Assalamualaikum
Masa tengah duk scrol-scroll dekat facebook tadi terjumpa pula benda ini dan penting untuk disampaikan kepada geng-geng semua supaya dapat dijadikan renungan. Ayie nak kongsikan berkaitan dengan Lidah. BERGURAU
ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.
BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.Antara contoh2 dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungkar nangkir dah aku tgk. (jatuh kafir)6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiatkan? Macam best je.. (jatuh kafir)9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta"- Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.SYIRIK KECIL boleh jadi macam ni.Situasi:1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata,"Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.2) Azlie bertanya kpd Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam."Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? So copypaste laa. Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli.Sumber 'Usrah' tv 119 .#ingat mengingati.
Semoga sama-sama kita dapat jaga percakapan kita. Moga kita sentiasa dalam lindungannya. InshaAllah
14 comments:
mmg banyak mcam ni . hahaa
terima kasih atas ingatan ^__^
thanks.
kadang dalam xsedar tersebut perkataan yg xsepatutnya...
Wallahualam
tak semua benda kita boleh buat bergurau kan
huhuhuh kena berhati2 la lepas ni. selalu yang part menyanyi dan hujan turun tu yg selalu diguraukan ^^"
Asalam ayie..Etuza berterima kasih sangat dengan share ni, ada diwatsupo anak Etuza bagi tempoh hari..memang terbaik peringataan yang sangat berguna...jika begitu usah ikut hati nak cakap begitu kan. Dalam gurau dan komen di blog juga kena hati2
Perkongsian yang sangat berguna.. terima kasih CalrasePatrick
Nauzubillah min zalik
tu la kena alert la pasni. TQ ayie sharing ;)
kadang niat pun kena jaga jugak sbb takut lain jadinya nanti :)
memang selalu kena yg bab syirik kecil tu.. rasa macam semua org akan cakap, bila nyanyi sikit je, hujan. nyanyi sikit je, hujan. padahal hujan tu Allah yg turunkan. bukannya sebab suara sumbang macam katak ke apa
Nice sharing Ayie ..Jaga lidah kita ..Sama2 kita muhasabah diri kita..
sebab tu kena bertaubat bila terlepas cakap. wuwuu. senang2 je boleh jatuh kafir.
tq sharing. ^^
Post a Comment