November 20, 2014

Jawatan Kosong UTHM Holdings

Assalamualaikum w.b.t

Settle juga mencari barang untuk jamuan esok cuba terkilan sedikit sebab tidak ada peniaga satay yang nak terima order ayie. Mungkin sebab event tu pagi jadi susah untuk diorang menerima tempahan kot. Tidak mengapalah sebab ayie dah usahakan yang terbaik mungkin belum rezeki lagi diorang nak makan satay gamaknya. Nasib sebab fikir dish lagi bagi menggantikan satay.

Stop tentang Jamuan Kelas 2UM cuma ayie nak war-warkan tentang Jawatan kosong di UTHM, Batu Pahat, Johor. Kalau ada yang berminat bolehlah mohon kan. Syarat-syarat dia ada dekat bawah ini ayie lampirkan dan kalau nak tahu lanjut mungkin boleh terus pergi website yang akan ayie link kan sakali nanti dibawah ini.
KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT :
•  Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 ke atas daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Lembaga Akredetasi Malaysia (MQA); dan •  Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya setahun (1 tahun) di peringkat pengajian tinggi / sekolah menengah adalah diberi keutamaan ; atau, •  Mereka yang berkelayakan dalam bidang Matematik, Sains Kejuruteraan (Fizik & Kimia), Bahasa Inggeris, Teknologi Maklumat (IT). •  Kredit  Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. •  Permohonan adalah terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia.
untuk mengetahui lebih lanjut boleh tengok link dekat bawah ini. yang ayie papar itu adalah kelayakan dan syarat-syarat untuk menjadi tenaga pengajar. hehe semoga dapat memberi manfaat buat semua.


Tq kawan ayie yang bagi link dekat FACEBOOK berkaitan iklan ini. Ayie sebenarnya ingin mencari link STAB UTHM yang berkaitan dengan sambung master bawah UTHM dan terus ikat kontrak after selesaikan master. Masih tercari-cari link tersebut.

Ayie pon mohon juga untuk job ini. Mohon doa sahabat semoga ada rezeki dapatlah keje walaupun kontrak. Jangan lupe sebab tarikh tutup adalah 25 NOVEMBER 2014.



3 comments:

Scha Nazri said...

nanti nak try laaa

Lya Akif Imtiyaz said...

Buat masa ni cuba la mana2 yang ada ..InsyaAllah ada erzeki Ayie dapatla..

aRz MoHa said...

semoga berjaya azrin rahim
perkongsian yang baik

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014