November 17, 2014

kisah si “Gadis Kecil di Pinggir Gaza”

Assalamualikum..

Lama sudah tangan tidak menaip dalam blog sendiri. Bukan tidak ada tetapi masa sentiasa mencemburui diri ini. Alhamdulilah telah menamatkan zaman degree dan sekarang sudah berada dalam alam pekerjaan walaupun hanya sementara. Rezeki Allah itu sangat luas.

Hari ini ayie nak berkongsi berkaitan dengan sebuah novel ini. Novel ini ayie beli masa on the way nak blik ke Tg Malim daripada Kuala Lumpur. Lama sudah beli novel ini tetapi masih tidak bekesempatan hendak menghabiskan novel ini. Masa rehat dekat sekolah, alhamdulilah dapat membaca sebab nak hilangkan rasa bosan dalam bilik guru yang tidak ada wifi. Hehe

Tajuk Novel ini ialah “Gadis Kecil di Pinggi Gaza”. Novel ini lebih mengisahkan bagaimana seorang kanak-kanak bernama PALESTINE yang mempunyai jiwa dan semangat juang menegakkan bumi Palestine yang sedang bergolak. Selain itu, semangat kanak-kanak ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk bertemu dengan ayahnya. Begitu kuat jiwa anak kecil PALESTINE ini. Ayie sangat kagum dengan kanak-kanak Palestine. Sesungguhnya ganjaran syurga menanti untuk mereka yang menegakkan ISLAM.

Selain itu, Novel “Gadis Kecil di Pinggir Gaza” ini juga mengetengahkan berkaitan dengan umat islam yang mempunyai semangat JIHAD yang tinggi untuk menjadi SUKARELAWAN untuk membantu negera Palestine. Tabik dengan semangat mereka yang sanggup bekorban apa sahaja demi memastikan Negara islam berada pada landasannya.

Novel “Gadis Kecil di Piggir Gaza” memberi banyak manfaat. Bila ayie dah abis baca, Ya Allah begitu kuat jiwa pejuang-pejuang yang sanggup lakukan apa sahaja demi Islam dan ingin mengetahui apakah yang berlaku kepada PALESTINE?. Bacalah novel “Gadis Kecil di Pinggi Kota” sampai habisnya. Hehe

inilah novelnya:
Novel ini buat aku rasa tenang

2 comments:

NasQ said...

tajuknya pun dah rasa tenang...

Lya Akif Imtiyaz said...

Mula2 baca tajuk Kak Lya heran jugak apa masuk PINGGI tu ?? Oh rupanya Ayie lupa letak R kat belakang ...PINGGIR rupanya ......Boleh baca ni..nampak macam menarik jer ,..

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014