December 7, 2014

Kacang jer Exam tadi, Padahal?

Assalamualaikum


Semua orang pernah mengalami perkara ini dan apa yang boleh ayie katakan setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Seperti si A, dia dah struggle dan berusaha bersungguh-sunguh untuk mencapai kejayaan dan pada akhirnya dia berjaya juga walaupun markah biasa2 shje pada paras sederhana.

Manakala si B pula, nie pelajar yg memang malas belajar dan langsung tidak mahu tumpukan perhatian masa diajar oleh guru. Mungkin terlebih confident dan nak tunjuk pandai dekat member-member yang lain tapi akhirnya apa yang diperolehi dari keegoannya. Kegagalan bukan. Jangan jadi seperti ini.

Dan yang terakhir si C. Ini biasa berlaku sebab memang sudah semulajadinya dia memang dilahirnya pandai dan mudah tangkap walaupun guru mengajar sikit sahaja didalam kelas. nampak sahaja dia tidak belajar diluarnya tapi sebenarnya didalam kelas golongan ini sgt tumpukan perhatian ataupun cara pembelajaran mereka berbeza. Ini adalah kurnian Allah kepada mereka.

Sepanjang belajar di sekolah, matrikulasi dan universiti. Ayie banyak jumpa golongan A dan juga C. Si B tak pernah jumpa lagi sebab even kami lelaki pun, belajar tetap diutamakan dan time nak exam baru nak study itu perkara noemal bagi lelaki. haha

Moral of the story, setiap orang dikurniakan dengan keunikan masing-masing. Ada yang memang dari azali pandai dan ada yg perlu struggle untuk berjaya. Tidak kisah kita pada tahap mana pun yg pasti, Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah.

peace :) 

11 comments:

Cik Nadyya said...

salu jumpa org golongan A.. fuhhh.. adoii..

Akif Imtiyaz said...

Salam Ayie ..Kak Lya singgah sini duk baca coretan Ayie ..

Mad Parihh said...

pernah jumpa sume jenis ni . hehee

Etuza Etuza said...

Asalam hehehe..banyak style belajar oleh pelajar kan..tapi ayie akhirnya berjaya selesaikan pengajian kan..tahnia walau apa cara kalau istiqomah hasilnya memang baik..

aishah nin said...

Memang betul tu Azrin. Teringat kembali zaman persekolahan. Hampir 8 tahun meninggalkan zaman persekolahan.

Terlalu manis ketika itu :)

Mek Onie said...

tapikan ayie,paling kita stress bila jumpa orang yg dia takk study tapi dia dapat A,perghhhhhh! paling stress,haha

Cik Mimie said...

Cik Mimie dikelilingi oleh golongan A heheh...golongan C pun ada..p tak ramai la..jeles btul dgn dorg ni..:)

Scha Nazri said...

the lucky one like C.

the hardworking one like A.

Semua ada bahgian masing2 kan?

Hikayat Seorang Budak said...

Seronok kalau jd c.

Amy J said...

paling tension dengan student C. ada kawan saya macam ni. rasa nak tampar2 je... adoi...

dia yang pndai kata xtahu. abes orang yang mmg x pndai apa lak keputusannya -.-

anamizu said...

mmg rasa mcm lahabau gak la tgk untungnya C tu hehe

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014