lagi ramai-ramai?. 

Doa Rabitah: 
Ya Allah engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mandaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

~Versi Nasyid Doa Rabitah – UNIC~



Akan aku dambakan saat doa rabitah bersama mereka. Apa-apa pun all the best buat mereka sebab kebanyakan geng-geng Inspirasi telah menamatkan zaman degree di UPSI. semoga dipermudahkan urusan kita untuk posting kelak. InshaAllah. 

untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Doa Rabitah boleh tahu disini Kelebihan Doa Rabitah

6 comments:

Lya Akif Imtiyaz said...

Nice sharing Ayie .thanks

Ismi Ana said...

Thank you for sharing :)

aRz MoHa said...

Semoga dipermudahkan posting ya ayie.
Terima kasih atas perkongsian

Unknown said...

ex-KHArians, rexco perhubungan awam dan antarabangsa sidang 2011/2012. KHAR lama tetap di hati.. :))

Unknown said...

ex-KHArians, rexco Perhubungan Awam dan Antarabangsa. memori di KHAR lama tetap di hati :))

Amir Faris said...

Doa yg paling saya suka

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014