December 7, 2014

Pelajar minta tukar guru?

Assalamualikum

Nak share sikit pasal adalah hamba Allah ini nak suh pergi tukar cikgu mengajar yang ajar anak dia. Alamak, ada pula yer mcm begitu? Kalau nanti anak dia kate, Nak tukar bos dekat tempat keje. Boleh lah ayah dia anta surat kt majikan suh tukar bos. Lepas kang dah mak ayah dia tua sikit, anak dia cakap, ayah nak tukar mak ayah boleh? Ayah hang nak anta surat dekat sapa?.

Pelik bin ajaib betul lah. Masalah nie berlaku dekat MRSM dan den rasa nak berkongsi sikit dengan hangpa semua. Sebelum tu mai layan sikit surat rasmi yang dihantar untuk tukar guru.



Adik-adik sayang oi, den nak khabar sahaja dan benda ini berlaku dekat MRSM ok. Bukan Sekolah Harian biasa. Masalahnya sekolah budak-budak pandai abaq hang. Den bukan nak sebelah mana-mana cuma ayie rasa sejak dari dahulu kot cikgu kat sekolah ajar sikit sahaja yang lain kena belajar sendiri lagi-lagi ADD MATH adik syg oi. Tak kan dua puluh empat jam cikgu nak suap ko dik. hehe

Memang tak semua cikgu itu perfect dan menurut pembacaan abng long hang ni dekat comment-comment itu berkaitan dengan cikgu ini semua cakap elok sahaja dan ada yang dah bergelar PHd OK? Faham tak PHd tu apa? Doktor Falsafah yang mengajar dekat uni tu pon puji cara cikgu tu mengajar.

Sekarang ini sonoklah budak-budak sekarang. Tak boleh nak dimarah kalau dekat sekolah sebab kalau kena marah bagitahu mak ayah cikgu marah. Ok tak xad masalah nie sampai nak suh tukar cikgu sebab cikgu tak syok mengajar. Dik oi, disinilah ko pelajar erti sabar, mengkaji mana yang kurang dan independent. Jangan semua nak suh orang suap.

Lagi satu, pakai pistol air sebab lambat masuk kelas dan tak dapat jawab soalan pun jadi masalah ker? Adik oi abang ko nie masa sekolah terutama masa tuisyen ADD MATH gagal dapat 75% time tu sebab dalam kelas tuisyen itu kelas ini wajib dapat 75%.  abang ko nie dapatlah 74%, kena rotan abaq hang pakai rotan kayu tu. dua kali pulak tu dekat tangan. Ko rasa apa? Tak pula abang hang bagitahu mak ayah sebab bagi abang ko nie itu challenge supaya terus berusaha.

Memang tidak dinafikan mengajar ADD MATH bukan perkara mudah dan perlukan skill but ko knelah faham, cubalah ko peg jumpa cikgu tu kalau tak faham time waktu lapang. Kalau tak pun banyak cikgu add math kt MRSM tu ko peg jerlah jumpa. Cikgu tak akan marah dik oi. Ko makin buat cikgu tu kecik ati adalah dik. REDHA cikgu tu penting dik oi.



Bagi pendapat ayie, apa-apa pon hormatilah guru anda yang mengajar anda. Kalau tidak faham tak tidak suka cara cikgu itu bagitahu dengan cara yang profesional bukan cara begini mintak tukar cikgu. Itu bukan keputusan yang tepat dik. Kang cikgu tu murka satu masalah. Ilmu tu dik. 

Note untuk diri aku juga. 

peace :)

15 comments:

Yun Sing said...

Ada juga benda camni eh *nganga*

Nur Inani said...

pelajar sekarang macam macam dia buat sampai boleh pengaruhi mak ayah.

Maria Firdz said...

Hmm... Spechless la layan mak bapak zamna moden ni..
Psst: Salam ziarah dari blog mialiana.com... Keep blogging and have a nice day... (^_^)

Cikgu Norazimah said...

parent sekarang tak bg langsung ckgu sentuh anak dorang..ckgu bukan nak buat apa, nak mendidik..CN dulu masa skola kalu kena rotan, mana berani report dekat ayah sebab nnti ayah akan rotan lagi teruk tau..budak sekarang, pegang sikit pun takleh, lepas tu pandai lak komplen, ckgu tak pndai ajar la..alahai..

Etuza Etuza said...

Asalam...betul apa yang ayie kata. Kena tegur dengan baik bukan hukum aniya..
terbaik entry

Hafizin Jamil said...

hanya cikgu yang memahami perasaan cikgu. tu yang jadi membebel panjang tu. haha.

semua salah mak bapak bagi aku sekarang ni. mak bapak didik anak dengan manja sangat.

calrase patrick said...

Saya hormat 1000% cikgu yang ajar saya.. betul kah? memang betul..

Jari Manis said...

sabo jelah ada jgk yg mcm ni

Cik Mimie said...

Macam-macam kes pelajar sekarang...kalau kita dulu tak berani nak ngadu2 ni..

Cik Mimie rase better pistol air dari rotan..bila anak dirotan buat report polis..haish..macam2..

Scha Nazri said...

permintaan ntah apa2. haish

Cik Fafa said...

boleh pulak mintak tukaq cikgu. macam2.

Hikayat Seorang Budak said...

Manja sangat budak skrg ni. Sentuh sikit dah mereport mak bapak.

Amy J said...

laaa, ada juga budak perangai macam ni... -.- betul, xkan x suka boss nak mnx tukar boss lak. banyak cantik muka dia... sampai ke u pun x boleh nak idup macam ni

anamizu said...

laaa kes ni kat MRSM ek ayie? ish3 manjanya dia mintak tukar cikgu hurmm

Pha Is said...

hmm.. macam2 zaman sekarang ni.. pelik2 betol...

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014