July 10, 2014

Solat Sunat Awwabin | Pray For Gaza

Solat Sunat Awwabin | Pray for Gaza | Siapa yang belum tidur lagi pagi-pagi ini yer. Alhamdulilah sudah masuk pertengahan Ramadhan dan hari ini merupakan hari kedua belas Ramadhan. Ayie merasakan sangat cepat masa berlalu, mungkin sebab ayie bekerja dari pagi sampai ke malam. Itu yang tak rasa sangat waktu berlalu dengan pastas. 

Sebelum itu, ada geng-genga tahu apakah itu solat Sunat Awwabin ini. Ayie pun baru tahu tadi sebab terbaca post member dekat salah page dekat Facebook. Sebelum ini memang ayie tak tahu pun pasal solat sunat awwabin ini. Pagi ini tahu dan bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang untuk mengetahuinya.

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat yang dilakukan sementara menunggu waktu isyak masuk dan dilakukan selepas solat maghrib. antara fadhilat Solat Sunat Awwabin ialah:
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
Kalau korang ingat mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Solat Sunat Awwabin ini, korang boleh sahaja pergi dekat blog ini (link). Dia ada menerangkan secara detail berrkaitan dengan Solat Sunat Awwabin. Semoga kita sama-sama memperolehi manfaat. InshaAllah

Sebelum itu, Jom sama-sama kita doakan sahabat seislam kita di Palestine. Mereka sedang bertarung nyawa demi mempertahankan agama islam dan negara. Semoga, doa yang kita titipkan dalam bulan ramadhan ini diredhai Allah. InshaAllah.



Sama-samalah kita baca Doa Qunut Nazilah buat saudara kita di Gaza.


5 comments:

Siti Aisya Ibrahim said...

sama2 lah kita doakan gaza ye... :'(

Cik nadya said...

wah. baru tahu sunat awwabin.
besarnya pahalanya . Ya Allah.

Semoga Allah selamatkan Gaza, ameen :')

Ismi Ana said...

Ana tahu solat sunat ba'diah dan qabliyah je. Tak pernah lak dengar solat sunat Awwabin. Takpe la, nanti wat searching kat mr.google. Muehehe. #prayforGaza

kayyana said...

terima kasih atas info yang sangat berguna tu... Semoga Allah lindungi hamba di bumi Palestine.. amin

Lya Akif Imtiyaz said...

Thanks Ayie atas info ini ya ..Sama2 kita berdoa untuk GAZA ... Sama2 kita laungkan kata2 semangat agar mereka di sana dapat kembali pulih ..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014