Alhamdulilah buat sekian kalinya pada umur menjejaki 23 tahun ayie dapat lagi merasa kemanisan bulan ramadhan. Alhamdulilah indah sungguh nikmat yang Allah beri itu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan nikmat yang tidak terhingga.
Tahun ini merupakan tahun ketiga ayie berpuasa di perantauan. Kadang-kadang rasa macam Allah rasa seperti tidak bermaya apabila tidak dapat berpuasa dengan family tetapi berpuasa di perantau bersendirian. Walaupun diperantauan, ayie rasa gembira sebab tahun pertama berpuasa di perantauan adalah bersama keluarga JMK KHAR 12/13 iaitu di bumi UPSI. Masak bersama-sama mereka, pergi pasar dan masak bersama-sama. Persahabatan yang tidak dapat dinilai ataupun aku lebih mengenali mereka dengan #37Wonders.
Tahun kedua berpuasa di perautaan adalah tahun lepas semasa aku menjalani latihan mengajar di SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka. Ketika itu aku duduk serumah dengan faiz dan apai. Alhamdulilah tidak rasa seperti keseorangan kerana apabila bersahur kami masak sama-sama dan apabila berbuka kami masak sama-sama juga. Kadang-kadang ada juga jiran sebelah rumah bagi makanan dan kami dengan malunya pulangkan pinggan tapi bukan dengan pinggan kosong. adalah juga makanan hasil masakan budak bujang. Bulan ramadhan berlalu dengan alhamdulilah semasa di melaka. Perlabagai rakam dan gelagat juga semasa berpuasa dengan mereka tetapi ayie seronok sahaja.
Sekarang ini aku masih lagi berpuasa diperantauan iaitu di bumi Tg Malim lagi tetapi bukan dengan #37Wonders tetapi sebaliknya bersama keluar bos tempat aku kerja. Allahu nikamat yang tidak terhingga dapat berpuasa bersama mereka. Selain itu aku dapat juga belajar ilmu berniaga. mukan mudah untuk menjadi mudah, perlukan banyak pengorbanan. Terima Kasih akk dan abg atas ilmu yang diberikan. siap berikan bilik dan makan minum dijaga. Majikan yang Osem.
Walaupun bukan menyambut ramadhan di overseas, nikmat ramadhan itu tetap dirasai sebab tidak dapat menyambut lebih 3/4 ramadhan bersama keluarga tercinta. Selain itu, sempat juga aku buat part time sebab memang minat aku dengan design. Apa-apapun nantikan update daripada ayie tentang design yang latest. Yahoo
Salam Ramadhan Kareem
6 comments:
ooo igtkan berada di oversea, hehe...
apa2pun, selamat berpuasa :)
Salam ramadhan ayie
salam ramadhan.
salam ramadhan... :D
sy pun berpuasa di perantauan jugak la kiranya ni.. hehe
selamat berpuasa ayie... :D
Ingatkan di perantauan. Salam Ramadhan Ayie. Persinggahan pertama ana di sini. :)
Post a Comment