July 3, 2014

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri

5 ramadhan dah hari ini dan inshaAllah hari ini juga Rania aka Felixia Yeap akan mengucap syahadah (klik sini). Cuma terkilan sedikit sebab tidak ada liputan media berkaitan dengan pengislaman Rania. Tapi apa-apa pun ayie respect dengan Rania sebb nak bagi adil dan tidak ada pihak media yang terasa kalau tidak dapat buat liputan pula. apa-apapun Welcome Srikandi Islam.

Tidak mahu basa basi lagi ayie cuma nak bagitahu berkaitan dengan Kadar Bayran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri. Sila perhatikan betul-betul ya sebab mana tahu dah boleh prepare duit untuk bayar zakat tahun ini. hehe 

Kadar Byaran Zakat Fitrah 2014 Setia Negeri

Sebelum itu jom layan cerita ini kejap. Penting!!!

Masa ayie ikut kursus kawin tahun inilah area bulan 3 macam gitu, masa dengar ceramah itu ustaz ada tanya, umur kamu ini kira lingkungan pelajar siapa yang byarkan zakat. Kamu yang bayar zakat sendiri ataupun masih mak ayah yang bayarkan zakat?

Masing-masing cakap mak ayah yang bayarkan zakat dan ustaz bagitahu balik, kamu sepatutnya malu dengan diri sendiri. Seumur kamu ini sepatutunya yang bayar zakat adalah kamu sendiri sebab kamu dah baligh dan boleh berfikir. Bukan mak ayah lagi yang perlu bayar zakat. Agak tersentap jugalah juga dengan kata-kata ustaz itu dan InshaAllah tahun ini ayie akan bermula membayar zakat sendiri sebab dah bekerja walaupun biasa-biasa sahaja. Lagipun baru sahaja menamatkan zaman degree.

So, sekarang kita boleh berfikir kan? dah baligh dah tapi mak ayah masih bayarkan zakat kita, apakata kita ambik iniseatif sendiri dan bayar zakat sendiri. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Jom sama-sama kita bayar zakat. ayiekan dah lampirkan juga Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 setiap negeri. Jadi jangan mengelak nak pergi negeri lain yang murah pula ya. hehe 

Salam 5 Ramadhan.

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

JOM SAMA2 BAYAR ZAKAT

shameel Iskandar said...

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana Felixia Yeap kini menjadi saudara seakidah dgn kita.

Tentang zakat fitrah, jika berkemampuan bolehlah si ank tunaikan sendiri. Tadi seorg kenalan bertanya saya ttg zakat si isteri apabila si suami bertanggungjawab/ x byr zakat. Tentu sahaja si isteri terpaksa bayar utk dirinya sendiri walau itu adlh tanggungjawab suami lagipun kadarnya sekitar RM5- RM8 sahaja

Akif Imtiyaz said...

Alhamdulillah..semoga bermanfaat utk kita semua..kak lya sggah dan follow sini..

aRz MoHa said...

alangkah indahnya jika anak yang dah baligh dah ada income sendiri bayarkan untuk ibu dan bapa mereka pula.

Ismi Ana said...

Oke ape felixia masuk islam takde liputan media. Kesian felixia. Bila tak masuk media, org tertanye2. Bila masuk media, org ckp bermegah2.

Itulah. Nak bayar jugak zakat ni.

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014