November 24, 2014

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 2UM SMKPN 2014

Assalamualikum

Rasa beruntung aku ini sebab diberi kepercayaan oleh PPD Pontian untuk mengajar subjek Sains di SMK Pekan Nanas. Aku telah menggantikan Cikgu Yahya yang telah berpindah ke sekolah hospital di Johor Bharu. Aku diberikan tugas untuk mengajar 5 buah kelas iaitu 4 buah kelas mengajar subjek sains dan sebuah kelas PSK.

Ayie juga menjadi guru tingkatan 2UM dan kelas ini terdiri daripada 31 orang pelajar. Mengajar mereka selama 31 hari adalah pengalaman yang menyeronokkan. Ayie jenis yang tak boleh nak marah budak bila tengok muka diorang, walaupun dalam hati ini bergelora nak marah sebab biasalah budak kan kadang-kadang bukan nak dengar cakap.

Itu kenangan yang biasa selain dapat involve dengan setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Seronok jugalah sebab aku dapat asah skill aku selama ini yang entah dah karat kot sebab dah lama tak berprogram. 

Ok, cerita lebih-lebih pula pasal program. Jumaat lepas pada pukul 9 lebih jamuan kelas 2UM telah berlangsung dan ayie rasa alhamdulilah sebab dapat laksanakan dan habiskan duit diorang sebab ayie tidak mahu aku terhutang apa-apa dengan mereka. Makanan semua ayie yang selesaikan termasuk beli barang dan hadiah untuk student. Perghh berdidikasi tak cikgu ini. Siap settlekan semua perkara. Padahal cikgu Yahya dah amanahkan dekat aku, Jadi ayie kena buat juga dengan sebaik-baiknya.

Masa Jamuan itu pun cikgu yahya datang. Gembira aku tengok diorang sebab cikgu Yahya merupakan guru kelas diorang sebelum aku ambil alih. Ok cakap pasal makanan, Makanan untuk jamuan adalah nasi ayam, buah-buahan, aiskirim, snek makanan ringan dan kek chocolate indulgence secret recipe. Request budak-budak. Ayie follow sahaja sebab duit mereka. Cuma terkilan sikit tak dapat nak tunaikan hajat diorang nak makan satay. Ganti dengan aiskrim tang satay tu.

Sebelum berakhirnya Jamuan around 10 lebih, sempatlah kami ambil gambar walaupun ada segelintir yang dah balik rumah. TQ 2UM 2014 SMKPN atas kenangan yang telah korang berikan. Semoga berjaya didunia dan akhirat. 

 2UM bersama Cikgu Yahya

2UM bersama Sir Azrin

7 comments:

Unknown said...

bestnya cikgu.. dah cuti sekolah dahh

yayaaa ismail said...

semoga berjaya semuaa anak2 murid tu :) Aamin

Inani Hazwani said...

ramainya satu kelas.. memang cabaran betul nak mengajar :)

Unknown said...

baru nak tanya kenapa dlm gambar nampak mcm sikit je student. baca sampai habis baru tau, ada yg dah balik rupanya. hehe

Scha Nazri said...

pewitt. kenangann. simpan kemas2! hehe

Cik Mimie said...

Wah, bestnye :) Seronokkan jadi cikgu ni dikelilingi dengan murid2...mcm2 ragam kita boleh tgok..heheh..btw, happy holiday Cikgu Ayie :)

Unknown said...

best r dorang ada cikgu macam ni. hehe

Blog Azrin Rahim

Mohd Azrin bin Mohammad Rahim
visit my page
 

Design by ZARIN ART 2014